CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34167|Reply: 107

Cerita pendek yg best...

[Copy link]
Post time 14-5-2006 12:21 AM | Show all posts |Read mode
ILMU DARI SEEKOR ANJING
13/05/2006


Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, "Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci."
Abu Yazid berkata, "Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."

"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun," jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: " Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya'? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui pekara-perkara yang kecil."


rufaqadaily.com

[ Last edited by  paranormal_85 at 3-6-2006 04:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2006 08:15 AM | Show all posts
:hmm: good stuff.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 01:23 PM | Show all posts
agree.. good stuff.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 14-5-2006 12:21 AM
ILMU DARI SEEKOR ANJING
13/05/2006


Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka ...


Abu Yazid tu sapa?? Abu Yazid yang rajin tulis dalam forum ni ker??
Pandai pulak anjing tu bercakap yer.....Prrffffttttt!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 10:09 PM | Show all posts
Buatkan saya teringat betapa ramainya orang Islam yg bencikan anjing seolah2 binatang ini bukan makluk Allah seperti mereka juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 12:56 AM | Show all posts
RENUNGAN..........

Doa Pemuda Soleh
Seorang pemuda soleh mengunjungi sebuah kedai roti. Dia memerhatikan roti-roti yang disusun berbaris kemas di atas meja.

"Berapakah harga sebuku roti itu?" tanyanya sambil menunjukkan sebuku roti yang nampak segar seperti lepas dimasak

"Tidak mahal, hanya satu dirham sahaja," jawab penjaga gerai itu dengan muka manis.

Pemuda itu menyeluk sakunya untuk mengeluarkan wang. Dahinya tiba-tiba berkerut, tangannya masih di dalam saku tercari-cari. Ke mana perginya wang aku, hatinya kecil tertanta-tanya.

"Minta-maaf, saya sudah kehilangan kesemua wang saya. Baru sebentar tadi ia masih ada," jelas pemuda soleh kepada penjaja.

Seorang lelaki yang mengenali peribadi pemuda soleh itu terus berkata,
" Ya Allah, kudungkanlah tangan orang yang mencuri wang pemuda ini."

Mendengar doa orang itu, pemuda soleh terus berkata,"Wahai Tuhan, jika wang itu diambil kerana desakan hidup untuk memenuhi keperluan, berkatilah dia. Tetapi jika ia diambil kerana tidak takut kepada dosa, moga-moga inilah dosanya yang terakhir


[ Last edited by  paranormal_85 at 15-5-2006 12:59 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-5-2006 10:17 PM | Show all posts
BALA YANG DASHYAT BILA DITARIK IMAN
18/04/2006

Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba bukan ditimpa bencana alam seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi menggoncang. Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang. Bukan juga ditohmah dan difitnah, juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan dan diminum. Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat .

Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman.   Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal. Keyakinan yang kental kembali longgar. Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai. Ibadah yang selama ini istiqamah sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya terseksa.

Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan baiknya selepas itu sudah tidak diambil kira lagi. Anak isteri yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan. Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya.

Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya. Halal haram sudah tidak diambil kira. Demi keuntungan dunia yang belum tentu mendapat untung. Pintu hatinya ditutup rapat-rapat. Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi, jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya. Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya.

Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula. Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat, selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula. Setelah mendapat iman dibuang pula. Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman. Wal`iyazubillah   

Rufaqadaily.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 09:16 PM | Show all posts
BILA RAHSIA SUDAH TERBONGKAR
14/05/2006


Abdullah Al Mubarak mempunyai seorang hamba. Dia berjanji, "Engkau akan aku bebaskan jika aku dibayar seratus dinar."

Oleh kerana terlalu ingin dibebaskan maka hamba itu pun berjanji akan membayar secara beransur-ansur setiap hari. Suatu hari sahabat Abdullah datang memberitahunya, "Hambamu itu pergi ke kubur setiap hari dan mencuri kain kapan dan kemudiannya menjual kain kapan itu ke pasar."

Abdullah berasa marah dan bercadang untuk mengintai apakah benar dakwaan sahabatnya itu. Dia pergi ke kubur dan dilihat hambanya ada di situ. Hambanya memakai kain yang kasar dan gelang besi di lehernya. Hamba itu masuk ke dalam kubur , menangis, merayu dan berdoa sehingga pagi. Kemudian hambanya menuju ke masjid.
Abdullah mengekori hambanya tanpa diketahuinya. Tiba di dalam masjid si hamba berdoa lagi: "Wahai Tuhan! Tidak lama lagi aku akan membayar pendapatan harianku kepada tuan badanku ini."

Tiba-tiba datang satu cahaya kepadanya. Cahaya itu datang ke arah tapak tangannya dan terus bertukar menjadi wang. Semasa beliau hendak bangun dan membayar harga tebusannya dirinya itu kepada Abdullah, tiba-tiba Abdullah keluar dari tempat persembunyiannya, lalu memanggil hambanya, "Dari hari ini marilah kita bertukar, engkau jadi tuan, aku jadi hamba."

