|
siapa yg boleh jelaskan jalan ini??? ia bermula dari mana ??? adakah bermula dari Perlis atau Kedah ??? |
|
|
|
|
|
|
|
err.. takjelas sgt la... maksud ko jalan persekutuan no 1 ke...?
kalau jalan persekutuan no 1, ia tak bermula dari Perlis, tapi bemula dari Bukit Kayu Hitam iaitu starting Highway PLUS dari utara dan highway PLUS ni yg diupgrade dari jalan lama ni (dan mmg nampak cam jalan lama pun) pastu sambung ke susur jalan biasa iaitu kat kepala batas (kalau jalan terus kire PLUS expressway la) dan kemudian ke alor setar, sg petani, butterworth, parit buntar, area taiping, kuala kangsar, sg siput, ipoh, gopeng, kampar,tapah, slim river, tanjung malim, kuala kubu road, rawang...
...dan terus ke kuala lumpur via selayang iaitu yg melalui jalan ipoh, jalan kuching, jalan kinabalu, jalan maharajalela, jalan loke yew, jalan cheras dan terus masuk higway cheras-kajang menuju ke kajang, semenyih, mantin, seremban, rembau, tampin, gemas, segamat, labis, yong peng, ayer hitam, simpang renggam, kulai, dan masuk ke highway senai-jb dan terus je sampai tambak johor....
[ Last edited by laislabonita at 20-10-2006 02:32 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 20-10-2006 02:28 AM
err.. takjelas sgt la... maksud ko jalan persekutuan no 1 ke...?
kalau jalan persekutuan no 1, ia tak bermula dari Perlis, tapi bemula dari Bukit Kayu Hitam iaitu starting Highway PLUS dari utar ...
yg ni aku brief roughly la... mana Squall kut2 leh bgtau dgn lebih tepat... Squall expert bab2 jalanraya dan lebuh raya ni... :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 20-10-2006 02:28 AM
err.. takjelas sgt la... maksud ko jalan persekutuan no 1 ke...?
kalau jalan persekutuan no 1, ia tak bermula dari Perlis, tapi bemula dari Bukit Kayu Hitam iaitu starting Highway PLUS dari utar ...
oooo bermula dari Bukit Kayu Hitam, maknanya yg Highway PLUS dari Sadao (Songkhla) merentasi Bukit Kayu Hitam, Changloon sehinggalah ke Kepala Batas tu adalah asalnya jalan kod 1 sebelum diambil oleh PLUS. jalan tu diupgrade sikit menjadi dua lane dan dimiliknegarakan oleh PLUS lah gitu :
tapi yg aku musykil, sepatutnya Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu bukanlah jalan kod 1 kerana kedua dua jalan ini hanya baru dibina pada tahun 70-an. pada masa itu jalan ini juga dikenali sebagai inner ring road, kira gempaklah kot !
sepatutnya mereka yg berada di Batu Caves hendak ke Selatan sepatutnya melalui Jalan Ipoh, Jalan TAR, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu dan terus ke Jalan Cheras :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Tak, Jalan Kuching dengan Jalan Kinabalu memang dalam Federal Route 1... sebab laluan mungkin dilencongkan hasil daripada proses pembinaan jalan baru yang lebih lebar dan selamat bagi menggantikan stretch tu.
Satu lagi contoh baek nyer, Federal Route 5 kat area Skudai sampai Pulai Utama... asalnya laluan kat situ sempit dan banyak koner, tapi bila UTM dibina kat Skudai, JKR pun amik sebahagian daripada tanah kat UTM untuk dibina laluan baru 4 lorong bagi Federal Route 5 yang lurus. So, kod Federal Route 5 diamik alih oleh stretch baru tu la dan stretch lama cuma jadik jalan dalamuntuk gi Taman U jer...
