View: 15037|Reply: 98
|
Harga Minyak Dunia : update - turun menjunam US$47.78 setong
[Copy link]
|
|
Oil rises above $76 to new 11-month high
LONDON (Reuters) - Oil prices rose to an 11-month high above $76 a barrel on Monday as rising global oil demand and North Sea field maintenance exacerbated supply worries.
London Brent crude <LCOc1>, currently seen as a better indicator of the global market, climbed to an intraday high of $76.34 a barrel, the highest level since August 2006.
The all-time record high for Brent is $78.65, reached on August 8, 2006.
"The oil price is at very high levels for good reasons and there's every possibility we could see further strength in coming months," said David Dugdale, an analyst at MFC Global Investment Management.
"With OPEC continuing to withhold oil from the market the general picture remains one of tightness, with kidnappings in Nigeria, the upcoming hurricane season and ongoing geopolitical concerns all adding to uncertainty over the summer."
By 1533 GMT, the August delivery contract for Brent crude traded 38 cents higher at $76 a barrel. U.S. crude <CLc1> fell 44 cents to $72.37 a barrel.
The International Energy Agency, adviser to 26 industrialized countries, said world oil demand would rise faster than expected to 2012 while supply lags.Despite four years of high oil prices, this report sees increasing market tightness beyond 2010," the IEA said in its medium-term oil market report.
[ Last edited by amazed at 2-12-2008 06:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Oil crisis is nearSEE VIDEO IN LINK...
http://www.youtube.com/watch?v=4IwtAQzrfiw
Sekarang Harga Minyak $70 sebarrel..kalau peak oil, yng dijangka melanda 2010-2012, harga akan mencecah $300 PER BARREL!!!...
Di malaysia pula..2010, malaysia akan import minyak....sure melonjak harga minyak nanti...
Malaysia To Become Net Oil Importer By 2010 With Rising Demand
KUALA LUMPUR, June 28 (Bernama) -- Malaysia will become a net importer of oil by 2010 if the domestic demand for petroleum products continues to increase at four percent annually, Petronas president Tan Sri Hassan Marican said Thursday.
"If the petroleum products demand in Malaysia continues to grow at four percent per annum, the country will not be able to export its production like now, meaning that demand will exceed domestic crude production," he said at a press conference to announce the national oil corporation's financial results.
However, Hassan said, this did not mean that Malaysia will stop producing oil.
"We will still continue to produce at the same level, but product demand will move ahead of domestic crude production," he said when asked to explain.
Kalau skrng ko orang ingat minyak mahal, tunggu 4-5 tahun lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 matmin77's post
Jumlah pengeluaran dunia sudah sampai puncak..(peak oil)
Fig 1: Actual global oil production as reported by the U.S. DOE's Energy Information Administration, May, 2007
Some Basic Facts
(you can verify these):
|
|
|
|
|
|
|
|
petroleum products demand in Malaysia continues to grow at four percent per annum....
baguslah petrol demand continue grow in Msia, what if petrol demand in Msia continue drop? negara yg ekonominya berkembang pesat pasti memerlukan byk penggunaan bahan tenaga setiap tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
All the more reasons for Alternative Power Source.
Malaysia should look into renewable power sources like Wind Generators along it's (botak) coast and Solar Panels for homes.
Also, Nuclear reactors for long term beneficts, when Malaysians have evolved some sense of Responsibility. |
|
|
|
|
|
|
charliesparks This user has been deleted
|
Reply #5 Sephiroth's post
agreed!
our oil will run out one day, can't avoid it. besides that, renewable power sources are more important now, and in the future. the world is dying.
d'u guys know about the students saving the world? just by simply cutting energy consumption. by using less lights/fans/aircons (AND if implmented in all schools in msia) we could save... RM34 MILLION a year. who discovered this? students. kids. saving energy is one of the easiest ways to be environmental.
the facts are here: www.toyotaecoyouth.com.my
it's acutally a competition where 15 schools (1 each state) make projects to cut eco impact in their schools. u can see their simple, effecitve projects and there's also a exhibition at 1 utama this very weekend. i'm so in love with this prog i'll definitely be going! |
|
|
|
|
|
|
|
Protes minyak merebak
ANGGOTA-ANGGOTA polis menangkap seorang penunjuk
perasaan di bandar Hyderabad, India semalam.
