View: 7864|Reply: 41
|
Mengenai Urusan Tabung Haji dan Jemaah Haji
[Copy link]
|
|
Tunai haji dalam seminggu dikaji
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
KUALA LUMPUR 30 Okt. |
|
|
|
|
|
|
|
makin untung le tabung haji a.k.a goverment lepas ni..
nape tak buat pakej je?
stay sebulan for haji.. rm9000
stay 2 minggu ... rm6000
stay seminggu.. rm4500
ha.. kalo camtu.. baru bleh sokong.. tahun depan kita bleh ramai2 pi haji insyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PrinceOfNorth at 31-10-2006 11:10 AM
makin untung le tabung haji a.k.a goverment lepas ni..
nape tak buat pakej je?
stay sebulan for haji.. rm9000
stay 2 minggu ... rm6000
stay seminggu.. rm4500
ha.. kalo camtu.. baru bleh s ...
masalahnya adalah quota tak cukup kerana no matter kita duduk 10 hari atau 45 hari,
tetap dikira sebagai 1 quota. Tahun ni quota malaysia cuma 26,000 jemaah.
Quota ini tidak boleh dikira separuh atau tiga suku kalau jemaah tu tinggal 10 hari tu, kerana quota
adalah untuk mengawal bilangan jemaah berwukuf di Arafah, yang mana cuma berlaku
pada satu hari sahaja, dan sapa yang kerja haji TAK BOLEH TIDAK kena ada di Arafah pada hari wukuf.
Dan lagi setelah kita meninggalkan penginapan kita di Mekah, ianya kosong dan tak ada orang lain
mahu masuk sebab musim haji dah habis. Sbb itu ada disebut sewa bilik adalah berdasarkan
musim.
Malah saya rasa tidak mustahil pakej 10 hari ini akan menjadi LEBIH MAHAL dari pakej 45 hari
kerana demand yang tinggi dari golongan VIP (yang kekadang sibuk dengan kerja tak cukup masa walau
nak pi haji sekalipun). Semua nak express la katakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sewa bilik je yang stay put.. yg lain? ko pengangkutan.. kos makan minum.. semua jadi murah kan?? th kene pikir2kan le |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PrinceOfNorth at 31-10-2006 12:14 PM
sewa bilik je yang stay put.. yg lain? ko pengangkutan.. kos makan minum.. semua jadi murah kan?? th kene pikir2kan le
hmmm target mereka untuk jemaah yang "sibuk", bukan untuk jemaah yang "tidak berkemampuan", so kita mungkin boleh agak kosnya macam mana.
Semuanya berkaitan demand dan supply, dan market untuk pakej tersebut..yang mungkin dibuat lebih eksklusif dan selesa dari segi makanan dan pengangkutan untuk "offset" cost reduction tersebut.
Juga kena tengok percentage pengangkutan dan makanan dari kos keseluruhan, saya tengok kos selalu naik sebab tambang kapal terbang naik, mungkin itu persen paling besar.
Diharap tak jadi macam yang saya cakap ni..yang penting TH menolong LEBIH RAMAI orang2 yang belum pergi haji untuk pergi haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
nape gomen tak wujudkan tabung wakaf utk bantu orang2 yang tak mampu pergi haji?
buatle satu tabung.. sape ade duit lebih.. sedekaah kat situ..dan diberi pelepasan cukai..
nanti bleh pilih mereka2 yang miskin dan teringin sangat2 nak pegi mekah.. guru quran kat kg ke.. tuan2 imam yang miskin ke.. tok siak ke.. sapa2 yang nak gi haji dan mmg tak mampu pun..... leh try apply ikut situ..setahun bleh antar 500 orang by that pakej pun dah ok dah.. bukan th tanggung..tapi rakyat malaysia yang tanggung.. ok tak cadangan ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PrinceOfNorth at 31-10-2006 01:17 PM
nape gomen tak wujudkan tabung wakaf utk bantu orang2 yang tak mampu pergi haji?
buatle satu tabung.. sape ade duit lebih.. sedekaah kat situ..dan diberi pelepasan cukai..
nanti bleh pilih mereka ...
Dah ada dibuat oleh individu-individu tertentu di Malaysia.
Cuma depa tak bising.
Tahun ni kat kampung saya di Alor Setar ada dua tiga orang dipilih dalam skim ini.
