View: 3001|Reply: 11
|
Moon Eclipse / Gerhana Bulan Pagi Ini
[Copy link]
|
|
Sapa pbserve gerhana bulan pagi tadi. tempat aku tak nampak, sebab bulan tu letak just above horizon, at a very low angle. Kalau sapa2 ada gambar nak share, bubuh kat sini. TQ. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Kilokahn's post
kalau ikut jadual yg aku dapat sebelum ni ia berlaku start pukul 4 hingga 7.30..
bulan masuk zon umbra kul 5 lebih..
Planetarium ada buat observation. gambar, nanti aku cuba dapatkan esok |
|
|
|
|
|
|
|
iye ke??? la..... software astronomy aku kate dlm mase 6 bulan xde great event yg akan blaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
whoa... tapi tak rasa pon ~~ |
|
|
|
|
|
|
darren\damien This user has been deleted
|
apa yang berlaku semasa gerhana bulan? |
|
|
|
|
|
|
|
oh noooooo.. i don not know anything about this.okay that 's cute. thanks a lot yea for telling. |
|
|
|
|
|
|
akmala This user has been deleted
|
Reply #6 darren\damien's post
|
|
|
|
|
|
|
smlm kul 9-10pm bulan penuh je....
tak perasan lak pagi tadi...
rugi ni |
|
|
|
|
|
|
|
diorang tak publish lagi la gambar.. |
|
|
|
|
|
|
|
lahhhhh aku tak perasan pulak
ruginya tak keluar rumah... kalau tak dapat tgk
yg pastinya bulan mengambang penuh malam sabtu arituh.... dengan kelam malam... |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan akvititi Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pantai Kelanang Baru, Banting pada 4 Mac 2007
Written by Shah
Monday, 05 March 2007
Link to original article
Aktiviti cerapan Gerhana Bulan Penuh telah berjaya dilakukan di Pantai Kelanang Baru, Banting pada awal pagi 4 Mac 2007. Terima kasih diucapkan buat ahli falakonline kita, Sunlay, yang membantu beri tunjuk jalan ke arah pantai ini.
Setibanya di pantai tersebut, saya bersama rakan, Joko, serta Kamayok dan rakannya Lim, telah bertemu dengan Sunlay dan rakan taulan saudara maranya. Pak Long (seorang penggiat astronomi di kawasan ini, dan Cikgu Mat Noor, seorang lagi sifu lama bidang falak turut berada di sini). Seorang peminat astronomi dari UIA, dan ahli falakonline, Farhana, turut hadir.
Cuaca sekitar jam 2 pagi agak berawan. Bulan sekali sekala dapat menjenguk keluar dan tersemput-semput menunjukkan diri.
Apabila menghampiri jam 4 pagi. kami pun mula memasang beberapa peralatan yang dibawa. Kami pilih lokasi yang agak hampir dengan kenderaan kami dan mempunyai pandangan arah ufuk barat yang cantik bebas dari sebarang gangguan cahaya dan bangunan serta pokok.
Pada jam 4.15 pagi, Bulan sudah pun memasuki ke kawasan Penumbra. Namun dengan mata kasar masih tak nampak perbezaannya. Hanya sekitar 4.30 menerusi kamera Sony Mavica, setelah dilaraskan kecerahan dan exposure time, kami boleh lihat sedikit kawasan bayang-bayang penumbra yang masuk dari arah atas kiri Bulan.
Telepon saya bertalu-talu mendapat berita terikini dari rakan-rakan dari Negeri Sembilan, dan KL. yang turut melakukan cerapan.
Sekitar jam 4.45, pemerhati yang berada disekitar pantai kelanang ini telah dapat lihat kesan bayang-bayang penumbra dengan mata kasar. Dan sedikit demi sedikit Bulan yang penuh mengambang sebelum ini, mula kelihatan sompek seolah-olah di gigit macam biskut.
Menjelang fasa gerhana penuh, Bulan semakin hampir ke laut arah ufuk barat. Namun, apa yang menggusarkan kami ialah kehadiran awan dan kilat yang mula memenuhi ufuk selatan dan bergerak perlahan-lahan ke arah barat! Ini bakal melindungi Bulan ketika ia terbenam.
Dan sekitar 6.30, lebih kurang 15 minit sebelum gerhana penuh, Bulan sudah semakin hilang dan sukar dilihat kerana dilindungi awan. Menjelang 6.45 Bulan dah hilang terus!
Berita dari KL, menyatakan cuaca di sana amat cerah dan bebas dari awan!
Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat melihat keadaan Bulan Gerhana terbenam ke laut, namun fenomena ini cukup indah dicerap dan dirakamm walaupun menggunakan kamera biasa.
Mudahan-mudahan Gerhana Bulan Penuh seterusnya (yang dijangka akan berlaku 28 Ogos 2007 nanti) akan diiringi cuaca yang lebih baik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|