MADRID - Bantahan berhubung kenaikkan harga minyak dunia mula merebak ke beberapa negara di Eropah semalam selepas bantahan serupa tercetus di India, Korea Selatan dan Indonesia.
Di Madrid beratus-ratus pemandu lori di Sepanyol dan Portugal bertindak menghalang beberapa laluan di jalan raya serta memecahkan cermin lori yang lain.
Beberapa tunjuk perasaan juga diadakan di sepanjang sempadan di Perancis selepas harga minyak di pasaran dunia melepasi AS$139 (RM453.55) setong di pasaran Amerika Syarikat (AS).
Rakyat Sepanyol yang bimbang mula beratur panjang di stesen-stesen minyak kerana bimbang terputus bekalan.
PEMANDU-PEMANDU trak menghalang laluan dalam
bantahan harga minyak di Madrid, Sepanyol semalam.
Pengguna di Sepanyol dan Portugal juga berbaris panjang di pasar raya-pasar raya utama kerana bimbang bekalan makanan mungkin berkurangan berikutan mogok oleh pemandu lori.
Beratus-ratus lori berbaris sepanjang 8 kilometer di sempadan Perancis selepas para penunjuk perasaan memecahkan cermin dan lampu lori barangan yang enggan mengikut piket dengan memasuki sempadan Sepanyol.
Sementara itu di Seoul, Korea Selatan Kesatuan Pemandu Lori negara itu turut melancarkan mogok bagi membantah kenaikan harga minyak.
Bantahan juga tercetus di Hyderabad selatan India selepas kerajaan negara itu menaikkan harga petrol dan diesel kira-kira 10 peratus pada minggu lalu. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Nepal naik harga petrol
KATHMANDU |
|
|
|
|
|
|
|
Krisis minyak: Menteri India batal lawatan ke luar negara
NEW DELHI 9 Jun - Beberapa orang menteri Kabinet India membatalkan lawatan rasmi mereka ke luar negara sebagai menyahut gesaan agar berjimat cermat berikutan kenaikan harga minyak.
Perdana Menteri, Manmohan Singh baru-baru ini mendesak supaya para menteri dan kakitangan kerajaan mengambil langkah berjimat bagi menangani masalah kenaikan harga barangan berikutan peningkatan harga minyak tersebut.
Menteri Perkapalan, T.R Baalu hari ini mengumumkan pembatalan lawatan rasminya ke Finland sebagai sokongan kepada Manmohan.
Langkah itu turut diikuti oleh Menteri Pelancongan, Ambika Soni yang tidak jadi ke Amerika Syarikat untuk menghadiri festival kebudayaan dan seminar perubatan di sana.
- AP
not stopping najib or any menteris to go abroad pung!! |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Eropah, India bantah harga minyak naik
BANTAH: Polis India memancut air ke arah penunjuk perasaan yang membantah kenaikan harga minyak di Srinagar, Kashmir, semalam.
| Penduduk desak kerajaan ambil langkah drastik ringankan beban rakyat
MADRID: Demonstrasi, rusuhan dan mogok diadakan di Sepanyol, Portugal, Perancis dan India semalam bagi membantah harga minyak yang melambung tinggi dan bagi mendesak agar kerajaan masing-masing mengambil tindakan drastik bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka.
Pemandu lori di Sepanyol yang mengadakan mogok yang tiada penghujungnya, bertindak memecah cermin depan kenderaan yang melangkah garisan piket.
