CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4064|Reply: 19

Lapisan Ozon

[Copy link]
Post time 27-12-2006 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul dwiatom oksigen (O2) yang kita bernafas membentuk hampir-hampir 20% atmosfera. Pembentukan ozon (O3), molekul triatom oksigen kurang banyak dalam atmosfera yang mana kandungannya hanya 1/3,000,000 daripada gas atmosfera.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2006 01:25 PM | Show all posts
Kepentingan Ozon

Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai ?apisan ozon?. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.

Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran UV pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3  juga merupakan penyerap utama sinaran UV antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran UV.

UV dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan paras UV juga mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan, organisma akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman.

Penyerapan sinaran UV berbahaya oleh ozon stratosfera amat penting untuk semua hidupan di bumi.                  

Keseimbangan Ozon

Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut.

Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga.  Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.

Ancaman dari Kloroflorokarbon (CFC)

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon (CFCs) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global.

CFCs digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.

Hayat bagi CFCs bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.

Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFCs bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 ? 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 ?25 km, kurang UV diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan UV, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini berupaya untuk memusnahkan ozon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2006 01:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2006 01:27 PM | Show all posts
?ubang? Ozon

?ubang? ozon di Antartik disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan ?ubang? tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih ke keadaan normal pada lewat musin bunga atau awal musim panas.

Dalam bulan Oktober 1987,1989,1990 dan 1991, lubang ozon yang dalam telah diperhati bagi seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartica.

Terdapat dua sebab utama bagi ?ubang? ? peningkatan CFC dikesan di atmosfera, dan keunikan persekitaran kajicuaca pada musim sejuk seluruh Antartica. Antara altitud tertentu di Antartika, suhu stratosfera yang sejuk membenarkan kristal ais dibentuk.

Dalam awan tersebut, molekul klorin dibebaskan dari CFC semasa kegelapan kutub sejuk. Apabila sinaran matahari bermula pada bulan September di seluruh Antartika, bilangan molekul-molekul klorin ini akan berkurangan  akibat tindakan UV kerana pembentukan atom klorin pemusnah-ozon.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2006 01:28 PM | Show all posts
Kemerosotan Ozon Global

Pengukuran latar dan satelit menunjukkan pengurangan signifikan terhadap jumlah kolum ozon pada musin sejuk dan panas bagi kedua-dua hemisfera utara dan selatan pada garis lintang tengah dan tinggi. Di dapati aliran ke bawah ini pada tahun1980 agak besar bila berbanding tahun 1970. Tiada statistik aliran signifikan dapat ditentukan bagi kawasan tropika semasa tahun 1980. Dengan kemajuan komputer model bagi pemusnahan stratosfera ozon dapat menjelaskan pemerhatian aliran jumlah ozon di latitud pertengahan pada musim panas, tetapi hanya sebahagian daripadanya pada musin sejuk. Ini bermakna bahawa pada masa hadapan perubahan global ozon belum boleh diramalkan lagi.

Pengukuran Ozon

Jumlah ozon diukur dengan beberapa cara:

Satelit

Penggunaan satelit mengelilingi kutub seperti Satelit NASA Nimbus7 yang membawa peralatan ?otal Ozone Mapping Spectrometer? (TOMS) telah merevolusikan pemantauan ozon sejak 20 tahun yang lalu. Kedudukan yang baik di atas cakerawala dan keupayaan setiap satelit untuk perjalanan mendatar seluruh glob, menyediakan liputan yang lebih baik dari stesen daratan. Ini sangat tinggi nilainya bagi menentukan aliran global. Ketepatan sensor satelit menggunakan prinsip yang sama dengan spektrofotometer Dobson.

Spektrofotometer Dobson

Spektrofotometer pertama direka pada tahun 1920 oleh Gordon Dobson bagi tujuan mengukur jumlah ozon. Kini terdapat lebih kurang 80 jenis alat ini digunakan di seluruh dunia untuk mengukur jumlah ozon. Spektrofotometer Dobson mengukur ozon dengan membanding jumlah sinaran pada jarak dua ultraungu. Satu jarak gelombang terjejas kuat dengan ozon manakala yang satu lagi tidak. Perbezaan antara jumlah dua sinaran secara langsung berhubungkait dengan jumlah ozon.

