CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6856|Reply: 55

Cuma ingin meluahkan perasaan-Baca

[Copy link]
Post time 3-11-2006 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

sejak kebelakangan ini saya rajin menulis suatu kata-kata...dan saya agak senang dengan keadaan ini. Saya sering print ia dan lekatkan pada buku, dinding, meja, almari...mungkin saya patut berterima kasih pada sesaorang..namun saya seorang cikgu Fizik...( otak saya jenis logikal..sastera ta reti sangat) maka saya tak berapa pandai nak menulis saja atau puisi....cuma baca sahaja. ramai anak murid saya minta minta sebagai hadiah... suka gak tengok mereka. so nak kongsi sahaja disini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2006 07:10 PM | Show all posts

Kebenaran

KEBENARAN

Bukan yang putih itu yang benar
Dan bukan yang hitam itu yang benar
Bukan juga yang cantik itu yang benar
Dan bukan juga yang hodoh itu yang benar
Bukanlah yang kuat itu yang benar
Dan bukanlah yang lemah itu yang benar
Benarnya sesuatu perkara
Adalah kerana ia perkara yang benar
Mengertilah apa itu kebenaran
Maka mengertilah apa yang dicari
Membezakan antara kepalsuan dan kebenaran
Dalam apa yang kita percayai didalam hati
Sebab kita semua percaya kepada kebenaran
Yang akan membawakan kita kepada kebahagian
Kebahagian yang sejati dan terus berkekalan
Yang mendekatkan diri kita kepada tuhan
Allah SWT Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang....
Agar kasih yang dicurahkan penuh kebenaran
Bukannya kasih yang penuh kepalsuan


By GasTrick :

Note : ini bukan pantun dan ini juga bukan syair dan ia juga bukan sajak..baca macam biasa saja tetapi penuh keikhlasan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 10:07 PM | Show all posts
lalu apakah itu kebenaran
jika ia perlukan kepercayaan?

bila aku `percaya' akan kebenaran
aku tidak perlukan sebarang bukti
sebab kepercayaan itu di luar pembuktian
seperti kata seorang pendeta
`when I believe I need no reason
since belief is beyond reason'

lalu aku pun bertanya
apakah kebenaran
dan apa pula kepalsuan?

lalu aku pun bertanya lagi
wujudkah kebenaran objektif
atau yg ada sekadar yg subjektif
atau ianya hanya relatif?

manusia sejak wujudnya tercari2 akan kebenaran
tetapi wujudkah ia di luar kesadaran manusia?
seperti kata pendeta juga
science will go through conscience
which is in our mind
and conscience is not science
thus?

lalu gimana harus kulalui untuk mencarinya
ilm al-yaqin, ain al-yaqin atau haq al-yaqin?
atau bayani, burhani atau irfani?

lalu GasTrick
apakah itu kebenaran
atau di mana duduknya ia?

by: petola

Tajuk: Kebenaran??? (You got to be kiddin!)

Nota : ini pun bukan pantun dan ini juga bukan syair dan ia juga bukan sajak..baca macam biasa saja tetapi penuh keikhlasan.

:bgrin:

[ Last edited by  petola at 3-11-2006 10:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 02:39 AM | Show all posts
nice...

baguih jugak otak logikal ni ye....

mengalahkan sastera...haha

sy pun jenis otak logikal, pada sy ia membantu kita supaya mencari kebenaran dan tidak terpesong dari kebenaran... bukan semberono...saja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2006 03:18 PM | Show all posts

Hmm...

Originally posted by petola at 3-11-2006 10:07 PM
lalu apakah itu kebenaran
jika ia perlukan kepercayaan?

bila aku `percaya' akan kebenaran
aku tidak perlukan sebarang bukti
sebab kepercayaan itu di luar pembuktian
seperti kata seorang pend ...