Mereka disertai oleh pemandu trak di negara jiran, Portugal yang turut mengadakan mogok, sementara bantahan diadakan di negara sempadan, Perancis di mana kesan kenaikan harga minyak yang mencapai tahap paling tinggi AS$139 (RM444.8) setong tidak dapat ditanggung lagi oleh penduduk di negara berkenaan.
Rakyat Sepanyol yang bimbang bekalan minyak akan berkurangan beratur di stesen minyak untuk mengisi tangki kenderaan masing-masing. Mereka juga beratur panjang di luar pasar raya besar selepas pemandu trak memberi amaran bahawa pasar raya juga akan kekurangan barangan dalam masa beberapa hari.
Di Kashmir, India, polis terpaksa menggunakan pancutan air dan belantan bagi meleraikan ratusan kakitangan kerajaan yang membantah kenaikan harga minyak.
Mogok yang dilancarkan di Assam di timur laut India menyebabkan pekan berkenaan lengang tanpa sebarang kegiatan. Penduduk tempatan menggesa penutupan pejabat, bank, kedai dan sekolah selama 12 jam dan menuduh kerajaan tidak menangani kenaikan harga minyak itu dengan bijak manakala kenderaan tidak memasuki jalan raya.
Namun, di beberapa tempat lain, keadaan kembali seperti sedia kala apabila bantahan terhadap kenaikan harga minyak minggu lalu mulai reda.
India menaikkan harga petrol dan diesel pada kadar 10 peratus Rabu lalu, selepas kos bagi memberi subsidi dalam keadaan harga minyak mentah yang begitu tinggi sehingga mengakibatkan syarikat minyak kerajaan hampir menjadi muflis.
Di Dubai, anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menyatakan mereka tidak akan meningkatkan pengeluaran minyak sebagai tindak balas kepada kenaikan mendadak harga minyak.
Menteri Minyak Saudi, Ali al-Naimi dan rakan sejawatannya dari Pakistan menyifatkan harga minyak kini adalah tidak wajar dan tiada kaitan dengan prinsip pasaran, lapor agensi berita rasmi Saudi Press. Arab Saudi adalah sebuah negara pengeksport utama.
Pegawai anggota OPEC juga menjangka harga minyak terus meningkat dan mengakibatkan kesengsaraan di kalangan negara pengimport.
Harga minyak meningkatkan kepada lebih AS$16 (RM51.2) setong - lebih 13 peratus - dalam tempoh dua hari Khamis dan Jumaat lalu akibat kelemahan dolar Amerika serta ketegangan yang semakin menjadi-jadi di antara Israel dan Iran.
"OPEC menyatakan beberapa faktor di luar kawalannya, termasuk spekulasi dan ketegangan politik antarabangsa, sebagai punca kenaikan harga. Faktor berkenaan boleh menjadi penyebab kepada kenaikan harga yang lebih tinggi.
"Saya menjangka menjelang penghujung musim panas harga minyak akan mencecah AS$150 (RM480) setong," kata wakil OPEC Iran, Muhammad Ali. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Diramal RM816 setong - AS alami defisit RM198 bilion kerana harga minyak
SEORANG peniaga hanya menjual baki beberapa ikan
yang tinggal berikutan mogok kenaikan harga minyak
di Valencia, Sepanyol semalam. - AP
DEAUVILLE, Perancis |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi bantahan minyak
BEBERAPA trak menyekat laluan dalam bantahan
kenaikan minyak di Madrid semalam
MADRID - Tunjuk perasaan berlaku semalam di India, Hong Kong dan Nepal berhubung kenaikan harga minyak manakala penduduk Sepanyol menyimpan petrol dan makanan kerana bimbang akan berlakunya kekurangan barangan berikutan mogok pemandu trak.
Para pemandu di Korea Selatan juga mengancam untuk melakukan mogok sekali gus meningkatkan tekanan terhadap beberapa kerajaan Asia yang bergelut menghadapi kenaikan harga minyak.
