CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18919|Reply: 115

Fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan

[Copy link]
Post time 1-3-2007 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Boleh tak berikan fakta-fakta sejarah yang sepatutnya diperbetulkan?Maksudnya, selama hari nih kita di'momok'kan dgn fakta yang kurangtepat etc.

tq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2007 01:02 PM | Show all posts
Kisah Hindun memamah hati Hamzah..cerita ni disampaikan kepada kita sejak sekolah rendah lagi..tapi di laman web ni diberitahu perkara sebaliknya..Hindun tak mamah hati Hamzah..

http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/hindun.htm

kat laman ni byk maklumat yg cuba diperbetulkan selain kisah hindun dan hamzah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 12:29 AM | Show all posts
Dzulkarnain yang disebutkan di dalam Al-Quran bukanlah Alexander The Great aka Iskandar Zulkarnain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by abas8888 at 1-3-2007 01:02 PM
Kisah Hindun memamah hati Hamzah..cerita ni disampaikan kepada kita sejak sekolah rendah lagi..tapi di laman web ni diberitahu perkara sebaliknya..Hindun tak mamah hati Hamzah..

http://www.dar ...


Waduh...mengikut sumber Hami yang memetik dari Ibni Ishaq pula Wahsyilah yang membelah perut Hamzah, ambil hatinya dan berikan nya kpd Hindun yang kononya teleh bersumpah untuk memamah hati Hamzah kerana kematian bapa Hindun dan beberapa saudara maranya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 06:47 AM | Show all posts
ingat tak buku Kenegaraan Malaysia yg dihasilkan oleh lecturer UPM jadi isu dulu pasal ada penyelewangan fakta tragedi 13 mei ke apa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 05:14 PM | Show all posts
1. Kedudukan negeri trengganu sebagai jiran kepada negeri kelantan...sedikit sebanyak 'pengaliran atau penghijrahan' samada dari segi sosio budaya atau pun integrasi para penduduk tetap berlaku. Dari sudut sejarah memang telah berlaku sejak dahulu lagi....samada pertalian keluarga di raja atau pun rakyat jelata....yang pastinya turut membawa pengaruh dalam kontek budaya.

Didapati sosio budaya trengganu memang dipengaruhi oleh kelantan atau secara tidak langsung dari patani. Lebih lebih lagi segi adat resam dan dailek percakapan. Kalau kita tengok lenggok atau 'slang' percakapan ada persamaan. Segi geografi bahagian utara trengganu atau lebih tepat lagi daerah jertih dan besut memang 100% penduduknya bercakap kelantan. Ini adalah kerana memang daerah tersebut adalah sebahagian daripada jajahan kelantan suatu masa dahulu. Disebabkan kedangkalan raja maka negeri tergadai...

Cara kehidupan harian terutama segi pemakanan dan pemakaian ada persamaan. Ini berlaku samada mengikut kaedah peniruan ataupun pengajaran. Integrasi penduduk dari kelantan ke trengganu juga turut membawa budaya yang diamalkan ke trengganu. Kita ambil contoh, di klate ada nasi dagang...di trengganu pun ada nasi dagang cuma yang membezakan ialah segi cara masakan dan material...begitu juga kalau kita bercakap pasal kain batik...masing2 ada industri sendiri...

Kalau kita kaji secara mendalam.. bahawa keaslian resepi masakan memang berasal dari kelantan. Buktinya majoriti penduduk kampung di kelantan reti memasak serta biasa makan sesuatu resepi. Selain itu sesuatu masakan memang diperturunkan dari datuk nenek mereka dan menjadi resepi keluarga (secret recipe)....

