CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9125|Reply: 23

Mesyuarat Raja-Raja

[Copy link]
Post time 3-11-2006 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Raja-Raja

KUALA LUMPUR 1 Nov.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2007 10:23 AM | Show all posts
Fungsi Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil perancangan British pada tahun 1948 bagi menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar).

Kali pertama ia diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Mesyuarat yang pertama diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.

Fungsi

Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini adalah institusi tunggal yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:

* Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;

* Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;

* Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa- apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;

* Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

* Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,

* Dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).

Budi bicara Majlis Raja-Raja

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:

(a) memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;

(b) memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;

(c) mempersetujui atau tidak apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;

(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;

(e) pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau

(f) pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

Keahlian

Semua Raja dan Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri. Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.

Tiada undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2007 11:21 AM | Show all posts
Memilih Yang di-Pertuan Agong Pertama
Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin

Institusi Raja dan masyarakat Melayu di negara ini mempunyai sejarah yang amat panjang. Malah, ada di antaranya yang dibukukan seperti Sejarah Melayu dan juga Hikayat Hang Tuah

Masyarakat berbilang kaum di negara ini menerima Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi dalam Perlembagaan Malaysia.

Kini, jawatan tersebut disandang oleh Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Jawatan ini diwujudkan hasil Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang di-Pertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:

* Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)

* Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)

* Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)

* Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)

* Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)

* Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)

* Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)

* Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)

* Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981)


Selepas giliran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah seperti yang digunakan sebelum ini, iaitu:

* Negeri Sembilan

* Selangor

* Perlis

* Terengganu

* Kedah

* Kelantan

* Pahang

* Johor

* Perak


Yang di-Pertuan Agong akan melantik Yang di-Pertua Negeri atau Gabenor bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia.

Ketua Negara dan Negeri
JAWATAN Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Nasihat kerajaan
Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara.

Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri.

Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2007 09:36 AM | Show all posts
Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang pelantikan hakim
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 26 Julai
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 02:16 AM | Show all posts
Setau aku,resolusi terbaik yang pernah terhasil dari mesyuarat Raja-Raja Melayu ni ialah penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Kerana apa?Resolusi tersebut diluluskan di zaman penjajah dan Inggeris jugak tak menolak permintaan sebulat suara pihak Raja-Raja Melayu ketika itu.

[ Last edited by  jkkkj at 27-10-2007 02:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 10:12 PM | Show all posts

sultan johor sejak zaman dulu lagi memang jarang sekali menghadiri mesyuarat raja-raja melayu ni kecuali ada hal mustahak ajer... biasa hanya hantar wakil, tengku bendahara atau tengku mahkota sahaja... mungkin lepas ni akan hantar raja muda sebagai wakil juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2007 10:55 PM | Show all posts
:eek: hmy3: :cf:
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 03:25 AM | Show all posts

Reply #5 jkkkj's post

bukan ke sbb baginda gering/sakit? aku dgr sultan johor ni gering kuat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2007 09:39 AM | Show all posts
hehehe

mungkin kah hasil mesyurat raja-raja yang baru nih

nak pecat pak lah, spt yang tsebar luas diperkatakan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 02:30 PM | Show all posts
27 Julai, 2007 16:21 PM     

Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-211 Kesinambungan Raja Berperlembagaan



Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-211 yang berlangsung di Istana Negara merupakan keunikan sistem raja berperlembagaan yang diamalkan oleh negara kita. Foto: Mohd Faizol

Oleh Mohd Fadzli Fadhilah

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-211 yang berlangsung di Istana Negara pada hari Rabu dan berakhir semalam merupakan keunikan sistem raja berperlembagaan yang diamalkan oleh negara kita.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra menyaksikan perbincangan mengenai pertahanan dan keselamatan negara selain membincangkan perlantikan hakim-hakim.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dan semua Raja-raja Melayu dan keempat-empat Tuan Yang diPertua Negeri menghadiri mesyuarat tersebut kecuali Pahang, Johor dan Terengganu.

Sultan Pahang diwakili oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.

Terengganu pula diwakili oleh Penasihat Pemangku Sultan Terengganu Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-raja. Kehadiran semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pula, bertindak sebagai penasihat kepada Raja-raja dan Yang diPertua-Yang diPertua negeri masing-masing.

