CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70026|Reply: 211

Endometriosis

[Copy link]
Post time 27-9-2006 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Tunang aku didiagnose ada endometriosis. Sebanyak mana penyakit ini mempengaruhi kesuburan dia? Aku nak kawin tak lama lagi. Apakah rawatan yang diberikan kepada penghidap endometriosis? Dia selalu sakit sangat masa period. Kesian aku tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2006 02:44 PM | Show all posts
nie ada keratan dari berita harian....  alex amek mana yg berkaitan saja...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Apakah punca menyebabkan endometriosis terjadi ?

Endometriosis berlaku bila sel pada lapisan dalam rahim yang dipanggil endometrium (dimana haid dikeluarkan) tertanam di bahagian lain di pelvis, terutama ovari, selaput luar rahim, dalam lapisan otot rahim dan kawasan sekitar rahim. Seperti sel di lapisan dalam rahim, sel ini juga tertakluk kepada stimulasi hormon mengikut kitaran haid.

Ketika haid, perubahan seperti perdarahan juga akan berlaku di kawasan ini dan lama-kelamaan ianya membentuk sista atau pengumpulan darah lama. Ini yang memberi warna coklat kepada cecair di dalam sista endometriosis. Sudah tentu pengumpulan ini menyebabkan sakit terutama ketika perdarahan haid, tetapi ia lebih teruk dari senggugut dan sakitnya berpanjangan.

Dengan adanya sista atau tompok endometriosis ini, ia boleh mengubah kedudukan anatomi normal rahim, tiub dan ovari. Dalam kes lebih teruk, ia menyebabkan perlekatan tiub kepada rahim atau ovari sehingga ia tidak bebas bergerak. Ini akan menghindarkan pengaliran sempurna telur kepada rahim. Ini salah satu sebab kesukaran hamil.

Punca sebenar masih tidak diketahui. Antara teori ialah pengaliran retrograd ketika haid, iaitu darah yang keluar bukan saja mengalir keluar rahim, tetapi juga melalui tiub ke dalam pelvis. Kalau begitu, kenapa bukan semua wanita mendapat endometriosis jika teori ini diterima? Badan kita mempunyai cara tersendiri untuk menghapuskan sel ini. Bila sistem ini tidak dapat mengawalnya, barulah sel endometrium ini berkembang. Ini berlaku bila darah yang keluar terlalu banyak atau bila pengaliran keluar darah haid itu tersekat.

Satu lagi teori ialah sel ini dibawa di dalam sistem aliran limpa dan darah. Ini dapat menerangkan kejadian endometriosis di bahagian jauh dari rahim, seperti di paru-paru, kulit dan pundi kencing. Lain-lain teori berkaitan dengan kebolehan sel-sel primitif berubah bentuk kepada sel-sel endometrium mengikut stimulasi yang masih tidak difahami dan masalah imunogenetik.

Rawatan endometriosis ialah biasanya melalui pembedahan. Untuk mereka yang masih muda dan belum mengandung, pembedahan minimal yang diperlukan saja akan dilakukan. Sebagai contoh, jika ada sista, ia akan dikeluarkan tanpa membabitkan rahim atau tiub. Rawatan hormon juga boleh diberikan selepas pembedahan untuk menahan sel-sel endometrium dari berkembang balik untuk sementara.


sumber: -

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0716110843/Article/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 02:52 PM | Show all posts
why not ask ur fiancee to go for further check-up?

alex nyer kawan pun ada sakit nie - tapi dia dah kawin... pun kena operate.... tapi my fren dapat tahu dia sakit nie, lepas kawen.... before kawen, mmg dia selalu dapat period pain... selalunyer sampai kena amek MC.... tapi dia x pernah gi check doktor... dia ingat senggugut biasa... after 6 mths married - dia pegi check doktor... dari situ baru dia tau yg dia ada sakit nie....

after check-up & segala macam benda... dia kena operate.... & sekarang beransur sembuh... alhamdullilah....

pasal subur x subur tu... bergantung pada tahap serius penyakit laa... tapi jangan risu2 sangat pasal benda nie... pegi check dulu.... tanya doktor camne nk rawat.... lepas sembuh, baru pikir pasal subur x subur.... x payah nk pikir semuanyer sekaligus....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:26 PM | Show all posts

Reply #3 alexandria_iz's post

hari isnin nak gi teman my fiancee go checkup kat GH Penang. ada jugak baca sikit2 on endometriosis ni semlm.

Dah lama sakit period pain, baru this week check up. Buat ultrasound 2 kali, kat private hospital. Nanti saya update progress dia kat sini.

Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 05:29 PM | Show all posts
saya pun ada penyakit ni ... tapi kena selepas beranak 2 ... sekarang dlm jagaan doc ... tiap2 3 bulan gi check=up ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 06:03 PM | Show all posts
OK update:

3 kali ultrasound, scan result mengesahkan uterus tunang aku retroverted atau senget. Jadi, bila menstruation, flow akan keluar melalui Fallopian tube dan menyebabkan endometriosis berlaku di luar rahim. Scan juga menunjukkan dia ada fibroid tapi terlalu kecil untuk dibedah.

Specialist kat GH pulau pinang cakap either makan pain killer setiap kali period atau makan birth control pills, supaya tunang aku takkan datang bulan lagi. Bila nak conceive baru stop makan pill. masalah birth control pills pulak akan menggalakkan fibroid tumbuh lagi besar! Specialist tak recommend apa2 brand of pills.

So sekarang ni, we opt for pills. Brand Noriday. Next checkup is in 3 months.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2006 09:02 AM | Show all posts
oo...dia ada retroverted gaks..aku ada bc skit from other bod...pengalaman org2 yg ada retroverted...ada yg leh conceive naturally..ada assisted..so let's pray...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:16 AM | Show all posts
kilo,

why dont u get 2nd opinion from different doc?

my frenz ada yg suffer ngn penyakit nie. tak sedar pon..sampai dkt setahun kawin tak ngandong2, gi cek...rupanyer dier penghidap endometriosis...oh yes, ada fibroid juga. too small utk dibedah, tp tak sampai sebulan selepas tue, doc cakap boleh buat pembedahan nak buang fibroid tue.

i think few mths lepas tue, dier conceive and dah bersalin dah pon skang.

she got treatment from pakar gynae tue la...saper tue...ermm...alaa yg femes tue...ha...Dr. Hamid Arshad.

mebbe u can opt for 2nd opinion rather dok makan pil semedang and fibroid makin besar....ermm...my 2 cent.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pantagirow2000 This user has been deleted
Post time 7-10-2006 12:42 PM | Show all posts
Jgn  bimbang le kilo, member aku la ni anak dua. Dulu dia pengidap penyakit ni jugak. Setahun tak mengandung, g check up baru sedar ada penyakit ni. Buat
operation buang firoid tu..aku ingat tak sampai setahun dah mengandung. Tp dia bagitahu kat aku dia berusaha sehinga ke titisan peluh
yang terakhir..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 02:43 PM | Show all posts
i think you better go for second opinion... saya pun mengalami menstruation pain yg teramat sgt (bukan sehari dua tapi spjg masa period) dan pendarahan yg terlampau byk smp kena blood transfusion selalu since 7 years ago.

byk gynae specialist yg saya jumpa semua berlainan pendapat. ada yg kata endometriosis, hormon imbalance lah, etc. mcm2 yg diorg bagi saya cuba including birth ctrl pills, male hormone dan byk lagi. semua tak berkesan... kesan sampingan tu byk lah..

abt 6 months ago i went to see a different specialist. he use a scope and found dua submucous fibroid. taklah besar sgt. so he advice me to go for hysteroscopy and transervical resection (something like that). it's actually DDNC punya proses lah. during the process they found abt 5 submucous fibroid inside my uterus. some of them boleh remove, yg lain tu they just cut off. yg kena cut off tu mungkin akan tumbuh balik lah dlm masa beberapa tahun depending on your diet. after the operation ada kurang lah sakit dan pendarahan tu tapi still under doctor monitoring.

maybe my experience nie tak sama dgn your fiancee tapi yg penting nya, ask for other opinion and ultrasound kadang2 susah nak detect.

good luck..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 03:17 PM | Show all posts
Hi,

nak tanye pada sape2 yg ade pengalaman buat rawatan endometriosis.

camni.. saya kalau period.. sure kene period pain.. biase bile kene..  saya akan amik pain killer (ponstan).. biase hari kedua period dah tak sakit..
dah kawen 3 thn.. still tak pregnant lagik....saya takut kot saya ade endometriosis.. tapi tak penah jumpe gynae utk buat check-up..

soalan saya.. baru2 ni saya ada buat ultrasound kat bahagian bwh perut. dr ultrasound tu.. doktor kate uterus saya nampak ok & tak de plak ape2 tande pelik pada uterus (endometriosis / fibroid)..
so.. kalau result ultrasound saya ok.. adakah ini bermakna saya tak de endometriosis??
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 03:50 PM | Show all posts
hi topo_gigio_z,

baik you pegi buat proper check up. period pain tak semesti nya endometriosis... byk sbb lain. kdg2 tu senggugut biasa je. but to be sure jumpa gynae pakar.

nie based on my experience, kalau nak pegi ultrasound better masa you tgh period sbb senang diorg detect (according to the doc yg do my scanning)
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by topo_gigio_z at 31-10-2006 03:17 PM
Hi,

nak tanye pada sape2 yg ade pengalaman buat rawatan endometriosis.

camni.. saya kalau period.. sure kene period pain.. biase bile kene..  saya akan amik pain killer (ponstan).. biase ha ...



why don't you pegi buat check up kat dr hamid arshat? hari tuh ada keluar dalam 'Anita' pasal penyakit nih... ramai gak yang successfully dapat anak lepas dapat treatment from him.

a friend of mine pun tgh see him at the moment for fertility treatment, baru lepas operate buang endometrial tissue...