Mogok yang dilakukan oleh para pemandu trak yang turut disertai oleh rakan mereka dari Portugal itu mendapat sokongan di sempadan Perancis.
Di Sepanyol, deretan kereta beratur di stesen-stesen petrol di mana 40 peratus daripadanya mengalami masalah kekurangan bekalan di Catalona, lapor media.
"Saya mendengar stesen petrol semakin mengalami kekurangan bekalan menyebabkan saya datang untuk mengisi minyak, jika tidak, saya akan berasa bimbang tidak dapat pergi ke tempat kerja," kata seorang pemandu.
Beberapa motosikal polis mengiringi lori-lori tangki ke beberapa stesen petrol untuk menyuraikan tunjuk perasaan dan menghalang serangan selepas para penyerang menghiris tayar lori.
- Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu bantah harga minyak
MINTA PERHATIAN: Seorang pemandu makan di celah deretan trak di jalan raya, di Bangkok, semalam.
|
Kumpulan pengangkutan ugut sekat jalan raya jika kerajaan enggan beri bantuan
BANGKOK: Beribu-ribu pemilik trak melakukan bantahan setengah hari semalam di Thailand menuntut kerajaan membantu mereka berikutan kenaikan harga minyak dalam siri terbaru tunjuk perasaan yang melanda seluruh Asia dan Eropah.
Kumpulan pengangkutan berkata mereka bersedia menghalang jalan raya di Bangkok minggu depan sekali gus memberikan lebih tekanan kepada kerajaan yang sudah berhadapan dengan bantahan jalanan sejak sekian lama berikutan cubaan untuk meminda perlembagaan.
Bantahan berkenaan mencetuskan kebimbangan berlaku rampasan kuasa terbaru kurang dua tahun selepas tentera menggulingkan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.
"Jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan sehingga 17 Jun kami akan membawa masuk trak kami di Bangkok," kata Thongyu Khongkan, ketua setiausaha Persekutuan Pengangkutan Darat Thailand yang memiliki 400,000 trak bernaung di bawahnya.
Tuntutan termasuk mengenakan potongan sebanyak tiga baht (29 sen) bagi setiap liter diesel selama enam bulan selain pinjaman mudah untuk menukar enjin kepada penggunaan gas asli.
Kilang penapis tempatan Thailand bulan lalu bersetuju menjual diesel ke syarikat bas Bangkok dengan kadar potongan sebanyak lapan peratus. Manakala sektor lain seperti nelayan dan pemilik trak menuntut manfaat yang sama.
Kenaikan harga minyak mencecah rekod AS$139 setong minggu lalu sehingga mencetuskan bantahan di seluruh dunia oleh pengguna dan kumpulan pengangkutan.
Di Eropah, penduduk Sepanyol mula menyimpan makanan kerana bimbang pemandu trak melancarkan mogok yang akan menjejaskan penghantaran sehingga boleh mengurangkan bekalan. Peniaga di pasar borong makanan utama di Madrid berkata bekalan makanan segar mungkin akan mula berkurangan tidak lama lagi.
Pemandu di Portugal turut menyertai bantahan selain Perancis yang juga menyaksikan perkara yang sama. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Eropah panik kerana minyak
Mogok jejaskan bekalan makanan, pesawat kehabisan bahan bakar
POLIS ini mengawal pemandu-pemandu trak yang
melancarkan mogok di lintasan Jonquera sempadan
Sepanyol-Perancis semalam.
LONJAKAN harga petrol dan diesel di seluruh dunia mencetuskan mogok serta tunjuk perasaan sekali gus mencetuskan panik di kalangan penduduk beberapa buah negara maju.
Kenaikan bahan bakar itu berlaku selepas harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi iaitu AS$139.12 (RM453.99) setong di pasaran Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.
Di Britain, pengguna kenderaan diminta tidak panik dengan bertindak untuk membeli petrol dan makanan daripada kebiasaan berikutan para pemandu lori tangki mahu melancarkan mogok selama empat hari bermula esok.
