View: 59037|Reply: 120
|
Perihal dakwaan keris, Laksamana bentan dan sumpahan
[Copy link]
|
|
sedikit ttg Laksama Bentan
Setelah kematiannya;
Seperti yang dimaklumi, Makam Laksamana Bentan yang terletak di Kampung Kelantan, 0.5 kilometer dari bandar Kota Tinggi adalah antara makam-makam utama yang menjadi tumpuan para peminat mahu pun pengkaji sejarah, daripada kalangan pelajar sekolah mahu pun sejarawan luar. Sejak diwartakan bahawa ia adalah makam Laksamana Bentan, begitu ramai orang yang mengunjunginya.
Laksamana Bentan atau nama sebenarnya Megat Seri Rama adalah hulubalang atau pun panglima kerajaan Melayu Johor ketika di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1685-1699). Beliau telah membunuh Sultan Mahmud akibat rasa marah dan membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya oleh baginda Sultan Mahmud.
Laksamana Bentan berjaya membunuh Sultan Mahmud yang ketika itu sedang dijulang sewaktu hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Kemudian beliau turut dibunuh ketika itu juga, apabila baginda sultan melontarkan keris baginda ke arahnya. Kisah-kisah berkaitan baginda sultan dan laksamana begitu banyak diperkatakan malah, sebuah filem Melayu bertajuk 揝ultan Mahmud Mangkat Dijulang |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by arnabkiut at 19-12-2006 04:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by arnabkiut at 19-12-2006 04:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
menurut sejarah yg ditulis.. laksamana bentan bunuh sultan mahmud sebab sultan mahmud bunuh bini dia
cerita mistiknya...
perut bini laksamana bentan dibelah dan ade bayi yg memegang nangka
itu sejarah yg ditulis.. diceritakan sejak dr dulu lagi..
sejarah yg ditulis oleh org yg menang..
ade org bagitau aku..
laksamana bentan diupah/disuruh untuk membunuh sultan mahmud.. kerana hendak merampas kuasa..
keturunan sultan mahmud ade lagi mase tu.. dan diorang lari dr johor lama..
ade ape nak komen? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bg aku..laksamana bentan bunuh sultan sebab rase diri dikhianati....dia penat2 gadai nyawa berperang..( aku lupe time tu perang gn sape)....balik2 bini dh kene bunuh sebab dang anum menginam nk makan nangka....kebetulan lalu tukang kebun raja bawak nagka....oleh kerana terlalu mngidam..dia mintak..muel2 org tu tak kasik tp sebab kesian...dia bg gak seulas....bile sultan tu dpt tau..bgainda murka...panggey dang anum ke istana..bile dang anum kate anak dlm perut nk makan..sultan tk percaya....tu sebab dia belah perut...patu nmpak baby lm perut tgh isap nagka...lalu dia mnyesal ler.......laksamna bentan ni lak bile dngr citer sultan bunuh isteri dia sebab kan dangka seulas..tu yg dia naik marahhh...lalu tikam sultan mase sultan nk g semyang......tu sebab di panggil sultan mahmud mangkat dijulang sebab versi citernye..laksamana tikan time baginda atas usungan...
ituler citer yg aku tahu.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ehh...laksamana bentan tuh kalau aku tak silap megat terawis kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku salut kat laksamana bentan dan hang jebat...mereka berjuang demi keadilan....raja zalim raja disanggah!!! (huihh...ada bakat jadik pelakon teater nih..!!) |
|
|
|
|
|
|
|
megat terawis=laksamana bentan??aku dh kompius nie..megat seri rama ???pening2..nti sat aku cr inpo...poninggg den |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arnabkiut at 20-12-2006 12:20 AM
megat terawis=laksamana bentan??aku dh kompius nie..megat seri rama ???pening2..nti sat aku cr inpo...poninggg den
amik nih....panadol...tak yah pening2 lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 GRINDSAKHTANIC's post
bukan...kot..laksmana bentan tu megat seri rama..
ada lg 2 tokoh lama yg nama megat..megat panji alam dn megat terawis... tak silap akula..
megat junid tak termasuk yerk |
|
|
|
|
|
|
|
Laksamana bentan
Laksamana Bentan also known as Megat Seri Rama was a brave warrior during the reign of Sultan Mahmud II, the tenth Sultan of Johor (1685-1699). Sultan Mahmud Shah II sentenced Laksamana Bentan?s pregnant wife to death for eating his jackfruit. Out of revenge, Laksamana Bentan killed Sultan Mahmud Shah II. However, before the Sultan died, he managed to kill Laksamana Bentan by throwing a keris at him. The tomb of Laksamana Bentan is situated at Kampung Kelantan, approximately 2 kilometers from Kota Tinggi.
