View: 6890|Reply: 5
|
Gerakan Kahfi / Dauliyah Islamiyah
[Copy link]
|
|
aku pernah diajak gi kelas ni.... and aku berenti lepas tiga kelas.... aku mula2 pun tak tau salah ke betul... tp baru2 ni aku research jumpa benda2 ni...
Pesantren Zaytun (Negara Islam) / Dauliyah Islamiyah / Gerakan Kahfi
Aqidah dan Pemikiran
1. Membahagikan tawhid itu kepada 3 bahagian, iaitu tawhid Rubbubiyah,
tawhid Mulkiyyah dan Tawhid Ubudiyyah:
* Tawhid Rubbubiyah merujuk kepada Rabbi iaitu aturan dan sandaran
perlembagaan Negara Islam berdasarkan (Al Quran dan As Sunnah).
* Tawhid Mulkiyyah merujuk kepada kawasan dan wilayah kekuasaan Negara
Islam.
* Tawhid Ubudiyyah merujuk kepada penganut ,rakyat dan warganegara Islam.
2. Segala aturan,perintah dan arahan dari Negara Islam (NI) adalah sama
dengan arahan Allah yang wajib dipatuhi.
3. Semua pekerja NI adalah malaikat di sisi Allah.
4. Kerasulan dan kenabian tidak berakhir dengan alasan setiap orang yang
menyampaikan da'wah Islam bererti rasul Allah.
5. Al Quran diakui sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, namun
manusia mempunyai kebebasan untuk menta'wil ,mentafsir dan membainat
mengikut kehendak nafsu mereka baik ayat muhkamat dan mutasyabihat
6. Hari Qiamat adalah hari kebangkitan dan kemenangan mereka untuk isytihar
futuh Mekah.
7. Solat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu solat actual dan ritual. Solat
yang lebih utama mahunya Allah ialah solat actual iaitu segala bentuk
aktiviti ,program yang ditetapkan oleh NI.Solat ritual ialah solat lima
waktu tidak diwajibkan hingga setelah futuh.
8. Melakukan solat actual adalah bukti laksanakan Negara Islam yang hak dan
ibadat paling utama dalam ajaran ini. Antaranya merekrut ahli baru,hafazan
ayat Al Quran,dana,program dan menjadi umat Islam sepenuhnya dengan
berhijrah ke Negara Islam (bersyahadah dan berbai'ah).
9. Menghalalkan apa jua cara bagi melaksanakan matlamatnya termasuk menipu,
mencuri barang milik keluarga sendiri,syarikat dan kawan-kawan yang di luar
golongan mereka kerana untuk memenangkan agama Allah.
10. Orang yang berada di luar golongan mereka adalah kafir ,munafik dan
musyrik termasuk ibu bapa,adik beradik, golongan ulamak kerana mereka bukan
warganegara Islam tetapi umat demokrasi.
11. Jika berlaku sebarang perlanggaran syariat Islam yang ditetapkan mereka
akan dikenakan 'dam' yang harus dibayar dengan wang ringgit.
12. Dosa juga boleh ditebus dengan membayar wang taubat.
13. Ibadat korban bukanlah dengan menyembelih haiwan ternakan tetapi dengan
mengorbankan wang ringgit dan harta benda bagi pembangunan NI.
14. Haram mengahwini pasangan yang di luar golongan mereka kerana ibarat
berkahwin dengan orang kafir maka tidak sah perkahwinannya.
15. Negara Malaysia dianggap Mekah dan NI dianggap Madinah. Hanya yang telah
berhijrah dan menjadi warganegara NI layak dipanggil umat Islam.
16. Syurga di akhirat hanya layak untuk mereka yang telah Islam iaitu kepada
yang telah menjadi warganegara NI. Sebelum mendapat syurga di akhirat
hendaklah terlebih dahulu mendapat 'syurga' di dunia .
