CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6087|Reply: 9

Yang pandai tak semestinya bijak

[Copy link]
Ibnu_Sabil This user has been deleted
Post time 10-9-2006 11:33 PM | Show all posts |Read mode
..kerapkali kita melihat rakan-rakan membicarakan isu agama. Syukurlah kerana sebahagiannya masih merujuk Al Qur'an dan Hadis serta fatwa ulama. Misalnya dalam membicarakan isu berkhatan. Tapi tak kurang juga yang membicarakan isu agama menggunakan logik akal se mata-mata. Dari gaya penulisan, saya merasakan ianya ditulis orang yang pandai...TETAPI..adakah yang pandai itu semuanya bijak???

JIka konsep matematik 6 - 1 = 5. itu betul. Tetapi jika konsep agama 6 - 1 = 0 itu baru betul. Jika ada yang menjawab 5 sesatlah ia.

Penjelasan :
Lihatlah jika daripada enam rukun iman itu kita tolak satu sahaja..maka binasalah keimanan kita kepada Allah SWT. Kita tidak boleh melihat Islam ini sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Islam itu harus diterima keseluruhannya. Jangan pula kita menjadi seperti si buta "melihat" gajah.

Malangnya, kedapatan orang yang merasakan dirinya sudah cukup pandai. Mempunyai degree dalam pelbagai bidang sehingga amalan dan hukum agama yang jelas terang pun..hendak difikirkan dari segi logik akal. Misalnya, Amina Wadud, seorang Profesor perempuan yang mengimami solat Jumaat di luar negara.

Amina memang pandai...TETAPI ..tidak bijak. Kesimpulannya, saya menyeru agar perbincangan yang menyangkut amalan Islam dibincangkan secara bijak. Bukan pandai atau memandai-mandai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 11:46 AM | Show all posts
Em, bagus juga umpama mcam tuh. mmg binasa jika terkeluar satu. mcam kite lihat bdak2 skolah wlaupun pandai blajar, telaah buku tp tak semestinye bermaksud bijak menguruskan hal2 seperti agama. lbih2 lg krjn skrang menghalalkan ape yg diharamkan, pandai2 buat sendiri.

dulu masa PMR sy dpt 4 drpd 7 A, so sorang kwn yg agak sombong dia dpt full As. dia pn pnah ejek kat sy kata rajin tak semestinye pandai, dan usaha tak semestinye bijak. dia mmg sakitkan hati sy sbb menghina kan. lpas SPM, sy dpt 4A1 dan 3A2, dia baru dpt 3A1 dan 2A2. barulah dia tau sape sebenarnye btul rajin dan pandai.

sbnarnya manusia nih pemikiran dan penjanaan minda bergantung kpd pendengaran dan penglihatan yg amat terhad. jd bile kite dah tau sesuatu tak bermaksud kite betul. yg penting kene humble dan rendah diri dlm menerima teguran dan pandangan orang yg lebih alim.

wlaupun pencapaian akedemik sehebat mane, degree ke PhD ke, kalo tak beramal dgn betul, mmg sia2 jer lah ibadah dan hidup.

mmg Allah dah takdirkan fitrah manusia nih lelaki jd pemimpin kpd wanita dan keluarga, secara fizikal or mentally. kite tak bleh samakan hak dr kedua2 jantina, jika laki menjadi Imam tak bermaksud perempuan bleh jd imam jgak. bolehtak wanita melindungi laki, cari nafkah hidup bg keluarga, membelai laki etc? mesti susahkan. jd mmg Allah menjadikan lelaki nih lebih kuat dr segi2 yg tertentu supaya dpt bimbing dan melindungi wanita. malangnye segolongan wanita semata2 hendak mencapai kebebasan dan hak yg sama ngan laki, sehinggakan maruah diri pn terlupe.

laki x pkai tudung, wanita pn nak ikut. kalo laki x pkai baju, so wanita pn tak yah pkai baju lah kan?

