CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6811|Reply: 18

JEREBU DI SARAWAK DAN SEMENANJUNG ---

[Copy link]
Post time 18-8-2006 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Jerebu: Sambutan mungkin batal
Oleh BORHAN ABU SAMAH

KUCHING 17 Ogos ? Kerajaan Negeri Sarawak akan menasihatkan penganjur sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuching pada 31 Ogos ini dibatalkan jika jerebu semakin serius.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan berkata, kerajaan negeri akan memutuskannya dua hari sebelum acara itu berlangsung.

?ita (kerajaan negeri) hanya boleh memberi nasihat, tetapi yang memutuskannya ialah pihak penganjur (Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan),? katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bencana Alam Negeri di sini, hari ini.

Menurut Chan, berdasarkan laporan Jabatan Kaji Cuaca, keadaan panas dan kering yang melanda negeri ini akan berterusan beberapa minggu lagi.

?ika keadaan ini berterusan beberapa kawasan di Sarawak juga akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air,? katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu, lebih 2,000 hektar kawasan gambut di Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman terbakar menyebabkan keadaan jerebu yang serius di Kuching.

Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Morni Mamat berkata, di Kota Samarahan terdapat dua ladang kelapa sawit yang masih terbakar melibatkan kawasan lebih 500 hektar.

Di Gedong dekat Serian pula, kata beliau, 500 hektar kawasan tanah gambut terbakar sejak minggu lepas dan 61 anggota bomba kini bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut.

Di Sri Aman pula, kebakaran di kawasan seluas 1,000 hektar turut berlaku melibatkan dua buah ladang kelapa sawit.

?ekuatan anggota yang beroperasi bagi memadam kebakaran tanah gambut kini ialah 200 orang dan kita sedang menunggu bantuan daripada 200 lagi anggota dari bomba dan penyelamat wilayah utara,? katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, anggota dari wilayah utara dibawa membantu kerana kawasan berkenaan tidak menghadapi masalah kebakaran hutan dan jerebu yang serius.

[ Last edited by  dexa at 24-8-2006 03:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2006 09:09 AM | Show all posts
Haze in Kuching: No panic this time around
19 Aug 2006
Desmond Davidson and Nisha Sabanayagam


--------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: The haze experience of 1997 has been a good lesson for many in Sarawak.

A check at the Kuching International Airport yesterday found that many families were flying off, not because they were escaping the haze, but for holidays.

In 1997, many people left the State to get away from the choking haze.

"We?e on our way to Kuala Lumpur," one couple with an 11-year-old daughter said. "They also have haze there."

Another couple said they had planned their trip "a long time ago".

"We?e experienced haze that was far worse than this."


A heavy pre-dawn rain brought some respite to the seven hardest hit areas in the State ? here, Samarahan, Sibu, Petra Jaya, Sri Aman, Tebedu and Sarikei ? yesterday.

By 11am yesterday, only Samarahan, with an air pollutant index reading of 149, and Sri Aman (134), were in the unhealthy category.

The API reading in the city, as of 11am yesterday, was 108, a big drop from the high of 161 on Thursday.

Sibu had an API reading of 91 yesterday (151 on Thursday), Sarikei was 83 (113 on Thursday) while Petra Jaya was 97 (146 on Thursday).

The visibility in Kuching had also improved to 6km by 5pm, although all helicopter operations out of KIA remained suspended.



In Kuala Lumpur, the Malaysian Meteorological Service principal assistant director Muhammad Helmi Abdullah said the rainy spell, which had eased the hazy situation, was expected to continue in parts of the country.

At the Kuala Lumpur International Airport in Sepang, visibility was over 10km, he said.

The northern States are expected to experience reduced visibility as the current southwesterly wind may bring in the haze.

The API reading released by the Department of Environment at 11am yesterday listed 13 areas as "good" and 38 areas as "moderate".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 06:48 AM | Show all posts
Jerebu dijangka kurang
Oleh Magendran Rajagopal


KUALA LUMPUR: Keadaan berjerebu di Sarawak sejak sebulan lalu dijangka berkurangan berikutan kehadiran awan pembawa hujan yang diramal terbentuk beberapa hari lagi berdasarkan pola tiupan angin menjadi semakin perlahan.


Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Dr Yap Kok Seng, berkata pengurangan kelajuan tiupan angin sehingga antara 10 kilometer (km) dan 20km sejam berbanding 30km hingga 40km sejam minggu lalu membantu pembentukan awan.

?erbanding angin yang bertiup kencang minggu lalu, ia dijangka membantu membentuk awan dan menghasilkan hujan, terutama pada musim kering, berikutan bermulanya musim Monsun Barat Daya.

?ada masa sama, kita juga meneruskan usaha melakukan pembenihan awan yang dimulakan semalam (kelmarin) berikutan keadaan jerebu yang semakin serius di beberapa bahagian di Sarawak dengan jarak penglihatan kurang satu km,? katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, pihaknya merancang membuat pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu yang sebahagian besarnya berpunca daripada kebakaran di Kalimantan, Indonesia.

Selain itu, Sarawak yang kini dilanda jerebu dan mengalami musim kemarau, memulakan operasi pembenihan awan semalam untuk menghasilkan hujan bagi memadamkan kebakaran ladang di bahagian selatan negeri itu.

Difahamkan, operasi pembenihan awan itu bertumpu di kawasan tadahan hujan hulu Sungai Sarawak dan di Gedong, yang terjejas akibat kebakaran ladang kelapa sawit seluas 1,000 hektar.

Misi pembenihan awam pertama bermula jam 3.30 petang kelmarin selepas tertangguh hampir setengah jam berikutan jarak penglihatan kabur dan hujan lebat.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Meteorologi, Kuching terjejas teruk oleh jarak penglihatan kabur, yang dicatatkan pada kadar 1.6 km pada 11 pagi semalam berbanding jarak penglihatan satu kilometer yang dicatatkan pada jam 8 pagi.

Di tempat lain, Bintulu mempunyai jarak penglihatan 3km, Sibu (5km), Miri dan Limbang masing-masing 8km manakala Sri Aman (lebih 1 km) setakat jam 11 pagi semalam.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, pada 4 petang semalam, Kuching merekodkan bacaan tertinggi Indeks Pencemar Udara (IPU) pada kadar 72 diikuti Sri Aman (67), Petra Jaya (66), Sibu (62), Bintulu (58), Samarahan (58), Sarikei (55), Kapit (49), Miri (40) dan Limbang (31).

Di Selangor, tahap IPU di Petaling Jaya agak tinggi pada kadar 74 diikuti Pelabuhan Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor masing-masing mencatatkan 69 diikuti Kuala Lumpur (74) dan Putrajaya (66), manakala di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan 72 dan Seremban (68).

Bacaan paling tinggi semalam dicatatkan di Melaka iaitu pada kadar 85 di Bukit Rambai manakala di Johor, Muar mencatatkan bacaan 75.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 08:45 PM | Show all posts

Reply #4 archilless's post

saya rasa by 31hb Ogos ni..
insya'allah  jerebu makin kurang..
dan sambutan dapat diteruskan.. achilles
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 02:00 PM | Show all posts
Masalah jerebu ancam pengangkutan sungai


MIRI: Semua pengusaha pengangkutan sungai di negeri ini, termasuk syarikat perkapalan diarah meningkatkan sistem navigasi masing-masing berikutan masalah jerebu yang semakin meruncing.

Pengerusi Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS), Dr Stephen Rundi Utom, berkata setiap pengusaha juga diwajibkan memasang lampu, membunyikan siren tanda amaran, selain mengurangkan kelajuan setiap kali melakukan pelayaran.

"Ini penting ketika mereka belayar melalui kawasan berbahaya dan sering berlaku kemalangan sebelum ini. Jika jerebu bertambah teruk, pengusaha tidak akan dibenarkan beroperasi.

"Mungkin, mereka terpaksa menghentikan sementara perkhidmatan atau menjadualkan semula pelayaran mereka. Dalam keadaan jerebu sekarang, jarak penglihatan agak terhad. Ini boleh mendatangkan bahaya," katanya di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemena, berkata LSS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha bot atau perkapalan yang berdegil dan enggan mematuhi arahan itu.

"Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pengusaha didenda RM2,000 bagi kesalahan pertama dan RM5,000 bagi kesalahan kedua atau penjara dua tahun bagi setiap kesalahan seterusnya.

"Bahagian Penguatkuasaan LSS akan memantau keadaan bagi memastikan semua pengusaha mematuhi peraturan ini. Dalam keadaan sekarang, kita kena mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko kemalangan," katanya.

Katanya, LSS akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai jerebu dan perubahan operasi perjalanan dari semasa ke semasa untuk semua pengguna

pengangkutan sungai, khususnya bot ekspres.

Ketika ini, katanya lagi, waktu beroperasi bagi semua pengangkutan sungai masih dikekalkan dari jam 6 pagi hingga 6 petang.

"Bagaimanapun, sekiranya situasi bertambah teruk kita akan mengubah masa operasi ini dan ia akan ditentukan kemudian," katanya.

Beliau berkata, LSS akan terus berkerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk mendapatkan perkembangan terkini cuaca dan keadaan berjerebu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 12:57 PM | Show all posts
kat Melaka ni pun jerubu lah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-8-2006 03:24 PM | Show all posts
Sarawak mampu atasi jerebu


KUCHING: Sarawak dijangka mampu mengatasi masalah jerebu yang dialaminya menjelang hujung bulan ini berikutan hujan lebat berterusan di beberapa bahagian di seluruh negeri, termasuk bandar raya ini.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Negeri, ketika dihubungi, berkata hujan lebat sejak tiga hari lalu dijangka berterusan berikutan proses pembenihan awan dilaksanakan ketika ini.

?i Sarawak, semua bahagian cuaca cerah di sebelah pagi dan hujan lebat beserta ribut petir menjelang petang. Ia dijangka berterusan sehingga minggu depan.

?ni membantu menangani masalah jerebu, terutama di Kuching, selain masalah kemarau di beberapa kawasan berikutan musim panas dan kering sejak awal bulan ini, katanya.

Katanya, secara purata, bandar raya ini dan kawasan sekitar menerima hujan kira-kira 44.2 mililiter (ml) sehingga semalam, dengan jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Manakala, di Sibu, purata hujan yang diterima ialah 55.2 mililiter, diikuti Bintulu (26.4 mililiter) dan Miri (152 mililiter).

?uching dijangka menerima lebih banyak hujan sepanjang minggu berikutan proses pembenihan awan yang akan diteruskan kerajaan negeri, menggunakan pesawat Hercules C-130 dari Skuadron Ke-14 TUDM Labuan,? katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri, Ismail Ithnin, ketika dihubungi, memaklumkan masalah jerebu di bandar raya ini beransur pulih dengan indeks pencemaran udara (IPU) dicatatkan hanya 69.

Ia diikuti bandar utama lain iaiti Sibu (64), Bintulu (65), Miri (43), Sarikei (56), Limbang (46), Samarahan (54), Sri Aman (71), Kapit (62) dan Petra Jaya (61).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2006 03:31 PM | Show all posts
Jerebu KL curi tumpuan menteri Asean
24-08-2006

KUALA LUMPUR:  Langit yang berjerebu menyelubungi ibu negara mendapat perhatian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz dan rakan-rakan sejawatannya yang berada di sini bagi menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-38, sejak beberapa hari lepas.

Sepanjang minggu lepas, sejak bermulanya Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi (AEM) Asean ke-38 dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan, ibu negara diliputi jerebu tebal dari negara jiran.

"Tetamu yang tidak diundang" itu, merupakan satu igauan ngeri bagi Malaysia setiap tahun.

"Ini memang sudah diketahui umum, kita tahu jerebu berada di sini sejak bertahun dan malangnya ia berlaku semasa kita mengadakan mesyuarat penting seperti ini. Masalah jerebu yang teruk di Kuala Lumpur sebelum ini berlaku ketika kita mengadakan Sidang Kemuncak G15," kata Rafidah.