17. Lailatul Qadar adalah hari diturunkan Al Quran kepada pengikut yang baru
dalam sesi hijrah pertama. Ia menunjukkan Allah maha adil kerana Lailatul
Qadar yang difahami sekarang hanya pada mereka yang bernasib baik dan
berlaku sekali dalam setahun.
18. Isra' dan Mikraj merujuk kepada seseorang 'rasul' bertemu dengan
pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi NI.
19. Menutup aurat tidak diwajibkan kepada semua pengikutnya dengan alasan
kahfi.
20. Setiap pengikut diwajibkan berjihad harta dan diri. Membayar infaq yang
ditetapkan setiap bulan dan sanggup menjadi kuda tunggangan serta orang
suruhan ulul amri mereka.
21. Harta milik pengikut mereka adalah milik Allah dan hendaklah diserahkan
apabila diminta berbuat demikian.
22. Mengerjakan haji bukanlah satu ibadat mahunya Allah kerana tujuan
Rasulullah ke Mekah adalah untuk menakluk Mekah dengan berselindung
disebalik mengerjakan ibadat haji.
23. Pengagihan wang zakat bukanlah kepada asnaf yang ditetapkan tetapi juga
boleh digunakan untuk pembangunan prasarana NI.
24. Rasulullah tidak mempunyai apa-apa mukjizat selain Al Quran.
25. Rasulullah tidak 'Ummi' kerana mustahil seorang cucu pembesar Mekah buta
huruf. Rasulullah menulis sendiri ayat-ayat Al Quran yang diwahyukan
kepadanya.
26. Nama sebenar Nabi Muhammad ialah Ahmad. Muhammad merujuk kepada suatu
'Lembaga Kerasulan Muhammad' yang berperanan sebagai kumpulan dakwah Islam
di zaman Nabi Muhammad.
27. Yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhamad bukanlah Malaikat Jibrail
tetapi kumpulan pemuda kahfi di zaman itu.
28. Sunnah bukanlah merujuk pada segala tingkah laku dan amalan Rasulullah
dalam beribadat tetapi turun dan naiknya gelombang kejatuhan dan tertegaknya
negara Islam dari Adam hinggalah kerajaan Turki Othmaniah.
29. Bukti gerakan ini di landasan yang hak adalah merujuk kepada ayat Allah
yang menjadikan bumi ini dalam 6 masa. Ia ditafsirkan sebagai fasa
(framework) yang mesti dilalui oleh sesebuah.
Negara Islam dalam 6 peringkat sebagai contoh :
1) Kondisi Mekah
2) Kahfi Pertama
3) Isytihar Negara Islam
4) Kahfi Kedua
5) Futuh Mekah
6) Ekspansi (penyebaran ke seluruh dunia)
30. Hadis Rasullullah hanyalah satu cerita kosong yang tiada kena-mengena
dalam perlaksanaan ibadat dan mendirikan Negara Islam.
31. Menyentuh kitab Al Quran tidak perlu berwuduk,malah ia boleh dilontar,
dipijak, dihempas dan diludahi kerana ia buatan manusia. Yang lebih penting
ialah melaksanakan isi kandungannya daripada meghormati rupa bentuknya.
32 Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak
diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada orang
seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya.
Modus Operandi
[ Last edited by boyan at 20-9-2006 11:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
A)Pemilihan ahli
Setiap individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah
menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam 'bank
nama' untuk direkrutkan. Sebelum individu dibenarkan berjumpa dengan prospek
,ulul amri akan meneliti senarai nama tersebut dan mengarahkan untuk
menjalankan Iqra' 1. Proses ini amat penting untuk menjamin survival
kumpulan ini di masa hadapan. Berikut adalah ciri -ciri individu yang
diperlukan:
1.Tidak terlalu tua atau terlalu muda
2.Berharta dan kaya
3.Sihat dan tidak cacat
4.Bukan anggota keselamatan
5.Belum dipengaruhi sebarang ideology lain
6.Tidak bekerja syif
7.Bukan muallaf
Setelah selesai mendapatkan detail tersebut dan melepasi ciri -ciri yang
dikehendaki, ahli tersebut bolehlah membuat Iqra' 2 dan membuat temujanji
dengan prospek. Kali ini beliau akan ditemani oleh orang lama dalam
organisasi ini yang bertindak sebagai pemancung bagi mematahkan hujah-hujah
prospek. Al Quran turut dibawa bersama sebagai alat menguatkan hujah mereka.