[ Last edited by  Presa1200 at 19-9-2006 11:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 02:20 PM | Show all posts
betoi betoi memang betoi
ada yang dah rasa dia tau segalanya dan pendapat dia saja yang betoi
dan ada jugak yang hanya mengunakan akal yang terbatas untuk menilai benda benda yang tak tercapai dek akal
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 02:24 PM | Show all posts
hah!salam kembali.
Aku setuju dgn benda ni.'tak semua yg pandai itu bijak'.Memandangkan aku ni jenis direct..nih yg aku nak bgtu.Memang ramai yg pandai,belajar tinggi2 tapi jadi bodoh dan bangang akhirnya.Ada org yg gunakan kepandaian utk mereka2 duduk dalam lingkungan org yg jahil.Bodoh.Selalu terjadi dikalangan umat islam.Kunun islam yg liberal dan plurism.Berhujah gunakan akal.Hadis2 tak main katanya.Ulama2 tak de kelas.Tak bleh diterima hujah2 ulama2..qias etc.Aurat wanita hanya mengikut kesesuaian budaya. babi tak haram.Boleh dimakan.Berhujah menggunakan seketul2 makna dalam ayat alquran.Sampi bab sembahyang 5 kali ..pergerakkan rukun2 abih dipersoalkan kerana dek kajian menggunakan logik akal dan mentafsir alquran seketul2 macam paderi.Terdapat juga forumer yg bertanya, merespon dan mempersoalkan sesuatu sambil bermain2 dgn logikal akal.

-D.Cooperfield-
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 05:29 PM | Show all posts
dan 'yg pandai x semestinya berjaya"dan 'yg pandai x semestinya bahagia'...boleh diguna pakaikan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 02:20 PM | Show all posts
salam semua,
kebiasaanya terjadi mcm nie, sebab belajar sendiri tidak bertanye kepada yg betul. ilmu agama nie x boleh dipelajari sendiri
x mcm ilmu2 yg yg lain. coz sekiranya org terlalu bijak ia akan mengandaikan sendiri berdasarkan logik2 akal, dan x semua logik2
akal ni boleh diterima.
Bende2 yg mcm ni bukan terjadi kepada golongan2 biase, but org2 yg "katanye" bijak.... mcm profesor ke @ budak2 yg belajar sampai luar negei.
Golongan2 yg mcm nilah yg biasenye menggunakan logik sendiri, sampai pada satu tahap boleh mendatangkan kemudaratan bukan saje kpd
diri sendiri ttp kpd org lain gak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2006 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by narutohensem at 20-9-2006 02:20 PM
salam semua,
kebiasaanya terjadi mcm nie, sebab belajar sendiri tidak bertanye kepada yg betul. ilmu agama nie x boleh dipelajari sendiri
x mcm ilmu2 yg yg lain. coz sekiranya org terlalu bijak i ...


SETUJU LER SGT...

Akal kita tu, kita tak boleh pegang 100% sebab ia pun makhluk ciptaan Tuhan juga....boleh ker yg sama sejenis dan sebangsa dengan kita, kita letakkan kepercayaan 100% utk menilai KEBENARAN dari Tuhan?

Yg pelik, hal cam ni depa tak leh berfikir pulak, sebab mana ada LOGIK yg boleh terima dan jawab IA soalan di atas?

Kalau jawapannya IA, mereka dah sekutukan TUHAN dgn AKAL, mereka sudah tidak bertuhan dgn TUHAN tetapi bertuhan dengan AKAL mereka sendiri..sebab itu Tuhan turunkan BENCANA/BALA kepada mereka sampai akhirnya jadi SEBODOH-BODOH MANUSIA pulak....

KALAUlah segala kemusykilan dan hujah mereka itu dibawa kepada budak sekolah tadika, budak sekolah tadikapun dok gelak dgr jwapan mereka...tak percaya, cuba tanya budak2 tu...

[ Last edited by  serihartatie at 20-9-2006 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 02:38 PM | Show all posts
Kepentingan Akal  yang Terpimpin di dalam Beragama

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: "Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal."

Ertinya orang yang akalnya tidak sihat atau orang yang tidak siuman atau orang yang terencat akal ataupun orang gila tidak boleh dan tidak mampu beragama. Mereka pun tidak dituntut beragama. Jelasnya mereka tidak dituntut bertauhid, bersyariat ataupun bertasawuf.