Pemimpin-pemimpin yang menghadiri mesyuarat G15 pada 1997 melalui suasana "cuaca sederhana Kuala Lumpur yang baik dan berkabus," katanya.

"Kami terpaksa menjelaskan kepada mereka yang keadaan itu bukan cuaca di sini. Itu jerebu. Kami menerangkankan kepada mereka yang keadaan itu tidak baik. Kami juga terpaksa menjelaskan dari mana asalnya," kata beliau semasa ditanya mengenai masalah jerebu yang melanda ibu negara sekarang ini.

Jerebu yang dialami negara sekarang ini disebabkan oleh kebakaran hutan di Muara Jambi dan Tanjung Jabung Timur di Jambi, Sumatera -- peladang tempatan membakar kawasan hutan untuk membersihkan tanah bagi tujuan perladangan.

Membersihkan kawasan hutan dengan membakar merupakan cara termurah yang dilakukan di Sumatra dan Kalimantan, yang selalu menyebabkan jerebu bergerak ke negara jiran Malaysia, Thailand dan Singapura.

Malaysia serta negara jiran yang lain terpaksa menerima situasai sedemikian kecuali usaha serius dibuat oleh kerajaan di mana asalnya jerebu itu bagi mengawal cara tradisi pembakaran.

"Saya harap ini akan mendapat perhatian pihak berkuasa berkenaan kerana ia memberi kesan bukan hanya Malaysia tetapi juga negara lain di Asean, seperti Singapura, Brunei dan selatan Thailand. Ia bergantung arah angin bertiup," kata Rafidah.

Selain menjejas kesihatan orang ramai, ia juga menggugat perniagaan kerana menghalang pelancong dan pengembara untuk datang ke rantau ini, katanya.

"Jadi, tiada siapa yang sukakan jerebu ini. Bagi Malaysia, kami amat tegas dengan pembakaran terbuka. Jangan timbulkan masalah jerebu kita sendiri. Penguatkuasaan amat penting," kata Rafidah.

"Tetapi apabila jerebu datang dari negara jiran, negara itu perlu melaksanakan penguatkuasaaan proses pembakaran terbuka," kata beliau.

Setiausaha Agung Asean Ong Keng Yong berkata Asean mempunyai mekanisme dan juga dasar mengenai pembakaran sifar.

"Dasar pembakaran sifar tidak cukup... penguatkuasaan penting. Terdapat dasar di sana... jelas mekanisme yang kita ada sekarang di Asean perlu dilaksanakan," kata Rafidah.

Ong juga berkata banyak pembakaran hutan dilakukan di tanah gambut, yang terbakar tanpa henti, menyebabkan usaha pemadaman api itu menelan belanja yang tinggi. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


liasamora This user has been deleted
Post time 16-9-2006 10:10 AM | Show all posts
ni mesti sebab pembakaran terbuka pihak bertanggungjawab...isk...isk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 12:51 AM | Show all posts
Jerebu kembali selubungi Sarawak
25-09-2006

KUCHING:  Angin kering dari Sumatera menyebabkan jerebu sekali lagi menyelubungi ruang udara Sarawak dan mengakibatkan dua bahagian di negeri ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.



Jerebu di Sarawak pada bulan lalu. (foto The Star)


Jurucakap Jabatan Kajicuaca negeri berkata jerebu yang melanda kali ini tidak akan berpanjangan tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja dan dijangka pulih berikutan hujan pada hujung minggu ini.

"Mengikut ramalan, pada hujung minggu ini akan hujan. Keadaan cuaca dijangka bertambah baik apabila pola tiupan angin Barat Daya menjadi semakin perlahan pada Khamis ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata angin yang lemah, iaitu antara 30km dan 40km sejam berbanding 40km hingga 50km sejam sekarang akan membantu pembentukan awan dan hujan dijangka berlaku secara sederhana di beberapa kawasan.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), pada 11 pagi ini, Sarikei dan Sri Aman mencatatkan bacaan IPU melebihi 101, iaitu tahap tidak sihat.

Selain itu, catatan bacaan IPU di Sibu ialah 97, Petra Jaya 78, Kuching 75, Bintulu 72, Kapit 70, Samarahan 70, Miri 61 dan Limbang 54.

