View: 2569|Reply: 0
|
BANJIR...BANJIR...BANJIR....
[Copy link]
|
Siegehart This user has been deleted
|
[/quote]
BATU PAHAT: Kejadian banjir sejak dua bulan lalu di Kampung Parit Rasipan, Parit Raja, Batu Pahat, menyebabkan puluhan hektar kawasan pertanian di kampung terbabit, diancam kemusnahan.
Tanaman kelapa sawit, getah serta tanaman kontan ubi dan pisang yang diusahakan penduduk kini berdepan ancaman kemusnahan kesan banjir.
Masalah itu menyebabkan sebahagian besar penduduk mengalami kemerosotan hasil tanaman dan hilang punca pendapatan.
Keadaan tidak diduga itu turut dikenal pasti menjadi faktor utama persiapan dan sambutan Aidilfitri, 300 penduduk baru-baru ini, menjadi suram serta kurang meriah.
Penduduk terbabit kini bingung mencari punca serta jalan penyelesaian terhadap masalah dihadapi, terutama untuk menyelamatkan tanaman masing-masing.
Penduduk, Painam Taliban, 59, berkata banjir yang melanda sebahagian besar kampung itu, menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.
"Sejak hampir dua bulan lalu, saya tidak dapat ke kebun getah di belakang rumah untuk menoreh seperti biasa kerana air berada pada paras lutut.
"Keadaan ini menyebabkan saya kehilangan punca pendapatan dan berharap sesuatu perlu segera dilakukan untuk mengatasinya," katanya yang juga peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin di kampung berkenaan.
Ibu tunggal terbabit turut mengambil tindakan menyelesaikan masalah dihadapi dengan menebas rumput dalam parit di depan rumahnya itu:geram:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penduduk Kampung Parit Rasipan minta atasi masalah ladang sawit, getah ditenggelami air sejak dua bulan lalu
:
[ Last edited by Siegehart at 10-11-2006 12:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|