PLATFORM BAGI RAJA-RAJA MELAYU BERBINCANG

Majlis Raja-raja bersidang di Bilik Majlis Raja-raja yang terletak di sebelah Balairong Seri Istana Negara. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah bertindak sebagai setiausaha mesyuarat Majlis Raja-raja.

Majlis ini merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-raja dan Yang diPertua-Yang diPertua Negeri bertemu dan berbincang mengenai beberapa perkara yang tertentu terutamanya isu berkaitan agama Islam kerana majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang diPertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Raja-raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-raja. Antara fungsi majlis Raja-raja termasuklah urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat tertinggi di Malaysia.

BADAN PENYELARAS UNDANG-UNDANG ISLAM

Pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-176 pada 1 Ogos 1997, Majlis Raja-raja bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pusat untuk menyeragam undang-undang Islam di semua negeri. Raja-raja Melayu sebulat suara telah melantik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebagai Penasihat Undang-Undang Majlis Raja-raja.

Sultan Azlan telah mengarah Peguam Negara membuat kajian mengenai ketidakseragaman undang-undang Islam antara negeri-negeri di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah membuat kajian terperinci ke atas enam undang-undang utama yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri iaitu:

(a) Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam; (b) Undang-Undang Keluarga Islam; (c) Undang-Undang Kesalahan Syariah; (d) Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah; (e) Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah; dan (f) Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah.

Penggubalan undang-undang tersebut juga berdasarkan kapada syor-syor yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah dan keputusan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Penggubalan semula dibuat untuk membolehkan rang undang-undang tersebut dipertimbangkan bagi diterimapakai di negeri-negeri.

Penyelarasan dan penyeragaman Undang-Undang dibuat dengan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan-sultan dan Raja-raja yang bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

MAJLIS RAJA-RAJA BERMULA DENGAN EMPAT ORANG SULTAN

Sejarah Majlis Raja-raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang bermaksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak sembilan kali hingga tahun 1939.

PENAMBAHAN AHLI DALAM MAJLIS RAJA-RAJA

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948, keahlian di dalam Majlis Raja-raja Melayu ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Nama majlis berkenaan telah dipendekkan menjadi Majlis Raja-raja.

Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-raja telah diadakan sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963.

Mesyuarat Majlis Raja-raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis.

Mesyuarat Majlis Raja-raja diharapkan dapat bersidang berterusan pada masa depan demi memelihara keunikan sistem raja berperlembagaan yang jarang sekali diamalkan oleh negara-negara lain di dunia.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 11:02 AM | Show all posts
Raja Perlis pengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-213

- Bernama



Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail (kiri) mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-213 di Istana Negara, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 23 April - Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-213 bermula hari ini di Istana Negara.

Mesyuarat dua hari itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Sultan Johor, Sultan Perak dan Sultan Pahang yang masing-masing menghantar wakil.

Sultan Johor diwakili Tengku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, Sultan Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Yang turut hadir ialah menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Ketua Menteri Sarawak yang diwakili Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Lima ketua kerajaan dari negeri yang diwakili pembangkang turut hadir.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat hari kedua esok dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 11:08 AM | Show all posts
Pelihara institusi raja

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
(WARTAWAN UTUSAN)



Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail hadir semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-213 sambil diiringi Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman di Istana Negara semalam.
- Bernama

--------------------------------------------------------------------------------



TANGGAL 13 Julai depan genap 111 tahun selepas Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat pertamanya di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Pertemuan ulung itu dinamakan Mesyuarat majlis Raja-Raja Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar.

Segala-galanya bermula dengan penubuhan majlis tersebut pada 1 Julai 1896 selepas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terdiri dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ditubuhkan.

Rentetan daripada itu, sebuah majlis yang dianggotai oleh Raja-Raja Melayu Negeri Bersekutu turut diwujudkan bagi membincangkan halehwal dan kepentingan bersama dengan pemerintah Inggeris.

