View: 3915|Reply: 14
|
MLM Scandal : Why EM-PAY is quick rick scheme?
[Copy link]
|
kakaktua This user has been deleted
|
Saya baru melawat website EM-PAY (http://www.empay.ismiquatro.biz/), dan kesimpulan saya ialah perniagaan ini bertentangan dengan AKTA JUALAN LANSUNG 1993. Walaupun penerangan saya panjang, penerangan saya dapat membantu ahli ahli baru yang sudah menyertai atau akan menyertai perniagaan EM-PAY membuat penyelidikan yang lebih tentang perniagaan ini sebelum membuat keputusan .
Saya mula mula menerima pendedahan dalam MLM business sejak 1985, dan melibatkan diri secara aktif dalam MLM business dari 1995 hingga 2000. Kepada yang baru dalam bidang MLM business, pastikan syarikat yang anda sertai sekurang kurangnya memenuhi keperluan dibawah.
Akta Jualan Langsung 1993 memperuntukkan:-
1.Bahawa perniagaan jualan langsung hanya boleh dijalankan oleh Syarikat yang memegang lesen yang dikeluarkan oleh pengawal jualan langsung. Akta ini juga memperuntukkan prosedur untuk permohonan lesen, penarikan balik lesen dan hal-hal berkaitan dengannya;
2.Bahawa pengguna hendaklah diberi tempoh bertenang selama sepuluh hari dari tarikh kontrak jualan langsung tersebut dibuat. Di dalam tempoh tersebut, pengguna mempunyai hak untuk membatalkan kontrak tersebut;
Sila ambil perhatian, bahawi pengguna (atau ejen) hendaklah diberi tempoh bertenang (Cooling Off Period) selama sekurang kurangnya 10 hari.
Saya membuat perbandingan dengan sebuah Syarikat MLM, XXX SDN BHD mempunyai pelan pemasaran serupa dengan EM-PAY yang menjadi topic perbincangan ini.
XXX adalah sebuah syarikat MLM (tahun 2000 kalau tak silap) yang menjual Kad Diskaun. Pelan Pemasaran adalah mudah. Yuran Pendaftaran adalah percuma.Tetapi untuk menjadi ahli, anda diwajibkan membayar $150.00 untuk membeli Kad Diskaun. Dengan menggunakan kad ini, anda mendapat diskaun di banyak outlet.
Setiap kali anda membuat penajaan, anda mendapat $50.00 directly. Dan seperti Pelan MLM yang lain, bila cabang anda berkembang dengan penjualan kad ini, anda mendapat keuntungan beribu ribu ringgit sebulan. Pada masa yang sama, bila downline kamu membeli produk di dengan ssyarikat partners, sebahagian kecil % jualan produk syarikat tersebut juga dibahagikan kepada upline.
Saya menyertai syarikat ini 2 bulan selepas di lancarkan, dan dalam tempoh 2 minggu, downline saya melebihi 100 orang.
Satu perkara yang membuat saya gembira ialah, sebaik sahaja saya menaja seorang directly, saya menerima $50.00 immediately.Tetapi ini juga yang merungsingkan saya.
Selepas 2 minggu, saya menujukan persolan kepada Pengarah syarikat tersebut yang sedang membuat briefing kepada ahli baru. Soalannya lebih kurang macam ni."Kawan saya menyertai XXX 5 hari yang lalu, dan membeli kad dengan $150.00. Sekarang dia tidak mahu menjadi ahli lagi. Bolehkan dia memulangkan kad dan menerima 100% wangnya semula?". Jawapan yang diberi ialah "Tidak! Sebab wang tersebut telah dibahagikan kepada upline". Saya terus menjawab bahawa ini adalah tidak selaras dengan Akta Jualan Langsung sebab tempoh 10hari masih belum habis. Ini nampak macam Skim Pyramid. Pengarah tersebut tidak melayan saya selepas itu, dan menyuruh saya mengajukan soalan tersebut selepas briefing kepada ahli baru tamat.Selepas briefing tamat, Pengarah tersebut memberitahu "Kamu ta sepatutnya mengajukan soalan tersebut semasa briefing, ini akan demotivate ahli ahli baru". Anyway dia memanggil saya datang keesokan hari , untuk memberikan penjelasan penuh.
Keesokan harinya saya masuk pejabat dia, dan saya ditunjukkan surat kelulusan dari Kementerian dan Kos breakdown perniagaan. Also dia memberitahu syarikat dia rapat dengan Menteri sekian..sekian.. Anyway saya menanyakan dia kenapa "Cooling Off Period" tidak ada. Dia menjawab bahawa pelan ini sudah diluluskan oleh Kementerian, dan dia tidak risau tentang perkara tersebut. Kemudian saya menjawab bahawa saya akan membuat official complain kepada Ministry kalau tidak ada Cooling Off Period. Dia menjawab "Up to you"
Thee same day saya mintak nasihat member I, a lawyer. Saya balik dan menulis surat kepada Utusan Pengguna membuat lapuran tentang syarikat ini, bersertakan Brochures, salinan Kad Diskaun, etc dan merujuk Akta Jualan Langsung. Saya risau kalau menulis direct to Kementerian, ada yang akan membuang surat tersebut. Kemudia, saya terus instruct all my downline stop the business immediately. After 2 month, saya terbaca di akhbar, syarikat XXX diharamkan kerana melanggar Akta Jualan Jualan. Samada ini bersusulan dengan surat yang saya hantar, saya tidak tahu.
Sekarang kita kembali kepada cerita baru tentang EM-PAY.