Dimana kebenaran...
entahlah....
aku sendiri pun sedang mencarinya...
aku percaya kebenaran ada buktinya..
aku percaya kebenaran ada hadirnya..
Aku percaya kebenaran ada hikmahnya..
Takkan kita disuruh mencari kebenaran sebarang kesan..
dan kesan itulah buktinya pada mereka yang percaya dan mencari
Kebesaran Allah swt pun ada kebenaranNya di sekeliling kita
hanya hati yang ikhlas mencari bukti-bukti kebesaran Allah swt
pasti ketemu kebenaran yang dicari...
jejakilah kebenaran diatas kebenaran sehingga kebenaranNya dekat pada kita..
sains cumalah pengetahuan kecil untuk mengunkaipkebenaran
matematik juga sebagaian kecil untuk mengungkap kebenaran
Sejarah juga sebahagian kecil untuk mengungkap kebenaran
Kimia, biologi, fizik juga sebahagian kecil dalam usaha mencari kebenaran..
sekurang kurangnya ada usaha untuk mencari kebenaran
sekurang-kurangnya ada usaha untuk menghapuskan kepalsuan
selain digelar bodoh dalam kebenaran

ada mereka percaya bulat-bulat tentang apa yang mereka diberitahu dan mengatakan itu benar
ada mereka percaya sesuatu itu dengan bukti-bukti kebesaran allah swt yang ada
ada mereka mempercayai kepalsuan sebagai kebenaran sejati
ada mereka engan menerima sesuatu perkara lain kerana perkara itu bertentangan dengan apa yang dipercatyai dalam hati


memilih antara mana kamu hendak di golongkan maka saya memilih golongan yang bijaksana dalam mencari kebenaran, bukan golongan yang enggan membuka minda dan enggan mempertimbangkan sesuatu dalam apa yang dipercayai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 07:05 AM | Show all posts
Dalam mencari kepastian kebenaran
Aku jua sering bertembung dengan pertanyaan
Pertanyaan demi pertanyaan
Yang tak mungkin berkesudahan untuk hari ini dan esok..

Kelmarin... aku gundah ...
Mampukah aku mencipta bahagia
Mampukah aku gembira...
sedang kejayaan yang hakiki ada di sana
Mengamit aku padaNya
Menyuruh aku pulang ke fitrahku

Dalam mengharap aku jua sering kecundang..
siapa le aku... cuma manusia kecil yang sering alpa..
Mengharap pada yang sudi mengingatkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2006 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 4-11-2006 02:39 AM
nice...

baguih jugak otak logikal ni ye....

mengalahkan sastera...haha

sy pun jenis otak logikal, pada sy ia membantu kita supaya mencari kebenaran dan tidak terpesong dari kebenaran... bu ...



sebenarnya kefahaman agama yg mendalam memerlukan asas LOGIKAL yg tinggi..jika tanpa asas LOGIK yg tinggi hingga KENAL benar2 apa LOGIK itu, maka kita akan kecundang membezakan antara KEBENARAN dan KEPALSUAN.

Itulah Hakikatnya.

Jika anda baca dan hayati sifat 20 mengikut metod Asyaariah maka anda tahu LOGIK yg beliau gunakan dlm hujah aqli beliau gunakan bukan calang2, malah terasa seperti mengulangkembali belajar fizik dan kimia tahap degree....cuma yg bezanya belajr fizik dan kimia masa tu (kat IPT) akal saja yg hidup tapi jiwa mati, tetapi bila menghayati logik yg dibentang oleh beliau, HIDUP  akal dan jiwa kita..begitulah hebat bila KEBENARAN itu dibentangkan...

bila akal dan jiwa itu HIDUP
baru kita kenal SEMPADAN dan HAD LOGIK itu
baru kita kenal
bahwa yg LOGIK itu bukan mutlaknya LOGIK
bahwa yg LOGIK itu kdg-kdg melepasi SEMPADAN LOGIK
barulah ketika itu ia MUTLAK LOGIK
dan MUTLAK itu adalah RAHSIA ALLAH
maka tunduklah HATI yg kenal akan LOGIK
dan malulah AKAL kerana tahu KEMAMPUANnya
lalu
hati dan akal menjadi TAWADUK
ketika itu
tersiramlah dingin KEBENARAN

[ Last edited by  serihartatie at 13-11-2006 09:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 09:57 AM | Show all posts
Kebenaran yang mutlak adalah dari ajaran wahyu
Kebenaran akal hanya terkeliru bahkan adakalanya menipu
Kerana akal adalah dari pandangan makhluk yang dicipta
Kemampuan yang diberi Tuhan padanya hanya terbatas
Setakat yang boleh dilogikkan, sekadar itulah kebenaran yang dapat dijangkaunya
Bahkan ada yang logik tidak berlaku ertinya tidak benar

