CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1885|Reply: 0

Pelbagai info kesihatan yg boleh dikongsi bersama

[Copy link]
aypru This user has been deleted
Post time 12-10-2006 12:44 PM | Show all posts |Read mode
1. MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati.
a. Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata
menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan
toksin.
b. Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
c. Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini
juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d. Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
bebanan kerja
e. Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati
atau bebanan yang berat.

........................................................................... .......................................................

2. HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
a. Selsema
i). Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
ii). Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b. Hidung sebu
i). Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
c. Bersin
i). Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

........................................................................... .......................................................

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di
bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

........................................................................... .......................................................

4. KERONGKONG
a. Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh
badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk
membuang toksin.
b. Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

........................................................................... .......................................................

5. BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
a. Bibir pucat
i). Sistem penghadaman yang lemah.
ii). Perut mengandungi angin.
iii). Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang
sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya
diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan
zat besi.
b. Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

........................................................................... .......................................................

6. MULUT DAN LIDAH - Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran
darah.
a . Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah,
seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari
tersumbat dan lain-lain lagi.
b. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah
mengandungi asid berlebihan.
c. Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk
pembuangan toksin.

........................................................................... .......................................................

7. TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.
a. Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b. Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.
Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang
setelah berjalan-jalan.

........................................................................... .......................................................

8. KULIT
a. Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b. Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
c. Ruam dan Bisul : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang
tidak larut dalam air.
d. Kulit gatal dgn ruam : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu
banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
e. Kulit pecah dan berair : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.
Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

........................................................................... .......................................................

9. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

........................................................................... .......................................................

10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sendi Sakit
i). Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan
dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii). Tidak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii). Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi
keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b. Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c. Kebas Tangan dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika
rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini
menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d. Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e. Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya
disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f. Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g. Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat
lemah tenaga batin.
h. Gatal Di Celah2 Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong
Kong Foot).

........................................................................... .......................................................

11. TANDA-TANDA DALAMAN - KEPALA
a. Kepala - Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian
kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan
saraf otak.
b. Pening / Sakit Di Bahagian Depan Kepala
i). Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan
banyak berfikir.
c. Pening / Sakit Di Bahagian Belakang Kepala
i. Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii. Bahagian bawah (tengkuk) : Menunjukkan penyakit tekanan darah
tinggi atau tekanan darah
d. Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga - Menandakan penyakit
migrain.
e. Bisul Terjadi Di Kepala - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-
kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f. Rasa Pening Yang Memusing - Tanda kurang darah atau pengaliran darah
tidak lancar.

........................................................................... .......................................................

12. MULUT / KERONGKONG
a. Loya / Muntah - Tanda penyakit lelah.
i). Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. Muntah Darah
i). Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian
kerongkong.
ii). Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut,
misalnya penyakit ulser.
c. Lidah Rasa Tegang Dan Pendek- Tanda sakit jantung.
d. Keluar Air Liur Yang Pekat - Proses pembuangan toksin dari kerongkong
akibat jangkitan kuman.

........................................................................... .......................................................

13. KENCING
a. Kencing Kerap : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
terkumpul.
b. Air Kencing Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah
pinggang.
c. Air Kencing Berlemak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
d. Air Kencing Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang
berlaku.
e. Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

........................................................................... .......................................................

14. BUANG AIR BESAR

a. Cirit-birit / Kerap Buang Air Besau : Membersihkan kotoran / keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b. Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c. Najis Berdarah
i). Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d. Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berfungsi.

........................................................................... .......................................................

15. TINDAK BALAS BADAN
a. Badan Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan
saluran darah yg tidak lancar.
i). Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii). Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii). Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan
dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b. Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh2 : Badan mengandungi asid yang
berlebihan. Proses penyeimbangan
c. Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses
pembuangan toksin.
d. Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda
sedang berlaku.

........................................................................... .......................................................

16. TINDAK BALAS EMOSI
a. Rasa Takut / Mudah Terkejut : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin
lemah.
b. Cepat Naik Darah / Marah : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
c. Rasa Bimbang Dan Takut : Sistem paru-paru yang lemah.
d. Rasa Seronok Atau Bimbang Tanpa Sebab
i). Sistem jantung yang lemah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047152 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list