Di penghujung Iqra'2 prospek akan ditawarkan mengikuti kelas pengajian
tafsif Al Quran secara percuma bagi menarik minatnya menyertai organisasi
ini.
Berikut adalah sesi yang mesti dilepasi oleh seseorang individu sebelum
layak mengikuti sesi hijrah pertama:
1.Sesi Silatulrahim
2.Sesi Akidah
3.Sesi Sunnah
4.Sesi Ibadah
5.Sesi Perlaksanaan
Sekiranya prospek menunjukkan respon positif sepanjang berlangsungnya
kesemua sesi ini, mereka akan diuji bagi menilai tahap keyakinan mereka..
Jika dilihat seakan menolak ,pentilawah akan mengulangi berpuluh kali ayat
yang sama dan melabelkan prospek sebagai orang kafir yang suka tinggal di
dalam tong najis sekiranya enggan berhijrah.
Di dalam sesi perlaksanaan, prospek akan diminta membayar RM 1,500.00 dan RM
70 infaq wajib untuk melayakkannya mengikuti kelas 'Sistem Pendidikan Islam'
(SPI) selama 6 bulan. Setelah wang diberikan, prospek akan diminta membayar
lagi 'Wang Taubah'. Jumlahnya tidak ditetapkan tetapi mengambil kira
sebanyak mana dosa yang telah dilakukan sejak lahir hingga sekarang. Ada
yang membayar hingga RM 20,000.00 dan jumlah minimum yang ditetapkan adalah
sebanyak RM200.00. Mereka juga diingatkan supaya menyimpan wang RM 3600.00
dan passport antarabangsa untuk melawat ke Negara Islam.
Pada program hijrah pertama, prospek diminta menunggu di transit seawal 5
pagi. .Hal ini bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak tertentu.
Prospek akan dijemput oleh seseorang dengan menaiki kereta atau van ke
tempat yang ditetapkan.Sebelum perjalanan dimulakan, mata hendaklah ditutup.
Perjalanan ke 'gua' tersebut tidaklah terlalu jauh.
Setelah semua yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dikumpulkan di
'gua', mereka diberikan taklimat ringkas tentang program yang akan
dijalankan pada hari tersebut. Pada jam 9 pagi, sesi hijrah bermula dengan
sesi ta'aruf kepada wakil pemimpin 'Negara Islam' (NI) . Setiap orang
diminta berdiri untuk membacakan lafaz baiah di hadapan 4 orang pemimpin NI
tersebut. Majlis berakhir jam 5 petang.
Kelas SPI bolehlah dibahagikan kepada 7 peringkat:
1.Kelas Sambutan
2.Kelas Persediaan Asas District -PAD
3.Kelas P3D
4.Kelas PDU 1
5.Kelas PDU 2
6.Sejarah Am
7.Sejarah Khusus
B) Method Dakwah
Setiap individu diwajibkan membawa tafsir Al Quran setiap kali program
berlangsung. Ahli lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali
leher, berseluar panjang dan berkasut. Bagi perempuan pula, cukup dengan
berpakaian kemas. Sementara menunggu sesi dimulakan, setiap ahli dikehendaki
menyerahkan wang program ( rujuk ayat 58:12) ke dalam sampul yang
disediakan. Kemudian sesi diteruskan dengan semakan hafazan setiap individu
mengikut peringkat yang ditetapkan. Setelah selesai, pimpinan NI
meneruskannya dengan mengarahkan ahli membaca ayat tertentu daripada surah
tertentu. Kemudian ahli diminta supaya memberi pendapat mengikut fahaman
mereka tentang ayat tersebut. Setiap ahli juga akan disoal bertalu-talu
untuk menilai kefahaman mereka. Kebiasaannya tidak ada seorang pun yang
menjawab mengikut seperti yang dikehendaki. Sebarang persoalan dibenarkan
untuk diajukan. Keadaan ini seolah menunjukkan pimpinan bersikap terbuka
tetapi jika ada yang berani bertanya, individu tersebut akan disindir dan
diherdik kerana cuba menjadi pengacau di dalam kelas tersebut. Sebelum kelas
berakhir, setiap ahli dikehendaki menyampaikan kesan dan pesan daripada
program tersebut kemudian ditulis di atas kertas untuk direkodkan. Program
berakhir jam 11 malam.
