View: 22922|Reply: 40
|
Tok Jangut- Pejuang Islam dan Tanah air (merged: zueusoff)
[Copy link]
|
|
sebenar aku xtau dah ader ker x thread nie sebelum nie.. tapi aku just nak sharing email gamba yang aku aku dapat dari seorang kawan.. gamba nie diselak oleh pegkaji sejarah dari UKM masa dekat library oxford..
so sedikit sejarah tentang TOK Janggut
TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN BIN PANGLIMA MUNAS dilahirkan pada Tahun 1850 di kampong saring, mukin jeram, Pasir puteh, kelantan. Beliau dibesarkan di Istana jeram kerana ayahandanya berkhimat Panglima kepada tengku seri maharaja jeram. Berpendidikan agama dan pernah berguru dengan Tuan guru syeikh ahmad al-fatani di mekah pada Tahun 1327 H.Ekoran campurtangan british di Kelantan pada tahun 1909, TOK JANGGUT, dengan Sokongan ungku besar ahmad, cicit pada long gapar, Pengasas kerajaan kelantan,telah melancarkan gerakan Anti-hasil. Apabila perang meletus antara kerajaan Turki uthmaniah dengan Britain dan bersesuaian dengan Fatwa jihad yang dikeluarkan oleh mufti besar kerajaan Turki uthmaniah pada 11 November 1914, TOK JANGGUT Mengankat senjata menentang british. Pada 29 april 1915 TOK JANGGUT menyerang Bandar pasir puteh dalam Pertenpuran dengan angota pasukan malay state guides Pada 24 mei 1915 dikampong dalam pupuh, TOK JANGGUT Telah gugur syahid bersama dengan TOK ABAS dan TOK HUSSIN. Mayat TOK JANGGUT telah dibawa ke Kota bharu, diarak dan digantung sonsang selama empat jam Di padang bank sebelum dikebumikan di kampung pasir Pekan.
[ Last edited by fleurzsa at 1-2-2007 04:09 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sejauh mana kesahihan gamba nie... aku xpasti
tapi gamba tu yang dikongsi oleh kawan aku... |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by milo_888 at 30-8-2006 05:24 PM
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar itu memang benar..
Sedih melihat mayat pejuang dihina sebegitu rupa... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya Allah telah menyatakan sesungguhnya mereka yang membawa kebenaran iaitu para Rasul pasti akan dimusuhi oleh kaumnya... begitu jua mereka yang berjuang dijalan Nya... Kepada yang mati dalam menjalankan amanah ini jangan disangka mereka itu mati, kerana sesungguhnya tidak... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jasa mereka tetap dikenang... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kepada bundle....
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada bundle kerana mengenengahkan sejarah perjuangan Tok Janggut. Tahniah juga kerana mengiktiraf peranan Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh yang pernah merajai bumi Negeri Yang Di Kerat Lintang iaitu Kelantan. Beliau bukan sahaja seorang raja bahkan merupakan pengasas kepada negeri Kelantan yang ada pada hari ini. Pada masa pemerintahan baginda buat pertama kali selepas beberapa lama bumi Kelantan bersatu dan berdiri sebagai sebuah negeri yang bebas dari mana-mana pengaruh.
Untuk makluman, sejarah perjuangan Tok Janggut bukan sahaja kisah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Siam, bahkan perjuangan beliau adalah perjuangan bagi mempertahankan pemerintah sebenar Kelantan pada masa itu iaitu Engku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad. Perjuangan Tok Janggut adalah bagi menentang kerajaan Kota Bharu yang di kuasai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam yang cuba untuk menguasai bumi Kelantan dan seterusnya menghapuskan saki baki keturunan Long Gaffar dari persada politik Kelantan.
Justeru bagi meneruskan cita-cita jahat itu pemerintah Kota Bharu dibantu oleh Siam dan Inggeris telah bertindak nekad pada tahun 1915 dengan menyerang kubu terakhir zuriat pemerintah sebenar Kelantan di Kota Jeram, Pasir Puteh. Selama tujuh hari tujuh malam kota Jeram di gempur dan dibakar sehingga menjadi abu. Ramai yang telah terkorban syahid, manakala Engku Besar Jeram pula berjaya menyelamatkan diri dan lari ke Reman. Banginda kemudiannya mangkat dan dikebumikan di sana.
Berkenaan dengan Tok Janggut, beliau sebenarnya tidak berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut. Beliau sebenarnya sempat menyelamatkan diri dan dikatakan berjaya melarikan diri dan berlindung di Negeri Sembilan. Dikatakan sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut.
Apabila didapati Penghulu Hassan terbunuh, lantas atas arahan Engku Besar Jeram, maka sebagai satu muslihat diisytiharkan bahawa Tok Janggut telah terbunuh bertujuan bagi menyelamatkan Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tongkatali at 3-9-2006 12:12 PM
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada bundle kerana mengenengahkan sejarah perjuangan Tok Janggut. Tahniah juga kerana mengiktiraf peranan Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh ...