Kebenaran dari wahyu tidak mesti logik
Ada yang logik, ada yang tidak logik itu berlaku
Pendapat wahyu tepat, sekalipun tidak logik mengikut akal
Pendapat akal selalunya keliru, adakalanya sesat, sekalipun nampaknya logik
Ertinya ada yang dirasakan logik pun tidak berlaku

Akal tidak boleh memberi pendapat tersendiri
Pandangannya mestilah bertunjangkan wahyu
Gunakanlah akal berlandaskan wahyu
Bukan wahyu berlandaskan akal
Tapi wahyu yang dihurai oleh akal mengikut kaedah nahu

Akal tersendiri pasti sesat, setidak-tidaknya terkeliru
Wahyu tanpa disuluh oleh akal dia beku
Akal tanpa berlandaskan wahyu nampaknya dinamik
Kelihatan logik, adakalanya tidak berlaku
Oleh itu janganlah menerima kebenaran itu semata-mata dengan akal

Kebenaran yang dapat dikesan oleh akal terlalu terbatas
Kebenaran yang hakiki lagi mutlak adalah dari wahyu


--------------------------------

Sajak dari Abuya Ashaari Muhammad ini saya kira menerangkan dengan MUDAH maksud KEBENARAN yg diperkatakan oleh kita dalam FORUM ini, saya kira jika dibaca dan dihatai dgn akal dan hati yg terbuka di sana terbuka HIKMAH ilmunya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 02:07 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Logik...........
Tidak semesti nya BENAR.
KEBENARAN.......
Dulu kini dan selama nya.
TAKSUB............
Bukan lah ketololan.
KEFAHAMAN ttg Agama
Adalah kasih sayang dari Illahi.

Begitu juga lah HIKMAH
Anugerah dari Allah swt

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 12:18 AM | Show all posts

Assalammualaikum........serihartie dan niceghost...

terima kasih...

apa yang serihartie dan niceghost  cakap itu memang  benar...

[ Last edited by  ussopp at 16-11-2006 01:06 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2006 05:26 PM | Show all posts

akal...

senyumlah...

Akal anugerah Allah swt yang paling besar dan mulia keatas manusia
meninggikan taraf manusia dari tanah yang berlumpur
meninggikan taraf manusia dari air mani yang kotor
kerana akan akan meninggikan takwa yang ada pada diri
mengukuhkan iman yang tersembunyi didalam jiwa
yang dapat membezakan antara kebaikan serta keburukkan
agar dapat membezakan diri ini daripada haiwan.
akal bukannya fikiran logik semata-mata
bagi mereka yang memahami dan mengetahui
akal adalah sesuatu yang lebih daripada itu
akal datang dari otak mahupun minda
akal juga datang dari hati atau perasaan
akal adalah sesuatu yang terhasil
apabila minda dan perasaan bersatu
apabila ia harmoni dan penuh keamanan
Memahaminya maka kita memahami diri kita
yang memberi kesedaran tentang diri kita

Hanya mereka yang berakal sahaja yang mampu membaca surah suci
wahyu yang diturunkan daripada Allah swt kepada manusia dan jin (mereka yang berakal)
bukannya pada lembu
bukan kepada kambing
bukan kepada kucing
bukan kepada pokok
wahyu adalah sesuatu yang mampu diterima akal,
apa guna Allah swt menurunkan Wahyu kepada mereka yang tak dapat membuatkan manusia itu berfikir tentangNya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2006 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 13-11-2006 09:38 AM

sebenarnya kefahaman agama yg mendalam memerlukan asas LOGIKAL yg tinggi..jika tanpa asas LOGIK yg tinggi hingga KENAL benar2 apa LOGIK itu, maka kita akan kecundang membezakan antara KEBENAR ...