C) Infaq
Infaq merupakan parameter terpenting dalam menentukan tahap keimanan
individu yang terlibat dalam organisasi ini. Setiap ahli dikehendaki
membayar jumlah infaq yang berbeza mengikut tahap dan peringkat tertentu.
Alasan yang diberikan ialah di dalam negara yang bathil ini pun bermacam
cukai dan benda yang mesti dibayar. Oleh itu, untuk membina Negara Islam
lebih banyak wang diperlukan. Ini kerana Allahlah yang meminta anda berjihad
harta dan diri sebelum diangkat darjat olehNYA. Antara infaq yang ditetapkan
ialah:
1.Harakah Ramadhan
2.Infaq individu
3.Harakah Korban Aidil Adha
4.Pendidikan
5.Projek Mega
6.Taifah ( office )
7.Granite
8.Sedekah Program Khas ( Ta'lim Ta'lum)
9.Intisodiah
Bayaran lain pula adalah seperti (58:12) setiap minggu, program kepimpinan,
SMS, pengangkutan, kos sewa bangunan ,bil air dan elektrik, barang -barang
pejabat dan stationary. Pembelian wajib yang 'diturunkan' oleh ulul amri
seperti frozen food, jus minuman, minyak angin ,kuih muih dan sebagainya
amatlah membebankan ahli. Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan sekitar RM
1000.00 sebulan yang wajib dijelaskan tanpa memberi sebarang alasan.
Jika beralasan, maka akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi menambahkan
keyakinan ahli. Ini tidak termasuk kos persediaan berhijrah ke NI iaitu RM
3,600.00 yang mesti di jelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, Ajaran Pemuda Kahfi ini bukanlah ajaran Islam seperti
yang diperjuangkan. Ia adalah satu aliran agama baru yang bertopengkan
ajaran Islam bagi mengelirukan pengikutnya yang dahagakan ilmu agama.Ia juga
boleh di kategorikan sebagai golongan Islam Liberal dan Anti Hadis. Kepada
sesiapa yang terlibat dan masih aktif, segeralah bertaubat. Kepada yang
belum terlibat, berhati-hatilah dengan perangkap mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
artikel2 harian metro kut...
Edisi Tengah: Cuba cari pengikut
Oleh Norfaisal Jahuri
[email protected]
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengakui ajaran sesat Daulah
Islamiyah Nusantara (Din) pernah cuba bertapak di negeri ini bagi mencari
pengikutnya tahun lalu.
Bagaimanapun, pengikut kumpulan berkenaan dikatakan lenyap dalam tempoh
beberapa bulan ketika siasatan dijalankan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pergerakan
ajaran sesat Din sukar dikesan berikutan kumpulan ini tidak mempunyai markas
di negeri ini.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diberikan seorang pengadu, pengikut
ajaran sesat Din hanya menumpukan pekerja di sektor industri di negeri ini.
?Aduan itu diterima Oktober tahun lalu dan pengadu terbabit mendakwa ahli
kumpulan berkenaan terlalu berahsia sehinggakan pengikutnya akan ditapis
secara teliti oleh orang atasannya sebelum diterima masuk.
