CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70946|Reply: 187

[MERGED] All about Delexia / Disleksia

[Copy link]
Post time 25-2-2007 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Kesihatan Anak: Sindrom lambat membaca
Oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman

BIASANYA kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu?

Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

Rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting bagi kanak-kanak terbabit.

Presiden Persatuan Kanak-Kanak Disleksia Wilayah Persekutuan, Sariah Amirin, berkata sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain.

"Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia.

"Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.

"Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja," katanya.

Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelewatan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu.

"Tiada ujian tunggal yang dilakukan untuk mengenal pasti disleksia. Penilaian diagnosis yang dilakukan adalah berkaitan dengan perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan pancaindera dan sejarah perubatan keluarga.

"Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah sosiol atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka," katanya.

Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.

Sariah berkata, rawatan pemulihan bagi kanak-kanak ini adalah melalui program pengajaran yang bersesuaian.

Katanya, pengajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembacaan mereka.

"Anda boleh membantu dengan cara membacakan buku kepada mereka bagi membantu mereka menyebut sesuatu huruf itu dengan baik.

"Bagi mereka yang tidak boleh membaca, sesi pengajaran mesti dilakukan dalam jumlah kumpulan yang kecil setiap minggu. Selain itu, sokongan keluarga adalah peluang paling besar bagi menyembuhkan disleksia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2007 04:42 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Anak sulung saya berumur 8 thn, dia belum fasih membaca. saya ada membaca tentang diskelsia dlm majalah dan mendapati anak saya mempunyai kesemua ciri-ciri yg dibincangkan. tetapi macam mana saya nak sahkan dia disleksia,
Reply

Use magic Report

amzoel This user has been deleted
Post time 6-3-2007 06:45 AM | Show all posts

Reply #2 dobot's post

dobot, saya di UK sekarang dalam proses untuk melanjutkan pelajaran, dan amat berminat dlm membuat research dlm bahagian dyslexia (insyaAllah, jika ada rezeki scholarship). Saya harap link2 di bawah ini dpt membantu ya.

http://www.srirafelsia.com/parents/guidebook.php
http://www.thelearningsociety.com/en/index_en.aspx
http://www.dyslexia.org.uk/
http://www.dyslexia.org/
http://www.dore.co.uk/

Yang penting, jangan paksa atau de-motivate anak.. tetapi.. sentiasa menggalakkan anak membaca... dan sentiasa memberi dorongan positif!

Ini ada satu article yg amat menarik, dan pasti akan membuat kita tersentuh apabila membacanya... ia mengenai diari seorang kanak2 dyslexia.. saya pasti, dobot akan lebih faham perasaan seorang dyslexia apabila membacanya...

Download di: http://www.behappyinlife.com/books/index.php#downloads (Bahagian free downloads)

Sedikit petikan:
Curly Line with Flowers
(from 'Be Special, Be Yourself for Teenagers')

The story of Jessie, a dyslexic girl, who writes a diary of her brave struggle for acceptance and how she wins it, with the help of her mother, her teacher and a friend.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 03:03 PM | Show all posts

Reply #3 amzoel's post

Thanks amzoel...semoga berjaya usaha anda. saya nak cadangkan dlm research u nanti terangkan cara yg perlu kita lakukan apabila mendapati ada ciri-ciri disleksia pada anak. siapa perlu kita rujuk untuk mengsahkan disleksia ini. saya menghadapi masalah ini sekarang. saya pernah tanya pakar kanak-kanak General Hospital, dia pun tak pasti pasal ni. now ni banyak info pasal disleksia tapi tiada info dimana kita nak buat ujian pengesahan.
Reply

Use magic Report

amzoel This user has been deleted
Post time 7-3-2007 11:26 PM | Show all posts

Reply #4 dobot's post

i see... terima kasih di atas idea tersebut, insyaALlah.. saya akan masukkan dalam kajian saya nanti. Dobot tinggal di mana? setahu saya, ada satu pusat dyslexia di damansara perdana. kalau saya jumpa info tu, saya paste kan di sini nanti.

selain itu, saya juga tengah cuba nak cari contact info pn sariah amirin. beliau ni, president of dyslexia association kat malaysia. kalau dobot ada info boleh pass pada saya? thank you!

orite.. take care..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 01:17 AM | Show all posts

dyslexia - what to do, where to go?

hi!

im not sure if there's a topic already opened for dyslexia. if dah ada...mod, pls merge kan coz i searched, but nothing came out.

i suspect that my first girl may have this problem, this suspicion has started since last year. hb's aunt told me on the1st day of raya that she also felt my doter had that problem. because her 2nd child has it so she recognises the characteristics of a dyslexic child...she sat with my doter with a book...and that's how she knew. my child is very good in her vocab..she learns a lot from  disney channel! very sociable...loves socialising with other kids. fun-loving and playful. very good with puzzles and no problems with numbers. BUT when it comes to reading, writing, spelling....a major headache for me. after googling on dyslexia...some of the characteristics described seem familiar to me.

anyways, i'd like to know if any of u here has any experience with either,  1) having a dyslexic child or 2) coming across with people or places that deal with dyslexic children...perhaps like special classes/centres/trainers that can help them overcome this problem?

