CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9518|Reply: 53

Mesej dari hamba Allah kpd ASWJ, Syiah dsb.

[Copy link]
UrangKita This user has been deleted
Post time 10-2-2007 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Salamun alaikum.

Kepada saudara yang dikasihi sekalian. Dapatlah kiranya sdr/ri meluangkan masa untuk membaca sesuatu dari seorang hamba Allah yang kerdil ini. Yang rasanya bermanfaat renungkanlah dan sebaliknya abaikan sahaja.

Saya telah membaca sebahagian artikel dalam laman ini (bab agama islam). Saya telah membaca hujah mereka yang berpegang hanya kepada Al Quran semata2 sebagai panduan dan hujah mereka yang berpegang Al Quran dan Hadis dalam sesuatu topik yang dibincangkan. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit info/input yang menjadi pegang/amalan saya. Tiada niat lain selain untuk sama2 dapat direnungkan. Moga ada manfaatnya.

Sebelum meneruskan bicara terlebih dahulu saya memperkatakan serba ringkas latar diri saya. Saya akui, saya bukanlah arif dalam bab2 agama ini. Belajar agama (secara formal) pun hanya sekerat jalan.

Selama ini saya beramal dan percaya apa yang telah saya pelajari dari guru2 agama, ceramah agama dari media dan yang lain berpandukan buku2 agama  yang ada dalam pasaran. Maksud saya ialah beramal dan percaya seperti kebanyakkan orang tanpa banyak soal (tunduk dan patuh) apa yang dipelajari.

Dipendekkan kisah, maka pada suatu hari ….. ada seorang rakan kerja (kristian) bertanyakan hal2 agama islam pada saya, katanya “betulkah islam macam ni, macam tu ……” dan banyaklah yang disoalkannya. Saya tanya balik kat dia “kat mana kau dapat cerita macam tu ? Jawabnya “saya ada beli dan lihat rakaman (vcd) seorang islam malayu masuk kristian yang dirakamkan di Sarawak”. Saya katakan padanya “beginilah saya tidak dapat menjawab soalan2 awak sekarang sebab saya pun belum tengok lagi cd tu macamana, apa kata awak pinjamkan saya, nanti saya jawablah mana-mana yang saya tahu”. Kawan tu menceritakan bahawa vcd tu tengah hangat dijual di Gereja setiap hari ahad dengan harga RM10.00 2 cd (pada masa tulah, sekarang ni x tahulah masih atau tidak vcd tu diedarkan, sikawan saya tu pun dah bersara). Salinan vcd tu pun saya dah serahkan kat seorang uztat untuk tindakan susulan.

Bersambung ……..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2007 01:06 PM | Show all posts
………..disambung

Berbalik ceta pasal vcd tu, bagi pendapat saya kandungan ceramah dalam vcd tu memang teruk dan berbau fitnah semata2, kepada mereka2 yang kurang ilmu pengetahuan tentang agama islam memang boleh cair dan murtab dibuatnya. Dilanjutkan ceta, saya pun menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam vcd tu mana-mana yang saya mampu dan sempat ketika itu dan saya telah serahkan jawapan saya kepada rakan tersebut dan begitu juga kepada beberapa rakan kristian yang lain.

Oleh kerana persoalan telah diajukan kepada saya maka menjadi tanggungjawab saya pula untuk menjelaskan mana2 yang termampu kepada rakan saya itu dan saya niatkan untuk menolong menegakkan agama Allah yang telah difitnah oleh mereka2 laknatullah. Detik daripada itu alhamdulillah sekarang saya telah mendapat kekuatan dan keyakinan yang bertambah dalam mentauhidkan agama Allah berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi SAW. Ini adalah hikmah di sebalik kejadian yang saya alami diatas. Dengannya juga saya telah rajin membuat rujukan Al quran disamping mencari ilmu2 agama islam dalam internet.

