|
Boleh sapa2 bg tau tak detail pasal penyakit ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Tak_Syg_Mulut's post
alergik yg aku penah kene takat nih...
-mkn a type antibiotik..tetiba gatal2 merenyam...
-terkena something like ulat ke haper....naik gegata satu bdn..
-kene asap rokok...aku tersemput...
yg aku tau alergik ni jd sebab certain org bdnnya sensitif berbanding org lain.org lain kene habuk tak jdk per.but org alergik biler kene habuk sistem bdn dia anggap itu mcm intruder..so dia akan react..that's why leh naik rashes ka semput ka..sneeze ka...
allergy nih mmg akan sebati nga org tuh..so kalo takmo kene org tu kena avoid allergen which is mende yg dia alergik... |
|
|
|
|
|
|
|
same with my problem. Badan aku akan timbul gatal2 seluruh badan..biasa kena serang waktu malam....nak tak nak, sometimes kena injection jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 9/21/06 18:22
alergik yg aku penah kene takat nih...
-mkn a type antibiotik..tetiba gatal2 merenyam...
-terkena something like ulat ke haper....naik gegata satu bdn..
-kene asap rokok...aku tersemput...
yg a ...
One of my brother mcm you ... tak boleh masuk tempat berabuk sure terbersin berpuluh kali. Tapi dia makan ubat utk allergy sinus (accetaminophen 500 mg) terus baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DARSITA at 27-9-2006 12:59 AM
One of my brother mcm you ... tak boleh masuk tempat berabuk sure terbersin berpuluh kali. Tapi dia makan ubat utk allergy sinus (accetaminophen 500 mg) terus baik.
...eerrr...Dar...acetaminophen nie actually is panadol...bukan ubat untuk allergy sinus...tapi...ada orang...sakit apa pon kalau dorang telan panadol they swear that they get better after that...heh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blackmore at 9/26/06 09:19
...eerrr...Dar...acetaminophen nie actually is panadol...bukan ubat untuk allergy sinus...tapi...ada orang...sakit apa pon kalau dorang telan panadol they swear that they get better after that... ...
Kandungan ubat yang dia makan tu sebenarnya mcm ni (tadi maleh nak tulis ) ...acetaminophen 500mg, diphenhydramine HCI 12.5mg, Pseudoephedrine HCI 30mg.
Ubat ni utk allgergy sinus and headache.
Bye |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DARSITA at 27-9-2006 01:58 AM
Kandungan ubat yang dia makan tu sebenarnya mcm ni (tadi maleh nak tulis ) ...acetaminophen 500mg, diphenhydramine HCI 12.5mg, Pseudoephedrine HCI 30mg.
Ubat ni utk allgergy sinus and he ... ...chet!!...kamu nie!!...nie baru betul!!....ekekeke...:tq: |
|
|
|
|
|
|
riyad71 This user has been deleted
|
Originally posted by blackmore at 27-9-2006 02:01 AM
...chet!!...kamu nie!!...nie baru betul!!....ekekeke...:tq:
mmm biasa nyer combination......for URTI .......1 tablet settle |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 blackmore's post
hie akak blackie..slamat berpose....
agak2 kalo kite g tempat yg berabuk..kite telan jer antihistamine tuh ok tak?ada side effect tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tak_Syg_Mulut at 22-9-2006 09:20 AM
Boleh sapa2 bg tau tak detail pasal penyakit ni???
allergy ni bukan penyakit tapi akibat dr reaction of our body to certain exposure..
reaction yg terlebih or hypersensitive..
best treatment is to avoid exposure.. althou ada juga desensitizing therapy yg not so commonly done in m'sia
macam boleh buka digest je.. ramai yg pernah tanya dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase aku la ibu kepada segala elegik... ayam aku tak leh makan, gatai2 satu badan, asap rokok aku jadi semput, karpet kotor pun aku elegik satu badan gak, tapi apesal kucing ngan hamster aku leh main... tak lak semput.
