Salam
Baru2 ni keluar cerita pasal pelakon Azean Irdawati mengidap breast cancer. Teringat plak kat my frens. I have few friends yg menghidap penyakit ni. 2 drnya tlh pun meninggal dunia. Kesian anak kecik2 lg. Nak jd cerita, both were my good friends and their hubby terlebih dahulu pergi disebabkan penyakit yg membawa maut.
And the latest news I heard another friend of mine cuma ada 6 months to live. Sudah stage 4. Tulang dadanya terjojol keluar. Dia mula tahu ada cancer ni 2 yrs back. But the doc said it was not critical. And I heard that she keeps having treatment and another treatment until this very sad news.
Ah! Bila la nak dpt jumpa dia! Jauh di JB sana! Me cuma mampu call je bertanya khabar dan mendoakan dr kejauhan.
Masih teringat2 lg dgn my friends yg dah passed away. Mcm baru semlm terjadi. Terdengar dengar lg jeritan kesakitan! Tangisan saudara-mara, raungan anak2 dikuburan.
Dan baru2 ni plak boss my hubby pun dah kena jugak. Both sides already infected! Baru je buang ketumbuhan tu. But still she feels pain. Sedihnya!
Penyakit ni memang merbahaya! Bekas 1st lady dan twinnya pun sampai ajal disebabkan breast cancer jugak.
My youngest sister plak dah 2 kali buang lump. Even the doctor said it was not cancer, caution must be taken. I keep reminding her. Anak2 kecil2 lg. Mudah2an x jd apa2. I'm worried indeed! Walau pun doc kata bukan, but we have past history. My late mum had it! Alhamdulillah, she was a lucky survivor! One in if not a million, thousand I guess. Sebab tu me byk kumpul articles on breast cancer. Print dan bukukan.
As a tribute to my best friends and other victims, lemme past here copy and paste some of the articles here. If u guys have another info or true stories, u r welcomed to share! Semuga ianya menjadi peringatan utk kita. LETS FIGHT BREAST CANCER!!!
Apakah kanser payudara? Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara.
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.
Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.
Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:
* Lobus yang menghasilkan susu
* Duktus yang menghantar susu ke puting
* Tisu lemak payudara (jarang berlaku)
Biasanya, kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.
JENIS2 KANSER PATU DARA:
Kanser Duktus
Kanser payudara yang paling biasa berlaku ialah kanser duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Kanser lobular pula bermula dari lobus atau lobul. Kanser jenis ini selalunya terdapat di beberapa tempat dalam payudara.
Kanser payudara inflamasi pula merupakan kanser payudara yang jarang-jarang berlaku.
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.
Walau bagaimana pun doktor2 berpendapat faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
穂/size] Usia meningkat. - Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara
穂/size] Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
穂/size] Telah mendapat kanser pada satu payudara.
穂/size] Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun) - risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda.
穂/size] Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
穂/size] Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
穂/size] Jantina - (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita
穂/size] Riwayat kanser payudara - Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
穂/size] Riwayat keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.
穂/size] Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku. Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda.
穂/size] Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.
穂/size] Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
穂/size] Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.
Walau bagimana pun mempunyai faktor risiko tidak bererti anda tentu akan menghidapi penyakit kanser payudara! Risiko seseorang individu terhadap kanser payudara tidak boleh ditentukan dengan tepat di mana terdapatnya faktor-faktor lain seperti tabiat pemakanan, paras aktiviti harian, dan riwayat keluarga yang boleh mempengaruhi risiko tersebut.
Peringkat I
Ketumbuhan (tumor) berukuran kurang dari 2 sm (lebih kurang 1 inci) dan masih belum merebak keluar dari payudara.
Peringkat II
Termasuklah salah satu dari yang berikut:
穂/size] Tumor berukuran kurang dari 2 sm. tetapi telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan
穂/size] Tumor berukuran 2-5 sm (1 - 2 inci) yang mungkin telah ataupun belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.
穂/size] Tumor yang berukuran lebih daripada 5 sm. (lebih daripada 2 inci) tetapi masih belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.
