View: 41836|Reply: 179
|
Afdlin, Awie & Radhi separuh bogel dalam SUMO-LAH???
[Copy link]
|
|
Filem baru Afdlin Shauki - SUMO-LAH - akan berkisar tentang sukan SUMO. Kita semua tahu kan pasal baju wajib utk sukan sumo - kain yg menutupi kemaluan.
Nak tanya, pelakon2 tu terpaksa pakai macam tu ker?
Tak boleh bayangkan Afdlin & Awie berpakaian sumo!!!
[ Last edited by laislabonita at 1-5-2007 12:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Quote dari blog klubbkidd
"Walaupun Afdlin is shooting Los Dan Faun at the moment, but confirm yang Sumo-lah! akan ditayangkan dulu.
Anyway, kalau ada yang minat nak tau, cita dia basically revolve around an underground sumo tournament organised by sushi restaurants around Kuala Lumpur.
Kalau nak tau, just basic information, Sumo-lah! will star (apart from Afdlin himself) Gurmit Singh (Phua Chu Kang), Thai actress Inthira Charoenpura (Nang Nak) as well as locals in Awie, Erra Fazira, Radhi Khalid and Patrick Teoh."
ermm.. rasanya derang mmg pakai pakaian sumo ler... tak dapatku bayangkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau versi malaysia, mungkin pakaian sumo akan mewnjadi lebih sopan kot ? |
|
|
|
|
|
|
|
sumo amatur punya pakaian ada kelonggaran skit banding ngan sumo profesional.....
cuba tengok filem "Sumo Do, Sumo Dont" arahan Masayuki Suo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 lebai_WOLRD's post
|
|
|
|
|
|
|
yucksssssssssssssssssssssssssssssssss :puke::puke: |
|
|
|
|
|
|
|
lorr....mestila diorg pakai baju and seluar under mawashi tu....
ada je pompuan main wrestling kat jepun dgn US tapi diorg pakai baju dan seluar bwh mawashi tu, guys pun sama gak pakai kt US....takyah pakai spender je... |
|
|
|
|
|
|
|
utusan hari ni
Sumolah papar pertembungan dua budaya
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM
SETELAH mengarah filem Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Lost and Found (dalam pembikinan), kini Afdlin Shauki memberi perhatian pada Sumolah.
Filem yang cerita asalnya dihasilkan oleh Michihiro Kubota dari Jepun itu telah mendapat perhatiannya sejak setahun lebih.
Kata Afdlin, penulis itu datang bertemu dengannya dan menyerahkan naskhah tersebut untuk dinilai. Setelah meneliti skrip tersebut, Afdlin tidak dapat menolak.
Jelasnya, pertembungan budaya antara Malaysia dan Jepun adalah antara faktor utama kenapa dia tertarik untuk menjadikan skrip Kubota yang asalnya berjudul Nokotta sebagai filem arahannya yang keenam.
Karya Kubota yang diberikan kepada Afdlin itu menonjolkan sukan sumo yang memang terkenal sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat Jepun.
Selain itu skrip Kubota juga menjadikan sushi makanan popular Jepun sebagai sebahagian daripada intipati cerita Sumolah.
Katanya, sudah menjadi kelaziman masyarakat Malaysia gemar meniru budaya orang lain. Salah satunya adalah menjadikan makanan sushi sebagai sebahagian daripada makanan kegemaran mereka.
揔ita semua tahu sumo dan sushi adalah budaya Jepun tapi sekarang ini di merata tempat kita dapat lihat kedai makanan sushi. Malah sushi sudah mula digemari oleh masyarakat tempatan.
揇i situlah saya lihat pertembungan budaya. Lagipun sukan sumo biarpun satu budaya Jepun tapi ia adalah sukan antarabangsa. Skrip filem ini saya lihat sesuai untuk semua orang kerana ia menceritakan perkara global,拻 kata Afdlin pada sidang akhbar pelancaran filem tersebut di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Afdlin, setelah persetujuan dicapai, dia bersama isteri, Christina Orow serta Kubota dan isteri, Tomoko Kubota telah mengolah semula skrip tersebut untuk disesuaikan dengan budaya masing-masing.
SUMOLAH yang menampilkan Afdlin sebagai pengarah dan pelakon utama bakal memulakan penggambaran pada Jun ini. Filem tersebut akan menjalani penggambaran di sekitar Malaysia dan Jepun dalam tempoh 50 hari. Ia dijangka menemui peminat filem pada hujung tahun ini.
Filem yang bakal menggunakan dialog dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun itu diterbitkan oleh Silver Omega dan Vision Works. Celcom Malaysia bertindak sebagai penaja utama.
Lain-lain pelakon yang turut terbabit dalam filem yang menelan belanja hampir RM3 juta itu ialah Awie, Patrick Teoh, Radhi Khalid, Terry Gallyot, Gavin Yap, Ben Tan serta pelakon dari Thailand, Inthira Charoenpura (heroin Nang Nak) dan Gurmit Singh (sitkom Phua Chu Kang) dari Singapura.
Jelas Afdlin, gabungan pelakon dari luar Malaysia secara tidak langsung akan membantu mempromosi Sumolah ke luar negara.
揝aya percaya salah satu tarikan filem ini ialah tentang watak Ramlee, orang Melayu yang menjadi ahli sumo. Pasti orang Jepun nak tengok macam mana orang Melayu beraksi dalam sukan sumo.