Mereka bukan orang yang mukalaf. Oleh itu mereka tidak disuruh menegakkan syariat. Mereka terlepas dari hukum suruhan dan hukum larangan Tuhan. Kalau mereka berbuat ibadah, tidak diberi pahala. Kalau mereka berbuat maksiat dan kemungkaran pun tidak berdosa.

Mereka ini dianggap sebagai ahlul fitrah. Mereka ini sama sahaja dengan kanak-kanak yang mati sebelum akil baligh tidak kira apa agama ibu ayah mereka dan juga manusia yang tidak sampai kepada mereka seruan dakwah. Namun istilah tidak berakal dalam hadis tersebut bukan sahaja bermaksud gila atau tidak siuman atau terencat akal. Jika itulah yang dimaksudkan, sudah tentu Rasulullah akan menyebut gila atau tidak siuman. Tidak berakal di sini bermaksud belum pandai menggunakan akal atau akal yang belum sempurna. Seperti kanak-kanak yang belum cukup umur atau belum akil baligh, mereka ini bukan gila atau bukan tidak siuman. Cuma mereka belum pandai menggunakan akal dan oleh itu dianggap tidak berakal. Mereka ini tidak diwajibkan beragama.

Walaupun begitu, hadis ini tidak pula bermaksud orang yang berakal atau orang yang sempurna akalnya sudah tentu akan beragama. Ini tidak berlaku. Berapa ramai kita lihat orang yang berakal malahan yang pandai-pandai pula tidak beragama bahkan ada di antara mereka yang menentang agama.

Seperkara lagi, walaupun agama dalam hadis ini dikaitkan dengan berakal, ini tidak bermakna akal itu semata-mata adalah alat untuk beragama. Justeru itu kalau akal diasah tajam-tajam dan diisi dengan berbagai-bagai dan sebanyak-banyak ilmu, belum tentu seseorang itu akan beragama, walaupun ilmu yang ada padanya adalah ilmu Quran dan hadis. Hadis ini merujuk kepada orang yang tidak berakal dan bukan kepada orang akal. Orang yang tidak berakal ialah orang yang tidak pandai atau belum pandai menggunakan akalnya. Orang akal pula ialah orang yang mengagungkan akalnya. Ada beza antara dua istilah ini. Kalau orang yang tidak berakal susah hendak beragama, orang akal yang berpandukan akalnya dan logik semata-mata, lebih-lebih lagilah susah hendak beragama.

Sebenarnya, tidak berakal dalam hadis ini membawa maksud akal yang tidak terpimpin.

Orang yang akalnya tidak terpimpin dianggap tidak berakal. Dalam Islam, akal yang tidak terpimpin itu ialah akal yang tidak dapat berfungsi di atas landasan hak dan kebenaran. Iaitu akal yang berputar dengan bebas tanpa dikawal oleh hati yang yakin, beriman dan takut kepada Allah.

Islam menganggap orang akalnya tidak mahu tunduk kepada hatinya atau kepada kebenaran sebagai orang yang tidak berakal. Akal seperti ini hanya akan tunduk kepada nafsunya sahaja.

Walau bagaimana pintarnya akal yang tidak terpimpin ini, ia tidak akan dapat keluar dari kepompong alam dunia dan alam material. la tidak dapat meneroka alam-alam yang lebih seni dari alam syahadah atau alam nyata ini seperti alam barzakh, alam akhirat, syurga, neraka, malaikat dan hal yang berkaitan dengan Tuhan itu sendiri. Walhal semua itu adalah benar.

Akal yang tidak terpimpin ini sangat bahaya. la akan bergantung habis-habisan kepada logik akal semata-mata dan tidak akan nampak sumber kebenaran yang lain. Walhal kalau mengikut logik akal, akhirat itu tidak logik, syurga dan neraka tidak logik, hidup sesudah mati itu tidak logik, malaikat tidak logik bahkan Tuhan itu pun tidak logik. Justeru itu, orang yang akalnya tidak terpimpin akan mendapati sukar untuk mem-percayai perkara-perkara ghaib seperti malaikat, hari kiamat, Tuhan dan sebagainya.

