CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3209|Reply: 3

TIMUR LAUT CHINA -- KEMARAU

[Copy link]
Post time 14-8-2006 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Timur Laut China kemarau


BEIJING: Sekurang-kurangnya 17 juta rakyat di timur laut China hidup dalam keadaan terdesak kerana tidak mempunyai bekalan air minuman yang bersih berikutan kemarau buruk sejak sebulan lalu.


Agensi berita rasmi Xinhua dan Beijing News melaporkan semalam, kawasan pertanian di wilayah Sichuan dan Chongqing yang berdekatan juga kekeringan akibat kemarau panjang itu yang menyebabkan kerugian sehingga $9.23 bilion yuan (RM4.1 bilion) setakat ini.

Panas yang melampau itu menyebabkan 14 juta penduduk di Chongqing dan tiga juta lain di Sichuan kini berdepan masalah kekurangan air yang ketara.

Pihak berkuasa tempatan sudah memperuntukkan sumbangan membantu penduduk meneruskan kehidupan dengan memperbanyakkan perigi dan memperbaiki kemudahan sumber air, lapor Xinhua.

Stesen televisyen tempatan memaparkan rakaman lori air membawa sumber penting berkenaan ke kawasan teruk terjejas ketika penduduk kampung pula bekerjasama menggali perigi baru.

Paras air di sebahagian Sungai Yangtze di Chongqing kini hanya 3.5 meter ? yang terendah dalam tempoh 100 tahun. Sungai Yangtze adalah sungai terpanjang China. ? Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-8-2006 05:27 PM
Timur Laut China kemarau


BEIJING: Sekurang-kurangnya 17 juta rakyat di timur laut China hidup dalam keadaan terdesak kerana tidak mempunyai bekalan air minuman yang bersih berikutan kemarau bu ...


timur-laut China juga mengalami wave heat yg berpanjangan (due to stability of blocking anticyclone)...
sekiranya kestabilan "blocking" nie berpanjangan sampai Disember...adakah kemungkinan Malaysia akan menerima cold surge yg berpanjangan juga waktu northeast monsoon nanti ???
any taker ?
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 1-9-2006 12:18 PM | Show all posts
seluruh dunia akan dilanda masalah insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by ninjamerah at 1-9-2006 12:18 PM
seluruh dunia akan dilanda masalah insya Allah.


emmm... idokla sampai macam tu (walaupun dunia tak penah kering dari masalah dunia :lol)

teman rasa teman kena rephrase balik pertanyaan teman...

baru2 nie some country experience heat wave yg berpanjangan (waktu summer)... lanjutan dari itu bila winter yg akan menjelang nanti... adakah depa termasuk la kita ?? akan menghadapi cold wave yg berpanjangan lak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.040295 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list