Akhirnya dengan takdir saya ditemukan Laman ebacaan.com. Laman tersebut telah membuka fikiran saya yang selama ini saya tidak hiraukan atau ambil kisah. Laman itu juga telah mengembalikan saya kepada Al Quran. Sebelumnya Al Quran hanya sebagai bacaan untuk mendapatkan pahala sahaja dan terutama musim puasa, masa lainnya duduk kat almari sahaja, adalah sekali sekala dikeluarkan jika rasa teringin membacanya lepas tu letak balik tanpa mengerti apa yang telah dibaca yang penting dapat pahala (ceteknya fikiran kan) sebabnya ialah itulah yang telah diajar dan kalau nak belajar agama banyak buku boleh jadi rujukan. Begitulah nasib Al Quran pada saya ketika itu.

Berbalik pada laman ebacaan, walaupun pada dasarnya banyak yang saya perolehi dan telah membuka minda saya牋tetapi dalam masa yang sama saya tetap mengambil Sunnah Nabi SAW sebagai panduan kedua saya. Pada saya Sunnah Nabi merupakan penjelasan atau penerapan dalam sesuatu amalan yang disyariatkan dalam Al Quran. Amalan mengikut Sunnah Nabi SAW ada disyariatkan dalam Al Quran. Apa2pun laman tersebut adalah penyebab kepada penghijrahan minda saya.

Bersambung ……..

[ Last edited by  UrangKita at 10-2-2007 01:22 PM ]
Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2007 01:09 PM | Show all posts
………..disambung

Pada saya, untuk mentauhidkan agama Allah saya telah menempatkan diri saya seperti Firman Allah dalam al Al Quran.

AQ 23. Al Mu'minuun/52- 54 . “Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).牋Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu (kiamat)”.

AQ 6. Al An'aam/ 159. Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu (Muhammad) kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat (kiamat).

Lihat juga AQ 6.65 dan 30.32

Pada saya, andaikata saya menempatkan diri saya dalam golongan ASWJ atau Syiah atau Wahabi dan lain-lainnya, maka secara tidak langsung saya menolak ayat Allah seperti diatas. Jika kita fahami ayat diatas, mana2 golongan yang wujud (Sunni, Syiah dan yang lainya) adalah sesat. Bila dah sesat sebanyak mana amalan, setinggi mana ilmu agama akan menjadi sia-sia. Dan orang yang sesat dengan mudah syaitan membisik-bisikan kata2 yang halus atau indah2 seolah-olah itulah kebenaran. Mereka yang bergologan, adakah mereka yakin bahwa mereka itulah yang satu golongan itu yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadisnya akan masuk syurga?

Pada saya, adakah pada zaman hayat Nabi SAW dan khalifah yang empat wujud golongan ASWJ, syiah dan sebagainya. Kalau ada, nabi dalam golongan mana? Kalau tiada, siapakah pengasas golongan2 ini. Adakah mereka ini mengikut Sunnah Nabi SAW yang tulin atau sebaliknya. Pada saya, pengikut Sunnah Nabi yang sebenar adalah mereka yang beragama tanpa golongan sebab nabi pun (klu nabi ada golongan maka bertentangan ayat diatas) tiada golongan, hanya Islam satu-satunya.

Jika kita rujuk semula firman Allah AQ 23. Al Mu'minuun/52- 54, maka terbuktilah apa yang berlaku pada hari ini dimana Sunnah, Syiah, Wahabi dsbnya asyik berbangga bahwa merekalah yang betul dan golongan lain sesat. Walhal mereka tidak sedar merekalah yang sebenarnya sesat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.

Bersambung ……..

[ Last edited by  UrangKita at 10-2-2007 01:22 PM ]
Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2007 01:11 PM | Show all posts
………..disambung

Dalam mengikuti Sunnah Nabi SAW saya berpandukan firman Allah ini pula.

AQ 33. Al Ahzab ayat 21. “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.

Disamping itu dalam mentaati Sunnah Nabi SAW saya mengikut garis panduan yang telah Allah tetapkan dalam Al Quran. Garis panduan yang Allah tetapkan pula seperti berikut.

1. Nabi SAW tidak tahu perkara ghaib kecuali yang diwahyukan.

6. Al An'aam/50 Katakanlah (Muhammad): Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"

Berdasarkan ayat Allah diatas dan banyak lagi seumpamanya, bahwa Nabi tidak tahu perkara ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja, maka mana2 hadis2/cerita ghaib seperti masa lampau, masa depan, alam kubur dan sebagainya yang tiada dalil/nas dalam Alquran adalah tertolak dengan sendirinya.

