View: 16821|Reply: 93
|
MARI KENAL AFGHANISTAN
[Copy link]
|
|
Afghanistan (افغانستان dalam bahasa Dari dan Pashtu) adalah sebuah negara di Tengah/Selatan Barat Asia. Ia bersempadan dengan Iran di sebelah barat, Pakistan di selatan dan timur, Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan di utara, dan China di penghujung timur negara tersebut.
Di antara jatuhnya pemerintahan Taliban (selepas pendudukan Amerika Syarikat) dan penubuhan Loya Jirga 2003, Afghanistan telah dipanggil oleh Barat dengan nama Transitional Islamic State of Afghanistan (Negara Islam dalam Peralihan, Afghanistan). Namun perlembagaan Afghanistan yang baru telah menetapkan nama negara tersebut sebagai Republik Islam Afghanistan. Ia merupakan salah satu daripada negara-negara termiskin di dunia.
Afghanistan ialah sebuah negara yang berbukit-bukau. Terdapat juga tanah pamah di bahagian utara dan barat daya. Nowshak, 7485 m di atas paras laut, merupakan puncak tertinggi di Afghanistan. Sebahagian besar daripada negara tersebut adalah kering dan bekalan air tawar adalah terhad. Afghanistan mempunyai iklim benua dengan panas dan sejuk yang terlampau, serta sering dilanda bencana gempa bumi.
Selain ibu negara, Kabul, Herat, Jalalabad, Mazar-e Sharif and Kandahar adalah bandar-bandar besar nagara tersebut.

WILAYAH DI PAKISTAN
EKONOMI
Afghanistan merupakan sebuah negara yang amat miskin, dan amat bergantung kepada pertanian dan penternakan. Ekonominya amat terjejas oleh pergolakan politik dan tentera baru-baru ini. Kemarau yang amat teruk antara 1998 dan 2001 menambahkan kesusahan lagi. Kebanyakan daripada penduduknya masih mengalami makanan, pakaian, perumahan dan perubatan yang tidak mencukupi disebabkan oleh operasi tentera dan ketidakpastian politik. Inflasi masih merupakan masalah yang besar.
Perang tentera campuran yang dipimpin oleh Amerika Syarikat telah menyebabkan kekalahan Taliban pada November 2001, dan perumusan "Pihak Berkuasa Sementara Afghanistan" (Afghan Interim Authority) (AIA) oleh Persetujuan Bonn pada Disember 2001. Ikhtiar antarabangsa untuk membina semula Afghanistan telah dikemukakan dalam Persidangan Penderma Tokyo pada Januari 2002 dan AS$4.5 bilion dikumpul sebagai tabung amanah untuk ditadbirkan oleh Bank Dunia. Bidang-bidang yang diutamakan untuk pembinaan semula Afghanistan termasuk:
pembinaan kemudahan pendidikan, kesihatan dan sanitasi;
pengukuhan keupayaan pentadbiran;
perkembangan sektor pertanian; serta
pembinaan semula perhubungan lebuh raya, tenaga dan telekomunikasi.
Dua pertiga daripada penduduk Afghanistan hidup melalui wang yang kurang daripada AS$2 sehari. Kadar mortaliti bayi adalah 257 bagi setiap 1,000 kelahiran.
----sambung---- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Demografi
Masyarakat Afghanistan dibahagi kepada beberapa kumpulan etnik. Orang Afghan asli, juga dikenali sebagai golongan Pashtun, membentuk 44% daripada masyarakat Afghanistan. diikuti oleh golongan Tajik (25%) dan Hazara (10%). Golongan-golongan lain merangkumi puak-puak kecil seperti Aimak, Turkmen dan Baloch membentuk 13% dan Uzbek (8%). Bahasa yang digunakan berbeza mengikut puak, dengan Bahasa Afghan (Pashtu) (35%) dan Bahasa Parsi (Dari) (50%) sebagai bahasa utama. Selain itu, Uzbek dan Turkman turut digunakan (11%). 4% yang terakhir merangkumi 30 bahasa-bahasa lain, terutamanya Balochi dan Pashai. Bilingualisme ialah perkara yang biasa di Afghanistan.
