CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7854|Reply: 16

isteri nabi-- KHADIJAH BUKAN UMUR 40.. betul ke?

[Copy link]
Post time 21-2-2007 03:37 PM | Show all posts |Read mode
isteri nabi-- KHADIJAH BUKAN UMUR 40.. betul ke?

Pendapat Siti Khadijah berumur 40 adalah berasal daripada Sirah Ibnu
> Hisyam. Dan kita dan "ustad-ustad kita" mengambil pakai fakta itu
> tanpa menyemak, begitulah kita diajar sejak zaman persekolahan lagi.
>
> Namun, di peringkat sekolah kita tidak diberitahu "secara jujur" oleh
> buku atau sistem pendidikan tersebut bahawa terdapat pelbagai pendapat
> tentang umur Siti Khatijah r.a. Ada yang berpendapat bahawa beliau
> berusia 35, 27 dan 25 semasa mengahwini Nabi r.a.. Perkara ini tidak
> pernah diketengahkan untuk memberi kita pilihan untuk menilai semula
> fakta sejarah.
>
> Pendapat yang paling sahih adalah dari Ibnu Katsir, seorang tokoh
> sejarah Islam yang besar, bahwa beliau Siti Khadtijah r.a. wafat pada
> usia 50. Dan memandangkan semua ahli sejarah, ahli hadith, ahli fekah
> bersependapat beliau hidup bersama nabi selama 25 tahun.
>
> Jadi, 50 - 25 = 25, Beliau berusia 25 semasa mengahwini Nabi s.a.w,
> bukannya 40 tahun seperti dakwaan Rosnah Mat Aris.
>
> Kesimpulannya, ada hikmahnya Rosnah Mat Aris terlepas cakap, jika
> tidak, isu ini mungkin tidak timbul. Kedua, wanita yang dah berumur
> lepas ni jangan guna alasan Siti Khadtijah r.a. untuk bercinta dengan
> lelaki yang lebih muda, perkara itu tidak pernah berlaku.

* camne nih??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 08:08 PM | Show all posts
Kalau tak silap ada yang kata 35. Yang majoriti berpendapat 40.  Kalau 25 pulak tak pernah dengar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:24 PM | Show all posts
Kebanyakan ulama Sunnah berpegang pd pendapat Ibnu Hisyam, yakni Ummul Muqminin Khadijah binti Khuwaylid berumur 40 tahun tika mengahwini Rasulullah.

Sebaik2nya, bg mengelak perpecahan atau kekeliruan dikalangan masyarakat Sunnah, kita berpegang pd pendapat ini.

Biarlah intelektual Sunnah dikalangan alim ulama yg pakar ttg Sirah menentukan persoalan ini seadanya.

Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 21-2-2007 03:37 PM
Pendapat yang paling sahih adalah dari Ibnu Katsir, seorang tokoh
> sejarah Islam yang besar, bahwa beliau Siti Khadtijah r.a. wafat pada
> usia 50. Dan memandangkan semua ahli sejarah, ahli hadith, ahli fekah
> bersependapat beliau hidup bersama nabi selama 25 tahun   


ko orang pastikah siti Khadijah hidup dengan Rasululah selama 25 tahun? Atau pun selama 15 tahun? Atau pun 10 tahun?

Aku tetap berpegang beliau berkahwin dengan Rasululah semasa umur 40 tahun. Jadi jangka masa beliau bersama dengan Rasululah mungkin hanya selama 10 tahun. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:43 PM | Show all posts
Aku rasa tak salah kalau kita membicarakan dan re-evaluate balik kisah nie samada benar atau ditokok tambah. Hikayat mengenai umor Khadijah r.a. ketika mangahwini baginda SAW ada pelbagai versi yang berlainan. Kalau konfem beliau berkahwin dengan baginda SAW ketika berumur 40 tahun kenapa banyak riwayat yang menyatakan sebaliknya?

Lagipun aku rase tak salah kalau kita bicarakan soal nie...takkan terkeluar dari syahadah kalau kita dapat menilai dan mengkaji balik kisah nie. Lagipun dah ramai para orientalis menggunakan kisah ini dan kisah Aisyah r.a. untuk memburukkan Nabi SAW.

Untuk permulaan mungkin kita boleh mulakan di sini.

PERBAHASAN TENTANG USIA SEBENAR KHADIJAH R.A. SEMASA BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH S.A.W.

   Dikatakan bahawa Ummul Mu抦inin Saidatina Khadijah r.a. berumur  40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.  Ia adalah suatu riwayat yang yang  tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah  percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua.  Dalam usia lanjut , beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a.  telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.
      
       Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin 慉id Makhzumi. Daripadanya  dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah  sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam.  (Seerat-un-Nabi , Jilid II, m/s 402).

     Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal.  Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila  melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas  bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti  ini, mereka mengambil kesempatan untuk  mencemuh Islam.

Namun begitu, ulama kita sebaliknya  menganggap kejadian ini  sebagai 憇atu mukjizat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 07:25 PM | Show all posts
Originally posted by Ayun_Maiden at 21-2-2007 09:30 PM

Aku tetap berpegang beliau berkahwin dengan Rasululah semasa umur 40 tahun. Jadi jangka masa beliau bersama dengan Rasululah mungkin hanya selama 10 tahun. Wallahualam.


:setuju:  Mana sama orang yang belajar ugama dengan orang yang main hentam saja. ilmu pun cuma dapat dari internet saja!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #6 BatuApi's post

Apa yang tak sama???

saya pun banyak belajar dari internet..lepas tu rujuk pada guru-guru agama. baru-baru ni juga saya sudah menemui guru agama (dari semenanjung) yang menyatakan umur khatijah sebenarnya ialah 25 tahun dan bukannya 40 tahun...

bagi saya tak kira dari mana kita dapat ilmu itu, dari internet kah, dari buku kah, dari tok gurukah atau dari sesiapa sahaja. asalkan kita dapat menilainya dan mencari kebenarannya...bukan mengikut sahaja. lagi bagus kalau ada pembimbing dalam usaha kita mencari..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:35 AM | Show all posts

Reply #4 Ayun_Maiden's post

maka pendapat kamu berapa lama? memandangkan kamu sudah mempunyai keputusan yang teguh!

berdasarkan kata kamu mungkin 10 tahun bersama Nabi Muhammad, dimana dengan Siti Khatijah dia mendapat 7 atau 8 orang anak..... itu tidak dikira dengan anak tiri. ini bermakna kalau dikira secara padat...siti khatijah mengandung selama 7 tahun(@ 8 tahun) dan 3 tahun lagi tidak bukan mengandung (anggaran secara berturutan).

tahu tak umur setiap anak Rasulullah swt?

berdasarkan mungkin iaitu andaian kamu, terus kamu berteguh pada umur 40 tahun sedangkan ada pendapat lain membuktikan sebaliknya. bukankah ia memperlihatkan kamu sebagai muslim yang mengikut apa yang telah diajar ketika kecil, tanpa mempertimbangan kemungkinan lain.

pertibangkan dahulu pendapat lain, baru lah buat keputusan. jika masih berteguh pada umur 40 tahun, saya juga ingin tahu mengapa kerana mungkin ada sesuatu pendapat dari kamu boleh saya pelajari...jika hanya jawapan.. kerana orang tu kata begini atau begitu..maaflah saya tak berminat.

[ Last edited by  GasTrick at 23-2-2007 11:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 03:07 PM | Show all posts

Reply #8 GasTrick's post

Sebagai muslim, kita telah diajar tidak menerima sesuatu secara taklid atau membuta sahaja..kita digalakkan berfikir dan menganalisa bukan dengan hanya duduk dan menerima suapan dari guru-guru tanpa sedikit pun rasa ingin menyoal atau bertanya.

Inilah mentaliti kita orang Melayu..bila belajar tak nak bertanya..kita anggap semua yang diajar oleh guru-guru sebagai benar belaka dan kita rase selamat sebab guru kita bagitau begitu dan kita pun mengangguk menerimanya sedangkan para orientalis menggunakan cerita ini untuk menghina Nabi SAW namun kita masih tegus dengan pendirian kita..bukan sebab kita betul, tapi sebab kita ego.

Kalau riwayat tentang umur Khadijah r.a. ketika bernikah dengan Nabi SAW ade contradictions, bukankah menjadi tanggungjawab kita untuk kaji balik kisah tersebut?

Lagipun aku rase aku tak wajib mengimani yang Nabi SAW kahwin dengan Khadijah r.a. ketika beliau berumur 40 tahun sebab itu bukannya termasuk dalam Rukun Islam atau Rukun Iman. Malah, aku rase kita kena bincang balik semula tentang hal nie dengan lebih mendalam.

[ Last edited by  rurouni_khairul at 23-2-2007 03:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 06:53 AM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 23-2-2007 11:35 AM
bukankah ia memperlihatkan kamu sebagai muslim yang mengikut apa yang telah diajar ketika kecil, tanpa mempertimbangan kemungkinan lain.


memang sifat kita payah nak terima benda yg kita dah diajar sejak kecil. tetiba baru tau ada maklumat lain utk kita fikirkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 06:57 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 23-2-2007 03:07 PM
Sebagai muslim, kita telah diajar tidak menerima sesuatu secara taklid atau membuta sahaja..kita digalakkan berfikir dan menganalisa bukan dengan hanya duduk dan menerima suapan dari guru-guru tanpa sedikit pun rasa ingin menyoal atau bertanya.

