CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34611|Reply: 21

RESEPI UTK LEBIHAN PUTIH TELUR

[Copy link]
Post time 6-10-2006 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Ada tak resepi utk lebihan puteh telur.biskut raya yg trajet buat kebanyakkannya menggunakan kuning telur.lebihan dia nak buat apa yek.. takkan nak buang gitu aje...

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-10-2007 09:22 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sue This user has been deleted
Post time 6-10-2006 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by trajet at 6-10-2006 10:19 AM
Ada tak resepi utk lebihan puteh telur.biskut raya yg trajet buat kebanyakkannya menggunakan kuning telur.lebihan dia nak buat apa yek.. takkan nak buang gitu aje...



buleh wat tuk resepi frambozen kenari, topping mamar carries...atau grg jek mkn dgn kicap...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 11:10 AM | Show all posts
kalau nunu plak, boh dalam sayur goreng...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by trajet at 6-10-2006 10:19
Ada tak resepi utk lebihan puteh telur.biskut raya yg trajet buat kebanyakkannya menggunakan kuning telur.lebihan dia nak buat apa yek.. takkan nak buang gitu aje...


Err.. ada satu kuih dia pakai putih telur je.. aku panggil kuih tu biskut kelapa .. rupa bulat bulat.. rasa macam kuih dangai. Dia pakai putih telur sebab nak bagi lekat kelapa kering, gula, tepung etc tu..

Nanti aku carik resepi dia kat rumah eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 6-10-2006 11:10 AM
kalau nunu plak, boh dalam sayur goreng...



bagus jugak idea nie... tak terpikir le pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by duquesne at 6-10-2006 11:37 AM


Err.. ada satu kuih dia pakai putih telur je.. aku panggil kuih tu biskut kelapa .. rupa bulat bulat.. rasa macam kuih dangai. Dia pakai putih telur sebab nak bagi lekat kelapa kering, gula, te ...


camna ye rupa biskut nie... kalau ada resepi lagi bagus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2006 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by duquesne at 6-10-2006 11:37 AM


Err.. ada satu kuih dia pakai putih telur je.. aku panggil kuih tu biskut kelapa .. rupa bulat bulat.. rasa macam kuih dangai. Dia pakai putih telur sebab nak bagi lekat kelapa kering, gula, te ...



cam macaroon kelapa je tp saya tak pernah buat :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by trajet at 6-10-2006 10:19 AM
Ada tak resepi utk lebihan puteh telur.biskut raya yg trajet buat kebanyakkannya menggunakan kuning telur.lebihan dia nak buat apa yek.. takkan nak buang gitu aje...



trajet..

buat pavlova pon sodap.boleh jadi juadah bbuka

resepi macaroon kelapa


Bahan-bahan:
400 gm gula pasir
350 gm kelapa parut kering
50 gm tepung gandum
8 biji putih telur

Cara membuat:
1. Pukul gula pasir dan putih telur hingga kembang dan berkrim.
2. Masukan tepung dan kelapa. gaulkan hingga adunan sebati.
3. Bentukkan adunan dan susun atas dulang pembakar.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit

saya ambik resepi tu kat sini

http://72.14.253.104/search?q=cache:-N0SA5aTYloJ:[url=www.e-keluarga.com/v6/modules.php%3Fname%3DResepi%26op%3DViewCatg%26id_catg%3D3%26page%3D8+macaroon+kelapa&hl=ms&gl=my&ct=clnk&cd=5]www.e-keluarga.com/v6/modules.php%3Fname%3DResepi%26op%3DViewCatg%26id_catg%3D3%26page%3D8+macaroon+kelapa&hl=ms&gl=my&ct=clnk&cd=5[/url]

[archived]


[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:52 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 01:12 PM | Show all posts
atapun boleh buat meringue...peh tu bakar, lapis dgn jem
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by duquesne at 6-10-2006 11:37 AM


Err.. ada satu kuih dia pakai putih telur je.. aku panggil kuih tu biskut kelapa .. rupa bulat bulat.. rasa macam kuih dangai. Dia pakai putih telur sebab nak bagi lekat kelapa kering, gula, te ...

coconut meringue ya


[ Last edited by  Calim閞o at 6-10-2006 01:19 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 03:38 PM | Show all posts
buat cornflakes macaroon...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 09:04 PM | Show all posts
buat facial mask pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by epalmerah at 6-10-2006 01:12 PM
atapun boleh buat meringue...peh tu bakar, lapis dgn jem

yg nie saya tk penah tgk lagikk..
epal ada resepi penuh dak?!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 07:29 PM | Show all posts
Angel Food Cake pun menggunakan egg whites.....belum cuba lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 11:49 PM | Show all posts
Lebihan egg whites pas wat tart ngan kek lapis yg berpuluh2 bijik tu aku ada campur wat nasik goreng, kuih kodok (tambah ngan whole egg la), sup sayur, tu pun masih ada lebih gak lagik...banyak plak tu...

So aku pukul ngan gula icing + cream of tartar sket, tpg jagung sket ja....masuk dalam piping bag wat kulit siput yg kat taman banyak tu (nak sebut geli la plak he he)....bakar sampai keras...celup 1/2 dalam melted chocolate yg mmg ada lebih tu (ada yg orange, mint flavour...stroberi and plain dark chocolate)...kasi sejuk jap dapat satu balang penuh...aku bagik kat nursery dkt umah aku...kejap ja abis oleh budak2 kat situ...