Megat Terawis
Di zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah jawatan Bendahara Paduka Raja telah disandang oleh Megat Terawis. Megas Terawis dikatakan berasal dari kerabat di raja Pagar Ruyong (Minangkabau) yang datang ke Perak bersama-sama Sultan Muzzaffar Shah dari Kampar. Sultan Muzzaffar Shah telah melantik beliau sebagai Bendahara bagi mengantikan Tun Muhammad setelah Megat Terawis berjaya menghapuskan Tun Saban yang bersengketa dengan baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
Hikayat....
Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
Makam Sultan Mahmud, sultan yang tidak teragak-agak membunuh disebabkan seulas nangka.
Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini.
Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang
Mengikut kitab hikayat Tufat n' Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan, iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.
Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada sultan. Wan Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Wan Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Wan Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.
Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cermelang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.
Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ha....betol ler ape yg aku citer tu kan..huhuh kompius dey...bnyk noo name..huhu nwat tenkiu syd menclearkan kekompiusan aku |
|
|
|
|
|
|
|
spt artifak2 lain, keris laksamana bentan sukar utk dipastikan tuan punya yg asal coz sesapa je yg ada simpan keris lama boleh mengaku keris tu laksamana bentan yg punya |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah diberitahu yg Sulta ni sblm mangkat tlh bersumpah yg keturunan Bentan tlh diharamkn menjejak kaki ke Kota tinggi selama tujuh (7) keturunan.
Tp tk pasti pl ttg kesahihannya.
Setiap kali sy lalui jln berbukit di KT ni,sy akn teringat ttg sejarah2 lama tmpt ini...ttg mangkat dijulang...ttg pemerintahan johor lama..ttg misteri kucing bertanduk..
Satu pengalaman menarik bg sy...Daerah yg penuh dgn SEJARAH melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalaumalaikum,
IMHO, adalah amat memalukan untuk mendakwa keris itu adalah keris Laksamana Bantan. Tukang-tukang keris di Terengganu pasti akan ketawa berguling-guling melihatnya... Itu adalah keris pengantin yang banyak dipasaran. Pada saya ia tidak layak dipanggil keris. Hanya objek yang berupa keris. Kebanyakkan orang tertipu kerana sesuatu makhluk yang telah "dimasukkan" kedalam keris itu dan bila dihubungi, makhluk itu akan mendakwa ini adalah keris Laksmana Bentan. Sebagai manusia yang mempunyai akal, kita sepatutnya menggunakan akal, bukan terus percaya kata-kata makhluk yang lebih inferior dari kita dan terkenal dgn kaki pembohongnya. Kebanyakan keris yang timbul didada akhbar pada hari ini adalah keris yang baru dibuat samaada di Pantai timur atau Madura. Pendapat saya, jika ingin mendekati keris, jangan sekali-kali dimulakan dengan sudut ghaibnya. Kaji fiziknya terlebih dahulu. Kalau dialam ghaib, 90% terpesong. Pasti!
Seperkara lagi, saya hairan bagaimana isu sebegini boleh mendapat tempat di akhbar. Isu yang langsung tidak disokong oleh sebarang bukti. Hanyalah objek itu semata2. Kalau begitu esok saya boleh pergi ke akhbar berkenaan, bawa sebilah keris dan dakwa inilah keris Marhum Kadaton, pusaka dari Kerajaan Riau. Seroiusly, wartawan kita pun kena pergi kursus Critical Thinking and Communication Skills. Saya minta maaf jika ada yang tersinggung.
Arung |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pisang69 at 20-12-2006 10:03 AM
bukan...kot..laksmana bentan tu megat seri rama..
ada lg 2 tokoh lama yg nama megat..megat panji alam dn megat terawis... tak silap akula..
megat junid tak termasuk yerk
Laksamana Bentan neh kan sama ngan Megat Teraweh Ibni Pagar Ruyong... |
|
|
|
|
|
|
| |
|