Pendek kata 'tamadun atau kepandaian orang kelantan' telah 'mengalir' ke negeri2 lain kerana sifat orang kelantan ialah suka berhijrah atau membuka tanah baru.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2007 07:01 PM | Show all posts
Ada 2 isu yang saya berpendapat yang telah di selewengkan dari pengatahuan umum.  2 isu ini senaja diselewengkan demi menjaga kepentingan Amerika dan di dalangi oleh pehak-pehak tertentu pentadbiran Amerikan diwaktu itu. Hasil kejayaan penyelewngan ini mengakibat kan banyak nyawa-nyawa  manusia yang tidak bersalah di korbankan.
Isu pertama ialah 'Peristiwa Gustapo 30 September' di mana PKI di anggap sebagai dalangnya. Presiden Sukarno di guling dan PKI(Partai Kominis Indonesia) diharam dan ribuan rayaat Indonesia dikorbankan.
Isu kedua '  Gulf of Tonkin Incident' di mana Amerika menuduh Vietnam melanggari undang antarabangsa dan menyerang  kapal-kapal tentera laut Amerika di persisiran laut Vietnam Utara. Sengaja di ada-adakan untuk menhalalkan Amerika menghantar bala tentera dan campur tangan cara langsung dalam pergolakan perang Utara-Selatan Vietnam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 09:36 AM | Show all posts

Reply #7 thamrong's post

Ada yang saya baca, Gulf of Tonkin incident berlaku tapi northing serious yang boleh menyebabkan peperangan. Cuma ancaman bot torpedo Vietnam Utara tersebut diperbesar2kan bagi membolehkan US campur tangan secara besar2besaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2007 01:16 PM | Show all posts

Reply #8 alphawolf's post

Kepada sesetengah penulis, peristiwa di Vietnam ini adalah suatu misalan terbaik bagi apa yg dipanggil :Hegelian Dialectic"......adakan masaalah(Viet Cong dibantu oleh Vietnam Utara), hulurkan bantuan (pelbagai bantuan dan askar kpd Vietnam Selatan) bagi menghasilkan suatu sintesis (hegemony US di Selatan Asia)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2008 11:25 AM | Show all posts
Putar belit fakta sejarah

Jurang maklumat dan putar belit fakta berlaku dalam mata pelajaran sejarah di sekolah-sekolah semasa penjajahan dulu. Lalu para pelajar diberitahu: Orang Yunani adalah wira dan orang Parsi adalah bajingan. Dalam perpustakaan di sekolah terdapat buku-buku mengenai empayar Rome, tetapi tiada satu mengenai Persepolis.

Demikian juga berlaku dewasa ini melalui sesetengah jurusan media massa akhbar, televisyen dan Internet. Di samping itu terdapat ulasan berat sebelah oleh yang dipanggil 揵loggers.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 05:34 PM | Show all posts
Fakta bahawa:

1. Tamadun pada zaman Melayu Kuno bermula di 'Yawakoti' , Kelantan sebelum berkembang ke seluruh Nusantara. Yawakoti bermaksud TITIK JAWA. Harap anda dapat beza antara Melayu bertamadun dengan Melayu Proto yang tinggal dalam hutan atas pokok.

2. Pusat kerajaan Sriwijaya yang pertama ialah di Semenanjung Tanah Melayu sebelum berpindah ke Indon.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 2-3-2007 01:30 AM


Waduh...mengikut sumber Hami yang memetik dari Ibni Ishaq pula Wahsyilah yang membelah perut Hamzah, ambil hatinya dan berikan nya kpd Hindun yang kononya teleh bersumpah untuk memamah hati H ...


Perlu diingatkan kisah tersebut datang dari sumber Shiite...perlu hati-hati...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 03:50 AM | Show all posts
orang-orang melayu telah pun melombong/mendulang dan memproses bijih timah sendiri di tanah melayu sejak sebelum kejatuhan kerajaan melaka  lagi dan bukannya dimulakan oleh orang-orang cina yang di import oleh long jaafar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 07:49 PM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 24-6-2008 03:50
orang-orang melayu telah pun melombong/mendulang dan memproses bijih timah sendiri di tanah melayu sejak sebelum kejatuhan kerajaan melaka  lagi dan bukannya dimulakan oleh orang-orang cina yang  ...