Saya tidak memahami apa itu logikal tinggi yang Seri katakan
adakah saya memiliki logikal setinggi itu?
saya pun tak mengetahuinya lagi..tapi
kakak angkat saya sering mengatakan ..
ketika saya masih kecil
ketika saya tak mampu membaca walaupun sudah darjah 3
ketika menangis kerana dipanggil bodoh oleh mereka
ketika saya perlukan sesaorang
bahawa...kamu boleh menjadi apa saja yang kamu inginkan
sama ada menjadi orang yang bijaksana atau sebagainya
asalkan kamu percaya pada diri kamu bahawa kamu mampu menjadi sebegitu
jangan menangis kerana dikatakan bodoh
kerana mereka yang bodoh sebenarnya adalah mereka yang enggan belajar
bukannya mereka yang tidak mengetahui sesuatu perkara.

saya percaya saya akan jadi seorang bijaksana
saya percaya saya akan jadi lebih istimewa
seperti Hamka
seperti Iman Bukhari atau Muslim
Seperti Iman Syafie
seperti Iman Hambali
Seperti Iman Hanafi
atau pun Iman Maliki
berapakah orang islam yang bercita2 begitu?
saya berusaha untuk mencapai tahap kini walaupun masih rendah
walaupun berbagai rintangan dan kesukaran tapi saya akan usahakan
dan berjaya apabila Allah swt izinkan

amat lucu
apabila guru2 sekolah rendah mendengar berita saya terpilih ke universiti(cuma 4 orang dari sekolah saya)
mereka tidak percaya dan mereka tidak menyangka saya si lembab dahulu berjaya
tahun depan saya akan lanjutkan pelajaran dalam master dan jika ada peluang akan saya ambil PHD
lagipun di usia yang masih muda ini patut saya menambah ilmu


#Tambahan: hehehe saya ni agak terkenal juga dikampung saya tu,sampaikan guru tadika saya pun bangga. saya budak baim cuma bermasalah je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 03:35 PM | Show all posts
salam

TERPEGUN
dan terdiam seketika
mendengar rayuan
dan kata kata manusia
yang MENGINDAHKAN LAGI KALAMNYA
dan mengajak manusia
MEMBESARKAN
KEINDAHAN
CIPTAAN TUHAN

adakah KALAMNYA juga CIPTAANNYA???

susah la cam ni saya nak cari makan kat sini....
semua dah PANDAI  BERBAHASA INDAH
(kali ni kena cakap....tersenyum sorang sorang cam org gi..)
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 12:10 PM | Show all posts

salam

Kalo tak silap isu kewujudan/ kebenaran ini dibincangkan dlm ilmu Ontologi. Ni ilmu sekular...

Descartes cakap...

'Tidak menerima sesuatu itu benar, jika saya tidak benar2 mengetahui bahawa ia benar'
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 01:24 PM | Show all posts
KEBENARAN AKAL TERBATAS

Kebenaran yang mutlak adalah dari ajaran wahyu
Kebenaran akal hanya terkeliru bahkan adakalanya menipu
Kerana akal adalah dari pandangan makhluk yang dicipta
Kemampuan yang diberi Tuhan padanya hanya terbatas
Setakat yang boleh dilogikkan, sekadar itulah kebenaran yang dapat dijangkaunya
Bahkan ada yang logik tidak berlaku ertinya tidak benar

Kebenaran dari wahyu tidak mesti logik
Ada yang logik, ada yang tidak logik itu berlaku
Pendapat wahyu tepat, sekalipun tidak logik mengikut akal
Pendapat akal selalunya keliru, adakalanya sesat, sekalipun nampaknya logik
Ertinya ada yang dirasakan logik pun tidak berlaku
Akal tidak boleh memberi pendapat tersendiri
Pandangannya mestilah bertunjangkan wahyu
Gunakanlah akal berlandaskan wahyu
Bukan wahyu berlandaskan akal
Tapi wahyu yang dihurai oleh akal mengikut kaedah nahu
Akal tersendiri pasti sesat, setidak-tidaknya terkeliru
Wahyu tanpa disuluh oleh akal dia beku
Akal tanpa berlandaskan wahyu nampaknya dinamik
Kelihatan logik, adakalanya tidak berlaku
Oleh itu janganlah menerima kebenaran itu semata-mata dengan akal

Kebenaran yang dapat dikesan oleh akal terlalu terbatas
Kebenaran yang hakiki lagi mutlak adalah dari wahyu



12.8.2001
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 01:26 PM | Show all posts
Krisis Nilai Di Kalangan Umat Islam