Inilah mentaliti kita orang Melayu..bila belajar tak nak bertanya..kita anggap semua yang diajar oleh guru-guru sebagai benar belaka dan kita rase selamat sebab guru kita bagitau begitu dan kita pun mengangguk menerimanya  


i like this one..... "hanya duduk dan menerima suapan dari guru-guru tanpa sedikit pun rasa ingin menyoal atau bertanya."  

memang murid-murid zaman dulu tak digalakkan bertanya, nanti dikata lawan tok guru. berbanding dgn student zaman sekarang, lebih aktif, lebih byk bertanya......so cikgu2 terpaksalah buat homework lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 07:18 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 23-2-2007 03:07 PM

Lagipun aku rase aku tak wajib mengimani yang Nabi SAW kahwin dengan Khadijah r.a. ketika beliau berumur 40 tahun sebab itu bukannya termasuk dalam Rukun Islam atau Rukun Iman. Malah, aku rase kita kena bincang balik semula tentang hal nie dengan lebih mendalam.

...


Habsi ko rasa nak mengimani Nabi kahwin dengan sapa? Bagus benar jika ada perbezaan pendapat untuk menambah ilmu. Ini lebih baik dari mentaliti sikap menerima bulat2 apa yang Tuan Guru cakap.Tetapi cukupkah sekadar itu untuk memperbaiki masyarakat yang sudah rosak akhlaknya .

Serta sejauh mana aku boleh menerima pendapat ko orang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 08:03 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 24-2-2007 06:57 AM


i like this one..... "hanya duduk dan menerima suapan dari guru-guru tanpa sedikit pun rasa ingin menyoal atau bertanya."  

memang murid-murid zaman dulu tak digalakkan bertanya ...


Pada aku fenomena nie cuma berlaku kat orang Melayu Islam ajer...kat belah Timur Tengah atau barat anak-anak murid rajin bertanya dan aktif dalam pembelajaran. Tengok je la mase zaman kita sekolah..berapa kerat aje anak murid angkat tangan bila cikgu tanye 'Ade soalan?'

Originally posted by pang5Islam at 24-2-2007 07:18 AM


Habsi ko rasa nak mengimani Nabi kahwin dengan sapa? Bagus benar jika ada perbezaan pendapat untuk menambah ilmu. Ini lebih baik dari mentaliti sikap menerima bulat2 apa yang Tuan Guru cakap ...


Sebenarnya camni maksud aku..soal Nabi SAW kahwin dengan Khadijah r.a. pada umur 40 bukanlah sesuatu yang wajib diimani oleh setiap muslim sebab ia bukan soal akidah tapi lebih kepada soal sejarah atau sirah Nabawiyah. Ia sesuatu yang bersifat 'variable' atau boleh ubah berdasarkan penemuan kajian terkini atau penemuan sejarah terbaru. Tapi dalam soal akidah dan hukum hakam memang bersifat static atau tak boleh ubah sebab itu hukum Allah SWT..manusia tak boleh ubah.

Cube ko bace balik artikel yang aku post tuh dan buka minda sekejap dan fikirkan kebarangkalian adakah cerita mengenai perkahwinan Rasullulah SAW yang selama ini kita dengar ade sedikit kekhilafan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 04:21 PM | Show all posts

Reply #12 pang5Islam's post

pilih lah yang benar.....

setakat ini rasenya bukanlah bertujuan untuk memaksa mana-mana pihak terima mana2 pendapat. cuma nak tahu apa yang dipegang teguh dalam hati baik kamu, forumner lain mahupun saya sendiri sebanarnya berdasarkan apa... adakah perkara yang bulat-bulat diterima atau yang difiikirkan..jika difikirkan pasti ada asas yang memperkukuhkan pegangan itu...dan asas itu boleh kita bincang sama-sama.

apa yang dibincang kini tidaklah mampu mengubah apa-apa yang sudah rosak kini, tetapi sekurang-kurangnya kini memelihara diri kita dari pegangan yang tak berasas. jika kamu masih rase pendirian kamu benar walaupun tidak berasas maka carilah asas yang mengukuhkan pandangan kamu itu...pastu berkongsi supaya kami boleh belajar...jika asas itu kukuh ia pasti diterima orang lain yang berilmu dan berfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 11:28 AM | Show all posts
Siti Khadijah isteri Rasulullah

DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)

SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani.

Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.

Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci.

Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun.

Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.

Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.

Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda.

Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya.

Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.

Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira.

Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.

Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah.

- Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: edusb@streamyx. com.