Syed Mokhtar Al Bukhary punya. Tapi dia pilih orang2 tua terutama yang
rajin ke masjid. Kadang2 dipilih dari balu-balu pegawai masjid yang miskin (mcm tok
siak) yang dah arwah.
Saya juga ada kenal seorang pilot yang setiap tahun akan memilih orang2
tua dari kampung2 untuk dihantar umrah secara percuma.
Gomen nak organise? Bukan leh percaya sangat orang2 dalam gomen ni..duit
zakat pun dikebas mereka!! |
|
|
|
|
|
|
|
rugi ler pi haji seminggu je. kita ni bukan senang nak pi mekah. kalau nak dok seminggu baik pi umrah je. alang-alang buat haji, baik dok 40 hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PrinceOfNorth at 31-10-2006 11:10 AM
makin untung le tabung haji a.k.a goverment lepas ni..
nape tak buat pakej je?
stay sebulan for haji.. rm9000
stay 2 minggu ... rm6000
stay seminggu.. rm4500
ha.. kalo camtu.. baru bleh s ...
Kat mesia haji sebulan RM9000 ke? Tabung haji ada sponsor sikit ke? Kalau kat singapore ni minimum SGD8000+ |
|
|
|
|
|
|
|
Tunai haji seminggu tidak praktikal
KUALA LUMPUR 31 Okt. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PrinceOfNorth at 31-10-2006 01:17 PM
nape gomen tak wujudkan tabung wakaf utk bantu orang2 yang tak mampu pergi haji?
buatle satu tabung.. sape ade duit lebih.. sedekaah kat situ..dan diberi pelepasan cukai..
nanti bleh pilih mereka ...
Pandangan kamu baik tetapi kalau aku tak silap pergi haji adalah Rukun Islam yang fleksibel...
Wajib jika cukup berkemampuan... selamat di sana dan yang ditinggalkan....tiada halangan...
Tidak wajib jika tidak mampu apatah lagi kalau tak selamat....
Tapi mungkin aku rasa kamu maksudkan nak bagi peluang orang yang teringin sangat nak menjejakkan kaki ke MEkah dan menunaikan haji. Aku fikir ide ni kena timbangkan.. kepada para hartawan dan dermawan tak teringin ke sponsor orang-orang yang teringin ni ke Haji berbanding daripada kamu sponsor artis buat show kat sana sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tunai haji seminggu sesuai bagi kenamaan
KUALA LUMPUR 1 Nov. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by akuhaus at 1-11-2006 12:28 PM
Pandangan kamu baik tetapi kalau aku tak silap pergi haji adalah Rukun Islam yang fleksibel...
Wajib jika cukup berkemampuan... selamat di sana dan yang ditinggalkan....tiada halangan...
Tidak ...
tu ler maksudnya.. utk orang yang tak mampu..tapi teringin sangat nak pegi haji..
mmg betul ada individu yang buat camtu.. its ok.. tapi y not ada badan yang organisekan benda ni.. kalo sorang bagi singgit setahun pun.. orang islam kita ada 10 juta..means 10 juta ringgit.. abaikan 5 juta.. still ada lagi rm5 juta rite? so berapa ramai yang bleh pi mekah free? pilih orang2 miskin tanpa dipolitikkan.. mesti seronok.. cam aku..ade gak kakak yang tak mampu pegi haji.. bukan orang senang..sib baik le abang aku nak tlg bawak die pegi.. so maybe die pegi nx yr.. soalannya berapa ramai yang sanggup kluar 9000 utk sponsor orang lain pegi haji? kan bagus kalo ramai2 kita tolong mereka yang miskin.. pegi haji.. rasanya kalo tanya makcik pakcik yang miskin tu.. nak rumah baru ke nak pegi haji free? jawapannya?? mesti dah semua tahu kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ader dengar cerita...sebenarnye kita semua mampu gi haji... semua org malaysia sangat mampu pegi haji..
ape tak mampunye... beli kereta 40-50k mampu bayar bulan2.. sedangkan gi haji cuma 10k je.. itu pun tunggu duit KWSP... sedangkan kita bleh buat loan (bank rakyat contohnya) pastu bayarlah bulan2... (lebih kurang bayar kereta atau rumah)..