Pecahan etnik di Afghanistan
Afro-Amerika - 2,000, Aimaq Berberi - 202,677, Aimaq Chahar - 1,000,000, Aimaq Firozokhi - 260,000, Aimaq Hazara - 202,400, Aimaq Jamshedi - 115,000, Aimaq Taimani - 964,000, Aimaq Teimuri - 130,000, Amulah - 8,623, Anglo-Amerika - 11,997, Anglo-Australia - 300, Anglo-Kanada - 800, Anglo-New Zealand - 50, Arab Algeria - 2,800, Arab Badwi - , Arab Balkh - 15,448, Arab Iraq - 370, Arab Jordan - , Arab Khaliji Bahrain - , Arab Khaliji Kuwait - , Arab Libya - 200, Arab Mesir - 2,000, Arab Nejdi Saudi - 5,000, Arab Tunisia - 400, Arab Uzbeki - 5,000, Arab Yaman - 4,000, Armenia - , Ashkuni - 19,713, Azeri Afshari - 51,680, Austria - 1, Badakhshani - 17,558, Balochi - 610,559, Bashkarik - 29,000, Belanda - 250, Bengali Bangladesh - 28, Brahui - 388,000, British - 1,800, Croat - 50, Gawar - Bati - 15,920, Georgia Kristian - 95, Georgia Muslim - 150,005, Grangali - 29,990, Gipsi Balkan Zargari - 11,060, Gipsi Domari Kowli - 194,300, Gipsi Jat - 1,662, Gujerati Khoja - , Hazara Sunni - 1,099,620, Hazara Syiah - 5,498,100, Hindi - 129,856, India - 45,000, Itali - 1,497, Jepun - , Jerman - 2,252, Kamdeshi - 7,020, Kamviri - 6,100, Karakalpak - 7,000, Kati - 20,634, Kazakh - 3,324, Kho - 7,497, Kohistani Indus - 36,242, Korea - 99, Kurdish Sorani - 28,774, Kyrgyz - 22,000, Luxemburger - , Malakhel - 3,441, Mongol - 13,000, Munji - 23,714, Nangalami - 24,000, Norway - , Ormuri - 5,659, Pahlavani - 2,874, Parachi - 10,037, Parsi Majusi - 83,000, Parsi Muslim - 1,794,000, Parya - 1,558, Pashai - 539,859, Pashtu - 20,641,000, Portugis - , Punjabi - 50,000, Qizilbash - 366,540, Rajasthani Gujari - 21,247, Romania - 425, Rusia - 1,500, Sepanyol - , Sindhi - 16,000, Sanglechi-Ishkashimi - 10,430, Savi - 5,160, Shina - 141, Shughni - 27,511, Shumashti - 1,374, Tajik - 9,723,462, Tangshuwi - 13,754, Tatar - 579, Tirahi - 8,937, Tregami - 1,374, Turki - 1,300, Turkmen - 1,450,000, Urdu - 26,760, Uyghur - 5,363, Uzbek - 3,884,430, Waigali - 16,000, Wakhi - 18,000, Warduji - 6,877, Wotapuri-Katarqalai - 2,750, Yahudi Afghan - 6,000, Yakaolang - ,
Dari segi agama, orang Afghan adalah biasanya Muslim, Pashtun atau kedua-duanya sekali
satu sebab mengapa negara ini selalu mengalami perang saudara ialah perbalahan antara kaum dan kabilah.
BUDAYA
Kebanyakan daripada monumen bersejarah Afghanistan telah dirosakkan dalam perang baru-baru. Dua arca Buddha termashyur yang terletak di provinsi Bamiyan telah dimusnahkan oleh Taliban kerana mereka menggangapinya sebagai lambang agama yang lain.
Sukan Buzkashi adalah popular di Afghanistan kerana penduduknya cekap dalam penunggangan kuda. Anjing Afghanistan berasal dari negara ini.