Bacaan IPU 0-51 dianggap baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301-500 membahayakan kesihatan dan lebih 500 keadaan darurat.

Sementara itu, laman web Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi menunjukkan jarak penglihatan di beberapa tempat di Sarawak merosot sehingga pukul 4 petang tadi.

Jarak penglihatan di Kuching ialah 2.8 kilometer, Sri Aman dan Miri masing-masing tiga kilometer, Bintulu (empat kilometer), Sibu (lima kilometer), dan Limbang (tujuh kilometer).
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 06:03 PM | Show all posts
eeiiii.. jerebu balik harini... macam teruk je harini, sampai aku leh tgk matahari direct (tapi xlama2 la)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 08:08 PM | Show all posts

Reply #12 laislabonita's post

teruk hari ni.......
semalam pun teruk gak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:55 AM | Show all posts

Reply #13 dexa's post

yup, mmg teruk lah... aku kua tadi pun still bau2 asap....

bile stat ekk jerebu, kire baru semalam la ekk..? aku tak prasan sgt semalam, maybe most of the time aku kat dlm building rasenye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 02:25 AM | Show all posts

Reply #14 laislabonita's post

3 hari dah teruknya ---
saya nampak cam kabus masa hari selasa pagi --
then tak nampak KLCC dari rumah --
(usually nampak)
so  start  selasa ---

hari ni memang bau asap -- teruk -
dengar ramai gak kat hospital --
(adik beritahu)
mostly  yang asthma and bronchitis --

kerajaan indon tak pantau
pembakaran hutan depa  
tu yang jadi cam gini tu --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 07:14 AM | Show all posts
Jerebu di Semenanjung kian buruk
05-10-2006

PETALING JAYA:  Jerebu di kawasan pantai barat Semenanjung makin buruk hari ini dengan jumlah kawasan yang mengalami tahap kualiti udara 'tidak sihat' semakin bertambah dan peningkatan bacaan di banyak kawasan.



Jerebu bukan sahaja memudarkan citra menara berkembar KLCC tetap
i turut menghalang sinaran matahari. Foto ini dirakam pada jam 6 petang
tadi.  (foto The Star oleh Sia Hong Kiau)



Menurut maklumat di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar petang tadi, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan tujuh daripada 15 kawasan di seluruh negara berada di Semenanjung,  

Semalam hanya tiga kawasan yang berada di tahap 'tidak sihat', dua di Negeri Sembilan dan satu di Melaka.

Bacaan pada jam 5 petang tadi menunjukkan tujuh kawasan itu, Nilai dengan 118, Seremban (114), Bukit Rambai (111), Bandar Melaka (104), Muar (104), Kuala Selangor (102) dan Putrajaya (102).

Lapan lagi kawasan tidak sihat itu semuanya terletak di Sarawak dan mengalami peningkatan bacaan berbanding semalam. [Lihat berita Sekolah Sarawak ditutup jika IPU lebih 300]

Kawasan yang mengalami kualiti udara 'sederhana' di seluruh negara pula berjumlah 33, berbanding hanya 31 pada sebelah pagi.

Kawasan yang berkualiti udara 'sihat' menurun daripada jumlah 5 di sebelah pagi kepada 3 kawasan di sebelah petang di seluruh negara.

Bacaan IPU di seluruh negara semalam mencatatkan 35 kawasan kualiti udara 'sederhana', 10 kawasan 'tidak sihat' dan satu 'sangat tidak sihat'.

Angin turut membawa jerebu ke Kelantan dan negeri-negeri di Pantai Timur hari ini walaupun jaraknya jauh dari Sumatera dan Kalimantan di Indonesia.

Bacaan IPU jam 5 petang tadi di Pengkalan Chepa menunjukkan tahap kualiti udara 'sederhana'. Bagaimanapun, di Kota Bharu kualiti udaranya masih sihat.

Di Pahang dan Terengganu, semua lokasi menunjukkan bacaan kualiti udara 'sederhana'.

