|
Melihat komet McNaught di angkasa MalaysiaOleh: RAMLI ABDUL SAMAD
KOMET adalah sebahagian daripada anggota tatasuria kita. Mengikut ilmuwan astronomi komet atau dipanggil juga sebagai bintang berekor terdiri daripada gumpalan ais kotor. Gumpalan itu adalah campuran debu dan ais dan ia memiliki struktur berlubang dan rapuh. Komet menghuni di pinggir tatasuria.
Bahan-bahan kimia yang ada padanya adalah sama dengan bahan yang dibentuk daripada bahan lain dalam tatasuria.
Komet mengorbit matahari. Orbitnya berbentuk hiperbola. Semakin dekat ia menghampiri matahari, ekornya kelihatan semakin panjang. Panjang ekor komet boleh mencecah beribu-ribu juta kilometer malahan ada yang sepanjang jarak antara bumi-matahari. Akibat gaya graviti matahari ia bergerak menuju ke arahnya, ada di antaranya pula bergerak melintasi planet-planet.
Sejak tahun 1935 tiada lagi komet yang begitu dapat dilihat dengan mata kasar yakni tanpa memerlukan bantuan teleskop. Kali ini komet McNaught dapat dilihat di negara kita sebaik matahari terbenam di beberapa lokasi dengan syarat tiada awan yang melindung pandangan jalur yang ia sedang bergerak.
Ada di antara peminat astronomi negara kita telah bernasib baik kerana dapat melihat komet McNaught semasa mengamati langit senja akhir minggu lalu. Komet McNaught atau diberi nama C/2006 P1 kelihatan berekor panjang menjauhi matahari. Sesiapa yang belum sempat melihat masih ada dua hari lagi yang baik untuk memerhati objek langit ini. Komet ini kelihatan terang dalam tempoh itu.
Bayangkan terang bulan kita yang mengambang. Ilmuwan astronomi memberi tahap kecemerlangan bulan itu sebagai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|