CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3545|Reply: 5

Tip untuk anak score exam-UPSR,PMR,SPM

[Copy link]
Post time 26-6-2007 12:26 AM | Show all posts |Read mode
PSR dah dekat, PMR hampir tiba, SPM tidak lama lagi!!!
Anak Anda telah bersedia? Janggan PANIK.
Saya terjumpa  Pakej Pembelajaran yang boleh membantu anak anda berhadapan peperiksaan dengan penuh yakin!
35,000 soalan boleh djawab online 24 jam !!!

http://malasbelajar.com

Satu-satunya Sistem Pembelajaran Untuk Tahap 1 Hingga Tingkatan 5
Melalui Internet
Yang Diperakui oleh PIBG Nasional Paling Menyerlah dan Paling Komprehensif !!!




DAPAT FRee pulaktu kalau daftar anak anda sekarang dengan hanya Rm 10sebulan untuk semua subjek !!!  Saya boleh tolong daftarkan jika perlu pertolongan. Handphone 012 2974094. http://malasbelajar.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 09:10 AM | Show all posts
kenapalah address nya malas belajar? It is so negative. Tengok addressnya tu pun buat saya tak minat dgn package ini. Sorry la.

ooo MAP punya produk..... they should know better.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 01:38 PM | Show all posts

Reply #2 macademia's post

heheheh....dok fikir benda yg sama....
Reply

Use magic Report

ninanurin This user has been deleted
Post time 26-6-2007 02:12 PM | Show all posts

Reply #3 my-alja's post

lupa letak tanda soal kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 03:08 PM | Show all posts
Didikan ibu bapa penentu kejayaan anak
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli


SETIAP kali anak menduduki peperiksaan penting baik di sekolah rendah, menengah atau di peringkat pengajian tinggi, ibu bapa yang prihatin akan turut merasakan ketegangannya. Pada saat begini, ibu bapa biasanya akan mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.

Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak. Ia juga tiket menentukan peluang mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.


Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka daripada segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Antara caranya ialah:


Mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik mereka.


Memberi/menerima cinta tanpa syarat.


Menerima kritikan membina daripada mereka.






Mewujudkan suasana di mana mereka berasa dimiliki.

Pada masa sama, kita juga patut mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa iaitu:


Tidak membentuk anak supaya bercita-cita tinggi.


Tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang.


Tidak membantu anak mengurus masa dengan bijak.


Tidak menyediakan jadual waktu.


Tidak peduli jika anak tiada keyakinan diri atau bersemangat.


Meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak.


Kurang berdoa.

Ibu bapa boleh menggalakkan anak belajar secara berkumpulan. Kaedah ini lebih berkesan kerana biasanya mereka dapat bertukar fikiran dan bersoal jawab jika ada perkara kurang jelas. Lagipun, suasana pembelajaran begini tidak membosankan atau boleh membuat mereka mengantuk.

Pelbagai kegiatan yang boleh mereka lakukan bersama seperti berkongsi nota, membanding jawapan, merumus sesuatu idea dan bersaing sesama sendiri secara sihat.

Ibu bapa juga tidak seharusnya memaksa anak belajar berterusan tanpa berehat atau beriadah. Dikhuatiri jika terlampau menerima tekanan, anak boleh sakit ketika hari peperiksaan. Ini pasti menjejaskan keupayaan mereka menjawab soalan.

Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak, kita boleh membantu meletakkan sasaran yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, berapa muka surat yang boleh diulang kaji setiap hari atau berapa jam sehari untuknya belajar secara berkesan.

Jika ini dilakukan secara berterusan, dengan izin Allah SWT, anak tidak akan panik menjelang minggu peperiksaan. Tekanan biasanya dialami apabila anak kecewa kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa. Jadi, tidak mustahil jika tidak lama dulu kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak sekolah rendah membunuh diri kerana mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan.

Ibu bapa hari ini boleh dikatakan begitu mengambil berat kemajuan anak. Malangnya, hasrat murni ibu bapa belum mencapai tahap memuaskan. Ini kerana anak hari ini sama ada di bandar atau kampung didapati kurang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Peluang untuk masuk ke institusi pengajian tinggi berdasarkan merit. Sektor pekerjaan tentu akan terbuka luas kepada calon yang cemerlang. Jika mereka masih leka dan selesa dengan apa yang ada, pasti anak kita akan ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Pelajar hari ini kelihatan semakin kurang menunjukkan minat membaca. Masih ramai pelajar yang menjadikan buku hanya teman ketika menjelang peperiksaan, sedangkan budaya membaca perlu dipupuk dan dijadikan amalan harian.

Sebagai permulaan, ibu bapa perlu menyediakan satu ruang atau bilik di rumah masing-masing sebagai tempat anak belajar dan membaca. Boleh dikatakan sebilangan besar keluarga mempunyai bahan bacaan di rumah. Bahan ini ada yang disusun dan diguna dengan sempurna dan tidak kurang pula yang tidak dijaga baik.

Ibu bapa perlu berusaha menyusun bahan bacaan sebagaimana mereka menyusun perhiasan di ruang tamu supaya ia dapat dimanfaatkan anak dari masa ke semasa. Bukankah ayat pertama turun kepada Rasulullah ialah: 揃acalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 03:28 PM | Show all posts
ish, penulis itewww
kalau kat MHI muka dia kan
aku tuko channel lain
ekekekekekek
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041291 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list