Sementara itu, unit-unit rawatan kecemasan dan pesakit luar di semua hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara diarahkan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah pesakit lelah dan berkaitan pernafasan jika masalah jerebu terus berlanjutan.

"Semua hospital diarah berjaga-jaga untuk terima kes-kes berkaitan jerebu," kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu hari ini dipercayai mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan perkara ini.

Agensi berita AFP pula melaporkan jerebu yang berpusat di Kalimantan, Indonesia bergerak sehingga 3,600 km ke pulau-pulau di barat Lautan Pasifik.

Di kepulauan Northern Mariana, yang ditadbir Amerika Syarikat, pejabat pengurusan kecemasan berkata kebakaran di Indonesia punca masalah jerebu di kepulauan tersebut.

Di Guam, dekat Northern Mariana, pihak berkuasa berkata jerebu akan terus berlanjutan untuk beberapa hari dan pengguna kenderaan diingatkan lebih barhati-hati kerana jarak penglihatan yang semakin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 03:54 PM | Show all posts
Jerebu makin merebak luas
06-10-2006

PETALING JAYA:  Jerebu semakin menebal dan meluas di Semenanjung pagi ini apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menunjukkan sembilan kawasan di tahap kualiti udara 'tidak sihat' berbanding hanya tujuh kawasan petang semalam.

Kawasan utama penompokan jerebu hari ini di Selangor dan Lembah Klang dengan Kuala Lumpur sendiri mencatat bacaan 101, Shah Alam (127), Pelabuhan Kelang (117), Kajang (101) dan Kuala Selangor (146).

Sementara dua lokasi lagi hampir-hampir mencecah bacaan kualiti udara 'tidak sihat'. Putrajaya mencatatkan bacaan 100 dan Petaling Jaya (99).

Gombak pula mencatat bacaan 93 pagi ini berbanding 83 pada sebelah petang semalam.

Menurut data di laman rasmi Jabatan Alam Sekitar, bacaan pada 11 pagi tadi, lokasi-lokasi lain di Semenanjung yang tidak sihat: Bukit Rambai (101) di Melaka, Nilai (103) di Negeri Sembilan, Muar (101) dan Johor Bahru (106) di Johor.

Bacaan IPU di tahap 'sihat' antara 0-50, 'sederhana' (51-100), 'tidak sihat' (101-200), 'sangat tidak sihat' (201-300), 'berbahaya' (301-500) dan 'darurat' (lebih 500).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 06:03 PM | Show all posts
A ah jerebu ni semakin worst le...

pepagi kalo hom pandu keta...kabus tebal...:geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2006 04:50 PM | Show all posts
Kualiti udara di Sarawak bertambah baik

KUCHING: Kualiti udara di Sarawak semakin bertambah baik dengan dua kawasan mencatatkan kadar indeks pencemar udara (IPU) yang baik hari ini.

Menurut laman web Jabatan alam sekitar, Miri melaporkan bacaan IPU 52 dan Limbang 51 pada pukul 11 pagi tadi.

Di tempat lain bacaan IPU masih sederhana dengan Kuching mencatatkan 82, Sibu (67) dan Bintulu serta Sarikei (62), Samarahan (68), Sri Aman (71), Kapit (80) dan Petra Jaya (79).

Sejak awal minggu ini keadaan di negeri yang dilanda jerebu ini bertambah baik dengan tiupan angin barat laut dari Laut China Selatan membawa jerebu melepasi Borneo ke Kalimantan Barat.

Perubahan ini dijangka akan meningkat menjelang pertengahan November dengan ketibaan angin monsun timur laut yang membawa musim hujan hujung tahun.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2006 12:10 PM | Show all posts
Rain and wind bring clear skies
23 Oct 2006

KUALA LUMPUR: The air quality improved markedly yesterday for the first time in weeks.

The Department of Environment抯 Air Pollutant Index (API) did not have any readings in the unhealthy and very unhealthy categories.

It only had "good" and "moderate" readings both in the morning and evening.

At 11am, 21 areas registered a reading of "good", and 30 moderate. By 5pm, 22 areas recorded good levels, and another 27 moderate.

The evening readings for two areas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.613713 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list