paling2 tension yg elegik satu badan... main pakai sikat nak garu... |
|
|
|
|
|
|
|
my problem tak leh berpeluh ... gatal satu badan .. bengkak2 n merah ... sekarang telan adezio saja ..nak try traditional ada siapa tahu tak ..... asik telan pill aje ... cos kena telan 2 hari sekali tu pun klu tak ada activiti berpeluh ... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahan melampau
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
DUA minggu sebelum hari ulang tahun keempat, Angus tiba-tiba diserang anafilaksis, menyebabkan bibirnya bengkak. Panik melihat keadaan anaknya, Brenda Wylie segera membawa Angus ke hospital dan dia dibenarkan pulang selepas diberikan ubat.
Namun, keadaan Angus tidak berubah. Malam itu Brenda benar-benar takut dan bimbang melihat keadaan anaknya yang terlantar tidak bergerak, bibir bengkak dan tidak boleh menelan ubat. Dia tidak tahu apa berlaku kepada anaknya kerana Angus kanak-kanak ceria dan jarang mengalami masalah kesihatan.
Hendak dikatakan dia mengalami alahan tidak mungkin kerana makanan yang diambilnya hari itu adalah sajian biasa sejak Angus kecil. Malah, doktor yang memeriksanya juga mengatakan ia bukan disebabkan alahan.
Keesokan hari, dia segera membawa Angus berjumpa Perunding Alahan, Unit Otorinolaringologi, Jabatan Pembedahan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ranbir Kaulsay dan Angus disahkan mengalami alahan terhadap susu dan telur.
揌ari itu juga kami mengubah diet sekeluarga. Tiada lagi makanan berasaskan telur atau susu. Memang sukar, tetapi kami sepakat melakukannya demi keselamatan Angus, |
|
|
|
|
|
|
|
Alergi boleh dicegah
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
KULIT menjadi merah, tumbuh ruam dan gatal, berasa mual, muntah, cirit-birit atau ekzema sejurus selepas makan adalah gejala biasa dialami individu yang mempunyai masalah alahan terhadap makanan.
Alahan atau alergi adalah reaksi hipersensitif badan yang luar biasa terhadap benda asing dan masalah ini semakin kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak dengan peningkatan insiden sebanyak 35 peratus.
Hampir 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah alahan makanan dan kes paling biasa ialah alah pada protein susu lembu. Alahan dikategorikan sebagai masalah keturunan dan sehingga kini tiada ubat mampu menyembuhkannya.
Alahan juga perlu dikawal dan diuruskan dengan baik kerana ia bukan saja boleh mencetuskan gejala alahan lain, tetapi turut mengancam nyawa penghidapnya.
Antara gejala alahan ialah gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema; kanak-kanak sering mengalami masalah sembelit, cirit-birit, muntah dan kembung perut, sukar tidur, resah, gelisah, tidak selesa serta pertumbuhan yang lambat.
Menurut Pakar Pemakanan, Wong Mei Ching, semua kanak-kanak mempunyai risiko antara lima hingga 15 peratus walaupun mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak pernah mengalami masalah alergi.
Jika seorang ibu atau bapa mengalami alergi, setiap anak mempunyai risiko 20 hingga 40 peratus turut mengalaminya. Risiko ini lebih tinggi iaitu antara 40 hingga 60 peratus jika ibu dan bapa alergi.
Katanya, tanda alergi paling lazim muncul pada kulit atau saluran penghadaman. Alergi boleh menjejaskan kualiti kehidupan kerana pesakit tidak dapat menyertai banyak aktiviti atau terpaksa mengehadkan pengambilan makanan. Malah, kos rawatan dan pengurusan masalah ini juga tinggi.
揥alaupun alergi tidak boleh disembuhkan, kita boleh mencegahnya. Pencegahan alergi terhadap makanan boleh dicegah sejak kecil dan seelok-eloknya ketika masih bayi, terutama jika ada sejarah alergi dalam keluarga.