Keanggotaannya kemudian bertambah apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948, dengan kemasukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Ke- lantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis Raja- Raja.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka ialah pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh Raja Perlis, Sultan Syed Putra Syed Hassan Jamalullail.

Itu sebahagian kecil sejarah awal Majlis Raja-Raja yang semalam bermesyuarat buat kali ke-213 di Istana Negara bagi melangsungkan fungsinya yang dipersetujui di bawah Perkara 38 Perlembagaan. Uniknya mesyuarat pertama untuk tahun ke-111 ini juga dipengerusikan oleh Sultan Perlis, Sultan Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Terdiri daripada sembilan raja dan empat Yang Dipertua Negeri, Majlis Raja-Raja adalah lambang hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di peringkat kepimpinan yang paling atas.

Mesyuarat kali ini sememangnya menarik dari segi warna-warninya. Empat raja atau wakilnya serta seorang Yang Dipertua Negeri diiringi oleh pemimpin negeri (Menteri Besar/Ketua Menteri) yang mewakili parti pembangkang.

Sememangnya peranan raja-raja yang tersembunyi di sebalik Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri sukar dimengertikan oleh rakyat.

Maka jadilah raja-raja institusi yang tersendiri sehingga setiap fungsi serta kuasa yang padanya dipandang sepi oleh rakyat, malah kadang-kadang diperlekehkan.

Namun kemelut pelantikan Menteri Besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya baru-baru ini ternyata mengembalikan ingatan rakyat terhadap fungsi sultan atau raja di negeri-negeri.

Betapa satu-satunya institusi yang tinggal untuk mempertahankan kedaulatan bangsa serta ketinggian agama Is- lam itu sering disalahertikan sebagai tidak mempunyai sebarang kelebihan.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Shamrahayu Abd. Aziz menarik perhatian mengenai institusi raja-raja yang semakin dilupakan sehinggalah berlakunya gelombang di ketiga-tiga negeri itu.

Katanya, ia sekali gus mengubah pemikiran rakyat bahawa Raja-Raja Melayu atau Majlis Raja-Raja mempunyai fungsi yang terlalu hambar, penuh dengan batasan serta tidak perlu dirujuk (berbincang) setiap kali ada keputusan yang memerlukan peranan mereka.

Contoh paling mudah ialah kelantangan kerajaan Pulau Pinang ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sedangkan ia melibatkan peranan Majlis Raja-Raja dan tidak boleh dilontarkan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada majlis tersebut.

Shamrahayu berkata, keadaan itu jelas menunjukkan betapa rakyat termasuk di peringkat pemimpin masih ada yang tidak faham tentang peranan Majlis Raja-Raja.

"Sebab itu perkara-perkara seperti ini boleh dilontarkan sewenang-wenang tan- pa mengambil kira apakah kedudukan sebenarnya,'' katanya.

Beliau berkata, perkembangan terbaru itu juga menunjukkan bahawa sumbangan serta peranan raja-raja bukan hanya ditonjolkan ketika mereka bersidang.

"Sebaliknya ketika tidak bersidang pun pandangan raja-raja mesti dirujuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan fungsi mereka seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan,'' katanya.

Paling dikesalkan apabila masyarakat dibelenggu oleh persepsi bahawa Majlis Raja-Raja mempunyai peranan yang amat minimum.

"Peranan Majlis Raja-Raja menjadi minimum kerana ia tidak dirujuk jauh sekali diajak berbincang sedangkan fungsi majlis amat besar,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, jelas beliau, masyarakat ju- ga sering mempunyai tanggapan yang tidak tepat terhadap keupayaan raja- raja sedangkan latar belakang pendidikan mereka tidak boleh diperkecilkan begitu sahaja.

Contohnya, terkandung di dalam Perlembagaan bahawa sebarang pelantikan yang dibuat oleh raja-raja hendaklah nasihat Perdana Menteri.

Biarpun peruntukan tersebut menjelaskan sebaliknya, namun ada kalangan masyarakat berpendapat raja-raja menjadi 'yes man' iaitu bersetuju atas apa sahaja yang dikemukakan kepada mereka.

Sedangkan, hakikatnya, raja-raja mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak nama-nama yang dicadangkan untuk apa juga pelantikan yang memerlukan restu mereka.