?Pengadu turut mendakwa kumpulan ajaran sesat Din berpusat di Kuala Lumpur,?
katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Akhbar ini semalam melaporkan, ajaran sesat Din atau Gerakan Pemuda Kahfi
yang pernah aktif di negeri ini dan Melaka tidak lama dulu, dikesan masih
bergerak aktif di beberapa kawasan sekitar Selangor.
Malah, pemimpin gerakan itu bijak mengelak daripada dikesan pihak berkuasa
dengan menggunakan taktik sentiasa berpindah dan tidak mempunyai markas
khas.
Ajaran sesat itu menghalalkan pengikutnya menipu, dosa boleh ditebus dengan
wang dan mensasarkan golongan berkemampuan seperti ahli korporat.
posted by Al-kahfi @ 7:58 PM
Edisi Tengah: Selindung di sebalik kelas tafsir al-Quran
sumber
Edisi Tengah: Selindung di sebalik kelas tafsir al-Quran
SEREMBAN: Ajaran menyeleweng Daulah Islamiyah Nusantara (Din) atau Gerakan
Pemuda Kahfi menggunakan taktik memberi tekanan psikologi kepada orang
tertentu yang berminat mendalami agama untuk mempengaruhi mereka mengikuti
fahaman terbabit.
Modus operandi yang digunakan adalah menerusi menyediakan kelas tafsir
al-Quran yang hanya disertai empat orang dengan tiga daripada adalah anggota
ajaran itu manakala seorang lagi orang baru.
Dengan cara itu, mereka memberi tekanan terhadap orang baru sehingga
mempengaruhi untuk mengeluarkan ?wang saraan? bulanan kepada pergerakan
terbabit.
Lebih mengejutkan, berdasarkan maklumat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
terdapat beberapa individu bergelar VIP dan ahli politik terjebak dalam
pergerakan itu.
Ketua Biro Dakwah Abim, Rahimi Abdul Rahim, berkata berdasarkan maklumat,
pintu masuk kepada ajaran itu adalah menerusi kelas tafsir al-Quran.
?Mereka akan memberi fahaman baru kepada al-Quran, Islam, Sunnah, jihad
sehingga membawa kepada unsur penyelewengan seperti meringankan solat iaitu
hanya boleh ditunaikan melalui niat saja.
?Namun, ramai di kalangan pengikut ajaran itu sudah kembali ke pangkuan
Islam sebenar selepas menyedari diperalatkan dan dikelirukan apabila mereka
perlu memberi wang bulanan antaranya wang taubat berjumlah RM300 dan wang
hijrah antara RM1,000 hingga RM3,000,? katanya yang dihubungi di sini,
semalam.
Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu bagaimanapun berada dalam
ketakutan kerana menerima ugutan atau ancaman.
?Tetapi didapati ancaman itu hanya ugutan dan tiada kejadian jenayah
berlaku,? katanya.
Menurutnya, Abim sedang mengumpul maklumat berhubung pergerakan itu tetapi
menghadapi masalah kerana kebanyakan bekas ahli tidak dapat memberi maklumat
posted by Al-kahfi @ 7:54 PM
Teman Wanitanya Dijerat Al-kahfi
sumber
Edisi Tengah : Jebak dakyah Pemuda Kahfi
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Sulaiman Salleh
SEREMBAN: Ajaran sesat Daulah Islamiyah Nusantara (Din) atau Gerakan Pemuda
Kahfi yang pernah aktif di negeri ini dan Melaka tidak lama dulu, dikesan
masih bergerak aktif di beberapa kawasan sekitar Selangor.
Malah, pemimpin gerakan itu bijak mengelak daripada dikesan pihak berkuasa
dengan menggunakan taktik sentiasa berpindah dan tidak mempunyai markas
khas.
