CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6938|Reply: 39

Himpunan posting Syd

[Copy link]
Post time 13-7-2007 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Perang dalam Islam

1,000 malaikat pada Perang Badar(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (al-Anfaal: 9)

Ketika berlakunya Perang Badar, Rasulullah memerhatikan bagaimana tentera Islam bertempur dengan tentera Quraisy. Pasukan tentera Islam yang sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad berlawan dengan gagah berani.

Dalam keadaan demikian, Rasulullah bermunajat memohon pertolongan kepada Allah.

揧a Allah kirimkanlah bantuan dan pertolongan-Mu. Ya Allah tunaikanlah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2007 09:30 AM | Show all posts

Apa peranan institusi Islam bantu penagih

BARU-baru ini, dalam satu sesi forum di seminar memerangi dadah, seorang bekas penagih yang beragama Kristian mengakui bahawa institusi agamanya begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam membantu bekas penagih untuk memulakan hidup baru.

Diceritakan bahawa pada hari pembebasan bekas penagih dari pusat serenti, mereka ditunggu oleh wakil agama tersebut dan ditawarkan tempat tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 10:56 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

selalu kita compare inst. Islam dgn Inst. Kristian
mang agak berbeza aaa
pendekatan kita lebih kpd kembali mengingati/menghayati ajaran kita yg basic...bukan kesenangan
tapi pendekatan derang plak adalah pendekatan kasih sayang dan selesa
dimana2pun manusia kalau dijanjikan dgn selesa mang suka
Inst. