peria This user has been deleted
|
Peria memang pahit rasanya apabila dimakan. Walaupun begitu di sebalik rasa pahit tersebut tersimpan khasiat yang mungkin tidak disedari oleh sesetengah daripada kita.
Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Peria juga mengandungi 140 gram karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1 miligram), fosforus (10 miligram),dan kalium (I 16 miligram). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Selain itu buah peria juga mengandungi natrium (17 miligram), serta vitamin B I (0.08 miligram), vitamin B2 (0.07 miligram), dan vitamin C(53 miligram).
Di Filipina contohnya, daun peria yang telah dilumatkan akan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsang sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu ia juga boleh dijadikan ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga. Dalam perubatan China pula, air daripada perahan buah peria digunakan untuk merawat penyakit diabetes kerana ia boleh menurunkan paras gula di dalam darah. Selain itu dengan memakan peria anda juga akan dapat satu penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan bahagian dalaman tubuh anda. Peria selain dapat mengubati cirit-birit, ia juga bertindak sebagai anti radang, menurunkan panas dan juga menyegarkan badan. Jika anda mengalami masalah membuang air besar bolehlah meminum air rebusan daun peria. Bukan itu sahaja kegunaan peria. Peria juga boleh menyuburkan rambut bayi, mematangkan bisul serta menghilangkan bekas luka.
Walaupun peria banyak khasiatnya namun begitu bukan semua orang boleh memakan buah peria ini. Bagi mereka yang alah kepada peria atau sebarang tumbuhan dari keluarga tumbuhan Cucurbitaceae anda dinasihatkan agar tidak memakan peria kerana ia boleh menyebabkan alahan seperti ruam, gatal ataupun sesak nafas. Buah peria juga tidak digalakkan untuk dimakan oleh wanita sewaktu mengandung ataupun menyusukan anak. Ini adalah kerana buah peria boleh memberi risiko kepada kecacatan sewaktu melahirkan anak atau keguguran secara tiba-tiba
|
|
|
|
|
|
|
peria This user has been deleted
|
Peria pahit
Orang tua sekrang biasa mkn peria utk ubat kencing manis dan darah tinggi. Org sakit gout pun makan peria.
http://www.tehperia.embunperwira.com
apa kata korang ttg produk kat website ni?? ok ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku minom peria + epal untok darah tinggi.. tapi aku memang suke peria.. sedap laa pahit2 kelat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buah peria juga tidak digalakkan untuk dimakan oleh wanita sewaktu mengandung ataupun menyusukan anak. Ini adalah kerana buah peria boleh memberi risiko kepada kecacatan sewaktu melahirkan anak atau keguguran secara tiba-tiba
arrrrrrr???
Saya suka makan peria yang bulat & pendek pendek tu. Yang jual dkt pasar tu kurang sikit sebab tak pahit |
|
|
|
|
|
|
|
me suka makan peria..pahit tapi fuhh...sedap..tapi kena taw cara masak la..kena caranye..emmm...ratah saja jer peria ne.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|