Peringkat III - dibahagikan kepada peringkat IIIA dan IIIB. Peringkat IIIA
Merupakan salah satu daripada yang berikut
穂/size] Tumor yang lebih kecil daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan. Nodus limfa tersebut telah melekat sesama sendiri ataupun melekat dengan struktur lain.
穂/size] Tumor yang lebih besar daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan Peringkat IIIB
Terdiri dari salah satu daripada jenis berikut:
穂/size] Tumor telah merebak ke tisu di sekitar payudara (kulit atau dinding dada, termasuklah tulang rusuk dan otot di kawasan dada)
穂/size] Tumor telah merebak ke nodus limfa, dalam dinding dada di sepanjang tulang dada.
Peringkat IV
穂/size] Tumor telah merebak ke organ-organ lain, biasanya tulang , paru-paru, hati atau otak Atau
穂/size] Tumor telah merebak ke kulit dan nodus limfa di leher, berdekatan dengan tulang selangka.
JADI APA YG ANDA PERLU BUAT UTK MENCEGAH KANSER PAYU DARA?
Kanser payudara adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut. Dengan mengesan awal, pesakit kanser memperolehi 95% untuk sembuh. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Wanita yang berumur antara 20 hingga 40 tahun perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan dan perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan payudara setiap tiga tahun. Pemeriksaan mamografi awal perlu dilakukan apabila mencapai umur antara 35 hingga 40 tahun. Pemeriksaan awal ini diperlukan sebagai rujukan di masa akan datang. Mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun perlu melakukan PSP sekali dalam sebulan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang kerap. Pemeriksaan mamografi rutin perlu dijalankan setiap tahun bagi wanita yang telah berumur 50 tahun ke atas. Wanita berumur 40-49 tahun perlu berjumpa doktor untuk menentukan keperluan menjalani mamografi.
BILA MESTI BUAT PSP?
Anda mesti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.
Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.
BAGAIMANA MELAKUKAN PSP?
Ia boleh di lakukan dengan 2 cara iaitu, melihat perubahan di hadapan cermin dan mengesan perubahan dengan cara berbaring. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin
Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.
Jika anda sudah tiada haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang anda boleh pilih untuk melakukan pemeriksaan ini. Lakukan salah satu daripada kaedah-kaedah di bawah yang anda rasa paling selesa.
Berdiri di hadapan cermin Cekak pinggang, tekan tutun perlahan2 ke bwh utk menegangkan otot dada dan menolak payu dara ke hadapan
Perhatikan dgn teliti perubahan dr segi saiz, warna kontur setiap payudara. Lihat juga samada terdpt kedutan, lekukan atau puting tersorot ke bwh
Angkat kedua2 tgn ke atas kepala. Pusing perlahan2 dr sisi kanan ke sisi kiri
Sekali lg perhatikan perubahan pd payudara
Sambil memerhatikan di cermin, perlahan2 picit kedua2 puting dan perhatikan samada terdpt lelehan keluar. Periksa samada lelehan tersebut jernih atau mengandungi darah
Kaedah 2
Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP sewaktu mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.
Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas.
Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan
Kaedah 3
Dalam kaedah ini, periksa payudara anda sewaktu berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.
Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.
Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.
Ulangi langkah-langkah yang sama pada payudara sebelah kiri
ps: besar pulak gambar2 nih. Ok ke mod? Bukan SX ek?
Anda boleh memilih samada utk menggunakan rawatan moden atau tradisional. Walaubagaimana pun ramai yg memilih rawatan moden krn tidak begitu yakin dgn kaedah tradisional. Apa2 pun terpulanglah mana satu pilihan anda.
Anyway, to me, I would try both.
RAWATAN SECARA MODEN
Ada 2 kaedah Rawatan farmakologi
Rawatan bukan farmakologi
RAWATAN FARMAKOLOGI
Ada byk jenis juga: Kemoterapi Kemoterapi merupakan rawatan menggunakan dadah antikanser. Dadah ini boleh diberikan secara intravena (disuntik ke dalam salur darah) atau secara oral (ditelan). Dadah ini akan bergerak melalui saluran darah dan bertindak ke atas sel-sel kanser di seluruh badan. Kemoterapi digunakan untuk:
Mengurangkan kemungkinan berulang semula kanser tesebut.
Mengecutkan tumor sebelum pembedahan
Mengawal penyakit ini apabila kanser telah didapati merebak ke tisu-tisu lain dalam badan.
Contoh-contoh dadah antikanser yang biasa digunakan ialah siklofosfamid, metotreksat, doksirubicin.
Biasanya gabungan beberapa dadah antikanser adalah lebih berkesan dari menggunakan satu jenis dadah sahaja. Contoh kombinasi yang digunakan ialah siklofosfamid bersama metotreksat dan flurourasil (singkatannya CMF).
Terapi hormon Terapi hormon melibatkan penggunan dadah anti-estrogen untuk menyekat pertumbuhan sel-sel kanser. Estrogen adalah hormon semula jadi yang ada pada setiap wanita. Hormon ini boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Dadah anti-estrogen yang biasa digunakan ialah Tamoxifen. Telah dikenalpasti bahawa status reseptor estrogen (ER+ve dan PR+ve) yang ada pada seseorang wanita itu dalam jumlah yang tertentu boleh membantu dalam rawatan ini.
Komplikasi dari rawatan
Pembedahan, terapi sinaran, kemoterapi dan terapi hormon mempunyai kesan sampingan masing-masing
Kesan sampingan pembedahan termasuklah bengkak, sakit dan keras di tempat pembedahan. Pesakit juga mengalami kesukaran untuk menggerakan lengan dan bahu mereka dalam masa beberapa hari selepas pembedahan.
Kesan sampingan kemotarapi bergantung kepada jenis dadah yang digunakan, jumlah dadah yang diambil dan jangkamasa rawatan. Kesan sampingan kemoterapi termasuklah pening kepala, muntah-muntah, hilang selera makan, keguguran rambut, ketidakselesaan mulut dan gangguan kitaran haid.
Di dalam terapi sinaran, sinaran bertenaga tinggi digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Kesan sampingan sementara yang muncul termasuklah payu dara terasa bengkak dan berat, perubahan pada kulit tempat radiasi ditujukan dan kelesuan.
Di dalam terapi hormon, kesan sampingannya berkaitan dengan pengurangan fungsi estrogen terhadap organ reproduktif atau pembiakan wanita. Pesakit akan mengalami pendarahan melalui faraj (yang bukan haid), peningkatan berat badan dan gangguan emosi. Dadah-dadah jenis ini juga boleh menyebabkan pembekuan darah dalam saluran darah terutamanya di bahagian kaki.
Rawatan untuk pesakit kanser payu dara memerlukan pelbagai disiplin rawatan. Setiap pesakit memerlukan lebih dari satu rawatan berikut:
Pembedahan (membuang kanser melalui proses pembedahan)
Terapi sinaran (radiasi) (menggunakan x-ray pada dos yang tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser
Kemoterapi (menggunakan dadah untuk membunuh sel-sel kanser)
Terapi hormon (menggunakan dadah yang dapat mengubah fungsi hormon atau membuang organ yang menghasilkan hormon tersebut seperti ovari)
Pembedahan
Pembedahan disarankan sebagai rawatan bagi kebanyakan kanser payu dara. Pembedahan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu lumpektomi, prosedur pembuangan sebahagian daripada payu dara dan mastektomi
Lumpektomi adalah pembedahan yang paling ringan. Ia hanya membuang tumor dan sebahagian kecil daripada tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya dilakukan untk kanser peringkat permulaan sahaja
Prosedur membuang sebahagian dari payu dara - dijalankan untuk membuang tumor yang lebih besar. Biasanya nodus limfa yang berdekatan juga akan dibuang
Dalam mastektomi, keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini hanya dilakukan apabila tumor telah merebak ke bahagian lain yang lebih jauh.
Terapi radiasi Terapi sinaran adalah rawatan yang tidak menyakitkan. Ia menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser. Ia biasanya disarankan selepas lumpektomi untuk memusnahkan segala sel-sel kanser yang masih ada bagi mengelakkan kanser tersebut berulang. Biasanya sinaran tersebut ditujukan dari satu sumber di luar badan di bahagian yang terlibat dengan kanser
Mammogram merupakan pemeriksaaan untuk mengesan kanser payudara.
Proses di mana x-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem atau kertas yang disalut selenium. Imej tersebut dipanggil mamogram. Prosedur ini biasanya memperlihatkan 2 sudut bagi setiap satu payu
Mamografi bukan sahaja dianggap sebagai ujian penyiasatan bagi penyakit ini, tetapi ia juga merupakan satu prosedur pemantauan yang penting. Ujian mamografi rutin membolehkan kanser dikesan lebih awal. Mamografi boleh mendatangkan faedah kepada wanita yang mengamalkannya sebagai satu ujian penyaringan bagi kanser payudara.
Wanita berumur 40 tahun dan lebih perlu menjalani ujian ini sekali dalam 1 hingga 2 tahun
Wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun perlu menjalani ujian ini setiap tahun
Jika doktor anda menjumpai ketumbuhan pada payudara anda, anda perlu menjalani ujian ini secara berterusan atau berkala tanpa mengira umur anda
Fungsi: Mamografi boleh mengenalpasti kanser walaupun dari saiz yang kecil yang tidak dapat dirasa oleh wanita tersebut ataupun doktor yang berpengalaman.
Mamografi juga mampu menunjukkan perubahan lain pada tisu payudara yang merupakan tanda-tanda awal kanser payudara
Mamogram dasar (baseline mammogram) adalah penting sebagai garis panduan untuk rujukan di masa akan datang. Bersama-sama dengan pemeriksaan fizikal, mamografi telah terbukti sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang tidak mempamerkan sebarang gejala kanser payudara.
Dalam beberapa tahun ini, jumlah sinaran yang diperlukan untuk menghasilkan mamogram yang berkualiti tinggi telah diturunkan parasnya.
Syarat untuk mamogram Jika doktor mencadangkan bahawa anda perlukan mamogram, lakukanlah dengan segera. Di antara gejala-gejala kanser payudara yang penting adalah perubahan bentuk atau kontur payudara, pembentukan lekukan, perubahan pada kulit di sekeliling puting, terkeluar bendalir dari puting, ketumbuhan atau penebalan kulit berlaku atau segala perubahan yang dirasa tidak normal.
Mamografi adalah amat berfaedah bagi wanita yang mengamalkanya sebagai salah satu daripada pemeriksaan kanser rutin mereka
Prognosis bergantung kepada: Peringkat tumor
Saiz tumor
Bilangan nodus limfa yang terlibat
Status reseptor estrogen
Perkara-perkara lain
Persediaan untuk pemeriksaan :
Jangan pakai atau menyapu deodorant, bedak atau losyen di bawah ketiak atau pada
payudara anda pada hari pemeriksaan. Ini kerana bahan-bahan ini akan kelihatan seperti
tanda kalsium pada filem x-ray.
Beritahu jika ada sebarang tanda-tanda kelainan atau masalah pada payudara kepada teknologis yang akan melakukan pemeriksaan ini untuk anda.
Sebaik-baiknya dapatkan laporan mammogram yang terdahulu dan berikan kepada radiologist untuk pemeriksaan mammografi yang seterusnya.
Sebelum pemeriksaan, tanggalkan barang kemas dan pakaian dari paras pinggang ke atas.
Kos rawatan ujian saringan mamogram di klinik swasta adalah di antara RM100 hingga RM120.
Mereka yang diserang kanser biasanya memerlukan kos antara RM40,000 ke RM300,000 untuk rawatan berikutan peralatan dan ubat-ubatan yang mahal.
Peningkatan penyakit kanser di negara ini semakin membimbangkan dengan lebih 40,000 pesakit baru dikesan di seluruh negara dan menjadikan penyakit ini sebagai pembunuh nombor dua negara selepas penyakit jantung. Daripada jumlah itu 80 peratus membabitkan kanser payu dara diikuti kanser prostat dan beberapa jenis kanser lain seperti tulang dan darah. Menurut Presiden Makna, Datuk Mohd. Farid Ariffin statistik itu diperoleh berdasarkan kes baru kanser yang didaftarkan.
Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) meramalkan menjelang 2020 penyakit kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu dunia dan sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang sebagai persediaan menghadapinya.'
Kerajaan dalam Bajet 2007 memperuntukkan subsidi RM50, iaitu kira-kira separuh daripada kos menjalani ujian saringan yang dibuat di klinik dan hospital swasta, dalam usahanya meningkatkan kesedaran orang ramai bagi mengesan penyakit kanser payu dara lebih awal.
Kenapa kanser payu dara meningkat? Menurut Majlis Kanser Malaysia (Makna) puncanya ialah: Perubahan gaya hidup, persekitaran, makanan dan cara pemprosesannya serta tekanan hidup. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad juga tidak menolak pandangan bahawa peningkatan kanser payu dara ketika ini mempunyai kaitan dengan gaya hidup wanita moden yang memilih untuk tidak menyusukan anak.
Diambil dr satu laman web. (x ingat dah kat mana)
Pengesanan awal kanser payudara bukanlah tanggungjawab kaum wanita semata-mata. Kaum lelaki selaku ketua keluarga, abang atau teman lelaki yang prihatin perlu memainkan peranan penting untuk menggesa insan tersayang di dalam keluarga mereka menjalankan pemeriksaan mamografi.
Kaum lelaki di negara kita seharusnya lebih bertimbangrasa dengan lebih sensitif terhadap kesihatan pasangan mereka. Kesibukan mencari rezeki dan menguruskan keluarga yang terbeban di bahu kaum wanita di negara kita seharusnya perlu direnungkan kembali. Sebagai tanda penghargaan terhadap isteri, ibu atau adik perempuan mereka, kaum lelaki diseru agar mereka dapat memujuk dan membiayai kos bagi menjalani pemeriksaan mamografi pasangan dan wanita yang mereka kasihi.
Akhir kata saya menyeru agar semua kaum lelaki di negara kita bersama-sama berganding bahu membantu dan menyokong usaha kerajaan supaya wanita di negara kita menjalani pemeriksaan mamografi.
Yg ni Petikan dr BERNAMA
Datuk Shahrizat menasihatkan wanita supaya melabur wang mereka untuk tujuan kesihatan seperti membeli insurans kesihatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berterusan.
"Cara wanita sekarang ialah mereka lebih suka menyimpan duit untuk tujuan membeli barangan dan perhiasan rumah. Kita kena melabur untuk masa depan terutamanya untuk kesihatan," katanya.
Semlm terdengar berita kat radio, 40000 dp kes barah, 32% drnya adalah kanser payu dara. Kementerian Kesihatan berkata, walau pun dah diberi subsidi utk buat mamografi, tp tidak begitu mendpt sambutan dr kaum wanita. Kenapa ya? :hmm:
Dr kajian yg dibuat, alasan yg biasanya diberi kenapa tidak menjalani pemeriksaan ialah:
1. tiada masa
2. berasa ujian tidak perlu kerana sentiasa sihat
3. takut.
Alasan ini tidak boleh diterima kerana barah tidak mengenal mangsa dania bersarang dalam diam. Kemunculan sel barah tidak menunjukkan tandaatau kesakitan. Seseorang itu akan sentiasa berasakan dirinya 憇ihat抙ingga sel barah merebak dan menunjukkan gejala penyakit.
10 FAKTA UNTUK WANITA TENTANG BARAH PAYU DARA匸/b]
Fakta 01
Barah Payudara lebih kerap menyerang wanita yang melebihi 45 tahun Penyakit barah payu dara adalah penyakit yang lazimnya tidak menyerang mereka yang muda usianya! Sekiranya anda berumur dibawah umur 30an, maka risiko untuk anda menghidap penyakit ini adalah rendah. 90% daripada kelainan payudara bukanlah barah
Fakta 02
Ramai yang mengenali seseorang yang diserang barah payudara
Selain pemeriksaan bulanan yang dilakukan sendiri, wanita perlu menjalani pemeriksaan di klinik sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mendapatkan keputusan lebih tepat.
Menariknya, kini ada kaedah lebih mudah untuk mengesan barah payu dara, iaitu menggunakan teknologi tiga dimensi Tomografi Elektrik Impedens (EIT).
EIT mengukur konduktiviti sel dan banyak kajian saintifik menunjukkan setiap sel menunjukkan konduktiviti berbeza mengikut struktur dan patologinya (kajian mengenai proses perkembangan penyakit).