Ozon sonde

Ozon sonde adalah sel elektrokimia dan penghantar radio yang dilekatkan kepada belon yang berisi gas hidrogen yang mana boleh mencapai ketinggian kira-kira 35 km. Udara dimasukkan ke dalam sel kecil dengan pam. Pelarut dalam sel bertindakbalas dengan ozon, menghasilkan arus eletrik yang mana  berkadar dengan jumlah ozon. Isyarat dari sel ditukarkan kepada kod dan dihantar melalui radio kepada penerima stesen. Dari pelepasan belon sehingga kegagalan, lazimnya kira-kira 35 km, sonde ini menyediakan taburan menegak ozon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2006 01:29 PM | Show all posts
Tindakan Dunia

Dalam tahun 1975, dikhuatiri bahawa aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas permintaan ?nited Nations Environment Programme? (UNEP), WMO memulakan Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi secara jangka panjang pemantauan dan penyelidikan ozon.

Kesemua data dari tapak pemantauan di seluruh dunia dihantar ke Pusat Data Ozon Dunia di Toronto, Kanada, yang mana tersedia kepada masyarakat saintifik antarabangsa.

Dalam tahun 1977, mesyuarat pakar UNEP mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap lapisan ozon; dalam tahun 1987, UNEP mengambil Protokol Montreal ke atas bahan yang mengurangkan lapisan ozon.

Protokol ini memperkenalkan siri sukatan, termasuk jadual tindakan, mengawal penghasilan dan pembebasan CFC ke alam sekitar. Ini membolehkan paras pengunaan dan penghasilan berkaitan CFC untuk turun ke paras semasa 1986 pada tahun 1989, dan pengurangan sebanyak 50% pada 1999.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2006 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 27-12-2006 01:25 PM
Kepentingan Ozon

laaa... ada lagi Ozon nie...
boleh you cuba simplifykan apa kebenda yg.  cuba you utarakan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 02:21 PM | Show all posts

Reply #7 rudz's post

:setuju:

[wah rudz da b' you...i skang....tau la 1-2 mggu asyik speaking jek....]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2006 02:52 PM | Show all posts

Reply #7 rudz's post

saje letak info di sini utk bacaan semua yg dtg ke board nie...nape? terutamanya pada sape2 yg kurang arif dlm bidang nie....itu sahaja niat saya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 06:08 PM | Show all posts
sangat informative...! thanks....apapun iklim yang tak menentu sejak kebelakangan ini berpunca dari perubahan iklim sedunia ataupun iklim pemanasan global...dekat kutub utara tue iceberg (yg mcm kat filem titanic tue) dah start mencair ...kalau dah semua bongkah ais besar gedabak tue mencair alamatnyer...mmg paras air laut akan meninggi dan menenggelamkan segenap tempat yang rendah dan berdekatan dengan pantai...bencana yg bakal dtg ini lebih dasyhat dari Tsunami....tapi semua yg berlaku skrg ni pun adalah angkara perbuatan manusia itu sendiri...sama2 lah kita muhasabah diri.....

'Sekadar renungan kita bersama..."
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 08:11 PM | Show all posts
mari tambahkan pengetahuan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 09:06 PM | Show all posts
skrg ada teknologi yg boleh generate 03 kan ? boleh guna ke untuk tambah ozone
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2006 01:50 PM | Show all posts

Reply #10 eldorado's post

Rase nyer pernah terbaca artikel pasal tu..if ice tue mencair...which area yg akan tenggelam..sape yg tahu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2006 01:51 PM | Show all posts

Reply #11 toilet's post

Ya...setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:22 PM | Show all posts
emm...bila ice artic tu cair bkn aje paras air laut naik, tp disrupt ocean current then atmosphere circulation..
so dlm sibuk2 kena cari tempat yg lebih tinggi , weather lak jd extreme,  
typhoon, hurricane etc...kat tmpt yg xsepatutnya
mcm day after tomorrow.....eii mcm na nk survive...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2006 02:55 PM | Show all posts
Friday, November 18, 2005
Mengapa lubang ozon semakin besar?

Oleh Stephen Leahy

TORONTO ? Satu lubang ozon yang besar sudah terbentuk di atas Antartika untuk tahun kedua, mendedahkan selatan Argentina dan Chile pada sinaran matahari dengan kadar tinggi ultraungu yang merosakkan.

?ubang? tersebut yang berada di Khutub Selatan ? sebenarnya penipisan tahunan lapisan ozon ketika musim bunga dalam bulan September dan Oktober ? kini berukuran kira-kira 25 juta km persegi dan semakin besar, menurut data satelit European Space Agency, dan ia akan menjadi lubang terbesar dalam sejarah.