Satu lagi contoh baik kat luar negara ialah US Route 66 kat Amerika, dari Chicago ke Los Angeles. Bila kerajaan Amerika wat highway Interstate 84, sebahagian besar daripada highway tu makan laluan Route 66, cuma setakat tinggal seciput jer kat Arizona. So akibatnya stretch kecik tu pun downgrade jadik AZ Route 66, kira downgrade jadik jalan negeri la. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..yang ni....code2 ni semua dalam kepala aku dah since kitorang jaga Federal Road southern region..kalo jalan Kod 1 tuh...maksudnye FT 001...( FT ni code for Federal Road )..
untuk state road plak..ikut code2 negeri...contoh Negeri Sembilan = N
kalo FT 005....itu jalan persisiran pantai...dari UTM..ke Pontian..Muar...sampai la Utara... |
|
|
|
|
|
|
|
Yups, betul... kalau kita berurusan dengan JKR, JPJ atau polis, diorang akan bubuh huruf FT depan nombor kod jalan persekutuan. Kalau selain urusan dengan JKR, tak payah bubuh FT pun takper. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 archilless's post
actually Federal highway ni dulu diconstruct untuk connect Kuala Lumpur and Port Klang dulu2..code utk Federal highway is FT002....certain part for Federal highway ( dari depan Midvalley sampai pintu gerbang) ni di bawah selenggaraan SPRINT ( Sistem Penguraian traffik KL Barat Sdn Barat ). Tapi technically...its falls under Kerinchi link.
hm..tak sure plak sejarah Federal Highway nih..cuba check kat wikipedia..sure ade.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap aku federal highway ni yg jalan bermula area port klang sampai susur ke cheras kat mid valley tu dan sambung lagi sebelum sampai highway timur-barat cheras tu(tak sure nama apa tapi yg sebelum highway ada tol kat area tmn connaught tu)... pastu ada segmen2 tertentu la ikut company mana yg uruskan bahagian tu... misalnye federal highway route 2 dari susur subang airport ke susur tmn barkeley klang(dulu mmg roundabout, skrg roundabout belah bawah je), diuruskan oleh PLUS...
err.. sori kalau silap info.... |
|
|
|
|
|
|
|
pastu jalan persekutuan kod 2 ni kire sambung dari pantai barat ke pantai timur...
aku berminat nak tau sbb apa highway karak dari gombak ke bentong tu amik kod federal road kod 2 tapi jalan lama gombak ke bentong amik kod federal road kod 68... pastu federal road kod 2 ni sambung terus ke jalan biasa ke kuantan... ada sape2 tau tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe sebab sistem coding jalan raya kita start agak lambat, sekitar tahun2 70-an. Dalam masa yang sama lak tu kerajaan tengah sibuk bina Federal Highway dgn highway Karak la, sebab tu la dier dapat kod FT2 tu la. Dalam masa yang sama, beberapa jalan raya persekutuan baru yang dibina sebagaimana diperuntukkan dalam DEB pun dapat sekali la kod dier macam highway Segamat-Kuantan (FT12) etc. |
|
|
|
|
|
|
|
korang jangan lupa di sarawak pun sambung gak kod 1 ni...
sematan-bau
bau-batu kawa (kuching)
batu kawa-batu 3
batu 3-padawan
padawan-serian
serian-simpang sri aman
simpang sri aman-simpang betong
simpang betong-meradong(simpang sarikei)
simpang sarikei-durin(sibu)
**sekarang dah ada jambatan, jadi takder missing link lagi**
durin(sibu)-simpang bintulu
simpang bintulu-sungai tujuh(miri)
panjang keseluruhannya lebih kurang 880km.
oleh kerana missing link kerana dipisahkan oleh tanah brunei, sungai di temburong dan daerah brunei temburong, maka kod 1 ni tak silap aku, cuma berakhir di sungai tujuh. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tunjuk brief jer ek... sebenarnya ada breakdown lagi... macam kod 1-67, 1-57 dan sbg... pastu federal road lain ada kod 800-** macam di bakun kod 800-3a,3b,3c, 800-4a,4b,4c dan 800-5. |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya.. federal road kod 1 ni masih byk missing link... paling utama sekali:
- dipisahkan oleh laut china selatan (johor-sematan)
- dipisahkan oleh brunei (bukan satu, tapi dua daerah brunei memisahkan sarawak kepada tiga bahagian)
- dan beberapa jambatan yg belum dibuat lagi.. macam jambatan sg. temburong di sempadan brunei-limbang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Muntz at 11-11-2006 05:31 PM
korang jangan lupa di sarawak pun sambung gak kod 1 ni...
sematan-bau
bau-batu kawa (kuching)
batu kawa-batu 3
batu 3-padawan
padawan-serian
serian-simpang sri aman
simpang sri aman-simpan ...