yeap.......... setuju.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 11:51 AM | Show all posts
agak2 kan

situasi politik, beraja sekarang nih
mcm mana plak depa esok 'goreng' dalam buku sejarah budak2 ni?

mesti konar baring punye laa fakta tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 11:57 AM | Show all posts
Macam mana korang tahu buku tu diseleweng kan. Ada buat kajian ker apa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 02:57 PM | Show all posts
Penguasa / pemerintah yang berkuasa untuk menentukan bagaimana sejarah ditulis mengikut kehendak dan acuan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 24-6-2008 03:50 AM
orang-orang melayu telah pun melombong/mendulang dan memproses bijih timah sendiri di tanah melayu sejak sebelum kejatuhan kerajaan melaka  lagi dan bukannya dimulakan oleh orang-orang cina yang  ...


setuju2!

dan yang membuka Kuala Lumpur bukan Yap Ah Loy tapi Raja Abdullah
nape la susah sangat kerajaan nak betulkan fakta yang penting cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by fallin at 27-6-2008 10:10 PM
dan yang membuka Kuala Lumpur bukan Yap Ah Loy tapi Raja Abdullah
nape la susah sangat kerajaan nak betulkan fakta yang penting cam ni


Eh kejap... Bukan ke Kuala Lumpur dibuka oleh masyarakat Mandailing?
Kalau ikut sumber yang aku baca dulu, sejarah KL bermula dari sebuah perkampungan kecil yang dibina oleh masyarakat Mandailing yang berhijrah dari Pulau Sumatera...
Kemudian, barulah pelombong Cina dibawa masuk ke KL oleh kerabat Kesultanan Selangor....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 12:18 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 8-6-2008 05:34 PM
Pusat kerajaan Sriwijaya yang pertama ialah di Semenanjung Tanah Melayu sebelum berpindah ke Indon.


Aku nak tambah sikit apa yang telah dikatakan oleh WonBin....

Seperti yang telah dinyatakan oleh WonBin, pusat Kerajaan Srivijaya yang pertama adalah terletak di Semenanjung Tanah Melayu sebelum berpindah ke Palembang, Sumatera, Indonesia. Sejarah Kerajaan Srivijaya telah pun bermula pada tahun 650 Masihi di Kota Gelanggi, sebuah kota purba yang dipercayai masih tersembunyi di dalam hutan belantara di negeri Johor. Usia Kota Gelanggi dipercayai lebih tua dari Candi Borobudur di Indonesia dan Angkor Wat di Kemboja.

Meskipun tapak dan kesan runtuhan Kota Gelanggi masih belum ditemui,namun kisah mengenai kota purba tersebut banyak ditemui dalam catatanpedagang bangsa asing zaman dahulu. Kisah Kota Gelanggi juga ada diceritakan didalam kitab Sulatus Salatin (Sejarah Melayu). Malahan, masyarakat Orang Asli di negeri Johor sendiri mendakwa mereka pernah melihat tinggalan tembok sebuah kota yang luas di dalam hutan belantara Johor. Ekspedisi pencarian Kota Gelanggi masih lagi diteruskan hingga ke hari ini.

Andai kata sekiranya tinggalan Kota Gelanggi berjaya ditemui, maka banyaklah perubahan dalam sejarah Malaysia seperti:-
  • kerajaan purba yang TERTUA di Semenanjung Tanah Melayu adalah Srivijaya dan bukannya Langkasuka atau Kedah Tua.
  • Srivijaya yang berpusat di Kota Gelanggi, Johor juga adalah kerajaan purba yang TERTUA di seluruh Kepulauan Melayu / Nusantara.
  • Teori mengenai asal-usul orang Melayu Semenanjung yang kononnya dikatakan berasal dari Sumatera akan ditolak terus kerana tidak lagi relevan.
  • Teori yang mengatakan bahawa penduduk pribumi Indonesia adalah keturunan dari penduduk pribumi Semenanjung akan menjadi semakin kuat dan relevan.
Marilah kita berdoa agar semoga tinggalan Kota Gelanggi ini ditemui suatu hari nanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.208101 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list