Walaupun ini bercanggah dengan pengumuman baru-baru ini bahawa kuantiti chlorofluorocarbons (CFC) di lapisan bawah atmosfera sudah menurun, bahan kimia tersebut akan berada di atmosfera untuk banyak dekad lagi.

Sementara itu, peningkatan dalam bahan-bahan yang menipiskan lapisan ozon seperti methyl bromide dan berterusannya penggunaan CFC bermakna usaha melindungi lapisan ozon jauh dari berakhir.

"Lubang-lubang baru akan terbentuk sekurang-kurang dalam 30 ke 40 tahun akan datang," kata Craig Long, seorang pakar meteorologi di National Oceanographic and Atmospheric Administration's (NOAA) Climate Prediction Centre, Amerika Syarikat, yang terletak di Maryland.

"Lubang Antartika tahun ini sudah mencapai saiz maksima pada pertengahan September,? beritahu Long. Masanya berselisih dengan International Day for the Preservation of the Ozone Layer, United Nation pada 16 September.

"Terima kasih pada Montreal Protocol on Substances that Deplete the Ozone Layer, risiko terhadap radiasi merbahaya, sudah nampak seperti berkurangan," kata Setiausaha Agung PBB- Jeneral Kofi Annan dalam satu kenyataan.

Montreal Protocol 1987 mensyaratkan 184 negara yang menandatangani perjanjian tersebut, menghentikan penggunaan CFC dan hampir 100 bahan kimia lain yang boleh menipiskan lapisan ozon. Lapisan ozon meliputi seluruh planet pada ketinggian kira-kira 15 ke 30 km dan melindungi organisma hidup daripada sinaran merbahaya ultraviolet (UV).

Kadar ozon yang berkurangan dalam beberapa dekad lepas telah meningkatkan pendedahan kepada UV di seluruh dunia, menyebabkan meningkatnya barah kulit, penyakit mata dan lain-lain isu kesihatan manusia dan dalam lain-lain spesis binatang dan tumbuhan.

Tetapi terdapat samarata penurunan kadar ozon secara global antara 1996 dan 2002, menurut satu kajian baru oleh Centre for Integrating Statistical and Environmental Science di University of Chicago.

Sementara itu adaalah berita baik, para saintis menggesa agar waspada. "Setengah dari kimia tersebut masih ada dalam stratosfera untuk berdekad lamanya, bermakna yang kimia yang dihasilkan bertahun-tahun lalu akan terus menjadi merbahaya untuk berdekad lamanya,? kata Sherwood Rowland, dalam satu kenyataan.

Rowland dan rakan-rakan Mario Molina dan Paul Crutzen telah menang Nobel Prize 1995 dalam Kimia kerana kerja mereka mengenalpasti ancaman pada lapisan ozon dalam tahun 1970.

Tetapi terdapat kebimbangan kerana Montreal Protocol membenarkan dilepaskan bahan yang mengurangkan ozon bagi kegunaan jangka pendek yang kritikal.

Sebagai contoh, methyl bromide sepatutnya sudah dihapuskan pada 1 Jan 2005. Walau bagaimananpun, penanam sayur dan buah-buahan Amerika menggunakan hampir 10 juta kg racun serangga kimia dalam tahun 2005 ? lebih banyak berbanding tahun 2002.

Amerika Syarikat telah meyakinkan parti dalam negara yang Protocol masih membenarkan kira-kira 8.5 juta kg methyl bromide dalam tahun 2006, lebih banyak dari seluruh dunia industri kesemuanya. Walaupun ada alternatif, methyl bromide murah dan mudah untuk digunakan.

Alternatif pada CFC, sementara itu, sudah digunakan di serata dunia, tetapi kerana ia lebih mahal terdapat pasaran gelap untuk penggunaan CFC sebagai penyejuk, fire suppressants dan pelarut industri.

Berjuta-juta pound CFC sudah diimport secara haram ke Amerika Syarikat. Walaupun masalah tersebut mungkin menurun, ia suatu ?asalah yang baru timbul terutama di Asia" menurut UN Environment Program (UNEP). Rantau tersebut masih mempunyai peralatan yang bergantung pada CFC, walaupun komitmen untuk mengurangkan penggunaan dan penghasilan gas-gas tersebut.

Di bawah Montreal Protocol, negara-negara membangun bersetuju mengurangkan pengambilan CFC ke 50 peratus pada Januari 2005, dan seterusnya menghentikan sepenuhnya penggunaannya pada Januari 2010.

Ini telah membawa kepada meningkatnya penyeludupan bahan tersebut dan melambatkan penggunaan bahan alternatif, lapor UNEP pada Januari.