Apa yang saya faham, anda perlu membayar $138.00 bila menyertai EM-Pay. Dan bila anda menaja ahli baru, anda menerima $15 immediately.
Persoalan yang perlu kamu tanya ialah:
1) Bolehkah anda membatalkan keahlian anda selepas menyertai syarikat ini. Kalau boleh, adakah kita boleh mendapat pulangan wang 100%.
2) Berapa lama tempoh Cooling Off Period?
Pada pangangan saya, bila syarikat ini membayar $15 sebaik sahaja anda menaja ahli baru, ada something tak kena. May be I am wrong. I am waiting for follow up on this issue.
Saya juga sedang mengkaji MyMode Marketing Plan, tapi tak banyak detail from website. Kalau ada sesiapa yang boleh memberikan lebih detail tentang MyMode Marketing Plan, mungkin saya boleh memberikan pandangan saya tentang syarikat tersebut.
[ Last edited by kakaktua at 17-12-2006 02:46 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kakaktua,
you did that? way to go. kuasa pengguna. kalau lebih ramai org mempunyai kesedaran tinggi dan berani kerana benar spt anda, tentu peniaga tak berani nak menipu lagi. |
|
|
|
|
|
|
kakaktua This user has been deleted
|
Sherinna,
Yes I did that. XXX is the last MLM company i involved with.
I dont say MLM is bad, in fact I am still eager to join some MLM business. The problem with me is, I am always too concerned about consumer benefit. I analyse the MLM product and marketing plan in detail before making a decision. People join the business and buy the product because they trust what I say. I cant preach something if I myself is not fully satisfied with it.
I dont mind joining MLM if the marketing plan and product price is win win situation for the company and consumer. In fact I am still searching for one.
[ Last edited by kakaktua at 17-12-2006 11:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
yg norsha tahu em-pay nie tak termasuk dalam AJL...norsha pun tak tahu detail pesal that company(sheme) sb tak join pun..cuma mmg norsha pasti yg this company tak masuk dalam AJL..akta apa dia masuk, ntah la pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kakaktua at 16-12-2006 07:56 PM
Saya baru melawat website EM-PAY (http://www.empay.ismiquatro.biz/), dan kesimpulan saya ialah perniagaan ini bertentangan dengan AKTA JUALAN LANSUNG 1993. Walaupun penerangan saya panjang, peneran ...
bila you cerita baru la aku tahu pasal cooling off period nih. |
|
|
|
|
|
|
agelgold This user has been deleted
|
kes-kes macam ni la yg buat orang lari bila dengar aje sesuatu perniagaan itu adalah MLM |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mcm mana dgn org yg dah dapat benefit ni ? lebih2 lagi orang tu kita kenal? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang sekarang tak ambil tahu pasal benda2 macam tu janji cepat dapat duit. Adik ipar saya banyak yang joint EM-PAY tinggal saya je tak joint. Saya tak percaya saya akan kaya jika saya joint benda2 macam ni tapi saya percaya saya akan kaya dengan usaha yang lebih! |
|
|
|
|
|
|
|
Saya juga sedang mengkaji MyMode Marketing Plan...
EmPay tak sedahsyat mana, apatah lagi dgn MyMode..Bagaimana dgn JNSB atau Stormberg ? |
|
|
|
|
|
|
money_monster This user has been deleted
|
Banyak MLM company buat online. So tak nampak orang yg involve. so ragu ragu juga. Offline MLM lebih solid biznya. semua pun boleh nampak.
I join satu MLM company di KL, bagus Biz plan dia. Member pun bagus. Company pun bagus. Dan paling bagus. Mula mula masuk tak payah risau maintenance.
Syiok betul jumpa company ini . |
|
|
|
|
|
|
|
empay ampeh
eh skrg kt ofis dah kecoh ramai2 masuk SRIIB tuuu..
my colleague dah w/draw seribu ringgit petang tadi...
sorang lagi dah dapat dua ribu dah.....
modal cuma RM170...
tp aku masih ragu ragu hahahaha
[ Last edited by CoKeLat-RaWkZ at 11-9-2008 10:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CoKeLat-RaWkZ at 11-9-2008 10:56 PM
empay ampeh
eh skrg kt ofis dah kecoh ramai2 masuk SRIIB tuuu..
my colleague dah w/draw seribu ringgit petang tadi...
sorang lagi dah dapat dua ribu dah.....
modal cuma RM170...
...
aku pun ragu2 kalau local MLM yang baru bertapak. those yang early, memang dapat untung, tapi merana bagi orang kemudian.
pandangan ikhlas, aku, kalau nak join MLM, make sure company tu telah berada di pasaran melebihi 10 tahun, dan masih mendapat tempat pertama atau first ranking di peringkat antarabangsa. paling pentingnya, money back guarantee. eg, herbalife dlm masa 30 hari, dan USANA money back guarantee dalam masa 365 hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 CoKeLat-RaWkZ\ catat
SRIIB ni nate gapo pulok?
BTW, Empay ade lg ke skarang? |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa yg berminat dgn MLM kena la siasat dgn rapi sesebuah company tu.Kalo bleh kenala contact KPDNHEP utk maklumat lanjut berkenaan syarikat yg nak di join tu.Siasat dari semua arah jgn terima bulat2 apa yg dikata
MLM ni bisnes yg bagus (kalo berusaha lebih bleh jadi jutawan or bilionaire) ..tapi yg aku tak suke ada skim cepat kaya yg guna kaedah MLM..(kes bahaya):@ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|