sbb dalam kubur nanti tuhan akan tanye hal ni.. kenapa duit banyak buat tambah harta dunia... kenapa x gi buat haji sedangkan kita mampu... tak terjawab oii.. bila pikir2 balik tul gak...
pasai gi haji seminggu ni ... aku x sokong betul... korang tanyalah sape2 yang dah gi haji mesti ckp duduk 40 hari pun rasa x cukup.. apetah lagi seminggu.. xde nikmat haji... kalau buleh nak duduk terus kat mekah sana nun... kata diorang la |
|
|
|
|
|
|
|
Tunai haji seminggu
Oleh MOHD KAMIL YUSUFF (WARTAWAN UTUSAN)
MENGERJAKAN haji dalam tempoh seminggu. Bunyinya agak menarik khususnya bagi mereka yang sentiasa sibuk dan kesuntukan masa.
Jika Tabung Haji dapat merealisasikan cadangan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin ini, bererti jemaah haji tidak perlu sehingga 40 hari untuk mengerjakan rukun Islam itu seperti sebelum ini.
Tetapi apakah tempoh sependek itu mudah untuk dilaksanakan khususnya dari segi logistik. Apakah ia tidak menjejaskan kaedah-kaedah mengerjakan haji seperti yang diamalkan sekarang. Apakah semua rukun-rukun dan wajib haji dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Apakah jemaah haji akan berpuas hati berada di tanah suci yang menjadi idaman setiap orang Islam itu hanya untuk tempoh yang begitu singkat.
Dan yang paling penting, apakah pihak berkuasa di Jeddah dapat menguruskan kemasukan serentak sejumlah 26,000 jemaah haji dari Malaysia, dan pada masa yang sama menguruskan kemasukan jemaah-jemaah haji lain dari seluruh dunia.
Difahamkan setiap tahun, kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia berkumpul di Mekah untuk menunaikan haji.
Di pihak Malaysia sendiri, apakah urusan penerbangan ini dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Ini belum mengambil kira logistik lain seperti khemah di Arafah, Mina dan sebagainya.
Pada masa ini urusan penerbangan jemaah haji Malaysia dilakukan berperingkat-peringkat dalam tempoh sebulan. Bagi musim haji tahun ini, penerbangan pertama ialah pada 22 November dan penerbangan terakhir pada 24 Disember.
Sekiranya, cadangan itu hendak dilaksanakan, ini bermakna semua jemaah haji Malaysia akan diterbangkan terus ke Jeddah dan seterusnya menggunakan kenderaan darat untuk ke Mekah yang mengambil masa kira-kira setengah jam bagi memulakan kerja- kerja haji.
Ini juga bermakna tiada lagi aktiviti ziarah tempat-tempat bersejarah Islam, makam Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah dan mengerjakan solat 40 waktu di Masjid Nabawi di Madinah.
Ini kerana sebaik sahaja kerja-kerja haji selesai, tempoh seminggu hampir tamat dan jemaah haji perlu bersiap sedia untuk berangkat pulang.
Persoalan-persoalan ini perlu ditangani sewajarnya sebelum cadangan tersebut dapat dilaksanakan.
Memang benar, kerja-kerja haji boleh dilakukan dalam tempoh tidak sampai seminggu, lebih tepat empat hari sahaja. Ia bermula dengan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah, diikuti bermalam di Muzdalifah pada 10 Zulhijah.
Selepas melepasi tengah malam 10 Zulhijah, jemaah haji boleh melakukan kerja-kerja melontar Jamrah pada malam itu juga, kemudian bercukur bagi melakukan tahalul awal, sebelum bertolak ke Mekah untuk tawaf dan saie, sekali gus menyelesaikan rukun haji.
Jemaah haji kemudiannya kembali semula ke Mina untuk bermalam dan melontar dua lagi Jamrah pada 11 dan 12 Zulhijah (Nafar Awal) dan sempurnalah kerja-kerja hajinya.
Pada masa ini, terdapat pakej haji untuk tempoh dua minggu khususnya bagi mereka yang berkeperluan khas.
Malah, orang kenamaan seperti pembesar-pembesar negara yang menjadi tetamu kerajaan Arab Saudi hanya berada di tanah suci untuk mengerjakan haji dalam tempoh yang singkat sahaja.