Akhirnya, keadaan cuaca juga boleh menyebabkan kehilangan ozon di kawasan khutub. Artik mempunyai lebih sedikit dan lubang yang lebih kecil berbanding Antartika tetapi mengalami kehilangan paling besar pada musim sejuk lepas kerana keadaan sejuk yang keterlaluan.

Setengah pakar menyalahkan pertukaran iklim.

Sebaik saja permukaan Bumi menjadi panas, atmosfera yang atas menjadi semakin sejuk di kawasan khutub, mewujudkan keadaan yang sesuai bagi bahan kimia seperti CFC dan bromine memusnahkan ozon.

Walaupun banyak yang diketahui mengenai impak perubahan iklim di Artik, perkara yang sama juga boleh berlaku di Antartika, beritahu Claus Zehner, dari European Space Agency, di Itali.

Akhirnya, cuaca setempat dan sejauh mana Montreal Protocol dihormati seluruh dunia, akan menentukan, jika terdapat lubang-lubang ozon dalam separuh kedua abad ke 21, kata Zehner.

Apa yang pasti ialah dalam musim bunga di hemisfera selatan, penduduk Chile selatan dan Argentina, dan kemungkinan New Zealand dan Australia, perlu melindungi diri daripada terdedah kepada sinaran matahari yang merbahaya.

(Stephen Leahy ialah seorang koresponden IPS. Pertama kali diterbitkan pada 10 Sept oleh akhbar-akhbar Amerika Latin, sebahagian dari rangkaian Tierram?ica. Tierram?ica ialah khidmat pakar berita yang dihasilkan oleh IPS dengan sokongan United Nations Development Programme dan United Nations Environment Programme.)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2006 03:06 PM | Show all posts
Kesan Penipisan Lapisan Ozon:

Bertambahnya sinaran ultra ungu ke perrnukaan bumi - meningkatkan suhu bumi.
Penyakit spt katarak mata, kanser kulit.
Mengurangkan proses fotosentesis tumbuhan - karbon dioksida bertambah.
Memusnahkan sel mikro organisma / bakteria pada tumbuhan dan binatang menyebabkan tumbuhan / binatang mati.
Memusnahkan habitat rantaian makanan binatang apabila hutan musnah.
Berkurangnya hasil pengeluaran tanaman kerana penyakit dan pokok mati.
Membunuh sistem pelalian manusia dan binatang.
Peningkatan suhu rnenyebabkan pencairan ais / glesier - menyebabkan peningkata.n aras laut, isi padu air laut bertambah, kawasan rendah ditenggelarmi air / banjir + lokasi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 27-12-2006 02:52 PM
saje letak info di sini utk bacaan semua yg dtg ke board nie...nape? terutamanya pada sape2 yg kurang arif dlm bidang nie....itu sahaja niat saya.


tak... jgn. salah sangka niat saya.... cuma saya berpendapat if you bagi your own perception tentang ozon nie mungkin ramai yang boleh bertukar-tukar pendapat....
Kalau you bagi scholar punya artikel.... ramai orang boleh baca ajela ... no space to make arguments
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by redCeri^cet at 28-12-2006 02:22 PM
emm...bila ice artic tu cair bkn aje paras air laut naik, tp disrupt ocean current then atmosphere circulation..
so dlm sibuk2 kena cari tempat yg lebih tinggi , weather lak jd extreme,  
typhoon, hurricane etc...kat tmpt yg xsepatutnya
mcm day after tomorrow.....eii mcm na nk survive...

tidak...tidak...tidak... bila lebih banyak ice artic tu cair... ocean current di kawasan sejuk (ex. di lautan Artik, lautan Atlantik) akan bergerak lebih laju (mesti best penyu2-finding nemo)... mungkin waktu tu submarine merupakan pengankutan utama ...
bagi typhoon ataupun weather extreme yang berlaku... fenomenanya mesti lebih kurang "TIBA-TIBA". Kalau temperature dah prolong ataupun dah mixed... weather extreme no way to develop
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by eldorado at 27-12-2006 06:08 PM
kalau dah semua bongkah ais besar gedabak tue mencair alamatnyer...mmg paras air laut akan meninggi dan menenggelamkan segenap tempat yang rendah dan berdekatan dengan pantai...bencana yg bakal dtg ini lebih dasyhat dari Tsunami....


bagi saya dunia pernah mengalami zaman aisnya... bila hampir keseluruhan ais tu musnah/cair... adakah bumi juga tenggelam ???

'Sekadar renungan kita bersama..."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.073479 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list