Sebelum Taliban menakluk Afghanistan, bandar raya Kabul merupakan tempat untuk ramai pemain muzik tradisional dan moden Afghanistan. Kabul pada pertengahan abad ke-20 telah dipersamakan dengan Vienna pada abad ke-18 dan ke-19.
sumber: wikipedia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
* tajuk ni aku buke sebab aku tertarik sngt dgn citer ziarah kt astro ria petang2 tu....cantik rupanya pemandangan di afghanistan ni..gn bukit bukau gunung ganang....tp kesian sungguh nasib rakyatnye...yg sejak dulu tk putus2 dilanda masalah....* |
|
|
|
|
|
|
|

Kushkak Valley
[ Last edited by arnabkiut at 27-9-2006 04:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
--- terpost 2x aa....sowiii --------
[ Last edited by arnabkiut at 27-9-2006 04:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikutkan dongeng China dan Jepun ''Journey To The West'' ''Tenjiku'' atau India sebenarnya terletak kat afghanistan.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang bina patong budha di Afghanistan itu??? |
|
|
|
|
|
|
hantu1 This user has been deleted
|
Ten Q good info arnab....
Ada lagi tak info pasal Afghan ni....sejarah dia ke...
Aku posa ni..tapi LAPAR ILMU........tolong la woi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nangada at 28-9-2006 11:09
Siapa yang bina patong budha di Afghanistan itu???
Bamiyan ni teletak di laluan sutera yg glemer satu ketika dulu.....jln perdagangan.....Jadi dia telah berkembang menjadi satu tempat penyebabran agama budha yg mashyur...Daerah ini juga memounyai beberapa biara Buddha. Kemudian daerah ini juga penting karena merupakan tempat berpadu budaya Barat dan Timur untuk menciptakan bentuk-bentuk baru Seni Buddha-Yunani.
Daerah ini merupakan salah satu pusat Buddha yang besar dari abad ke-2 SM sampai masuknya Islam ke lembah ini pada abad ke-9. Para bhiksu di biara-biara (vihara) tinggal sebagai pertapa di gua-gua kecil yang dibuat di tepi-tepi tebing sepanjang lembah Bamiyan.
Banyak dari para biarawan ini menatah patung-patung di dalam gua-gua mereka. Banyak patung-patung Buddha dalam pose berdiri maupun duduk yang ukurannya bermacam-macam ditemukan menghadap jurang sedangkan gua-gua ini banyak pula yang dihiasi oleh para bhiksu dengan fresco yang berwarna-warni. Dua patung utama adalah Buddha dalam pose berdiri yang berukuran 55 dan 37 meter, contoh-contoh patung Buddha berdiri yang dipahat dan terbesar di dunia. Kedua patung ini merupakan landmark budaya untuk beberapa tahun dan situs ini bahkan disenaraikan sebagai warisan dunia oleh UNESCO.
bjiksu=sami |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 2001 Mahkamah Agung Taliban memutuskan bahwa semua patung di Afganistan harus dihancurkan karana telah atau dapat menjadi berhala. Hal ini didukung oleh keputusan dari 400 pemuka agama Afganistan.
Akhirnya pada tahun 2001, setelah berusia selama lebih dari 1.500 tahun ( ada yg mengatakan 2000 tahun ), pemerintahan Islamis Taliban mengeluarkan fatwa bahwa patung-patung ini adalah berhala, dan kemudian dihancurkan dengan dinamit dan tembakan tank.
Pada bulan Mei 2001, kedua patung terbesar Buddha ini hancur setelah usaha pengeboman secara intensif selama hampir satu bulan.:geram:
Pada bulan Desember 2004, para pengkaji jepun percaya bahwa lukisan tembok Bamiyan sebenarnya dilukis antara abad ke-5 dan abad ke-9, bukan antara abad ke-6 dan ke-8 seperti diduga sebelumnya. Penemuan ini dilakukan dengan menganalisis isotop radioaktif yang terkandung dalam serat-serat jerami yang ditemukan di bawah lukisan. Penemuan selanjutnya diharapkan akan terjadi setelah membandingkan tanggal-tanggal yang tertera di lukisan dan gaya-gaya lukis. |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu1 ..ko nak sejarah Afghan kan..hmm bace bwah nie....:pmuka:
Afghanistan, negara di persimpangan jalan Asia Tengah, telah banyak mengalami sejarah yang bergolak. Sejak berkurun lamanya, Afghanistan pernah dijajahi banyak kuasa-kuasa besar seperti Genghis Khan dan Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great).
