CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3189|Reply: 0

Aterosklerosis

[Copy link]
Post time 6-2-2007 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Aterosklerosis
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

PROGRAM penjagaan kesihatan setiap orang sebenarnya bermula sejak hari pertama dilahirkan. Ia dimulakan dengan pemberian susu badan yang bukan saja menjadi makanan paling lengkap untuk bayi, malah membantu meningkatkan daya ketahanan badan.



Apabila beralih kepada makanan pepejal, bermulalah proses pengumpulan lemak badan, terutama di bawah kulit dan dalam salur darah.

Tabiat pemakanan yang kurang sihat boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah penyempitan salur darah atau aterosklerosis.

Aterosklerosis adalah jenis penyakit jantung paling lazim di dunia dan bermula pada awal kehidupan setiap orang. Yayasan Klinik Cleveland melaporkan, seorang daripada enam remaja berumur antara 12 hingga 19 mempunyai tanda jelas mengalami sakit jantung.

Sementara Kajian Jantung Bogalusta, Universiti Tulane di New Orleans, Amerika Syarikat mendapati, kanak-kanak semuda tiga tahun menunjukkan tanda penyempitan salur darah.

Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin, berkata pengumpulan lemak dalam salur darah bermula pada zaman kanak-kanak dan proses ini berterusan secara perlahan-lahan hinggalah meningkat dewasa.

Seandainya proses ini tidak dibendung, seseorang itu boleh mendapat penyakit jantung. Kajian juga mengesahkan, peningkatan tahap kolesterol ketika kecil memberi sumbangan besar kepada pembentukan aterosklerosis apabila seseorang itu dewasa.

揝emuanya bermula dengan tabiat pemakanan. Walaupun penyakit jantung turut dikaitkan dengan faktor keturunan, tabiat pemakanan memberi pengaruh besar. Di sinilah pentingnya ibu bapa mempelajari gaya pemakanan sihat, bukan untuk dirinya saja tetapi seisi keluarga.

揗asalahnya sekarang ialah gaya hidup rakyat Malaysia yang terlebih makan dan kurang bersenam. Gaya hidup ini turut diwarisi golongan muda, menyebabkan semakin ramai kanak-kanak mengalami masalah berlebihan berat badan dan obes,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.220269 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list