揕angkah pertama ialah memberikan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan. Susu ibu mengandungi semua khasiat yang diperlukan bayi dan ia juga penting untuk mengelakkan jangkitan serta alahan.
揑a juga menggalakkan pembentukan sistem pertahanan badan dengan merangsang pembentukan koloni bakteria baik dalam usus. Ini sebabnya insiden alergi di kalangan kanak-kanak yang diberikan susu ibu secara eksklusif adalah rendah, |
|
|
|
|
|
|
|
Alahan
Kesihatan: Alahan mudaratkan kesihatan kanak-kanak
Oleh Halina Mohd Noor
JANGAN pandang remeh sekiranya anak sering mengalami bersin, selesema atau gatal kulit berterusan. Keadaan itu mungkin berkaitan dengan alergi atau alahan yang boleh memudaratkan kesihatannya.
Ramai yang menganggap, alahan bukan satu penyakit serius yang perlu dirawat. Memang benar. Hingga kini alergi belum dapat diubati. Oleh itu, mencegahnya adalah langkah terbaik, terutama jika ia menyerang bayi dan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mengalami alahan dan tidak dirawat menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kualiti hidup normal. Malah, alahan yang berterusan mendedahkan anak kepada alahan lain yang lebih serius seperti sistem pernafasan. Kos rawatan juga sentiasa meningkat apabila anak semakin membesar.
Pakar Pediatrik Hospital Pantai, Dr Khoo Teng Hock, berkata masalah alahan adalah perkara biasa yang turut dialami kanak-kanak lain di seluruh dunia.
Katanya, di Malaysia, masalah itu terus meningkat daripada 10 kepada 15 peratus.
Beliau berkata, berdasarkan kajian dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah alahan terus meningkat secara dramatik dan dua kali ganda lebih banyak, berbanding 10 tahun lalu.
揚ada 1997 kira-kira enam hingga lapan peratus kanak-kanak berusia bawah tiga tahun mengalami alahan makanan, manakala 1.9 peratus hingga 3.2 peratus mengalami alahan susu lembu dan telur. Kadar alahan di kalangan kanak-kanak semakin meningkat kerana alam sekitar yang tercemar serta faktor genetik.
揔anak-kanak berisiko mengalami alahan sebanyak lima hingga 15 peratus, walaupun kedua ibu bapa tidak mengalami alahan. Risiko ini terus meningkat sebanyak 20 hingga 40 peratus sekiranya ibu atau bapa mengalami alahan. Kanak-kanak yang memiliki kedua ibu bapa mengalami alahan pula berisiko lebih tinggi iaitu 40 hingga 60 peratus, |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah keturunan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
SETIAP kali melakukan kerja di tengah panas, ruam kecil akan muncul di tangannya. Gatalnya hanya tuhan yang tahu terutama apabila terkena peluh. Makin digaru, makin banyak pula yang tumbuh sehingga kadang kala menjadi kudis besar.
Bermacam ubat dicuba tetapi masalah kulit sensitif yang dialaminya masih tidak hilang. Selalunya ia mengambil masa satu hingga dua bulan untuk sembuh, itupun jika dia dapat menahan keinginan 'menggaru' dan sentiasa menyapu ubat pada bahagian yang gatal.
Gejala di atas adalah sebahagian daripada masalah keradangan kulit atau lebih dikenali sebagai ekzema. Ekzema adalah istilah umum kepada atopik dermatitis (alahan kulit) yang berlaku pada kebanyakan orang.
Dianggarkan 10 hingga 20 peratus penduduk dunia mengalami masalah alahan kulit yang bermula sejak kecil. Kajian mendapati hampir 10 peratus bayi berumur tiga hingga enam bulan mengalami ekzema, 40 peratus berlaku pada bayi yang berumur 18 bulan ke atas dan 60 peratus di kalangan remaja.
Menurut Pakar Kulit, Dr Ruban Nathan, masalah alahan kulit atau ekzema boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira umur dan pada bila-bila masa. Biasanya ia berlaku pada bayi seawal usia dua bulan dan kanak-kanak berumur dua tahun.