Seluruh dunia Islam, umat Islam sudah salah berfikir,
Mereka sudah tidak pandai menilai baik buruknya di dalam kehidupan,
Mereka tidak kenal gejala masyarakat yang merosakkan kehidupan yang sebenarnya,
Ada yang dianggap gejala ada yang anggap bukan gejala,
Kerana orang tidak kenal mana padi mana lalang,
Mana pokok yang sebenar, mana pokok yang menumpang, dedalu namanya,
Akibatnya padi dibuang, lalang disuburkan,
Dedalu dibiarkan, pokok yang sebenar ditebang,
Yang untung dimusnahkan, yang merugikan dibiarkan,
Racun tikus dimakan, ubat sebenarnya dibuang,
Akhirnya semenjak merdeka negara-negara umat Islam tidak habis-habis masalah,
Bahkan semakin banyak masalah yang ditimpakan,
Diantaranya: perpecahan, kemunduran, kemiskinan, kekotoran dan penindasan,
Ertinya masyarakat Islam sedunia tidak kenal mana yang baik, mana yang buruk,
Mana memberi faedah, mana yang mendatangkan padah dan parah,
Kerana kayu pengukur hanya akal dan nafsu,
Bukan Al Quran dan As Sunnah
Tidak hairanlah masyarakat umat Islam sedunia punah ranah dan musnah
Kalau ada orang yang membawa kebenaran dan membuat teguran jadi gejala pula,
Bukan sahaja tidak diterima, bahkan dianggap musuh umat dan negara,
Setengah negara, mereka ditangkap dan dipinggirkan,
Tapi orang yang menjadi racun kepada masyarakat dihormati dan dibelai,
Selagi krisis nilai masih berlaku dikalangan dunia dan masyarakat Islam,
masalah masyarakat Islam tidak akan selesai,
Krisis nilai tidak akan selesai selagi umat Islam merujuk kepada akal dan nafsu,
Tempat rujuk yang sebenar bagi umat Islam adalah Al Quran dan As Sunnah,
Ia membawa perpaduan, membawa satu dasar dan kekuatan,
Disamping mengawal gejala masyakarakat didalam satu nilai bersama,
Agar gejala sama-sama dimusnahkan
Yang memberi faedah sama-sama dipertahankan.


14.05.05
Menjelang Zohor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2006 01:32 PM | Show all posts
ANTARA AHLI ROHANI DAN AHLI FIKIR

Apabila dunia ini akal manusia tidak terbangun
Akal fikiran kosong daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman
Siapa sahaja di kalangan ahli fikir atau failasuf,
boleh didatangkan ke dunia mengisi  akal dengan ilmu dan pengetahuan
Dunia pun terbangun, maju dan bertamadun,
kehidupan manusia pun selesa dan hidup di dalam kemudahan
Dunia indah, cantik, tapi belum tentu tenang,
dan tidak pasti mendapat kebahagiaan
Itulah dia yang dikatakan tamadun material
Apabila di suatu zaman roh yang tidak terbangun atau roh terbiar tanpa didikan
Hati manusia pun hitam legam, nafsu manusia pun bermaharajalela
merosakkan roh yang menjadi raja di dalam diri insan
Maka manusia pun hidup macam haiwan dan syaitan,
menghancurkan ketenangan dan kebahagiaan
Di zaman itu orang rohani atau pemimpin-pemimpin dari Tuhan pun didatangkan
Seperti para-para rasul, para-para nabi,
selepas Nabi Muhammad
para-para mujaddid didatangkan  setiap satu abad berperanan
Maka roh manusia pun dibangunkan semula atau dipulihkan semula
setelah lama hitam legam merosakkan kehidupan
Maka roh-roh manusia yang menjadi raja diri
berperanan semula di dalam kehidupan insan
Roh-roh bebas semula daripada belenggu nafsu,
mentadbir diri manusia dibawa semula kepada Tuhan
Kehidupan secara syaitan dan haiwan
bukan tidak ada tapi sangat berkurangan
Manusia-manusia hidup ramai yang berperanan dan bersifat malaikat
yang taat kepada Tuhan
Hidup berkasih sayang, harmoni,
dan di dalam kebahagiaan dan tenang
subur di tengah kehidupan
Tidak mesti ada kemudahan dan senang
Maka tamadun insaniah pun terbangun
atau tamadun rohaniah pun subur menghiasi kehidupan insan
Seperti berakhlak tinggi, rasa bertuhan dan rasa kehambaan,
beradab mulia wujud semula di kalangan manusia
Di sini baru kita faham kalau hendak membangunkan kemajuan dan tamadun material
Tuhan utus ahli fikir sekalipun mereka kafir dan zalim
Jika Tuhan hendak membangunkan di dunia tamadun insaniah atau tamadun rohaniah
Tuhan utus orang-orang Tuhan atau golongan rohani
Seperti rasul-rasul, nabi-nabi, para-para mujaddid,
biasanya tamadun material juga ikut sama maju
Yang paling malang ahli sasterawan yang kehilangan Tuhan datang setiap zaman
Mereka hanya syok-syok sendiri, berkhayal-khayal tanpa tujuan,
sama ada untuk dunia mahupun Akhirat
Kalaupun menyebut Tuhan hanya untuk menyedapkan bahasa dan rasa
bukan untuk bertaqwa
Maka Tuhan pun berkata di dalam Al Quran:
Mereka macam orang-orang gila yang tidak siuman,
mengembara di lembah-lembah yang kotor tidak ada tujuan
Ahli-ahli rohani walaupun tujuannya untuk membangunkan tamadun insaniah atau rohaniah
Biasanya terjadi juga ikut sama terbangun material,
dan lahir sasterawan-sasterawan yang beriman dan bertaqwa