Ajaran sesat itu menghalalkan pengikutnya menipu, dosa boleh ditebus dengan
wang dan mensasarkan golongan berkemampuan seperti ahli korporat, pegawai
tinggi kerajaan, pensyarah serta ahli politik sebagai anggota.
Seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Azman mendakwa, dia
berpura-pura menyertai ajaran sesat itu beberapa bulan lalu untuk mengetahui
punca perubahan sikap teman wanitanya.
Katanya, dengan penyamaran itu, dia diberikan satu artikel ditulis seorang
lelaki bernama Syahid Redha.
"Artikel itu menyatakan gerakan ajaran yang dinamakan Gerakan Ajaran Pemuda
Kahfi aktif di Malaysia sejak 10 tahun lalu," katanya kepada Harian Metro,
semalam.
Azman berkata, artikel itu turut menyertakan 28 akidah dan falsafah ajaran
itu yang perlu dilaksanakan pengikutnya.
"Jabatan agama Islam perlu melakukan tindakan tegas kerana ajaran itu
menghalalkan perkara diharamkan," katanya.
Menurutnya, ajaran sesat itu menganggap mereka yang tidak menyertai gerakan
itu sebagai kafir, munafik dan musyrik termasuk ibu bapa, malah golongan
ulama.
"Dipercayai gerakan ini bermula dari sebuah sekolah agama swasta di Jawa
Barat, Indonesia dan mereka tidak mempunyai markas tetap bagi mengelakkan
pergerakan dikesan pihak berkuasa," katanya.
Menurutnya, pemimpin ajaran itu menggunakan pelbagai nama samaran dan hanya
muncul dalam program tertentu menyebabkan kebanyakan ahli tidak mengenali
siapa pemimpin mereka.
"Lebih mengejutkan, satu daripada ajaran itu mendakwa menyentuh kitab suci
al-Quran tidak perlu berwuduk, malah ia boleh dilontar, dipijak, dihempas
dan diludah kerana hanya pelaksanaan isi kandungannya perlu diutamakan,"
katanya.
Taktik ajaran itu menyerahkan nama orang yang difikirkan layak untuk
dimasukkan ke dalam `bank nama' bagi tujuan direkrutkan.
Ciri-ciri individu yang diperlukan adalah tidak terlalu tua, berharta, tidak
cacat, bukan anggota keselamatan, belum dipengaruhi sebarang ideologi dan
bukan mualaf.
Sehubungan itu, Azman meminta pihak penguat kuasa bagi membanteras ajaran
sesat itu sebelum lebih ramai terpengaruh.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),
Fakhrul Azam Yahya, berkata pihak berkuasa agak sukar mengesan pergerakan
itu kerana ia tidak mempunyai markas tetap.
"Malah, kami turut mendapat maklumat bahawa pengikutnya akan ditutup mata
setiap kali dibawa ke markas tertentu bagi mengelak mereka tahu lokasi
terbabit," katanya yang dihubungi, semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta pengadu atau orang ramai yang mempunyai
maklumat supaya menghubungi Jais.
"Pihak kami memerangi ajaran sesat di sekitar Selangor untuk mengelakkan
orang ramai terjebak," katanya.
posted by Al-kahfi @ 12:51 AM |
|
|
|
|
|
|
|
bole tau lagi kat
gerakankahfi.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by boyan at 20-9-2006 11:24 AM
sambungan...
A)Pemilihan ahli
Setiap individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah
menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam 'bank
nama' untuk dire ...
Dah terang lagi bersuluh sesat dalam perkara usuluddin/aqidah...
Nampaknya umat islam kita sekrg terlalu senang diperkotakkatikkan akidah mereka ...
Apa yg saya tahu, modus operandi sasaran mereka adalah kepada golongan siswa-siswi yang cetek ilmu dari segi akidahnya tetapi mempunyai kesedaran utk beragama.
[ Last edited by serihartatie at 20-9-2006 12:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kerana itu kene berguru dgn org yg credible dan benar 2 layak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|