2. Nabi SAW dilarang mengada-ngadakan cerita selain Al Quran dalam penyampaian ajaran.

AQ 46. Al Ahqaaf/8. Bahkan mereka mengatakan: "Dia (Muhammad) telah mengada-adakannya (Al Quran)." Katakanlah: "Jika aku mengada-adakannya, maka kamu tiada mempunyai kuasa sedikitpun mempertahankan aku dari (azab) Allah itu. Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamu percakapkan tentang Al Quran itu. Cukuplah Dia menjadi saksi antaraku dan antaramu dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

69. Al Haaqqah/43-48. “Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami, niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya, Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorangpun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

Berdasarkan ayat Allah diatas, Nabi SAW dilarang mengada-ngadakan sesuatu selain dari yang diwahyukan sahaja. Maka mana2 hadis/riwayat yang tiada dalil/nas, tanpa sandaran dalam Alquran atau hadis yang bermula dengan perkataan “ firman Allah …..” adalah tertolak dengan sendirinya.


Pada saya, inilah akidah saya dalam mentauhidkan agamaNya dan mengikuti Sunnah RasulNya. Saya lebih rela menolak sesuatu yang dikatakan hadis yang saya sendiri tidak tahu kesahihannya daripada menolak satu huruf pun dalam Al Quran.

Semoga ada manfaat.

Yakinlah jika kita menolong agama Allah, Ansyallah Allah pasti akan menujukkan jalanNya.

Ciput dari hamba Allah.

Wallahu alam.

[ Last edited by  UrangKita at 10-2-2007 01:21 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 01:26 PM | Show all posts
Hehehe...rasanya anda tersesat masuk jalan ni kot? Pi kat atas nun dan mungkin puak2 anti-hadis atau pun engkar Sunnah yang mungkin boleh membenarkan kelentong anda ni.  
Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2007 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 10-2-2007 01:26 PM
Hehehe...rasanya anda tersesat masuk jalan ni kot? Pi kat atas nun dan mungkin puak2 anti-hadis atau pun engkar Sunnah yang mungkin boleh membenarkan kelentong anda ni.牋


Salam,

Terserah pada爌enilaian anda .... hanya Allah yg menjadi saksi. Kat mana kelentongnya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2007 02:00 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by UrangKita at 10-2-2007 01:11 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2007 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 10-2-2007 02:00 PM



hujah anda agak dangkal bila menunjukkan anda sendiri ingin menolak sesuatu hadis tanpa usul periksa,
yang menjadi bahaya sekarang ini ialah orang yang mentafsirkan hadis sendiri dan mem ...


Salam,

Terima kasih...

Saya tidaklah menolak sesuatu hadis membuta tuli, panduan saya untuk menilai satu2 hadis seperti dalil yang terdapat pada post saya yang ke 4.牋

Seperti爕ang爇ita爏edia爉aklum爏ekarang爄ni爐erlalu燽anyak燿ikatakan爃adis燿haif,爌alsu,爉audhu,燼had燿an爏ebagainya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2007 02:40 PM | Show all posts
Sdra urangkita,

Kebenaran itu hanya satu, ia bukan dua, bukan tiga, bukan 5 atau bukan 10, ia hanya SATU.....mencari KEBENARAN itu wajib tetapi TIDAK mudah. Jalannya sangat sulit tetapi ada org yg Allah SWT permudahkan.

Penghalang dalam mencari kebenaran adalah rasa EGO dalam diri.

Bila hati tunduk merasakan diri serba lemah dan penuh kekurangan, barulah akal dapat diwaraskan dan berfikir dengan tepat.
Jika hati masih dipenuhi dengan ketaksuban kepada akal sendiri, maka kosonglah hatil utk kenal jalan kebenaran...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 03:19 PM | Show all posts
Jalan untuk menilai hadis itu sahih atau mauduk atau hasan dan sebagainya

banyak bergantung kepada sanad hadis itu sendiri wahai orang kita.

