CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59680|Reply: 265

tako thai

[Copy link]
Post time 12-9-2006 09:23 AM | Show all posts |Read mode
tolong dapatkan resepi kuih ni....mak juita  tingin sgt sbbnya ari tu dia  mkn kat umah org kenduri...ada kawan dia pandai buat tapi kedekut sungguh.....smpai mak juita ckp apa la kedekut ilmu camtu....tu yang juita usaha carik ni , nak buat pastu bagi makcik tu makan, biar dia rasa.....kedekut sgt nak bagi resepi.... :geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2006 09:26 AM | Show all posts
tako thai nie sama ke dgn tako local kita nie?!
yg ada hijau dan putih tu..
pastu bawah dia ada cam sengkuang cina..
yg nie ker?!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 05:04 PM | Show all posts



KUEH TAKO  

Bahan..
Lapisan Bawah
1 cawan tepung jagung [kurangkan sikit..dalam 2 s/kecil]
1 cawan gula
4 cawan air
pewarna hijau/jus pandan

Bancuhrata dan masakkan atas api/dapur. Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan atau bekas pelastik kecil.

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat + garam

Kacau rata dan masakkan atas dapur sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi.


[archived]

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 09:32 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 01:27 AM | Show all posts
resepi tako... Thai style... ( yg ni saya dpt dr kawan yg belajar buat ngan org Thai)...

bahagian bawah:

2 oz jus pandan + 9 oz air
2 1/2 sudu besar tepung kacang hijau
2 1/2 sudu besar tepung beras
5 biji sengkuang cina ( dipotong dadu)
3-4 oz gula

Caranya:
panaskan semua bahan bawah api yg kecil. kacau sentias till agak pekat.
sebelum masukkan dalam acuan pandan. campur sedikit chopped sengkuang cina dalam acuan. ( tak de sengkuang cina pun tak pe. jagung sedap gak ganti. nak plain pun ok..

bahagian atas.

2 1/2 sudu teh tepung kacang hijau
2 1/2 sudu teh tepung beras
1/2 sudu teh garam
14 oz santan

cara...

masak n kacau semua bahan atas api kecil.
then scoop into the acuan yg dah beku bahagian bawah tadi. then sejukkan
.

saya penah cuba resepi ni... and mmg sedap... selamat mencuba

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 09:33 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 09:05 AM | Show all posts
TQ TQ very much.....heh! heh! tak sabar nak bagi makcik kodokut tu makan tako
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by juita at 13-9-2006 09:05 AM
TQ TQ very much.....heh! heh! tak sabar nak bagi makcik kodokut tu makan tako

adehh...
sabor jelah juita wehhh dgn statement ko nie... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2006 04:56 PM | Show all posts
sengkuang cina nie macam mana yer ruper bentuknya..
yg macam sengkuang biasa tu jer ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 07:37 PM | Show all posts
Originally posted by crystal_biru at 13-9-2006 04:56 PM
sengkuang cina nie macam mana yer ruper bentuknya..
yg macam sengkuang biasa tu jer ker?



crystal,

sengkuang cina = water chestnut






[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 13-9-2006 09:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2006 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 12-9-2006 05:04 PM




KUEH TAKO  

Bahan..
Lapisan Bawah
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan air
pewarna hijau/jus pandan

Bancu ...



kak liza... setahu saya, kuih ni di panggil tepung pelita.. biasanya, ada air gula samada gula merah atau gula putih di bawahnya.. tapi maybe, lain tempat lain pulak nama dia kan..

kalau kat kl ni.. buln puasa mmg laku.. arwah bapa mertua saya cukup suka makan benda ni.. rumah ni pun suka juga..

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 13-9-2006 09:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 07:49 PM | Show all posts
Originally posted by lilo_kill at 13-9-2006 01:27 AM
resepi tako... Thai style... ( yg ni saya dpt dr kawan yg belajar buat ngan org Thai)...

bahagian bawah:

2 oz jus pandan + 9 oz air
2 1/2 sudu besar tepung kacang hijau
2 1/2 sudu besar te ...



lilo.. yg ni mmg tako siam.. mmg sedap, biasanya di kl ni.. org kenduri sukasgt order.. beza tepung pelita dan tako siam dari segi rupa, ialah bentuk daun pisang itu.. tako siam biasanya berbentuk square.. gebu danpadat.. manakala tepung pelita, rectangular.. serupa mcm gambar kak liza tu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 07:51 PM | Show all posts
tepung pelita resipi mcm kak liza tu.. ada juga versi bungkus.. kami biasanya panggil kuih jongkong.. arwah mak rajin buat.. rasa tu ala2 lebih kurang je.. guna kapur sirih skit.. tapi kuih jongkong ni.. dia bungkus mcm nasi lemak dulu2 tu.. yg cucuk lidi kepala tu.. pastu dia berkuah.. air gula merah..slurrpp.. slurrpp..

[ Last edited by  noor_hannah at 13-9-2006 07:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 07:53 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 13-9-2006 07:37 PM



crystal,

sengkuang cina = water chestnut







sedap nya tako ni.. bila makan tu ada sengkuang cina yg di dadukan tu.. mmg sedap sgt..