Itu sebab dalam Islam, pendidikan adalah berteraskan konsep yang terkandung di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Awal-awal agama mengenal Allah." Awal-awal lagi, manusia perlu dikenalkan kepada Allah supaya hati mereka terisi dengan rasa-rasa bertuhan. Rasa-rasa inilah yang akan menguasai dan memimpin akal mereka. Akal mereka akan berputar dan berfungsi di bawah kawalan hati mereka yang sentiasa terhubung dengan Tuhan dan yang sentiasa terisi dengan kebenaran dan rasa-rasa bertuhan.

Islam tidak mahu akal itu digunakan secara bebas tanpa kawalan. Islam mahu akal itu sentiasa terpandu. Islam menuntut kita berzikir sambil berfikir. Ini dapat dilihat dalam sepotong ayat dalam Al Quran:

Maksudnya: "Orang yang sentiasa mengingati Allah (berzikir) dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi." (Surah Ali Imran: 191).

Hati mesti terhubung dahulu dengan Tuhan melalui zikir, barulah akal digunakan untuk berfikir.

Berzikir itu kerja hati.
Berfikir itu kerja akal.


Barulah fikiran itu akan dibantu dan dipandu oleh Tuhan.

Kalaulah akal dibebaskan berfikir tanpa kawalan hati yang berzikir, ia akan tersimpang dari kebenaran. Akal itu kalau dibebaskan berfikir, penghujungnya nanti ia akan menafikan kewujudan Tuhan. Kerana hal-hal Tuhan dan perkara-perkara ghaib adalah di luar kemampuan akal memahaminya. Ditakuti bila perkara-perkara ini tidak difahami, akal akan menafikannya. Itulah bahayanya akal. Sebab itu ia perlu dikawal dan dipimpin oleh hati.

Mari kita lihat cara mencari kebenaran berpandukan prinsip dan kaedah falsafah, iaitu kaedah yang dicipta oleh orang akal yang seratus-peratus bergantung kepada kekuatan akal semata-mata. Dalam sesuatu perkara atau permasalahan itu, ditimbulkan berbagai-bagai keraguan terlebih dahulu. Selepas itu barulah akal digunakan untuk mencari hujah dan kepastiannya yang paling masuk akal.

Atas dasar inilah penemuan-penemuan dan teori-teori falsafah dikemukakan. Dalam Islam, ini tidak berlaku. Ilmu kepastian perlu didapatkan terlebih dahulu dari Tuhan. Selepas itu barulah akal digunakan untuk melaksana dan mengembangkannya. Dengan itulah akal akan sentiasa terpimpin dan tidak akan terkeluar dari garisan orbitnya. la tidak perlu mencipta sistem, konsep atau doktrin yang baru tetapi hanya perlu mengembangkan konsep yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Inilah sebenarnya fungsi akal.

la menterjemah dan mencari kaedah atau jalan bagaimana hukum dan syariat Tuhan boleh difahami dan dilaksanakan. Akal itu adalah pelaksana bagi sistem dan hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan. la bukan pencipta sistem atau hukum baru.

Bila akal digunakan untuk mencipta sistem dan hukum, maka porak-perandalah hidup manusia kerana sistem dan hukum yang dicipta itu akan berlawanan dan bertentangan dengan keperluan dan tuntutan fitrah semula jadi manusia. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui keperluan dan kehendak manusia yang sebenar kerana Dialah yang mencipta manusia. Oleh itu hukum Tuhan sahajalah yang sesuai dan patut diguna pakai untuk manusia.

Tidak berakal boleh juga bermaksud tidak cerdik. Bila akal tidak cerdik, tidak pandai bertindak dan tidak pandai menyelesaikan masalah, dia tidak akan mampu dan tidak akan berupaya untuk memahami, menterjemah dan melaksanakan segala hukum dan syariat Tuhan.

Akal seperti ini tidak akan dapat menegakkan tuntutan agama yang sebegitu banyak. la tidak akan dapat mempraktikkan agama secara syumul dan menyeluruh. la hanya akan dapat berbuat ibadah-ibadah yang khususiah seperti solat, puasa, wirid, zikir, baca Quran dan sebagainya. la mungkin boleh menjadi seorang ahli ibadah. Tetapi agama bukan setakat melaksanakan ibadah khususiah dan menjadi ahli ibadah sahaja. Agama termasuk menegakkan segala tuntutan-tuntutan yang lain sama ada yang ber bentuk batiniah mahupun lahiriah. Agama menuntut kita menegakkan tamadun rohani dan tamadun lahir.