Berdasarkan kajian, sel kanser menunjukkan bio-konduktiviti yang jauh lebih tinggi (10 hingga 60 kali lebih tinggi) berbanding sel payu dara normal.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Bio Impedance Sdn Bhd, Jailani Abdul Rahman, berkata alat yang menggunakan teknologi Russia itu memaparkan imej digital untuk mengesan kehadiran dan lokasi tisu payu dara yang rosak.
Alat ini, yang mempunyai 256 elektrod dan disambung pada komputer, akan ditekan perlahan pada dada untuk diperiksa. Klip yang ada dua elektrod rujukan dilekatkan pada satu pergelangan tangan.
Arus elektrik rendah (0.5 mili Ampere, 50 kHz) akan disalurkan dan hanya satu daripada 256 elektrod tadi akan diaktifkan dan proses ini berulang hingga semua elektrod diaktifkan satu demi satu dalam masa 20 saat. Alat pengesan akan disambungkan pada komputer dan imej digital tomografi konduktiviti sel boleh dilihat pada skrin komputer.
Tujuh imej tomografi dihasilkan dalam masa 40 saat pada kedalaman empat milimeter hingga 4.6 sentimeter payu dara untuk mengesan kehadiran ketumbuhan. Dari sini, dapat diketahui sama ada seseorang wanita itu mempunyai tisu payu dara rosak atau ketumbuhan yang boleh berubah menjadi kanser. Dalam masa 6 bulan hingga 2 tahun.
揔elebihannya, ia tidak menyakitkan (tidak seperti mamogram), tiada kesan radiasi atau kesan sampingan, menggunakan arus elektrik yang sangat rendah, sesuai digunakan semua peringkat umur (semuda 15 tahun) dan mendapat keputusan cepat.
揂lat EIT memberikan keputusan seperti menjalankan ujian ultrabunyi atau mamogram dan ia mampu membantu mengesan kemunculan sel tidak normal dari peringkat awal supaya wanita boleh mengambil tindakan pantas bagi menghalang ia berubah menjadi kanser,
9 SEBAB KENAPA ANDA HARUS MENJALANI UJIAN EIT Oleh : DR LO' LO'
1. ALAT YANG SANGAT BERNILAI SEBAGAI KOMPLEMEN KEPADA MAMMOGRAM DAN ATAU
ULTRASOUND.
2. SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN UMUR.
3. SELAMAT DIGUNAKAN KEATAS IBU MENGANDUNG DAN WANITA MENOPOS.
4. BEBAS DARI RADIASI ATAU KESAN SAMPINGAN
5. CEPAT DAN MUDAH DIGUNAKAN, HANYA MENGAMBIL MASA 20 SAAT UNTUK SATU
PUSINGAN UJIAN.
6. PROSEDUR YANG SELESA DAN TIDAK MENYAKITKAN
7. SANGAT RINGKAS, IMEJ YANG TERANG, AGAK TEPAT DAN BOLEH MENGIDENTIFIKASI
BARAH DENGAN JELAS.
8. ALAT YANG KECIL DAN BOLEH DIBAWA KEMANA-MANA MESKIPUN TEMPAT TERPENCIL.
9. TELAH DIUJI-KAJI OLEH PERSATUAN KEBANGSAAN KANSER MALAYSIA ( terhadap 300
wanita )
Tahukah anda, wanita Malaysia seawal umur dua puluhan dikesan mengidap KANSER ATAU BARAH PAYU DARA. Mengapa biarkan diri anda dalam teka teki dan kerisauan tentang fenomena yang menakutkan ini. Kini ada teknoloji terkini dan MESRA (Mudah, Efisyen, Selamat, tanpa Radiasi) pengguna untuk pengesanan asas barah payu dara iaitu EIT atau pun ELETRIC IMPEDANCE TOMOGRAPHY.
Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati menawarkan khidmat EIT kepada semua wanita juga lelaki yang disyakki pada setiap Hari Selasa kecuali cuti umum. Sila hubungi 03 41068466 / 7 / 8 untuk temu janji. Sila sampaikan pesanan ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan mereka yang anda kenali.