Walaupun secara khususnya cadangan itu adalah untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa, Tabung Haji perlu mengkajinya secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keselesaan jemaah haji supaya tujuan sebenar ibadat haji tercapai.
Setiap kali musim haji, lapangan terbang di Jeddah ditutup kepada semua penerbangan haji pada 3 Zulhijah bagi membolehkan urusan haji berjalan lancar. Bagaimanapun penerbangan komersial berjalan seperti biasa.
Berdasarkan peraturan Arab Saudi itu, bermakna agak sukar untuk melaksanakan tempoh seminggu mengerjakan haji kerana jemaah haji Malaysia perlu tiba di Jeddah sebelum 3 Zulhijah dan menunggu hari wukuf pada 9 Zulhijah.
Sehubungan itu, jumlah hari yang dikira paling sesuai sekiranya pengurangan tempoh mengerjakan haji itu hendak dilaksanakan ialah sekurang-kurangnya 12 hari, mengambil kira penerbangan tiba dan pulang.
Bagaimanapun, cadangan tempoh seminggu itu tidak mustahil untuk dilaksanakan bergantung kepada kerjasama kerajaan Arab Saudi dan kemampuan Tabung Haji menguruskannya.
Kini terserah kepada pengurusan Tabung Haji untuk meneliti kemungkinan ini kerana agensi itu terbukti mempunyai kepakaran mengendalikan urusan haji secara sistematik.
Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji Tabung Haji, Datuk Dr. Azmi Ahmad memberitahu Utusan Malaysia, pihaknya kini menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji cadangan tersebut.
憫Kita akan kaji dari pelbagai aspek termasuk dari segi logistik, peraturan- peraturan haji kerajaan Arab Saudi dan sebagainya,拻 ujarnya.
Kita berpendapat, kecuali mereka yang terlalu sibuk dan mempunyai urusan penting, ramai jemaah haji yang mahu berada lama di tanah suci kerana setiap ibadat di sana berlipat kali ganda pahalanya.
Perlu diingatkan, betapa sibuknya seseorang itu atau betapa pentingnya urusan mereka, tidak ada yang lebih penting daripada urusan terhadap Allah.
Lagipun, tempoh singkat berada di tanah suci tidak banyak mengurangkan kos haji kerana sewa bilik di sana dikira secara pakej berdasarkan satu musim.
Jika ada pengurangan kos, mungkin dari segi kos makanan kerana ia dikira berdasarkan jumlah hari berada di tanah suci.
Bagi jemaah haji sendiri, peluang sekali dalam seumur hidup berkunjung ke Rumah Allah ini tentunya tidak berbaloi sekiranya dilakukan dalam masa yang singkat dan 憈ergesa-gesa |
|
|
|
|
|
|
|
Tunai haji seminggu tak pratikal...hari tu g haji 46 hari pong tak puas!. |
|
|
|
|
|
|
|
Wajarkah skim pinjaman tunai haji?
Pinjaman bantu belia tunai haji, murahOleh Mohd Azis Ngah
Tabung Haji disaran perkenal skim mudahkan ke Tanah Suci
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji disaran menyediakan skim pinjaman khusus untuk mengerjakan haji dan umrah bagi menggalakkan lebih ramai generasi muda menunaikan ibadat berkenaan.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman (gambar), berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan Tabung Haji kerana ia satu keperluan dan tidak merugikan mana-mana pihak.
揃agi Tabung Haji, ia tidak seharusnya menjadi suatu halangan sekiranya skim itu boleh memberi pulangan sehingga enam peratus.
揇ari segi syarak, ia juga tak menjadi satu halangan, |
|
|
|
|
|
|
|
SURAT PERTAMA
SAYA amat tidak bersetuju di atas cadangan agar pinjaman boleh dibuat oleh umat Islam untuk menunaikan ibadah haji.
Menunaikan ibadat haji bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah dengan maksud 慾angan dibuat main-main |
|
|
|
|
|
|
|
sy rasa wajar utk pd sesiapa yg x mampu pegi.. tp kalau x de duit nak byr pun susah gak kan!! so ikut kemampuan msg2 juga sbb ada yg teringin nak pergi tp smpai tua pun x dpt pergi sbb duit simpanan x cukup2... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya kalau tak mampu tak wajib pergi.
Skim pinjaman ni dah ada di Indon. |
|
|
|
|
|
|
| |
|