Si hamba itu pun menjawab, "Sekarang rahsia aku telah terbongkar, maka aku tidak mahu hidup lagi."

Dengan serta merta hamba itu pun meninggal dunia.Beliau pun dikebumikan dengan pakaian yang kasar.Pada   malam itu Abdullah bermimpi bertemu Rasulullah,lalu berkata,
" Abdullah,adakah patut kamu kebumikan orang yang kami kasihi dengan pakaian yang kasar itu."


:hmm:  ada sapa2 boleh huraikan disini... apa moral value dia... ? :nerd:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2006 10:43 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 14-5-2006 12:21 AM
ILMU DARI SEEKOR ANJING
13/05/2006


Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka ...


sedihnye jadi anjing tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 04:39 PM | Show all posts
Ingatlah Tuhan Walau Di Mana
20/11/2005

Renungan:

*Apabila bangun tidur sahaja di waktu Subuh, mulakanlah dengan Tuhan. Ingatlah Tuhan. Dia adalah Kawan Setiamu.

*Apabila nanti kamu menyembah-Nya di dalam solatmu, engkau akan mudah mengingatinya. Engkau akan rasa puas beribadah. Kerana segala ikrar, seluruh bentuk pengaduan telah engkau panjatkan kepada-Nya.

*Selepas engkau selesai semua itu, kalau perlu makan, maka makanlah rezeki yang dianugerahkan kepadamu. Tetapi, ingatlah lebih dahulu nikmat yang di hadapanmu itu anugerah-Nya. Dan rasakan di hati bahawa kita tidak layak menerimanya. Tapi Allah Taala dengan kemurahan-Nya diberi-Nya juga, agar kita merasa malu berhadapan dengan nikmat Tuhan. Juga agar kita malu kepada-Nya kerana merasa Ia sentiasa memerhatikan kita. Kemudian mulakanlah makan dengan menyebut nama-Nya. Janganlah lupa menyebut nama-Nya lebih dahulu.

*Selepas itu berjalanlah pergi membuat kerja atau menunaikan kewajipan masing-masing. Tapi ingatlah, Tuhan hendaklah dibawa bersama. Dia adalah Kawan Setia kita.

*Di tempat kerja, jangan lupa lagi, Tuhan bersama kita. Ia memerhati dan melihat kerja-kerja kita.

*Selesai bekerja, menjelang pulang ingatlah bahawa Tuhan bersama kita. Rasa malulah, jagalah mata, jagalah telinga, Dia melihat kita. Sampai di rumah, masuklah ke rumah bersama Tuhan.

*Apabila mengerjakan sembahyang Maghrib dan Isyak, sembahyanglah puas-puas. Ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan dengan sepenuh hati seperti Subuh tadi.

*Selepas itu tidurlah bersama Tuhan. Ertinya sepanjang hidup kita, kita mulakan dengan Tuhan dan kita tutuplah dengan Tuhan. Di waktu itu, kalau kita mati, di waktu mana dan bagaimana pun tidak mengapa. Kerana seluruh hidup kita telah mengikut disiplin Tuhan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 03:19 AM | Show all posts
Lama aku tak online , tapi budaya copy dan paste , juga mempromokan website lain ni , masih menjadi
trend lagi ya. Cerita yang tidak berpijak pada bumi nyata pun masih menjadi sandaran umat islam
pada dunia moden ni . No wonderlah umat islam makin jauh tertinggal , what to do
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 07:53 AM | Show all posts
Originally posted by Izidut at 22-5-2006 03:19 AM
Lama aku tak online , tapi budaya copy dan paste , juga mempromokan website lain ni , masih menjadi
trend lagi ya. Cerita yang tidak berpijak pada bumi nyata pun masih menjadi sandaran umat islam ...



sory la mengganggu ko punya perasaan... aku cuma nak kongsi jer dengan sapa2 yang ada kat sini.... cerita2 ni cuma pendek jer bukan susah sangat nak baca... ko tak rasa best ker dengan cerita yang ada kat sini ke? tak pa, kot la ada lain yang suka lepa baca la ... ko tak suka pun baca pi la sat tengok apa yang ada kat sini ... pendek2 ja cerita ni bukan panjang pun bukanya apa dari dok saja login kat sini baca pi la sat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by Izidut at 22-5-2006 03:19 AM
Lama aku tak online , tapi budaya copy dan paste , juga mempromokan website lain ni , masih menjadi
trend lagi ya. Cerita yang tidak berpijak pada bumi nyata pun masih menjadi sandaran umat islam ...