Dikatakan sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut.
tima kasih.. huhu :bgrin:
wah yer ker... jadik tu bukan tok janggut sebenar ker.. dah tu kemana hilang tok janggut sebenar.. (aku sejarah kampung aku sendiri pun aku xtau..)
lagi satu.. kerajaan kota bharu tu saper... |
|
|
|
|
|
|
|
owh ... gitu eh ... makin menarik lak sejarah dia nehh ... nampak nyerh buku teks kena revised balik arh kalo ginieh ~ |
|
|
|
|
|
|
|
huhu ... tongkatali ... ader sumber rujukan ntuk argument anda itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by topeng perak at 3-9-2006 08:25 PM
huhu ... tongkatali ... ader sumber rujukan ntuk argument anda itu?
haah.. ader citer la skit... :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Kota Baru Boneka kepada British dan Siam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bundle at 30-8-2006 02:41 PM
sebenar aku xtau dah ader ker x thread nie sebelum nie.. tapi aku just nak sharing email gamba yang aku aku dapat dari seorang kawan.. gamba nie diselak oleh pegkaji sejarah dari UKM masa dekat lib ...
Dulu dah ada thread ni tapi dah deleted rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
gambar ni ada kat muzium kelantan, btolla gamaknye kot...
aku tak taula btol ke tak, tapi tok janggut ni tak sebulu dengan istana...
kalo baca buku sejarah pun, abang & ayah tok janggut ni dikatakan mati dibunuh atas arahan istana...
masa inggeris lawan pun, istana buat dek jek...siap mayat diarak sana-sini, istana takde sensitiviti langsung
aku memang tak suke sket kerabat2 kelantan ni, hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya bukan sahaja Tok Janggut yang fakta sejarahnya telah diselewengkan, kisah kematian Mat kilau dan Datuk Bahaman juga telah ditipu oleh penjajah Inggeris. Mereka berdua juga tidak mati dibunuh Inggeris. Mat Kilau misalnya muncul semula di Pahang sekitar akhir tahun 1960-an, beliau hanya mati tidak lama selepas pengisytiharan kemunculannya itu.
Begitu juga Datuk Bahaman, beliau muncul semula lewat sedikit selepas kemunculan semula Mat Kilau iaitu sekitar tahun 1970-an. Beliau menggunakan nama samaran Tok Guru Peramu. Tetapi berbeza dengan Mat Kilau yang diktiraf oleh kerajaan, kemunculan semula Datuk Bahaman ini tidak mendapat pengiktirafan kerajaan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang melibatkan politik terutamanya politik 'beraja' Pahang jika dia diiktiraf sebagai Datuk Bahaman yang sebenar. untuk makluman, saya masih lagi menyimpan tape rakaman perbualan di antara Tok Guru Peramu dengan seorang ahli keluarga saya. Dalam rakaman tersebut beliau banyak menceritakan tentang ilmu-ilmu yang diamalkan tetapi cuba mengelak setiap kali diajukan soalan tentang siapa dirinya yang sebenar.
Jadi kenapa semua ini berlaku ? Jadi tidak mustahil jika saya mengatakan bahawa 'Tok Janggut' yang digantung sepertimana dalam gambar di atas bukan Tok Janggut yang sebenar. Cuma saya tidak pasti sama ada Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar ada membuat pengisytiharan semula selepas itu tetapi saya difahamkan ada akhbar pernah menerbitkan cerita ini tidak lama dulu. Kalau boleh jika ada sesiapa yang pernah terbaca laporan itu dapat tampil bagi mengemukakan laporan akhbar itu.
p/s : boleh saya kenal dengan lebih lanjut siapa 'bundle'. Ni add. [email protected]. |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah
barua british perintah tanah melayu masa tu..sejarah pun tulis mesti nak angkat kebestan dia jer
sape2 yang menentang dia dianggap penderhaka..pastuh lak raja2 melayu..certain2 nih ikut telunjuk si barawaa british nihs
same as masa komunis melancarkan pemberontakan jugak(before kita merdeka) barawaa british cop komunis ni pengganas jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tongkatali at 5-9-2006 12:39 PM
Sebenarnya bukan sahaja Tok Janggut yang fakta sejarahnya telah diselewengkan, kisah kematian Mat kilau dan Datuk Bahaman juga telah ditipu oleh penjajah Inggeris. Mereka berdua juga tidak mati dib ...
alamak tongkatali.... sorry lama xmasuk forum.. banyak keje nak kena buat... ermm nak kenal add me
[email protected] nati bleh kita kenal2 org sekampung... |
|
|
|
|
|
|
nice72_nik This user has been deleted
|
Originally posted by tongkatali at 5-9-2006 12:39 PM
Sebenarnya bukan sahaja Tok Janggut yang fakta sejarahnya telah diselewengkan, kisah kematian Mat kilau dan Datuk Bahaman juga telah ditipu oleh penjajah Inggeris. Mereka berdua juga tidak mati dib ...
Salam buat semua...
Pernah gak dengar citer2 ni. Dikhabarkan Tok Janggut ori.. asalnya dari Yaman dan yang klon tue adalah berdarah benggali.
Peristiwa melarikan Tok Janggut tue ada konflik sikit... ye la.. ramai yang pakat2 duk ngaku yang mereka2 itu yang terlibat..
Yang tue kena tanya cucu beliau sendiri.. yang pernah memegang satu jawatan penting satu ketika dahulu.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh menarik ni.....saper-saper yang tau ceriterlah lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|