Seb baik tak masuk lubang sinki...sayang ja...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 12:14 PM | Show all posts
saya ada 2 resepi utk lebihan putih telur,copy dari internet je

BISKUT KERACIS (Leen)

Ingredients :

5 egg whites
1 cup sugar
8 cups cornflakes
1 cup peanuts ~ fry without oil and roll coarsely using a rolling pin
1 cup desiccated coconut
colored sugar decors/sugar sprinkles

Method :

1. Beat egg white till stiff.
2. Add in sugar bit by bit while continue beating till thick. Leave aside.
3. In another bowl, crush the cornflakes and mix with peanuts and desiccated coconut.
4. Pour in the egg mixture and mix till well combined. The mixture must be slightly wet. Cover the bowl to avoid the mixture from drying.
5. Scoop a bit of the mixture using a teaspoon and place on a tray layered with grease proof paper.
6. Press with a fork to get a thin piece of cookie and decorate with the colored sugar decors/sugar sprinkles.
7. Bake in a preheated oven at 160 C till done.
8. Leave to cool completely and store in an air tight container.

sumber : http://mamafami.fotopages.com/?entry=969230

Rainbow Egg White Lapis

Ingredients
500g egg white
250g white sugar
250g plain flour }original is 300g plain flour
50g self-raising flour }
60ml evaporated milk (original is coconut milk)
100ml melted butter (original is oil)
1tsp vanilla essence (not in the original recipe)
a few drops of red and green colouring
4 pitted dates/prunes or slivered almonds for sprinkling on last layer

Method
1. Beat egg white till bubbly, add sugar little by little and beat till stiff
2. Sift in flour and gently stir into egg white mixture
3. Add milk and melted butter together and pour slowly into egg+flour mixture, mix slowly till well blended
4. Divide batter into 3 leaving one original and the other 2 with the respective colours
5. Pour one scoop batter into a lined and greased loaf baking tin and baked in a 175C preheated oven for 7-10min till brown
6. Change oven mode to grill and increase temperature to 200C
7. Pour 1 scoop of green and grill till the top turns slightly brown, then pour 1 scoop of red over the green. Repeat till you finished all the batter.
8. On the last layer, either sprinkle slivered almonds or prunes or date and grilled till brown then change the oven to baking mode and bake till cake is cooked.

sumber : http://quickneasytreats.blogspot ... gg-white-lapis.html

[archived]


[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:51 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2007 09:51 PM | Show all posts
buat biscotti pun sedap..... nanti saya bagi resepi.. nak kena cari
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 03:57 PM | Show all posts
banyak yg kkliza selalu buat...



TELUR KUKUS

Bahan

1 mangkuk putih telur
3 s/b air
1 pokok daun bawang [racik]
2 tangkai cili merah [hiris]
1 s/b lobak asin [cincang halus]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam pinggan tahan panas.
2. Kukuskan selama 20 minit.
3. Angkat dari kukusan dan hidangkan semasa panas dengan nasi putih.


[archived]


[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 04:13 PM | Show all posts


Chocolate White Egg

Bahan A:
125 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
25 gram tepung jagung
75 gram minyak masak
75 ml susu cair
100 gram putih telur

Bahan B:
400 gram putih telur
2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh garam
175 gram gula pasir

Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar 190 darjah selsius.
2. Bahan A: Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan tepung jagung. Masukkan susu dan minyak masak. Gaul rata. Tuang putih telur dan kacau lagi. Asingkan.
3. Bahan B: Pukul putih telur, cream of tartar dan garam sehingga setengah kembang. Masukkan gula pasir dan pukul lagi sehingga benar-benar kembang.
4. Sudukan ke dalam campuran bahan A sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan.
5. Tuangkan ke dalam loyang chiffon berdiameter 22 cm. Bakar selama 50 minit sehingga benar-benar masak dengan suhu ketuhar 190 darjah selsius.



Apam Mekar Kukus

Bahan:
120 gram putih telur
1/4 sudu teh garam
225 gram gula pasir
2 sudu teh ovalete
300 gram tepung gandum
200 ml air sprite
1/4 sudu teh baking powder
4 titik esen pandan
12 titik pewarna hijau tua
3 titik pewarna hijau muda

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk kukus.
2. Pukul putih telur dan garam sampai setengah kembang. Masukkan ovalete dan gula. Pukul sampai benar-benar kembang.
3. Masukkan tepung dan baking powder sambil diayak dan dipukul rata bersilih ganti dengan sprite, esen pandan dan pewarna hijau.
4. Sediakan acuan muffin dan alaskan dengan mangkuk muffin. Tuang adunan sepenuh acuan. Kukus selama 10 minit dengan api besar.



Brownies Putih Telur Kukus

Bahan:
100 gram marjerin
50 gram milk cooking chocolate
150 gram putih telur
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh cream of tartar
175 gram gula pasir
100 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1/4 sudu teh baking powder
25 gram kacang tanah, disangai dan dicincang halus

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk kukus.
2. Panaskan marjerin. Masukkan milk cooking chocolate. Kacau sehingga coklat larut. Asingkan.
3. Pukul putih telur, garam dan cream of tartar sehingga setengah kembang. Masukkan gula dan pukul sehingga benar-benar kembang.
4. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder sambil diayak dan dipukul rata.
5. Masukkan campuran marjerin dan pukul rata lagi.
6. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 30 X 10 X 4 cm yang telah disapu dengan minyak dan dialas plastik. Taburkan kacang tanah. Kukus selama 30 minit dengan menggunakan api sederhana sehingga benar-benar masak.

Note: Gambar ni liza snap dari buku masak yang ada resepi menggunakan putih telur.... jom sama2 kita cuba....

[archived]

[ Last edited by  maisya at 3-11-2008 11:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 07:48 AM | Show all posts
try buat puding tembikai...puding ni menggunkan pitih telur....mesti sedap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.372311 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list