Oleh kerana terlalu dibelenggu oleh persepsi kurang elok tentang raja-raja maka banyak pihak yang tidak dapat menerima apa yang berlaku di Perak, Perlis dan Terengganu.

"Semestinya raja-raja yang berkenaan tahu serta pandai menilai keutamaan negeri-negeri yang baginda menjadi penaungnya. Sudah tentu juga raja-raja akan memilih orang yang layak dan di- terima oleh rakyat,'' katanya.

Raja-raja juga menggunakan pendekatan yang terbaik untuk memastikan pemimpin yang menjadi pilihan mampu meredakan ketegangan seperti yang diputuskan di Perak.

Hakikatnya Mesyuarat Majlis Raja- Raja kali ke-213 biarpun tidak akan mengetengahkan kepada umum inti perbincangannya, namun kepentingannya mesti diakui oleh semua pihak.

Ia bukan pertemuan biasa jauh sekali sekadar memenuhi kalendar tahunan sebaliknya mesyuarat tersebut adalah platform serta peluang untuk raja-raja membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama.

Dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, mesyuarat tertutup itu tidak terkecuali membincangkan pelbagai agenda termasuk dasar-dasar negara.

Perlu diketengahkan bahawa institusi raja-raja bukan sedikit peranannya malah suara mereka kini semakin diterima dan dihormati oleh rakyat.

Misalnya, buah fikiran Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah amat disanjung baik dari sudut perundangan, politik mahupun mengangkat negara bangsa.

Begitu juga dengan kepimpinan Sul- tan Perak, Sultan Azlan Shah serta keakraban Tengku Mahkota Johor yang sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan rakyat.

Mereka adalah waris yang bakal menduduki takhta apabila tiba masanya kelak dan semestinya menyerlahkan peranan raja-raja serta majlis yang diwujudkan khas untuk memulihara kedudukan raja-raja di negara ini.

Jika dirujuk fungsi Majlis Raja-Raja amat besar sejajar dengan kedudukan mereka sebagai ketua agama di setiap negeri. Majlis juga mempunyai tanggungjawab istimewa iaitu untuk melindungi hak-hak istimewa bumiputera.

Persetujuan majlis juga penting untuk sebarang pindaan melibatkan Artikel 10 Perlembagaan (berkaitan isu sensitif). Secara amnya, majlis boleh membincangkan sebarang isu berkaitan dengan keselamatan dan kepentingan negara bangsa.

Peranan raja-raja mesti dihormati dan difahami supaya pentadbiran negara dapat berjalan lancar serta kedudukan negara bangsa terpelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 30-7-2007 03:25 AM
bukan ke sbb baginda gering/sakit? aku dgr sultan johor ni gering kuat...


dia gering cuma setahun dua ni ajer tapi tang dia malas nak pi meeting tu menjak aku kecik lagimakan gaji buta
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 04:09 PM | Show all posts
dorg ni tau ke msyuarat..h e he he,,
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 04:12 PM | Show all posts
kalau tak tau mesyuarat takkan diorang boleh  buat meeting 3-4 kali setahun lak..tarak baca punya ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 04:45 PM | Show all posts
hahahahahahaha

aduhlah..Mary..

laser tauu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 04:48 PM | Show all posts
yg aku nampak kat tv semalam MB Kelantan,Slngor,kedah & perak mesra dgn raja masing-masing..paling nampak mesra sultan kelantan dgn mb dia...jernih ja muka
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 04:54 PM | Show all posts

Reply #15 MaryyMulia's post

buat meeting seribu kali pon x makna tau mesyuarat,,,he he
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 02:39 AM | Show all posts

Reply #17 gasing_pakoh's post

ye betul tu ..raja nazrin pun nampak mesra ngan mb perak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 07:06 AM | Show all posts
Sultan Kelantan pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-216



(DARI kiri) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-216 di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 18 Mac - Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-216 berlangsung di Istana Negara di sini hari ini.

Mesyuarat hari pertama itu dipengerusikan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra.

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu, kecuali Terengganu dan Johor.

Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud manakala Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat hari kedua dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - Bernama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.087883 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list