Yang penting sekali  ialah ILMU saudara urangkita

Dengan ilmulah kita akan diberi petunjuk oleh Allah

Banyakkan berguru dari hanya membaca sesuatu,

Kerana semua imam2 tersebut mempunyai ramai guru masing2,

dalam quran Allah ada berfirman

"tanyalah orang lebih mahir jikalau kamu tidak mengetahui"

wallahualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 05:28 PM | Show all posts
la...iklan GAH ropanya........ ingatkan apa tadi...!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 01:31 AM | Show all posts
urang kita ni bermazhab apa ye?

atau pun urang kita bermazhab LA MAZHABI?

maaf kalau saya bertanya soalan sensitif,
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 12-2-2007 01:31 AM
urang kita ni bermazhab apa ye?

atau pun urang kita bermazhab LA MAZHABI?

maaf kalau saya bertanya soalan sensitif,


LA MAZHABI ni pun ada pecahannya. Antara golongan yang tidak mengaku bermazhab ialah,,,
1. Wahabi
2. Golongan Anti-Hadis
3. Golongan Ayah Pin

Termasuklah juga golongan Sisters-in -Islam yang menyokong mufti Perlis baru-baru ini.

Urang awak ni termasuk golongan mana yer?
Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 12-2-2007 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 10-2-2007 01:26 PM
Hehehe...rasanya anda tersesat masuk jalan ni kot? Pi kat atas nun dan mungkin puak2 anti-hadis atau pun engkar Sunnah yang mungkin boleh membenarkan kelentong anda ni.牋


Salam,

Jangan cepat jatuhkan hukuman. Nampak sangat anda terlalu prejudis. Adakah anda maksudkan cara “Salam” yang saya ucapkan.

Jika anda baca keseluruhan artikel tu, pasti anda akan terbaca perkataan “membuka minda”.

Saya bukan manusia jenis menerima sesuatu tanpa usul periksa. Saya dah semak Al Quran dan terbukti “salamun alaikum” adalah ucapan salam untuk manusia (maklukNya) manakala “Assalamualaikum” adalah ucapan salam untuk Allah. Bila pengetahuan (ilmu) datang pada saya dan ternyata pengetahuan itu adalah satu kebenaran, adakah saya perlu abaikan begitu sahaja. Dalam hal ini saya tidak mahu seperti yang Nabi SAW rintih/keluhkan dalam Al Quran.

AQ 25. Al Furqaan/30. Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan (dipedulikan)."

Adakah kita perlu berlaku sombong ………. Hanya manusia sombong sahaja yang tidak menghiraukan bila kebenaran datang kepadanya.

Wallahu alam.
Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 12-2-2007 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 10-2-2007 02:40 PM
Sdra urangkita,

Kebenaran itu hanya satu, ia bukan dua, bukan tiga, bukan 5 atau bukan 10, ia hanya SATU.....mencari KEBENARAN itu wajib tetapi TIDAK mudah. Jalannya sangat sulit tetapi ada o ...


Salam,

Terima kasih….

Ya, kebenaran itu hanya satu tiada dua tiganya. Sebab itulah saya telah menempatkan diri saya seperti ini.


AQ 23. Al Mu'minuun/52- 54 . “Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).  Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu (kiamat)”.

Lihat juga AQ 6.65, 6.159 dan 30.32

Seandainya ayat2 diatas tiada, sudah tentu saya berbangga berada dalam golongan ASWJ seperti sebelumnya.


Dan seandainya firman Allah ini tiada, sudah tentu saya menolak Sunnah Nabi SAW tapi ayat ini menghalang saya berbuat demikian.

AQ 33. Al Ahzab ayat 21. “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”

TETAPI berpandukan firman Allah ini pula.



6. Al An'aam/50 Katakanlah (Muhammad): Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"

DAN

69. Al Haaqqah/43-48. “Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami, niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya, Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorangpun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

Wallahu alam.
Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 12-2-2007 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 10-2-2007 03:19 PM
Jalan untuk menilai hadis itu sahih atau mauduk atau hasan dan sebagainya

banyak bergantung kepada sanad hadis itu sendiri wahai orang kita.

Yang penting sekali牋ialah ILMU saudara urangkit ...


Salam,

Terima kasih….

Saya hargai nasihat anda … tapi boleh tak kongsikan pendapat anda atau apa yang anda faham berkenaan ayat Allah ini.