揢ntuk bawa watak ahli sumo, kami mendapat tunjuk ajar daripada profesional sumo sejak dua bulan lalu. Malah Gurmit pun datang berlatih,拻 kata Afdlin.
Ekoran daripada latihan tersebut, Afdlin, Awie dan beberapa pelakon lain telah dipelawa untuk mewakili negara dalam pertandingan sumo di Jepun pada bulan Oktober ini.
Bagaimanapun, pertandingan tersebut tidak akan dimuatkan dalam filem Sumolah kerana ia sekadar menguji ketahanan pelakon yang telah berlatih sumo.
Jika ahli sumo Jepun memakai cawat, ahli sukan sumo yang ditonjolkan dalam filem Sumolah tidak mengenakan cawat. Sebaliknya, Afdlin dan para pelakon lain akan mengenakan seluar pendek dan cawat.
揙rang pertama yang persoalkan tentang penampilan itu ialah ibu saya. Dia tanya saya nanti pelakon kena pakai cawatkah? Kemudian barulah saya terfikir. Sebab itulah ada antara beberapa pelakon yang menolak kerana mereka sangka mereka kena berlakon pakai cawat.
揝ebenarnya dalam sukan sumo amatur, peserta boleh pakai seluar. Cawat hanya untuk ahli sumo profesional. Sewaktu saya tawar Awie berlakon, dia sedikit pun tidak tanya tentang cawat, Awie terima saja,拻cerita Afdlin.
Awie yang bakal membawa watak Harith sedia menerima tawaran Afdlin kerana tertarik dengan watak yang ditawarkan.
Baginya watak Harith berbeza daripada watak yang pernah dibawanya sebelum ini. Untuk membawa watak Harith, Awie terpaksa menaikkan berat badan sebanyak lapan kilogram menjadi 80 kilogram.
揗ula-mula saya ingatkan ahli sumo berbadan besar rupa-rupanya ahli sumo kurus pun ada. Tapi untuk filem ini saya sengaja tambah berat badan. Watak ini mencabar sebab selama ini saya tidak pernah menyertai sukan sumo,拻 katanya yang tercedera jari kaki sewaktu latihan.
Awie yang bakal muncul dalam filem Zombie Kampung Pisang tidak lama lagi berkata, untuk Sumolah dia juga akan tampil dengan wajah yang bersih tanpa jambang. Bagi Gurmit Singh yang memegang watak Akira, pembabitannya dalam filem ini mengembalikan sejarah silam kehidupannya.
Jelas pelakon Phua Chu Kang itu, sejak ibunya meninggal dunia lima tahun lalu barulah dia tahu bahawa mendiang ibunya itu berdarah campuran Cina dan Jepun.
揝aya baru tahu yang ibu saya juga berdarah Jepun dan filem ini mungkin boleh membantu saya untuk mencari salasilah keturunan ibu,拻 katanya terus terang.
Sinopsis Sumolah
Ramlee (Afdlin Shauki) ialah seorang pemuda yang sering gagal dalam pekerjaan dan sikap tidak kisahnya itu amat mengecewakan ibunya. Dia kemudian telah menyertai pertandingan makan sushi tanpa henti di restoran Boleh Sushi milik Honda (Patrick Teoh). Ramlee kemudian ditawar bekerja di restoran tersebut. Di situ dia berkawan rapat dengan Harith (Awie) dan Andy (Radhi Khalid).
Pada waktu yang sama Ramlee jatuh hati pada anak gadis Honda, Siti (Inthira Charoenpura) yang berdarah campuran Jepun dan Melayu. Sejak itu Ramlee mula mengambil berat tentang kehidupannya.
Sewaktu menyertai satu pertandingan sumo, Ramlee bertemu dengan bekas teman lelaki Siti, Akira yang telah memalukannya di khalayak ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok nama2 pelakon dia pun memang nampak international dah....taklah dominate nama2 melayu jer...
Afdlin Shauki
Awie
Radhi Khalid
Patrik Teoh ---> nama tak pernah miss dlm semua filem Afdlin
Inthira Chorenpura
Erra Fazira
Gurmit Singh
Gavin Yap
Terry Gallout ---> waaa...org puteh ke ni ?
umm....patutnya ada satu-dua nama Jepun yg sebenar........ |
|
|
|
|
|
|
|
afdlin pakai sua pendek..tak pakai cawat...tak sanggup aku tgk dia pakai cawat... |
|
|
|
|
|
|
midnitelily This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Celcom tajakan filem ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan diorang pakai tights pendek ke??xkan la nak bercawat..x seswai kat mesia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
adflin tak pakai baju pun aku dah geli, kalo pakai cawat jer
geli sioooooooot |
|
|
|
|
|
|
|
camnelah si Erra tu b'lakon ha?
mesti tergedik-gedik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 midnitelily's post
Premise
What would happen if a hotheaded and unambitious Malay man was forced to enter the rigourous and challenging world of sumo? Would he give up on the trials and tribulations he finds himself committed to? Or will his relationship with the father-figure he never had create a purpose for him to rise above the challenges and endeavour to do his best?
Story Synopsis
Ramlee (Afdlin Shauki) is a down and out Malay boy who can抰 seem to hold down a job, much to his Mother抯 (Kartina Aziz) disappointment. Out of a job and out of money, he stumbles across a challenge by sushi restaurant owner Honda (Patrick Teoh) to 揺at all you can for free food |
|
|
|
|
|
|
| |
|