aku taknak hanya memijak bumi tapi aku nak memijak akhirat dan syurga.. so aku rasa tak salah mengusi ilmu2 agama ni kan2???? tak kira laa dia kopi ker dia paste ker dia taip ker apa ker.. sebab semua itu ilmu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by Izidut at 22-5-2006 03:19 AM
Lama aku tak online , tapi budaya copy dan paste , juga mempromokan website lain ni , masih menjadi
trend lagi ya. Cerita yang tidak berpijak pada bumi nyata pun masih menjadi sandaran umat islam
pada dunia moden ni . No wonderlah umat islam makin jauh tertinggal , what to do




Ishk...apalah engko nie?? Kalau soal ugama jangan lah banyak tanya nanti marah pulak Tok Guru. Ada pun kata-kata Tok Guru maka orang yang banyak bertanya maka kuranglah pahala dia!
Tok Guru pun dulu pernah kata ikut apa yang dia cakap dan jangan ikut apa yang dia buat. Kalau dia kawin 4 pun ko jangan ikut sebab taraf dia tak samaaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 11:33 AM | Show all posts
BERIMAN KERANA TERBELA

Semasa Sultan Salahuddin Al Ayubi berada di dalam khemahnya, dia terdengar suara wanita yang sedang menangis, lalu ia memerintahkan agar wanita itu dibawa mengadapnya.

揔enapakah ibu menangis? Apakah musibah yang menimpa diri ibu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2006 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-5-2006 11:26 AM


Ishk...apalah engko nie?? Kalau soal ugama jangan lah banyak tanya nanti marah pulak Tok Guru. Ada pun kata-kata Tok Guru maka orang yang banyak bertanya maka kuranglah pahala dia!
Tok Guru p ...


MASALAH :geram: TAKPA LAH ... KOT MANA PUN :pray::pray::pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2006 07:46 PM | Show all posts
Hebatnya kanak-kanak generasi pertama Islam!

Anak-anak orang mukmin sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah. Tiba-tiba suasana gempar seketika. Anak-anak tadi bertempiaran lari menyembunyikan diri. Mengapa?

Rupa-rupanya mereka melihat Sayidina Umar ibnu Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil itu gerun dengan sikap tegas yang ada dalam jiwa Umar. Namun ada seorang budak yang tidak ikut lari, malah terus bermain seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Sayidina Umar lalu bertanya, 揗engapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 22-5-2006 07:53 AM



sory la mengganggu ko punya perasaan... aku cuma nak kongsi jer dengan sapa2 yang ada kat sini.... cerita2 ni cuma pendek jer bukan susah sangat nak baca... ko tak rasa best ker dengan cerita ...


tapi cerita ini memang banyak panduan ..

kadang2 kita memang terlupa pedoman hingga kita

menjadi kita lebih hina dari seekor haiwan .

cerita ini memang baik sekali .

terima kaseh ..

[ Last edited by  dess402 at 24-5-2006 07:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 05:19 PM | Show all posts
PERINGKAT-PERINGKAT HIBURAN
02/06/2006

Berhibur dan menghibur itu tidak salah.Yang salah itu kalau kita tersalah dalam memilih hiburan dan tersilap dalam memberi hiburan.....

Secara kasarnya, hiburan dapat dibahagi kepada empat peringkat:
1.Hiburan yang melalaikan.
Hiburan yang muatan isinya sangat melalaikan, lupa dengan Tuhan, lupa akhirat tidak kira halal dan haram.

2.Hiburan orang biasa/ awamul muslimin
Hiburan yang mengandungi zikir, selawat dan lain-lain.
Contoh hiburan ini di antaranya nasyid, selawat dan lain-lain.

3.Hiburan orang-orang soleh
Orang soleh hatinya akan terhibur dengan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, melihat gunung, bukit-bukit, lautan dan sebagainya sehingga terasa dalam hatinya kuasa dan hebatnya Tuhan.


4.Hiburan para nabi, para rasul dan para kekasih Allah
Hiburan ini adalah hiburan sejati tingkat tinggi, mereka merasa sangat terhibur dengan ujian dari Allah, kerana ujian adalah sebagai tanda perhatian dan kasih sayang Allah serta peningkatan darjat. Bahkan apabila Allah tidak mendatangkan ujian, mereka rasa menderita, takut kalau-kalau Allah sudah tidak memberikan kasih sayang dan perhatian-Nya lagi.

" Hiburan yang mendidik manusia membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya selamat lagi menyelamatkan serta kesannya berkekalan. Merupakan makanan yang berkhasiat dan berzat, cukup dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan pembangunan jiwa, mental dan fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh nafsu yang merosakkan. Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya, tinggi akhlaknya, tajam mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya serta mampu mencorak dan melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang. "


-rufaqadaily
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 05:36 PM | Show all posts
setiap binatang yang Allah cipta ade kegunaan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.261266 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list