View: 4418|Reply: 25
|
Antara cukai dan zakat
[Copy link]
|
|
Kenapa tiada undang-undang yang tegas untuk orang tak bayar zakat?
Contoh diadakan orang tukang check borang cukai pendapatan utk semak samada orang Islam tu bayar zakat ke tidak. Pastu interview sebab apa tak bayar zakat.
Kalau cukai pendapatan punya undang-undang... lambat sikit kena denda, salah sikit kena denda, lambat bayar kena denda. Mungkin ada yang kena denda lebih banyak dari bayar cukai pendapatan.
Manakala bagi zakat. Kalau tak bayar berdosa. Bayar lewat tak ngapa, janji bayar.
Macam di Malaysia ni, cukai pendapatan lebih penting dari zakat. Kalau untuk zakat, kita tengok iklan-iklan suruh bayar zakat di cermin kereta, papan iklan, dll. Kalau cukai pendapatan, tiap tahun dapat surat dengan amaran kalau lewat kena denda. Itu baru lewat hantar balik borang kena denda. Belum kira lewat bayar cukai punya denda.
Pernah tak orang bagitau, kalau tak bayar zakat nanti kena bakar dalam neraka!!!
[9.5] ...... Jika mereka bertobat dan mendirikan salat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mane plak cukai yg diperolehi oleh kerajaan dari pelbagai sumber seperti dari kilang2 arak..pusat2 hiburan,judi dsb yg dijatuhkan dlm hukum haram..
kemudian duit cukai tu digunakan kerajaan utk pelajaran anak2 di sekolah,bantuan utk org islam(rakyat miskin,dsb), mungkin disalurkan utk dana pembangunan islam, dsb..
adakah halal digunakan duit cukai itu? |
|
|
|
|
|
|
This user has been deleted
|
Cukai tu sendiri, apa hukumnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu ada pegawai dari Pejabat zakat datang office bini aku buat penerangan dan galakkan pemotongan duit gaji setiap bulan bayar zakat.....ini kira satu langkah yang bagus
Nak buat undang2 susah sikitlah nak pantau tapi bukan mustahil |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar borang pengiraan zakat kesetiap rumah dan premis perniagaan orang Islam, dan suruh dia orang pulangkan borang tu sebelom tarikh tertentu. Mintak dia orang isytiharkan harta2 yg kena zakat. Pejabat Agama Islam Daerah boleh menjalankan tugas ini dengan mudah. Sekarang ni tiap2 daerah diSelangor dah ada bhg zakat sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jukebox at 27-3-2007 07:14 AM
Aritu ada pegawai dari Pejabat zakat datang office bini aku buat penerangan dan galakkan pemotongan duit gaji setiap bulan bayar zakat.....ini kira satu langkah yang bagus
Nak buat undang2 sus ...
PEJABAT ZAKAT ni hanya berminat tentang ZAKAT PENDAPATAN.. sedangkan hukum zakat pendapatan ini pun belum jelas dan cuma diwarwarkan oleh para ulama pada kurun 20 ini.
ZAKAT HARTA yang ternyata jelas hukum-hakamnya itu diabaikan.... !! |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul la...
Kesedaran tentang kepentingan dan WAJIB zakat tu rasanya masih kurang kat Mesia ni...
Tapi kalau pasal cukai, hari2 dok masuk TV.
Pada aku la, masih ramai yang confius tentang zakat ni, lagi2 zakat pendapatan
Macam aku seniri pun baru je tau taun lepas...
Ada member2 seopis aku yang masih samar2 lagi.
Tapi aku dah share la ngan diorang tentang zakat ni...
Harap2 diorang paham la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acik311 at 28-3-2007 06:04 PM
Memang betul la...
Kesedaran tentang kepentingan dan WAJIB zakat tu rasanya masih kurang kat Mesia ni...
Tapi kalau pasal cukai, hari2 dok masuk TV.
Pada aku la, masih ramai yang confius tenta ...
kebanyakan orang buat potongan zakat 1/40 atau 2.5 % sahaja...kenapa tak bayar lebih? bukan rugi pun.
kat opis aku, siapa yang buat potongan zakat, akan di tolak dari bahagian Potongan Cukai Berjadual (PCB). jadi takda lah bayaran berganda...
aku maximize kan potongan爖akat sehingga aku tak payah buat potongan PCB.
jadi bila hujung tahun, PCB aku kosong, dan potongan zakat aku tinggi....
bila aku declare untuk income tax, bila di tolak rebate zakat, bayaran cukai seciput je... |
|
|
|
|
|
|
|
niat nak kena betulkan jugak. "nak potongan zakat sebab boleh rebate income tax...."
zakat dikeluarkan semata2 kerana itu suruhan Allah. Kalaulah zakat tak boleh rebate, agak2nya, ramai tak lagi yg nak keluarkan zakat... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_awam at 29-3-2007 12:33 AM
niat nak kena betulkan jugak. "nak potongan zakat sebab boleh rebate income tax...."
zakat dikeluarkan semata2 kerana itu suruhan Allah. Kalaulah zakat tak boleh rebate, agak2nya, ra ...
Tapi PEJABAT ZAKAT pun kena ikhlas kena jujur.... asal ada jer orang suggest bayar ZAKAT PENDAPATAN.... terus terima bulat-bulat sebab masuk kantung PEJABAT ZAKAT...!
Pernahkah kita dengar DALIL ZAKAT PENDAPATAN? Atau ini hanya diqiyaskan kepada zakat tanaman ? Walhal dari zaman dulu para kakitangan pejabat kerajaan-kerajaan Islam memperolehi pendapatan tetap. Tapi kenapa kita tak dengar ulama silam membahaskan tentang ZAKAT PENDAPATAN?
