View: 2977|Reply: 1
|
TRANSIT MERCURY ( UTARID
[Copy link]
|
|
Transit Utarid pagi Khamis
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan peristiwa Transit Planet Utarid Khamis ini apabila matahari terbit pada jam 6.57 pagi sehingga 8.10 pagi waktu tempatan.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam kenyataannya dikeluarkan di sini semalam berkata, ketika peristiwa itu orang ramai boleh menyaksikan planet Utarid yang kelihatan seperti tompok kecil berwarna hitam melintasi permukaan matahari di sebelah kanan.
Transit planet Utarid adalah peristiwa astronomi apabila planet berkenaan melintasi matahari.
Peristiwa ini boleh berlaku apabila planet Utarid berada di tengah-tengah antara matahari dan bumi ketika mengelilingi matahari dan ketiga-tiga objek itu berada dalam satu garisan lurus.
Peristiwa itu pernah berlaku pada 2003 dan secara puratanya transit planet Utarid ini berlaku sekali dalam setiap 10 tahun.
Transit adalah peristiwa objek samawi melintasi di hadapan objek lain yang saiznya jauh lebih besar dan kebiasaannya hanya berlaku membabitkan planet Utarid dan Zuhrah kerana kedudukan orbit masing-masing berada di antara matahari dan bumi. Transit Zuhrah berlaku 34 kali dalam tempoh 243 tahun.
Planet lain tidak berpeluang melintasi matahari dan bumi kerana kedudukan orbit masing-masing berada di luar orbit bumi.
Bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat Angkasa menjemput orang ramai menyaksikan fenomena berkenaan di Galeri pemandangan Planetarium Negara, Jalan Perdana di sini, mulai jam 6.30 pagi hingga 8.20 pagi, Khamis ini.
Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 03-22734301/4303/5448 atau layari laman web Angkasa di www. angkasa.gov.my. |
|
|
|
|
|
|
|
takde gmbr ker?? aku tunggu kat tv pon tak nampak sangat... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|