PENGAJARAN

* Sebagai isteri yang solehah, si isteri hendaklah sentiasa menghormati, setia, taat dan patuh kepada suami kerana syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami.

PERBENDAHARAAN KATA

tarbiah: pendidikan atau pengasuhan.

bermunajat: mendekati atau mendampingi Allah dengan cara berdoa, berzikir dan lain-lain.

tawaf: mengelilingi Kaabah.

INFORMASI

* Nama penuh Siti Khadijah iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, yang tergolong daripada golongan bangsawan dan ternama di Mekah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 09:48 AM | Show all posts
Iqra: Keistimewaan Khadijah di sisi Rasulullah

Judul: Khadijah Cinta Abadi Kekasih Nabi
Penulis: Dr Muhammad Abduh Yamani
Penerbit: PTS Islamika PTS Publications and Distributors Sdn Bhd
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM36 (Semenanjung Malaysia), RM39 (Sabah/Sarawak)

KHADIJAH binti Khuwailid adalah perempuan yang layak mendapat apresiasi mulia daripada Muslim dan Muslimah terhadap apa yang dipersembahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah Ummul Mukminin pertama yang berdiri di samping Nabi Muhammad SAW, menyokong, membimbing dan menyerahkan segala dimiliki bagi membantu perjuangan Baginda.

Wanita mulia ini tabah mendampingi Rasulullah SAW menghadapi seksaan dan kezaliman kaum Quraisy. Beliau mendampingi Rasulullah dan turut berasakan penderitaan akibat pemulauan dilancarkan kaum Quraisy.

Istimewanya Khadijah dapat dihayati melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku di kala orang lain mengingkariku, dia membenarkanku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku di kala orang lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya kala aku tidak dapat daripada perempuan lain (isteri-isteriku)."

Buku Khadijah Cinta Abadi Kekasih Nabi hasil karya Dr Muhammad Abduh Yamani menceritakan kisah hidup Khadijah, sejarah pancaran sinar kemuliaan bagi wanita mulia dan istimewa dalam hidup Rasulullah SAW.

Wanita pertama memeluk Islam itu dianugerahi Allah reputasi harum, perjalanan hidup istimewa, kecerdasan intelektual dan semangat tinggi. Beliau adalah insan pertama membenarkan, memperteguhkan dan mendampingi Rasulullah SAW.

Bab pertama buku berkulit keras dengan gambar sekuntum mawar kuning itu mengajak pembaca mengenali wanita agung ini secara selayang pandang sebelum diikuti dengan bab yang memberi jawapan kepada persoalan kenapa Khadijah yang dipilih menjadi pasangan Nabi Muhammad.

Mengapa Nabi Muhammad SAW memilih Khadijah yang jauh lebih tua daripada Baginda turut diceritakan kerana masih ada yang tertanya dengan niat baik dan tidak kurang cuba menimbulkan persepsi negatif.

Malah, orientalis yang bencikan Islam mengatakan alasan Rasulullah SAW memilih Khadijah kerana Baginda ingin mengaut harta dimiliki wanita hartawan itu. Perkara itu dibidas Dr Muhammad yang mematikan tanggapan bahawa harta bukan sebab Rasulullah SAW berkahwin dengan Khadijah.

Walaupun Khadijah adalah nama hebat dalam sejarah umat Islam, namun masih banyak yang belum diketahui mengenainya kecuali kedudukannya sebagai isteri pertama Rasulullah SAW. Sebagai wanita biasa hidup senang, Khadijah ikhlas meninggalkan keselesaan demi berdiri teguh di sisi suami baik semasa suka mahupun di saat getir.

Beliau reda dengan ketetapan Allah dan itulah kedudukan Khadijah, kedudukan di sisi Allah dan Rasulullah SAW yang tidak dapat dimiliki perempuan lain.

Hakikatnya, banyak lagi kisah menarik yang boleh menjadi inspirasi kepada wanita Islam hari ini terutama keimanan kepada Allah dan kepercayaan kepada Rasul-Nya selain kekuatan hati sebagai ibu dan wanita apabila berhadapan dugaan dunia.

Bagi isteri hari ini, pastinya berharap cinta yang suami mereka seperti cinta Rasulullah SAW terhadap Khadijah, tokoh wanita yang bertempat di hati Baginda. Rasulullah SAW memulihara cintanya kerana itulah Baginda sentiasa menyebut di hadapan semua isterinya.

Tahun kematian Khadijah dikenal sebagai tahun kesedihan dan pada tahun itu juga bapa saudara yang banyak membela Baginda SAW, Abu Talib, meninggal dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2008 11:15 PM | Show all posts
x silap byk aku dgr isteri nabi khatijah tua lebih dr nabi 20thn la..
kalu sy silap tolong tego
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.082772 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list