Kenapa PEJABAT ZAKAT tak turun padang bagi penerangan kepada para penternak lembu, kambing etc dan juga para penanam padi? Juga mereka yang menyimpan duit-duit kat bank, dalam tabung, bawah bantal etc ? Sedangkan ZAKAT TANAMAN, TERNAKAN & HARTA ini jelas hukum hakamnya..!! Pejabat Zakat ambil mudah soal ini....! Kerana zakat-zakat ini... banyak keja nak kena buat....! Dah dok opis kena aircond... takkan nak turun kira kambing tengah panas kat ladang kot....!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mengikut mufti Perak, tiada wajib zakat pendapatan. Yang ada Zakat harta/Simpanan.
Pernah juga aku dengar radio wakil Baitulmal WP (KL) kata, kalau petani boleh zakat padi, kenapa orang lain tak boleh zakat gaji. Nampak macam qiyas la ni agaknya?
Aku tak kisah le orang nak bayar zakat mana. Tu ikut yakin masing-masing mana yang lebih betul. Yang concern sekarang ni, tahap penyedaran kepada rakyat muslim Malaysia bahawa zakat tu wajib. Dan juga kurang penguatkuasaan dari pihak kerajaan kalau dibandingkan dengan cukai. Yang ada cuma kempen berzakat. Takut nanti ada yang terlambat terus tak sempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu cuma tafsiran ulama zaman ini... bagaimana dengan ulama zaman dahulu? Kenapa mereka tak pernah membincangkan tentang ZAKAT PENDAPATAN? Sejak zaman dahulu dan kejayaan islam dulu pun ramai yang berkerja tetap ....
2.5 % zakat pendapatan dalil diambil dari mana diambil dari mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 30-3-2007 08:22 AM
Itu cuma tafsiran ulama zaman ini... bagaimana dengan ulama zaman dahulu? Kenapa mereka tak pernah membincangkan tentang ZAKAT PENDAPATAN? Sejak zaman dahulu dan kejayaan islam dulu pun ra ...
Sebab dahulu emas dinar dijadikan sebagai matawang. Seperti yang sedia maklum simpanan emas dinar dikenakan zakat.
Sekarang mata wang kita adalah not kertas. Jadi sepatutnyalah dikenakan zakat juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kalalah007 at 28-6-2008 12:39 PM
Sebab dahulu emas dinar dijadikan sebagai matawang. Seperti yang sedia maklum simpanan emas dinar dikenakan zakat.
Sekarang mata wang kita adalah not kertas. Jadi sepatutnyalah dikenakan z ...
Zakat itu masuk dalam soal Ibadah..
dalam Ibadah tidak ada Qiyas...!
Zakat pendapatan tidak ada dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 Hang's post
telah ada nas dalam Al-Quran cuma tiada rujukan dalam sunnah dan hadith!
dulu matawang adalah dinar emas. Simpanan dinar emas diwajibkan zakat.
cuma sekarang dah tukar kepada matawang kertas. Simpanan wang kertas perlu juga dizakatkan.
termasuk dalam kategori harta.
faham! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 29-3-2007 05:34 PM
Kalau mengikut mufti Perak, tiada wajib zakat pendapatan. Yang ada Zakat harta/Simpanan.
Pernah juga aku dengar radio wakil Baitulmal WP (KL) kata, kalau petani boleh zakat padi, kenapa orang ...
ZAKAT:
Pengertian Bahasa dan Syara' | Dari segi bahasa, Zakat bererti "bersih", "suci", "subur", "berkat" dan "berkembang". Dari segi syara', Zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah supaya diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu
|
Dalil Umum Wajib Zakat adalah:
Firman Allah:
" Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan." QS Al-Baqarah (110)
Dalil Kewajipan Zakat Pendapatan pula adalah: Firman Allah: "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." QS at-Taubah (103)
Rasullallah bersabda semasa mengutus Muaz ke Yaman: " Ajarkanlah mereka ( penduduk Yaman) bahawa sesungguhnya allah telah memfardukan ke atas mereka zakat yg di ambil daripada harta orang-orang yg kaya dan di agihkan kepada fakir miskin di kalangan mereka ( hadis riwayat al bukhari)
Balasan kepada yg mengerjakan zakat: Firman Allah: " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah". QS At -Taubah (111)
[ Last edited by NTvirus at 29-6-2008 02:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kalalah007 at 28-6-2008 10:56 PM
telah ada nas dalam Al-Quran cuma tiada rujukan dalam sunnah dan hadith!
dulu matawang adalah dinar emas. Simpanan dinar emas diwajibkan zakat.
cuma sekarang dah tukar kepada matawang kerta ...
wang simpanan jatuh dalam ZAKAT HARTA bukannya zakat pendapatan...
zakat itu ada syarat nisab dan haul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NTvirus at 29-6-2008 02:41 AM
ZAKAT:
Pengertian Bahasa dan Syara'Dari segi bahasa, Zakat bererti "bersih", "suci", "subur", "berkat" dan "berkembang".Dari segi syara', Zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibka ...
nyata ini BUKAN DALIL ZAKAT PENDAPATAN.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 30-6-2008 08:50 AM
nyata ini BUKAN DALIL ZAKAT PENDAPATAN....
-Ini dalil dari PUSAT KUTIPAN ZAKAT NEGERI PAHANG, so anda mau mempertikaikan firman allah yg di gunakan oleh mereka sebagai dalil kewajipan mengeluarkan zakat pendapatan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|