View: 4302|Reply: 11
|
TAUFAN: Sejauh mana kesediaan kita (Malaysia)??
[Copy link]
|
|
bencana berkaitan taufan
Taufan merupakan salah satu bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan. Laluannya yang jauh dan hayatnya yang panjang menjadikan kehadirannya amat mengerikan.
Beberapa bahaya berkaitan taufan ialah :
Luruan Ribut - Luruan ribut ialah suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 50 hingga 100 batu yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa dan harta benda terutamanya di kawasan sepanjang pantai.
Hujan Lebat - Hujan mencurah-curah dan menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan.
Angin Kencang - Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yang tidak kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkan gangguan besar.
nasihat dan amaran cuaca
Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia sentiasa berwaspada terhadap cuaca di sepanjang tahun. Semasa musim taufan, langkah memonitor ditingkatkan di mana lokasi dan keadaan semua taufan di barat Pasifik Utara diteliti jejaknya. Maklumat ini juga menjadi pelengkap kepada maklumat cuaca penerbangan yang diberikan kepada sektor penerbangan dan perkapalan.
Berikut ialah beberapa kategori berbeza tentang kenyataan, pandangan, nasihat dan amaran cuaca yang di keluarkan kepada media-massa :
Nasihat Hujan Lebat - dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Amaran Hujan Lebat - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku
Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora - dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.
perkara penting yang perlu diberi perhatian
Dengar siaran radio dan televisyen yang rutin menyiarkan buletin cuaca dan pengumuman lain.
Ambil langkah-langkah sesuai dalam menghindari sebarang kemusnahan dan kehilangan jiwa akibat banjir jika mendapati ribut tropika akan melanda.
Berwaspada dengan kejadian gelinciran tanah sekiranya memandu dalam hujan yang mencurah-curah di kawasan tanah tinggi.
Jika ribut tropika dijangka melanda kawasan anda, selamatkan semua harta benda yang boleh diterbangkan angin kencang.
Hindari keluar ke laut apabila ribut tropika atau taufan menghampiri kawasan anda.
Bersedia untuk berpindah jika anda tinggal di kawasan pantai atau berhampiran sungai.
sumber : http://www.kjc.gov.my/malay/pendidikan/cuaca/tropicalcyc02.html |
|
|
|
|
|
|
|
Ifa rase terpanggil bila pucuk pimpinan kita ade menyebut bahawa sekiranya ada sebarang bencana alam yang berlaku, pihak2 berkenaan akan mengumumkan melalui siaraya masjid. Entahlah. Sejauhmana kajian telah dibuat? Kita renungkanlah mcm mana keadaan siaraya masjid di kampung-kampung kita. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 29-8-2006 02:23 PM
Ifa rase terpanggil bila pucuk pimpinan kita ade menyebut bahawa sekiranya ada sebarang bencana alam yang berlaku, pihak2 berkenaan akan mengumumkan melalui siaraya masjid. Sejauhmana kajian telah dibuat? Kita renungkanlah mcm mana keadaan siaraya masjid di kampung-kampung kita. ...
nak kajian apa lagi... mmg telah dibuat pun sejak lama dulu (certain masjid di kawasan berisiko tinggi mmg ada dipasang siren)
bagi teman masalah paling besar adalah nak mendidik orang ramai bahawa bahaya dijangka berlaku... misalnya 26 Dec. 2004 dulu... makin ditegah daripada menghampiri... makin beriya-iya depa nak tengok (mungkin sekali seumur hidup beb).. itu ok gak... ada precautionnya...
tapi jenis yg paling payah adalah "emm.. kalau nak mati...kat mana-mana pun boleh mati",
jenis "kalau dah ditakdirkan aku kena... aku redha ajela... apa nak buat lagi" dan jenis yg. tak ambik pedulik langsung "lantaklaaa.. " |
|
|
|
|
|
|
|
yang nie gambor sebelum dan sesudah TS Tracy
|
|
|
|
|
|
|
|
those americans .... sepuluh ribu typhoon kne diorang pong lagi bagoss ntuk keamanan dunia nehh ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Actually kita nie jarang diuji dengan bencana2 alam yang teruk mcm taufan ker...tsunami ker...dari kesilapan baru boleh diperbetulkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 5-9-2006 09:21 PM
Actually kita nie jarang diuji dengan bencana2 alam yang teruk mcm taufan ker...tsunami ker...dari kesilapan baru boleh diperbetulkan...
sebenarnya kita dah diuji dengan dua tropical storm (Vamei dan Greg) dan gegaran2 hasil daripada earthquake di Sumatera.... dan hasilnya kita masih ambil sikap tidak peduli..
kita juga seringkali mengalami fenomena kilat yang kuat (antara yg terkuat didunia, emmm.. byk gak nyawa melayang pasai kilat nie)... dan hasilnya ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu sikap 'tak apa' dan satu lagi sebab kita beranggapan benda tu terjadi bukan di Malaysia, walaupun tsunami dah tunjukkan yang Malaysia masih boleh kena bencana. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu... ribut tropika Gregg yang pernah berlaku kat Malaysia ni memang bukti bahawa memang ada tendency untuk berlaku taufan kat Malaysia walaupun kemungkinan dier sangat kecik. Dulu pun kita kata Malaysia tak pernah kena gempa atau tsunami tapi tsunami 26 Disember 2004 bukti ketara tsunami memang boleh berlaku kat Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 kalau Malaysia dilanda gempa bumi (walau di luar lingkaran) mcm di Jepun dapatkan kita survive dengan segera...:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 8-9-2006 01:10 PM
Agak2 kalau Malaysia dilanda gempa bumi (walau di luar lingkaran) mcm di Jepun dapatkan kita survive dengan segera...:stp:
ish..ish..ish... sapa kata Malaysia tak penah dilanda gempa bumi... di sabah sekitar area Sandakan penah beberapa kali dilanda gempa... tapi bawah 5 skala richter laa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|