Tu kira part lain... yang kat Sarawak tu salah satu part dalam Pan Borneo Highway, dan sebab utama naper jalan kod 1 kat Sarawak tu tak sama dengan yang kat Semenanjung ialah sebab jalan persekutuan kat Sarawak yang jadik sebahagian dalam network Pan Borneo Highway ni sintaks kod dier dalam bentuk xx-yy (xx = kod jalan, yy = kod seksyen jalan), contoh: 01-35. Sebab tu la jalan kod 1 kat semenanjung takleh disamakan dengan kat Sarawak.
Satu lagi contoh, laluan negeri kat Perak guna huruf A, dan jalan persekutuan kat Sabah pun start dengan huruf A... so memang tak sama. Sebab utama naper sistem kod jalan kat Malaysia Timur ni tak sama dengan kat semenanjung ialah sebab background sejarah dier. Kat Sabah, jalan persekutuan yang lama kat situ dibina oleh North Borneo Chartered Company. Kat Sarawak lak kerajaan Brooke takder buat jalan raya utama, setakat jalan dalam bandar jer.
[ Last edited by Squall-Leonhart at 11-11-2006 06:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dont get confuse ngn Federal Road and State road...mni tak masuk protocol road gi...
yang kat Sarawak tuh is Pan Borneo highway,...tak de kena mengena ngn Federal Road 1@ FT 001 ni....kalo kat Sarawak...code untuk Federal road is FQ ***... |
|
|
|
|
|
|
|
:setuju:
Hmm... good info... dan yang aku tau, kat Sarawak takder jalan raya negeri sebab sumer jalan raya kat Sarawak dibina lepas Sarawak masuk Malaysia. So sumer jalan raya kat Sarawak ialah jalan raya persekutuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 Squall-Leonhart's post
ooopss... aku baru tau pasal yg kod 1 tu. tapi di sarawak lebih byk jalan negeri daripada jalan persekutuan tau. contohnya jalan utk pergi ke daerah2 macam di bintulu iaitu ke sebauh dan sub-district sangan, pakai jalan negeri, takder federal road. federal road di sini mostly utk jalan menghubungi bandar2 utama setiap bahagian (capital utk setiap bahagian) spt kuching, samarahan, sri aman, sarikei sampai ke limbang, dan jugak ke daerah yg besar seperti lawas dan sematan.
federal road jugak utk menghubungi bandar utama tadi dgn kawasan perindustrian spt kuching ke kawasan perindustrian pending/samajaya, bintulu ke kawasan perindustrian tanjung kidurong. federal road jugak utk menghubungi bandar dgn projek kerajaan federal spt empangan bakun, airport2 (airport besar sahaja). malah jalan menuju ke kompleks persekutuan pun ada yg di bawah kerajaan negeri seperti jalan masuk ke kompleks persekutuan bintulu.
pasal sejarah aku surrender lah, tapi pasal road bawah state atau federal ni aku tau serba sedikit sbb aku terlibat dlm road maintenance.
[ Last edited by Muntz at 12-11-2006 01:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by payrol at 11-11-2006 08:10 PM
dont get confuse ngn Federal Road and State road...mni tak masuk protocol road gi...
yang kat Sarawak tuh is Pan Borneo highway,...tak de kena mengena ngn Federal Road 1@ FT 001 ni....kalo kat Sar ...
Protocol road pun ada yg under federal, ada under state. contoh kat bintulu ni, protocol road kitorg dari simpang bintulu ke simpang ke bintulu port ialah protocol road under federal, manakala selebihnya ke pusat bandar ialah under state govt. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|