Hampir 75 peratus pesakit mula mengalami masalah ketika berumur enam bulan dan 90 peratus lagi mendapat ekzema selepas berumur setahun. Malah, ekzema juga kini sudah menjadi masalah biasa di kalangan kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa. Ramai individu yang mengalami ekzema turut mempunyai masalah alahan rinitis dan asma.
Apabila ekzema menyerang, kulit akan menjadi merah, kering, radang dan terasa amat gatal. Kawasan yang kerap dilanda masalah ialah tangan, pergelangan tangan, leher, muka, kulit kepala, siku dan kaki.
Bagaimanapun, dalam kes yang teruk ia boleh membabitkan seluruh badan termasuklah di kemaluan. Apabila digaru, ia menjadi semakin besar dan kadang kala boleh berdarah.
Gejala alahan kulit ini datang dan pergi. Masalah hanya akan timbul apabila seseorang itu terdedah kepada faktor yang merangsang alahan. Sehingga kini punca sebenar alahan masih belum diketahui tetapi ia dipercayai disebabkan tindak balas tidak normal sistem pertahanan badan terhadap persekitaran.
Ia adalah masalah keturunan dan individu yang mempunyai sejarah keluarga mengalami ekzema berisiko tinggi mendapat masalah yang sama. Walaupun rupanya agak buruk dan menakutkan tetapi ekzema tidak berjangkit serta mudah dirawat.
"Setiap orang mengalami alahan yang berbeza. Biasanya agak susah hendak menentukan faktor yang menyebabkan seseorang itu alah.
Pesakit perlu berjumpa doktor bagi memastikan masalahnya.
"Makanan biasanya bukan penyebab alahan kulit walaupun ramai yang kata mereka alah pada makanan laut. Jika seseorang itu alah pada makanan, dia akan mengalami masalah gatal-gatal dalam masa 20 hingga 30 minit selepas makan. Ada juga yang berasa gatal sebaik menyentuh makanan berkenaan," katanya.
Pencetus alahan
Ada banyak faktor yang boleh mencetuskan alahan kulit dan ia berbeza antara setiap pesakit. Pesakit boleh alah kepada banyak benda seperti sabun, habuk, sengatan serangga atau alat yang dibuat daripada logam.
Ada pesakit yang alah kepada nikel. Ini bermakna dia tidak boleh memakai sebarang alat yang dibuat daripada nikel termasulah tali pinggang atau lencana besi walaupun ia berlapik. Ini kerana serbuk nikel boleh terkena pada kain dan mencetuskan keradangan kulit.
Malah, ada individu yang tidak boleh bersentuhan dengan permukaan kasar seperti kain keras. Ini menyebabkan kulitnya berasa gatal. Masalah menjadi lebih buruk apabila individu berkenaan berpeluh kerana peluh mengandungi urea (bahan toksin) yang akan menyebabkan rasa lebih gatal.
Sekiranya langkah rawatan disenaraikan tidak berjaya mengurangkan masalah alahan kulit, Dr Ruban menasihatkan mendapatkan nasihat pakar. Ada beberapa ubat yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini seperti ubat sapu steroid dan imunomodulator, antibiotik dan antihistamin.
Malah, pengambilan pil makanan tambahan seperti probiotik (bakteria baik untuk sistem usus) juga terbukti membantu mengurangkan keradangan atau alahan kulit kerana ia meningkatkan sistem imun badan.
Kajian mendapati pengambilan probiotik ketika mengandung dan selepas melahirkan anak mampu meningkatkan daya ketahanan badan kedua-duanya serta mengelakkan masalah alahan pada si kecil.
"Paling penting ialah hentikan menggaru kulit yang gatal. Ia hanya akan memburukkan keadaan kerana apabila bakteria masuk ke dalam badan ia boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan walaupun menggaru itu boleh memberikan kelegaan sementara.