thanks so very much for ur feedback!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2007 08:24 PM | Show all posts
boleh tanya...apa cara u ajar anak u membaca?...berapa umur dia?...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 12:40 AM | Show all posts

Reply #1 yela's post

yela....

i know one senior whose doter has this problem .. dia dok melawati and dia hantar anak dia pi readin class dekat satu tadika depan kelab melawati tu and the doter improves a lot.....kawan baik dia pon anak nya dylexic, lepas dia hantar kat same place anak dia dah boleh membaca and she's very happy with the result.... dia lagi lah dok pandan, mlm2 pi hantar anak ke melawati tu..

when she was telling me abt the place n program, tak salah kelas tu malam and one-to-one sessions..and technique dia pakai tu berkesan lah kalau ikut ceritanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2007 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 18-10-2007 12:40 AM
yela....

i know one senior whose doter has this problem .. dia dok melawati and dia hantar anak dia pi readin class dekat satu tadika depan kelab melawati tu and the doter improves a lot.....k ...


how are u? dah meletup ke belum?

do u think u can get me the name or number of the tadika tu? or is it senang to cari? like really depan the club? it's near where i live. thanks woman!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 16-10-2007 08:24 PM
boleh tanya...apa cara u ajar anak u membaca?...berapa umur dia?...


i tak de follow any specific system...kat kindy dia they use peter & jane...so buku peter and jane dia leh baca...tah la dia hafal ke apa. and yg melayu...ada this set of books...yg guna phonic system. so for reading, i use phonic...and she gets the sounds right on alphabets..but when putting the sounds together, sometimes ok, sometimes tak ok. and eventhough kita suh dia repeat the same word many times...when we get back to the word later, she  forgets it.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 09:40 AM | Show all posts
dear yela
i've come across a fren whose child has tis prob... mmg frustrating 4 her, & i could see how the kid stuggles 2 read, even simple comics pon agak sgt slow...
wat the mom's been doing is she really gets involved in his learning - helps him & guides him a lot, discusses his problem ngan teachers @ school... & she enrolls the boy kt one centre 4 dyslexic kids (kt kuantan la tapi...). the boy has improved & now he's not catagorised as dyslexic tp slow-learner.
dyslexic kids ni derang ade other interests, mostly they r very much interested in arts - visual arts, music, even performing arts. mb u could try that as well...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 11:21 PM | Show all posts
yela,

have asked her before.. macam malu lak nak tanya lagi..tp mmg betul2 depan itu kelab..but i'll double check for u lah

jap kat melawati tu ade berapa kelab eh?? kelab melawati tu kelab century paradise ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 11:22 PM | Show all posts
yela...by the way..i meletup lama dah, merdeka day.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by mummydhani at 21-10-2007 09:40 AM
dear yela
i've come across a fren whose child has tis prob... mmg frustrating 4 her, & i could see how the kid stuggles 2 read, even simple comics pon agak sgt slow...
wat the mom's been doing  ...


thx for the input. how are u? lama tak dgr cerita!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 21-10-2007 11:21 PM
yela,

have asked her before.. macam malu lak nak tanya lagi..tp mmg betul2 depan itu kelab..but i'll double check for u lah

jap kat melawati tu ade berapa kelab eh?? kelab melawati tu kelab ...


dah lama meletup.,..apa la i ni!

neways, i went to that place...but they dont have night classes anymore. and they dont have weekend classes either. afternoon classes aje...very difficult for me...kerja kat dsara. i've to find a way...but they only teach in BM. i googled and found a place in sri hartamas. nnti i will check it out also. thx ye!

p/s how's ur baby? dpt tak collect cordblood hari tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 08:14 AM | Show all posts
yela... since u kat damansara, u might want to check out sri rafelsia too.... i think dia ade kat shah alam and ttdi kot..(ke yg u goggled tu sri rafelsia gak? ) tak sure...can browse www.srirafelsia.com ade special therapists for kids with learning difficulty, adhd, autisme, asperger etc.

ur doter mild aje kan? insyaAllah with the right guidance n exposure mesti cepat dia imrpove

blood cord? dpt byk despite the size of the cord beingg soo small (gynae i la cakap..hehe)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2007 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 23-10-2007 08:14 AM
yela... since u kat damansara, u might want to check out sri rafelsia too.... i think dia ade kat shah alam and ttdi kot..(ke yg u goggled tu sri rafelsia gak? ) tak sure...can browse www.srirafe ...



the one i found using the Davis system. this author who writes a lot on dyslexia. kat plaza damas. mild la kot psl she can read the peter & jane books. may be she's confused with some alphabets ke hapa.

the avatar is ur new baby? so danggg cute!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 07:54 PM | Show all posts
yela....

dats my new sweetheartt...cute eh? tengkiu pretty auntie..see who the mommy is lohh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 08:27 PM | Show all posts

Reply #9 yela's post

hi
alhamdulillah... sume sihat2 belaka...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 05:59 PM | Show all posts

Reply #14 mummydhani's post

good to hear that!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.332706 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list