31.5.2003 ? 1
Menjelang Zuhur
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 02:58 PM | Show all posts
khusus buat syeikbelalang:

apalah erti kebenaran
jika lidah orang lain letak duduknya?

apakah akal sendiri telah terencat
hingga tak mampu mengungkap dan mencatat?

seperti kata seorang pendeta
lidah orang lain hanyalah alat
pencerahan itu ialah akal yang berfikir dan mencari
meneliti dan mendeduksi
memahami dan menginterpretasi
lalu berani membuat kesimpulan sendiri...

kebenaran sejati ada dalam diri...
yg ditaati dan diimani
sehingga itu mampu difahami
di manakah letaknya nilainya diri?

sehingga itu mampu difahami
di manakah letaknya nilainya diri?

sehingga itu mampu difahami
di manakah letaknya nilainya diri?

:lebai:

[ Last edited by  petola at 19-11-2006 03:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 03:23 PM | Show all posts
Sekian lama ku renungi diri
sekian lama ku renungi keluarga
sekian lama ku renungi masyarakat
sekian lama  ku renungi negara.

Biar pun berlimpah harta dan raga
biar pun berlimpah nikmat dan tenaga
biar pun berlimpah akal dan minda
biar pun berlimpah segala-galanya
Yang tak pernah kunjung padam dan berhenti

mula ku tanya pada diri
apa erti semua nya ini
apa erti harta benda ini
apa erti jenis kemanusian  ini
apa erti ketenangan ini jika ada
apa erti kedamaian ini
apa erti nikmat ini
dan apa erti segala-galanya ini?

jika Tuhan tidak dibawa bersama
jika Tuhan tidak diperkenalkan
jika Tuhan tiada dalam hati , jiwa dan raga
jika Tuhan sekadar sebutan sahaja
jika Tuhan sebagai penyedap kata
jika Tuhan kosong dalam segala-galanya?

Dimana letaknya nilai diri aku?
Sekali pun aku ada nama, harta, wang ringgit berjuta dan pasangan yang bahagia?
Dimanakah letaknya iman aku?
Jika jiran tetangga menderita dan hilang arah panduan?
Dimana letaknya tanggung jawab aku
Jika ulamak dan pembesar negara asyik mementing diri?
Seolah diri aku hilang harga diri?
   


Karya sendiri.....:nyorok:

[ Last edited by  syeikhbelalang at 19-11-2006 03:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 03:52 PM | Show all posts
salam

nak lari sikit dr KEINDAHAN
dan perkenalkan ayat melayu

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM dan

SEKILAS PANDANG IKAN DI AIR DAH TAHU JANTAN BETINA dan

KERANA NILA SETITIK HABIS ROSAK SUSU SEBELANGA

hanya sekadar katakata luar dan DALAM........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056325 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list