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 13-9-2006 09:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 13-9-2006 07:45 PM



kak liza... setahu saya, kuih ni di panggil tepung pelita.. biasanya, ada air gula samada gula merah atau gula putih di bawahnya.. tapi maybe, lain tempat lain pulak nama dia kan..

kalau  ...


maybe kat tempat lain nama pun lain kot..:hmm:

kakliza perhatikan [kat pasar2 malam atau bazar ramadhan..]
kueh tako acuannya dibuat dari daun pandan dan adunannya adalah campuran gula, santan dan tepung jagung dikacau ...
ada lapisan hijau dibawah dan lapisan putih diatas..
ada juga yg masukkan jagung atau sengkuang cina kat lapisan atas..

manakala tepung pelita acuannya dibuat daripada daun pisang yg dibentukkan saperti kotak..
adunannya tepung beras dan santan di gaulkan dan masukkan dalm acuan daun pisang tu dan dikukus saperti kueh talam..
gula kasar dimasukkan dalam acuan daun pisang tu dan baru tuangkan adunan..
bila masak.gula pasir kat bawah tu akan berair..



TEPUNG PELITA

Bahan-bahan A [ lapisan bawah ]
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan

Bahan B : [ lapisan atas..]
3 cawan santan pekat
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

Cara
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang.
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak 1/2  bakul. Kukus sehingga masak.
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh bakul.
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu..
5. Sejukkan betui2 baru makan dengan sudu kecil.

NOTA.
Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap.
jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil..


[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 13-9-2006 09:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by lilo_kill at 13-9-2006 01:27 AM
resepi tako... Thai style... ( yg ni saya dpt dr kawan yg belajar buat ngan org Thai)...

bahagian bawah:

2 oz jus pandan + 9 oz air
2 1/2 sudu besar tepung kacang hijau
2 1/2 sudu besar te ...



Just to make sure.....tepung kacang hijau to memang tepung kacang hijau atau green peas?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 10:34 PM | Show all posts
apa yang dapat saya simpulkan di sini..

tako is tako iaitu kuih thai..iaitu menggunakan tepung hoen kwee..
manakala tepung pelita ialah kuih melayu yg menggunakan tepung beras..
manakala jongkong dan tepung pelita pula seakan sama tapi yg membezakannya ialah casing dan consistency..kerana jongkong dimakan bersama gula merah..tepung pelita pulak dgn gula putih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 11:00 PM | Show all posts
mmg konpius sket tako ngan tepung pelita ni ek. yg saya tau, tako, masak atas api perlahan sampai pekat, tepung pelita kena kukus...  since rupanya sama, kadang time puasa, yg jual kat pasar ramadhan tu tak dapat nak bezakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2006 10:25 AM | Show all posts
apa yg saya tahu dan saya makan kuih tako dan kuih tepung pelita adalah berbeza cuma kaler & bentuk saja nampak mcm sama...

Kuih tako ni selalunya casing dia diperbuat dari daun pandan manakala tepung pelita casing dia guna daun pisang.....

Dari segi bentuk kedua2 nya nampak sama sbb btk empat segi tp kuih tako selalunya adalah lebih kecil berbanding dgn tepung pelita yg lebih besar....

Kuih tako ni selalunya casing dia tu kaler ijau daun (sbb tak payah kukus), manakala tepung pelita daun dia dah layu hijau kehitaman sbb dah kena kukus....

Dan rasa pun adalah berbeza kerana kuih tako ada campuran sengkuang cina yg dipotong dadu manakala tepung pelita mcm kuih talam jer rasa dia (tiada campuran sengkuang cina)...

so pada pendapatan saya --->>> kesimpulannya kuih tako adalah kuih tako, tepung pelita adalah tepung pelita kedua2nya adalah berbeza......
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by speedial at 15-9-2006 10:25 AM
apa yg saya tahu dan saya makan kuih tako dan kuih tepung pelita adalah berbeza cuma kaler & bentuk saja nampak mcm sama...

Kuih tako ni selalunya casing dia diperbuat dari daun pandan manak ...

speed ;) me :setuju: :setuju: dengan pendapat mu :ah:
selain saiz & bungkusan dier, paling senang nak bezakan tako ialah inti dier ader boh sengkuang cina...  :hatdown: no sengkuang, bkn tako ler nama nyer...:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 11:13 AM | Show all posts
Apa yang Shida perhatikan respei yang kak liza berikan resepi tako tu, betul dan kak liza pun gunakan daun pandan untuk buat sarangnya. cuma kak liza tak gunakan tepung hoen kwee. mungkin sebab sarangnya tak bentuk segi empat sama, maka kak jonnah assumed yang kuih tako kak liza itu adalah tepung pelita.

resepi asal tako, bawahnya ada campuran sengkuang cina. adunannya gunakan tepung hoen kwee.

tepung pelita menggunakan tepung beras. dan bawah sekali letak gula.

[ Last edited by  shidaaziz at 15-9-2006 11:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 11:45 AM | Show all posts

ni plak resepi kuih tako amik dari Cyberkuali

-->> http://202.186.86.35/kuali/recipes/jelly.html

tu yg belah kiri atas tu kuih tako

Tako Delight
(A)
Mix together and leave aside to soak for 30 minutes, then sieve:

65g arrowroot flour
1 tbsp green pea flour
200ml water
(B)
350ml pineapple juice - unsweetened
150g sugar
2 pandan leaves - knotted
6 pieces water-chestnuts - diced

Method:
PREPARE pandan leaf casings.

Bring pineapple juice, sugar and pandan leaves to a low boil. Gradually add in mixture (A) and keep stirring. Add in water-chestnuts. When they turn transparent, remove from heat. Spoon a heaped teaspoonful of filling into each pandan casing. Leave to set.


Santan Topping:

550ml general santan
2 1/2 tbsp green pea flour
1 1/4 tsp agar-agar powder
1/4 tsp salt

Method:
MIX all the ingredients together and cook well till blended and thick. Remove from fire.

Spoon 1 teaspoonful of topping ingredient over the pineapple layer. Leave to set. Chill well before serving.

AMARAN : resepi belum dicuba

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 09:36 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.342901 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list