"Langkah pertama yang perlu diambil ialah berjumpa dengan pakar kulit. Ramai orang cuba mengubati diri sendiri dengan membeli ubat di farmasi tanpa mendapatkan pandangan dan panduan pakar. Ini langkah kurang praktikal kerana ramai yang tidak pasti dengan masalah mereka sendiri," katanya.
-Rawatan alahan
KATA Dr Ruban, cara yang paling berkesan ialah cuba mengelakkan alergen iaitu faktor pencetus alahan. Bagaimanapun, cara ini agak sukar dipraktikkan terutama jika seseorang itu alah terhadap makanan tertentu. Bahkan agak mustahil juga untuk mengelakkan diri daripada berada dalam persekitaran panas kerana iklim negara kita yang panas sepanjang tahun.
Antara cara yang boleh diamalkan ialah:
-Memakai losyen pelembab setiap kali selepas mandi. Ia bertujuan 'mengunci' air yang masuk ke dalam sel kulit ketika mandi untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan keradangan atau kegatalan.
-Gunakan sabun yang lembut ketika mandi.
-Cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelakkan jangkitan bakteria.
-Pakai sarung tangan getah apabila membuat kerja rumah bagi mengelakkan kulit terkena bahan kimia dalam sabun atau serbuk pencuci.
-Pakai pakaian yang dibuat daripada kapas.
-Berhenti menggaru dan pastikan kuku sentiasa dipotong pendek. Pakaikan sarung tangan kepada bayi yang mengalami ekzema.
-Jangan pendam masalah. Ceritakan kepada kawan supaya masalah itu dapat diatasi. Jika masih tidak berjaya, dapatkan nasihat pakar supaya anda boleh mengendalikan tekanan dengan baik.
-Galakkan anak anda untuk meluahkan perasaannya.
-Belajar untuk bertenang dan berehat. Ini dapat mengurangkan tekanan dan risiko serangan ekzema.
-Letakkan ketulan ais atau air sejuk pada kulit yang gatal. Ia dapat mengurangkan keinginan untuk menggaru.
-Pakai pelindung setiap kali keluar rumah seperti payung, topi atau setidak-tidaknya memakai baju berlengan panjang bagi melindungi pancaran matahari yang terik.
-Bersihkan rumah sekerap mungkin. Elakkan penggunaan permaidani yang banyak dalam rumah.
Pencetus alahan
SECARA umumnya faktor pencetus alahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
-Jangkitan |
|
|
|
|
|
|
|
ehem..ehem...camner aku nak make appointment ngan pakar allergy spital gomen ek?kalo nak buat allergy test kat prebebt musti mahal gilos ndak? |
|
|
|
|
|
|
|
putri alahan pada seafood(udang, kerang, ketam etc)...kalo makan abis gatal2 & bengkak kat tapak tangan...kalo makan cepat je kesan nye tak samapi 10 minit.....kalo jumpa doc...mesti diorang cakap cuba elakkan makanan seafood...tapi mana boleh....putri sukaaa sangatttt....x leh nak pantang kalo semua tu ade depan mata...penyakit alergic nye turun temurun dari atuk, mak sedara & putri....sedih...x leh menikmati makanan seafood cam orang lainnn....sekarang ni bergantung kat 'elomet cream' sepenuhnye...ubat ni memang sesuai ngan putri..sapu sikit je x gatai lagi...tapi tangan tetap kaso cam org kje buruh (hakikatnye kje kat opis).....ade sesape leh bantu tak cene nak lembutkan tangan yang kaso ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
lupa lak nak tanye :-
- adakah makanan laut tu mengandungi toksin yang menyebabkan gatal? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu ikutkan, seafood pun aku alah... tapi makan mase la, mungkin 24 hours baru kesan nye dtg, tapi kalu aku makan ayam, tak sampai 10 mint dia dah garuk satu badan, nak nak kawasan2 yg mmg dah ade kesannnye. ade pakar alternetif kate aku resdung kulit... nasib baik muke aku tak kaco... licin selembut sutera... heeehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|