Jurucakap Perdana Menteri Gordon Brown menyatakan pelan kecemasan disediakan untuk mengurangkan gangguan akibat mogok itu.
Rayuan itu berlaku ketika harga diesel dijangka melonjak melepasi |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak mentah naik lebih RM9.81
LONDON - Harga minyak mentah meningkat lebih AS$3 (RM9.81) kepada AS$133 (RM434 ) setong semalam selepas syarikat petroleum BP menyatakan rizab minyak dunia tidak berubah pada tahun lalu.
Kenyataan itu sekali gus memberi petunjuk bahawa dunia kini menghadapi bekalan minyak yang semakin berkurangan.
Harga dijangka meningkat berikutan ramalan menunjukkan data minyak mentah Amerika Syarikat (AS) menurun walaupun laporan rasmi belum dikeluarkan.
Minyak mentah AS meningkat AS$3.29 (RM10.72) kepada AS$134.60 (RM438) setong.
Rizab minyak mentah dunia pada 2007 mendatar manakala pengeluaran jatuh sebanyak 0.2 peratus iaitu kejatuhan pertama sejak 2002, lapor BP. - Reuters
Kebimbangan terhadap bekalan minyak menyebabkan harga meningkat mendadak manakala Wall Street meningkatkan harga ramalan baru kepada AS$150 (RM489) dan AS$200 (RM652).
Rali peningkatan harga minyak bermula pada tahun ini dan ia sudah menokok sebanyak 40 peratus dengan paras harga rekod ialah sebanyak AS$140 (RM456)pada Jumaat lepas. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu trak Korea protes harga minyak
SEOUL 13 Jun - Beribu-ribu pemandu trak Korea Selatan melancarkan mogok hari ini untuk memprotes kenaikan harga bahan bakar.
Menurut Kementerian Pengangkutan dan sebuah kesatuan sekerja, tindakan mereka itu menyebabkan operasi di beberapa pelabuhan utama terjejas.
Lebih 5,000 pemandu trak yang kebanyakannya bekerja sendiri menyertai mogok di seluruh negara sehingga menyebabkan operasi tergendala di Busan, Gwangyang, Pyeongtaek dan Danglin.
"Tindakan ini dikesali tetapi kami tidak ada pilihan kecuali mengadakan mogok.
"Perkara yang dituntut adalah berasaskan hak kami untuk meneruskan hidup," kata Presiden Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kargo Korea, Kim Dal-shik.
Pemandu trak itu menuntut langkah untuk mengurangkan kos tenaga atau menaikkan kos pengangkutan selepas harga diesel meningkat lebih 30 peratus sejak permulaan tahun ini.
Mereka juga menuntut sistem penetapan harga yang seragam untuk memastikan upah minimum yang diterima bagi perkhidmatan mereka.
Menteri Tanah, Pengangkutan dan Hal-Ehwal Marin, Chung Jong-hwan memberi amaran hukuman keras akan dikenakan ke atas pemandu trak yang cuba menggendalakan operasi di pelabuhan dan terminal kargo.
"Kerajaan telah mengerahkan polis antirusuhan ke pelabuhan utama dan terminal kargo bagi mencegah tindakan mengendalakan pengangkutan," katanya selepas mesyuarat mengenai mogok itu.
Beliau juga mengumumkan kerajaan akan menambah perkhidmatan kereta api dan perkapalan serta menghantar 500 trak tentera bagi menampung keperluan pengangkutan.
Mogok itu dijangka menjejaskan kira-kira 20 peratus pengangkutan kontena kapal di seluruh negara ini.
Tindakan mogok itu diadakan sekalipun kerajaan mengumumkan pakej bantuan AS$10 bilion (RM32 bilion) pada Ahad lalu.
- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Arab gentar kesan harga minyak
NEW YORK - Pengeluar terbesar minyak mentah dunia, Arab Saudi berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran komoditi itu untuk bulan depan sebanyak 500,000 tong sehari, lapor akhbar The New York Times semalam.