Sebuah negara Afghanistan telah diasaskan pada tahun 1746 di bawah Empayar Durrani tetapi kuasa pemerintah telah dipindahkan kepada British sehingga Raja Amanullah menaiki takhta pada tahun 1919. Sejak itu, Afghanistan telah melalui bermacam jenis pemerintahan dan beberapa perang saudara.
Raja-raja Afghanistan berasal daripada puak Abdali dari suku etnik Afghan, dan nama puak tersebut ditukarkan kepada "Durrani" sejak Ahmad Shah menaiki takhta.
Pada kurun ke-20, sebanyak sebelas raja-raja Afghanistan telah diturunkan takhta menerusi cara-cara yang tidak demokratik: 1919 (dibunuh), 1929 (meninggalkan takhta), 1929 (dihukum mati), 1933 (dibunuh), 1973 (dibuang), 1978 (dihukum mati), 1979 (dihukum mati), 1979 (dihukum mati), 1987 (disingkir), 1992 (diguling) and 1996 (diguling).
Period stabil yang terakhir sekali dikecapi oleh Afghanistan wujud dari tahun 1933 hingga 1973, apabila negara itu berada di bawah pimpinan Raja Zahir Shah. Pada 1973, Sardar Mohammed Daoud, saudara kepada Zahir Shah telah melancarkan rampasan kuasa. Namun pada 1978, Daoud dan keluarganya dibunuh oleh ahli komunis Parti Demokratik Rakyat Afghanistan yang memberontak dan berjaya mengambil alih kuasa memerintah.
Penentangan dan konflik yang hebat terhadap kerajaan berhaluan kiri telah memaksa Soviet Union untuk menakluk Afghanistan pada 24 December 1979. Namun demikian, setelah berhadapan dengan tekanan antarabangsa dan 15,000 askar Soviet terkorban akibat tentangan puak mujahideen yang dilatih oleh Amerika Syarikat, Pakistan dan kerajaan lain; askar Soviet berundur dari tanahair Afghanistan pada tahun 1989.
---- sambung------- * xnak letak panjang2...nti korang malass bace ekekkee |
|
|
|
|
|
|
|
Penentangan dan konflik yang hebat terhadap kerajaan berhaluan kiri telah memaksa Soviet Union untuk menakluk Afghanistan pada 24 December 1979. Namun demikian, setelah berhadapan dengan tekanan antarabangsa dan 15,000 askar Soviet terkorban akibat tentangan puak mujahideen yang dilatih oleh Amerika Syarikat, Pakistan dan kerajaan lain; askar Soviet berundur dari tanahair Afghanistan pada tahun 1989.
Walaupun begitu, pihak mujahideen masih bergaduh sesama sendiri dan ini telah melahirkan beberapa panglima perang (warlordism). Pertelingkahan yang paling tragik berlaku pada 1994, apabila 10,000 orang terbunuh di wilayah Kabul. Puak Taliban yang mendapat sokongan padu dari Pakistan akhirnya berjaya merampas kuasa pada 1996. Puak Taliban berjaya merampas 90% negara ini, kecuali timur-laut Afghanistan yang dikuasai oleh 'Northern Alliance'. Sewaktu memerintah Afghanistan, mereka telah melaksanakan kerajaan Islam secara ekstrim. Disamping itu, puak Taliban telah memberi bantuan serta tempat selamat kepada pengganas Islam termasuk Osama bin Laden dan Al-Qaeda
* northen aliance =pakatan utara
Akibat kaitan Taliban dengan kumpulan pengganas ini serta serangan 9/11 di New York, pada tahun 2001 tentera Amerika telah melancarkan serangan di Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban. Pada akhir 2001, pemimpin utama dari pihak pembangkang Afghan telah berjumpa di Bonn, Jerman untuk merangka suatu kerajaan baru. Hasilnya adalah perlantikan Hamid Karzai sebagai Pengerusi Lembaga Interim Afghan (AIA) pada December 2001. Setahun kemudian, pilihan raya kebangsaan telah diadakan dan Karzai telah dipilih sebagai Presiden,
Tambahan kepada pertelingkahan politik ganas dan kegiatan ketenteraan untuk mengusir unsur Al-Qaida dan Taliban yang tinggal, Afghanistan menderita kemiskinan teruk, panglima perang yang ramai, infrastruktur yang usang, dan periuk api dimerata-rata tempat.
