CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3882|Reply: 15

JEJAK RASUL 13 [Isnin-Jumaat, 6 ptg. Sabtu & Ahad, 5 ptg]

[Copy link]
Post time 4-10-2006 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Salam Ramadhan,..

Aku baru berpeluang tengok jejak rasul 12 last week, sabtu lepas.. menarik,..

Anybody wanna share some thoughts? Aku kagum dgn usaha crew for the program. And i was really amazed that they all dapat jejakkan kaki ke bumi Palestin -  Dome of the Rock, Masjidil Aqsa.. etc,.. setahu aku org Malaysia tak dapat masuk area sana, (ke aku dah ketinggalan?.. now kita dah boleh masuk sana?)...

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 20-9-2007 05:38 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 05:21 PM | Show all posts
salam ramadhan also....:tq:
sy tiap2 hari tgk....+2 ttg rasulullah plak...lg bertambah minat nak tgk....kekadang tu x berapa faham sgt sbb sambil tgk wat kerja lain....tp bestla jejak rasul nie....sy pun kagum gak diaorg wat program mcnie....berkualiti n berinformasi.....pastu ada scene yg diaorg lakonkan balik...

yg sy faham ttg masjidil aQsa tu klau sesapa nak pi melawat kena lalu 2 peringkat kawalan.......1st org yahudi....diaorg x kisah sgt n senang jer masuk melalui diaorg ni...pastu second tu org islam....klau sesapa nak lepasi kawalan mereka kena baca surah fatihah n klau boleh, bolehla masuk....(klau silap tolong perbetulkan k)

ari sabtu lepas diaorg tunjuk sesi pengambaraan diaorg kan?yg best time krew jejak rasul(klau x silap)naik unta pastu jatuh.....:

[ Last edited by  pinKy180 at 4-10-2006 05:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:08 AM | Show all posts
krew jejak rasul siri Muhammad ni diberikan kemudahan dalam merakamkan siri ni... kawan fox ckp, dlm the making of tu dowang ada ckp, mmg takleh tangkap gambar, cth dalam masjidil haram... tapi mereka diberikan kelulusan...

fox rasa memang beruntung hj zainal ariffin ismail tu... dapat pergi ke tempat2 peninggalan nabi...best sangat2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:21 AM | Show all posts
mmg bestla hj zainal tuh....free2 jer boleh jejak kaki kat sana n boleh masuk plak tempat yg org lain x leh masuk.... krew2 yg lain pun bertuah cm hj zainal tu....

org cam sy yg tak penah pegi tgk jerla.....tgk jer pun dah best inikan pula diaorg yg pergi sana

[ Last edited by  pinKy180 at 5-10-2006 11:23 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 04:12 PM | Show all posts
mintak2, hat ni diorang percepatkan sikit vcd TMO and whole versions of jejak rasul.. aku kompol duit nak beli nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:13 PM | Show all posts
tu sebab aku nak kerja bahagian broadcastign!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2007 12:09 AM | Show all posts

JEJAK RAUL 13

ISNIN - JUMMAAT (6.00 pm)
Sahabat

SABTU & AHAD (5.00 pm)
As-Salam USA
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 05:49 PM | Show all posts
tak berkesempatan tengok Jejak Rasul kalau Ulangan Bila ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 12:15 AM | Show all posts

Reply #8 HangPC2's post

ulangan tengah malam skit lepas night line.... lam kul 1.03am
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 12:35 AM | Show all posts
tak sempat tengok waktu siang, ulangan saja yang sempat tengok
Moga-moga Haji Zainal Ariffin Ismail kekal jadi pengacara Jejak Rasul sampai 10 musim lagi, rasa tak best kalau orang lain ganti dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 12:35 AM | Show all posts
tak sempat tengok waktu siang, ulangan saja yang sempat tengok
Moga-moga Haji Zainal Ariffin Ismail kekal jadi pengacara Jejak Rasul sampai 10 musim lagi, rasa tak best kalau orang lain ganti dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 08:36 PM | Show all posts
background music tur sedap arr.... sapa tau ekk??? cam nak donlot jek..... as salam usa n jejak rasul......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 09:09 AM | Show all posts
tahun ni ade tak jejak rasul 15?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 04:16 PM | Show all posts
ada.....


