CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6880|Reply: 7

Tapak tangan kering atau basah / lembap?

[Copy link]
Post time 16-2-2007 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Apabila bersalam dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.                                                                                                                           
Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?. Berkenaan gaya bersalam, insya-Allah akan saya kupas pada satu masa lain. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab.                                                         
  Pada kira-kira lebih sepuluh tahun lalu, arwah guru saya mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.                                                                                                                                                                 
Begitulah cantiknya kejadian Allah. Melalui kaedah ini , seseorang rakan mudah mengetahui sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.                                                                                                        
Kira-kira beberapa bulan lalau di TV3, saya menonton satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah.   
Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.                                                                                                                                
Pada 19 Jan 2007 yang lalu, saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu, air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes ini jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Basah adalah menggambarkan tidak sihat.                                                                                                                                 
Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah berhenti amalkan pemakanan yang tidak sihat ini.                                                                                                                                                            
Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??                                                                                                                                                         
Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.                                                                                                                    
Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu, pengambilan fast food dan sebagainya.   
Wallahualam  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 03:57 PM | Show all posts
kalau tapak tangan basah & panas....hyperthyroid
kalau tapak tangan basah & sejuk....anxiety
kalau tapak tangan kering &panas....demam
kalau tapak tangan kering & sejuk...kena aircond (demam pun boleh juga)
kalau tapak tangan sentiasa berpeluh...hyperhydrosis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 03:59 PM | Show all posts
kalau tapak tgn gatal, nak dpt duit kot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 06:41 PM | Show all posts

Reply #3 shahx's post

Kalau tapak tangan kanan gatal=nak dapat duit
Kalau tapak tangan kiri gatal=nak keluar duit (orang mintak utang kot?)
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 04:46 PM | Show all posts
aku pun ader tgk rancangan TV3 tu..medic TV. sbnrnyer aku alergik sket ngn rancangan tu sbb aku ni 'lemah semangat' tp aku tgk jugak sbb nk tau aper punca nyer.
dlm family aku ader 2 org yg mengalami mslh tu..
adik aku yg no 3 n cousin aku.
adik aku ni tak serius sgt..tapak tangan dia lembab jer tp cousin aku ni serius skit..
sepanjang ms basah..n menggangu kerja2 harian dia la..
aku dah lama terpk kenapa tp tak buat research lak psl benda ni..
based on aper yg doc tu ckp..kelenjar peluh atau aper tah tp kelenjar la yg perlu dibuang..
ader yg kat bwh ketiak n kat mana lg tak tau la depends on pesakit tu..

bila aku bc explaination ko ni..
buat aku risau giler psl adik aku..
patut ker aku bwk dia p checkup??
kalau ko tak keberatan, maybe ko blh kongsikan kat thread ni cr menjaga kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup yg ko citer kat atas tu..
at least blh la kita sama2 manfaatkannyer..
harap2 ko sudi la berkongsi ngan kami di forum ni:pray:
tq :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by shahx at 16-2-2007 03:36 PM
Apabila bersalam dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada y ...

Thanks for the useful info.. :hatdown:

Well.. saya memang suka makan junk food, fast food & mandi malam..

Tp kan..爐elapak tangan saya memang agak berpeluh sikit.. tp ianya hangat.. so it's a combination of both.. camner yek? Ehehehe..

Btw.. sy suka kalau bersalam dgn org yg telapak tangannya kering & sejuk..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2007 02:59 PM | Show all posts

Reply #5 shax's post

Kalau ramai dlm keluarga mengalami masalah yg serupa...maknanya keturunan jadi puncanya. Rawatan nya ada pelbagai cara..

1. iontophoresis...kaedah ini menggunakan tenaga letrik yg lemah (bateri) utk mematikan kilang peloh dibawah kulit

2. Botox boleh digunakan dlm kes hyperhidrosis ni dengan cara membuat suntikan pada saraf yg mengawal kilang peloh tersebut

3. anticholenergic drug saperti robinul

4. Pembedahan..yg dipanggil endoscopic thoracic sympathectomy..cara ini boleh mengurangkan peloh pd tapak tangan secara kekal
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 09:24 AM | Show all posts

Reply #7 zerozone's post

byk nyer cara..kos nyer pun mesti tinggi jugak yerk??
anyway thanks zerozone for the info..
tp dua org jer dlm family yg kena cm tu..
yg lain sumer normal..
aku interested dgn cara shahx kita..
adik aku mmg tak mkn sgt junk food, jarang mandi mlm, kitaorg jarang mkn fast food cuma kerap minum air batu jer..
penjagaan kesihatan seperti bersukan atau riadah2 lain mmg kami selalu buat..normally every weekend..
that's why aku hrp shahx dpt kongsi tips2 yg boleh memulihkan keadaan ini..
atau tips2 tu tak boleh dikongsi secara umum aku tak tau la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048291 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list