Pada 3, dan 25 Mac 2002, siri gempa bumi melanda Afghanistan, dengan kemusnahan beribu buah rumah dan kehilangan nyawa seramai 1,800. Lebih dari 4000 orang tercedera. Gempa bumi berlaku di daerah Samangan (3 Mac) dan daerah Baghlan (25 Mac). Yang kedua lebih teruk, dan mengakibatkan kebanyakan mangsa. Pihak berkuasa antarabangsa membantu kerajaan Afghanistan untuk menangani keadaan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
POLITIK
Kini, sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan. Ia diketuai oleh presiden Hamid Karzai, kebanyakkannya dianggotai ahli-ahli Northern Alliance, serta campuran ahli-ahli daripada kumpulan-kumpulan etnik dan serantau yang dibentuk daripada kerajaan terdahulu oleh Loya jirga (majlis tertinggi). Bekas raja, Mohammed Zahir Shah kembali ke negaranya, tetapi tidak ditabalkan sebagai raja dan hanya memegang kuasa istiadat terhad.
Sebuah Jawatankuasa Perlembagaan Afghanistan telah ditubuhkan dibawah Perjanjian Bonn untuk berunding the orang ramai dan mencipta sebuah draf perlembagaan. Sebuah draf telah ditetapkan untuk dihasilkan pada 1 September, 2003 tetapi jawatankuasa tersebut telah memohon penangguhan agar dapat melaksanakan rundingan tambahan. Satu mesyuarat Loya jirga (majlis tertinggi) berperlembagaan telah diadakan pada bulan Disember 2003 apabila sebuah perlembagaan baru telah diterima, seterusnya membentuk sebuah kerajaan berpresiden.
Tentera dan agensi perisikan dari Amerika Syarikat dan beberapa negara lain hadir di Afghanistan, memikul tanggungjawab memelihara keamanan dan memburu sisa-sisa pejuang Taliban dan Al-Qaeda. Tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa beroperasi di Kabul sejak Disember 2001. NATO mengambil alih pasukan tersebut pada 11 Ogos, 2003. Panglima perang menguasai kebanyakan daripada negara tersebut.
Pada 27 Mac, 2003, Abdul Rashid Dostum, Naib Menteri Pertahanan Afghanistan dan seorang panglima perang yang berkuasa telah menubuhkan sebuah pejabat untuk Zon Utara Afghanistan dan melantik pegawai-pegawai untuk pejabat tersebut. Ini adalah bertentangan dengan perintah presiden sementara, Hamid Karzai yang melarang penubuhan zon-zon di Afghanistan.
----- banyak lagi pasal afghanistan ni..nti aku bg dr mase ke semasa.....sebelom aku luope..hari ni dlm astro ria....wartawan wan kamarudin gn dang suria melawat bamiyan....kol 630..ulangan 1230 ok........-------------------
[ Last edited by arnabkiut at 28-9-2006 11:49 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Negara :Afghanistan
Ibu negara :Kabul (Bandar Terbesar )
Kemerdekaan Dari UK : 1747
Presiden :Hamid Karzai
Keluasan :647,500 km2 ( Tangga ke40 dunia )
Penduduk :28,717,213 (2002) jumlah kepadatan 43/km2 [ Tngga ke 38 dunia ]
Bahasa rasmi : Pashtu, Dari
Lagu kebangsaan : "Sououd-e-Melli"
Agama rasmi : Islam: Sunni: 74% Syiah: 25%
Matawang :Afghani (Af) * semalam time tgk program ziarah tu..1 Af= 5 sen RM.. *
Zon Waktu UTC+4:30
Internet TLD .af
Kod panggilan 93
[ Last edited by arnabkiut at 28-9-2006 12:00 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|