tapi TV9 pun ada dokumentari macam ini jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:08 AM | Show all posts
Sementara itu, TV9 turut tidak ketinggalan menyediakan kandungan program menarik dan bermutu seperti dokumentari agama Al-Risalah yang membawa penonton mengenali lebih dekat Nabi Allah Isa a.s. seperti diperkatakan al-Quran serta turut memaparkan titik pertemuan di antara agama Islam dan Kristian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 06:12 PM | Show all posts
Jejak Rasul kembali lagi dengan paparan Sirah Anbiya



Friday, August 21, 2009


Jejak Rasul kembali lagi dengan paparan Sirah Anbiya


SEBAGAIMANA kurma dan dan bazaar Ramadan menjadi penyeri sambutan bulan puasa, begitu juga dengan program di TV3, Jejak Rasul yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini.

Mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3, Jejak Rasul adalah dokumentari ilmiah yang popular kerana memaparkan peninggalan para anbiya selain peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul.

Kali ini, Jejak Rasul - Sirah Anbiya yang disiarkan sebanyak 29 episod ini menemui penonton TV3 sepanjang Ramadan setiap hari jam 6 petang mulai, esok.

Sirah Anbiya’, dokumentari sejarah berkonsep kembara jalanan atau travelogue ini adalah pembikinan semula siri Jejak Rasul musim pertama. Bagaimanapun, kali ini pengisiannya lebih segar dan bermaklumat.

Sejak diperkenalkan 14 tahun lalu, Jejak Rasul 1 memberi kesan amat berkesan kepada penonton dan industri dalam pembikinan dokumentari berbentuk ilmiah.

Siri pengenalan Jejak Rasul ini terus menjadi permintaan ramai dan selepas lebih sedekad menemani penonton, lokasi-lokasi Jejak Rasul yang masih menjadi sebutan penonton setia siri ini kembali dikunjungi oleh krew penerbitan Jejak Rasul.

Bersempena sambutan ulang tahun TV3 yang ke 25 ini, Jejak Rasul 15 kembali menerokai lokasi bersejarah yang pernah dilawati seperti Syria, Mesir, Jordan, Israel, Turki, Arab Saudi dan Yemen.

Jejak Rasul 15 akan mengupas sejarah Nabi dan Rasul juga kisah-kisah penuh pengajaran yang disebut dalam al-Quran dan Sunnah. Bersesuaian dengan lokasi penggambaran yang bersejarah, warna kehidupan masyarakat tempatan juga akan turut dipaparkan merangkumi latar belakang sejarahnya, budaya serta bahasa.

Siri 29 episod ini membawakan kisah bersumberkan al-Quran dan Sunnah disokong dengan fakta dan kajian ilmiah serta disampaikan oleh pengacara berwibawa, Ahmad Noor Sulaiman.

Penerbit Jejak Rasul Musim ke-15, Jasmi Shahir berkata, siri kali ini memberi tumpuan kepada semangat yang ditunjukkan oleh Rasul serta pengajaran yang boleh didapati daripada sejarah.

Kisah-kisah para Rasul ini dapat dilihat dengan jelas lagi melalui siri Jejak Rasul selain dari mengetahui peristiwa yang bersejarah melalui al-Quran dan Hadis. Ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis menerangkan perjuangan para Rasul dan sahabat demi menegakkan syiar Islam seperti rintangan yang terpaksa dihadapi ketika berdakwah, kesusahan dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh mereka serta pencapaian dalam menyebarkan agama Islam.

Penggambaran yang dijalankan selama 100 hari ini bukan saja menerokai peristiwa sejarah para Rasul seperti yang dinyatakan di dalam Quran dan Sunnah tapi turut memaparkan pemandangan, rakyat tempatan dan lokasi-lokasi yang dilawati sepanjang pengembaraan di serata pelusuk bumi Anbiya’.

Khusus buat penonton setia TV3, pastikan petang anda terisi sepanjang bulan Ramadan ini dengan menonton Jejak Rasul 15 -Sirah Anbiya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063769 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list