Laporan yang memetik penganalisis serta peniaga yang mendapat taklimat tertutup daripada para pegawai Arab Saudi baru-baru ini.
Jurucakap White House, Tony Fratto ketika mengulas perkembangan itu mengalu-alukan langkah berkenaan.
Penasihat Kementerian Petrolium Arab Saudi, Ibrahim al-Muhanna enggan mengulas berita berkenaan tetapi menyatakan negara itu tidak selesa dengan harga minyak mentah semasa.
" Peranan kami ialah untuk mengembalikan kestabilan dalam pasaran minyak," katanya.
Langkah Arab Saudi itu menjadikan pengeluaran minyak negara tersebut meningkat kepada 10 juta tong sehari berbanding 9.45 juta tong ketika ini. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
June 14, 2008
Saudi Arabia May Hike Oil Output, Says Report
NEW YORK, June 14 (Bernama) -- Saudi Arabia, the world's biggest oil exporter, is planning to increase its output July by about a half-million barrels a day, a media report said Saturday.
Citing analysts and oil traders who have been briefed by Saudi officials, the Press Trust of India (PTI) quoted the report as saying that the increase could bring Saudi output to a production level of 10 million barrels a day, which, if sustained, would be the kingdom's highest ever.
The move was seen as a sign that the Saudis are becoming increasingly nervous about both the political and economic effect of high oil prices, the Indian news agency said, adding that in recent weeks, soaring fuel costs have incited demonstrations and protests from Italy to Indonesia.
Saudi Arabia, the report said, is currently pumping 9.45 million barrels a day, which is an increase of about 300,000 barrels from last month.
While they are reaping record profits, the Saudis are concerned that today's record prices might eventually damp economic growth and lead to lower oil demand, as is already happening in the US and other developed countries, it said.
The current prices are also making alternative fuels more viable, threatening the long-term prospects of the oil-based economy.
The Saudi plans, the paper said, were disclosed in interviews with several oil traders and analysts who said that Saudi oil officials had privately conveyed their production plans recently to some traders and companies in the US.
Last week, King Abdullah also took the unprecedented step of arranging on short notice a major gathering of oil producers and consumers to address the causes of the price rally. The meeting will be held in Jeddah June 22.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Janji Arab Saudi stabilkan harga minyak
Ki-moon (kiri) berbincang dengan Raja Abdullah di Pelabuhan
Laut Merah kelmarin.
JEDDAH - Anggota paling berpengaruh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Arab Saudi berpendapat lonjakan harga minyak sebagai satu kenaikan luar biasa, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam.
Menurutnya, negara itu sedang bersedia untuk melakukan apa sahaja usaha bagi membolehkan harga minyak menurun.
Ketika bercakap kepada pemberita berhubung pertemuannya dengan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang diadakan kelmarin, Ki-moon berkata, mereka berbincang mengenai peningkatan harga, perubahan cuaca dan krisis makanan.
"Baginda mengetahui bahawa harga minyak ketika ini adalah kenaikan luar biasa berikutan faktor spekulator dan beberapa dasar kerajaan," katanya
"Baginda bersedia untuk melakukan apa yang terdaya bagi membawa harga minyak ke peringkat yang memadai," tambahnya.
Ban Ki-moon menyatakan dilihat akan menimbang dengan serius bagaimana ia boleh mengatasi isu itu dengan meningkatkan pengeluaran.
"Saya menjangkakan bahawa Arab Saudi akan mengambil beberapa langkah konkrit," jelasnya.
Beberapa laporan media menyatakan negara itu merancang untuk meningkatkan pengeluaran pada bulan depan kepada 10 juta tong sehari.
Arab Saudi juga akan menjadi tuan rumah satu persidangan di Jeddah untuk pengeluar dan pengguna minyak bagi membincangkan kenaikan harga minyak yang mencatatkan rekod pada awal bulan ini. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|