6. Al An'aam/50 Katakanlah (Muhammad): Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?

DAN

AQ 46. Al Ahqaaf/8. Bahkan mereka mengatakan: "Dia (Muhammad) telah mengada-adakannya (Al Quran)." Katakanlah: "Jika aku mengada-adakannya, maka kamu tiada mempunyai kuasa sedikitpun mempertahankan aku dari (azab) Allah itu. Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamu percakapkan tentang Al Quran itu. Cukuplah Dia menjadi saksi antaraku dan antaramu dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

ATAU

69. Al Haaqqah/43-48. “Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami, niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya, Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorangpun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu. Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

Semoga penjelasan anda dapat membantu saya yang jahil agama ini.

Wallahu alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 12-2-2007 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by Hang at 10-2-2007 05:28 PM
la...iklan GAH ropanya........ ingatkan apa tadi...!



Salam,

Tolong rujuk post no. 4, sebelum menjatuhkan hukum. Janganlah anda SOMBONG dengan ILMU anda. KESOMBONGAN anda tidak membawa kebaikan kepada diri anda dan orang lain.

Alangkah cantiknya jika anda memberi pandangan anda. Boleh juga saya direnungkan……..

Wallahu Alam.
Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 12-2-2007 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 12-2-2007 01:31 AM
urang kita ni bermazhab apa ye?

atau pun urang kita bermazhab LA MAZHABI?

maaf kalau saya bertanya soalan sensitif,


Salam,

Wajibkah kita bermazhab?
Kat mana dalilNya?
Apasal mazhab yang ada boleh plak tukar2 jika tidak sesuai dengan sesuatu perkara tidak NGAM?
Nabi SAW mazhab apa yea …… ?

Maaflah saya ni jahil agama .. ambil galah tolong jolokan.

Wallahu alam.

Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 12-2-2007 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 12-2-2007 09:02 AM


LA MAZHABI ni pun ada pecahannya. Antara golongan yang tidak mengaku bermazhab ialah,,,
1. Wahabi
2. Golongan Anti-Hadis
3. Golongan Ayah Pin

Termasuklah juga golongan Sisters-in -Isl ...


Salam,

Renungkanlah Firman Allah Ini, Anda Akan Menemukan Jawapan Saya .........

AQ 23. Al Mu'minuun/52- 54 . “Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).  Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu (kiamat)”.

AQ 6. Al An'aam/ 159. Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu (Muhammad) kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat (kiamat).

Lihat juga AQ 6.65 dan 30.32

AQ 33. Al Ahzab ayat 21. “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”.

Wallahu Alam.
Reply

Use magic Report

UrangKita This user has been deleted
 Author| Post time 12-2-2007 11:36 AM | Show all posts
Salam,

Untuk kita renungkan.

Salah satu dakwaan dan fitnah Melayu Murtab dalam ceramah tersebut lebih kurang berbunyi begini ….. “ … tatapi malaikat orang islam itu takut anjing, sebab itu orang melayu tidak boleh bela anjing, nanti kalau malaikatnya terbang turun dari syurga bawa berkat, mau masuk ke pintu rumah, tiba2 anjingnya ergggg……. tercicir berkatnya terus lari malaikatnya.. jadi tak  boleh bela anjing. Yang seterusnya malaikatnya itu rabun malam… malam2 tak nampak, jadi tujuh hari sebelum hari raya, orang melayu pasang pelita iaitu malam tujuh lekur sebab dikatakan malam itu, turun berkat, semua pasang pelita, kalau tidak malaikat itu salah mendarat, berkatnya tak sampai sebab malaikatnya terlanggar tiang elektriklah konon2nya (semua tertawa terbahak2). Jadi banyak sangat yang pelik2 mereka amalkan …….”

Jawaban saya begini, ditangan lelaki M itu, ada Al Quran, mengapa dia tidak buka dan buktikan disurah mana dakwaannya itu, setakat cakap sahaja siapapun boleh bercakap.

Kesimpulanya kita umat islam kena berfikir dan menilai sendiri dari mana sumber dakwaan爉ereka itu. Adakah dari kepercayaan kita atau amalan kita pada hari ini sehingga sewenang2nya mereka memutar belikkan.

Wallahu alam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.070591 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list