Klinik Dr Hamid Arshat... Telefon: 03- 20945800, 03-20945262, 03-20941115
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 04:47 PM | Show all posts
oraits.. thanks for the advice

mmg ingat nak gi jumpe dr.hamid ..tapi tgh tunggu hubby free.. skrg die bz sgt
dpt pegi pun saturday ajer..

nak tanye lagik.. for those yg penah buat operation buang endometriosis.. berape lame ek kene amik cuti / berape lame nak baik..

nak budget amik annual leave ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by topo_gigio_z at 1-11-2006 04:47 PM
for those yg penah buat operation buang endometriosis.. berape lame ek kene amik cuti / berape lame nak baik..

nak budget amik annual leave ni ...


doctor akan kasik medical leave la... about a month or so
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by topo_gigio_z at 1-11-2006 04:47 PM
oraits.. thanks for the advice

mmg ingat nak gi jumpe dr.hamid ..tapi tgh tunggu hubby free.. skrg die bz sgt
dpt pegi pun saturday ajer..

nak tanye lagik.. for those yg penah buat operat ...
...u will be covered hospitalisation leave for at least 2 weeks...depends on either u have it done laparoscopically or an open surgery...

...kalau kat sini...either way...dorang kasi u trus 1 bulan...kadang2...6 weeks hospitalisation leave...kalau dapat dr yang bermurah hati...dia akan extend it to 8 weeks...heh...but...kena tau brapa korang pey hospitalisation leave entitlement...jangan overshot plak...nanti leave korang kena potong...heh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2006 10:47 AM | Show all posts

Reply #16 blackmore's post

ooo yeah nasihat berguna nih akak BM....check maa..either korangnyer hospitalization leave nih skali ngan mc or lenlain...mcm company aku asing2..12 ari mc and 60 ari HL..kalo lebih mau kine amik AL la..ada member haku kije gomen sakit cronic..leh dpt leave up to 4months...paid leave tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 5-11-2006 10:47 AM
ooo yeah nasihat berguna nih akak BM....check maa..either korangnyer hospitalization leave nih skali ngan mc or lenlain...mcm company aku asing2..12 ari mc and 60 ari HL..kalo lebih mau kine amik A ...

.....wow...best nya...kat sini...medical leave + hospitalisation leave = 60 days...14 days medical leave...and 46 days of hospitalisation leave...nie aku pey entitlement lah...kawan aku punya plak (dia old civil servant punya scheme) 30 days of mc and 30 days of hospitalisation leave...heh...

...tahun nie jer...aku dah used up 13 days of mc...tinggal satu hari jer :malu:  
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 08:58 AM | Show all posts

Reply #18 blackmore's post

ahaks..taun2 lepas mc aku abis licin..even taun lepas tak sedar yg aku dah pakai lebih limit..sib baik hr tak potong gj..hehe...taun nih slow plak aku pakai mc aku..br 5 hari..member aku tuh sbb sakit kronik kot dpt cuti ihsan mcm tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 12:06 PM | Show all posts
Meh nak kongsi yg Joi dgr dalam rancangan ANITA
Dr Hamid Arsyad jemputan untuk program ni..

Endometriosis terjadi apabila sisa-sisa haid terkumpul... sakitnya amatlah luar biasa.  Satu-satunya ubat ialah berkahwin.

Penyakit ni kena wat rawatan melalui pembedahan... dia kena cuci karung yg ada sisa-sisa haid yg block area tu sehingga menyebabkan kesakitan...

Bila dah cuci... mebe dalam 2-3 bulan InsyaAllah leh preggy.. if not, possiblity penyakit ni muncul adalah tinggi.  Jika terjadi lagi.. kena operate lagi.... pastu  baru ok

Hari tu tetamu jemputan dia sepasang suami isteri yg telah berkawin 5 tahun... now shes expecting twins tauu.. alhamdulillah

The other guest tu.. dia pun mengidap perkara yg sama dan baru je lepas deliver baby girl... dia nyer 'sack' sisa haid sudah sebesar bola tenis on both sides... just imagine..

Apapun korang di ler dptkan treatment.. termasukla aku yg ada simpton2 yg dinyatakan.... tambahan pula aku tak pernah berpeluang hamil selama 7+ tahun berkawin.... srkang lain cerita coz aku dah kembali bujang.. but then.. aku masih lagi nak gi wat treatment tu ... untuk kesihatan aku juga...

Kalau penyakit ni tak dirawat.. ianya akan menyebabkan rahim dibuang .... so pepaham jelah bila rahim dibung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.069731 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list