Tamadun rohani melibatkan hati, akal dan nafsu yang perlu dibina dan didik sehingga seseorang itu menjadi orang yang betul-betul kenal Allah (arifbillah) dan bertaqwa kepada Allah. Di segi lahirnya pula, Islam sebagai cara hidup (addin) perlu ditegakkan dalam semua aspek kehidupan sama ada dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan, kewangan, khidmat kesihatan dan sebagainya. Inilah yang dinamakan tamadun lahir. Barulah Islam itu lengkap, syumul dan sempurna. Barulah keperluan lahir dan rohani manusia dapat dipenuhi. Inilah yang dimaksudkan dengan agama iaitu cara hidup atau addin yang syumul dan lengkap.

Ini semua bukan perkara mudah. Hanya orang yang berakal dan yang cerdik sahaja mampu melaksanakan semua ini. Orang yang tidak cerdik tidak akan dapat memahaminya, jauh sekali  untuk menegak dan melaksanakannya. Mereka hanya  mampu menjadi ahli ibadah semata-mata. Kita harus ingat bahawa maksud agama dalam hadis ini dan pemahaman agama yang sebenar meliputi seluruh sendi-sendi dalam agama yang wajib kita tegakkan sama ada yang lahir mahupun yang batin. Jelas bahawa orang yang tidak berakal atau tidak cerdik akan dapati sukar untuk menegakkan agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Mereka tidak akan mampu menegakkan tamadun lahir. Tanpa akal, umat Islam akan jadi beku dan jumud. Begitulah maksud-maksud yang tersurat dan tersirat bagi berakal dan agama yang terkandung dalam hadis ini iaitu awal-awal agama adalah mengenal Allah. Kesimpulannya, kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa akal itu perlu dalam agama akan tetapi hanya apabila ia tunduk dan dipimpin oleh hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 08:58 PM | Show all posts

salam

IMO....

Manusia telah dicipta untuk menjadi khalifah Allah di bumi ini.  Bumi Allah ini terbentang luas utk semua.

Kita muslimin & muslimat mesti mendiami bumi ini, menggunakan sumber2 alamnya & akal yg diberi bagi manfaat dan kemajuan kita, dan menggunakan dunia sebagai tempat menyembah Pencipta kita, Allah swt. Menunjukkan kesyukuran kita.

Semua manusia adalah sama rata, yg bijak dan yg tak berapa bijak, semua orang berhak ke atas hak-hak manusia yang sama....

•        Haqq al-Hayah - hak untuk hidup

•        Haqq al-Hurriyyah - hak kebebasan

•        Haqq al-Tamalluk - hak pemilikan

•        Haqq al-Karamah -  hak mendapatkan penghormatan

•        Haqq al-'Ilm - hak tanggungjawab pelajaran

Mengenai perbezaan individu dlm memikirkan isu2 & amalan2 Islam, semuanya ini merupakan hasil daripada perancangan dan usaha individu itu sendiri, dan hanya lahir menurut kehendak Allah swt jua.

Balasan syurga tidak dapat diperolehi dengan mudah. Maka pencapaian matlamat setiap muslimin muslimat memerlukan perancangan dan usaha diri sendiri serta rahmat daripada Allah swt jua.

Firman Allah swt,

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al Hujuraat 13)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 04:03 AM | Show all posts
ambillah mana mana statement yg dirasakan benar dr sumber yg sah sebagai panduan utk kajian, dan rujuklah dr mereka yg pakar di luar sana, saya tak rasa majoriti forumner di sini ingin menunjuk pandai tapi mereka meluahkan pengetahuan yg sekadar mereka tahu utk di kongsi bersama dengan forumner forumner lain, saya tak nampak ada salahnya...malah, sedikit sebanyak di sini boleh menjadi ruang utk mereka berkongsi pengetahuan yg pernah menjadi kemusykilan mereka selama ini, medan perbincangan bukan semata mata di sebuah bilik mesyuarat, di alam maya seperti ini juga tidak ada salahnya...saya yakin, jika berforum dengan niat yg baik dan betul pasti tidak timbul istilahsama ada menunjuk pandai atau menunjuk bijak, insya allah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047456 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list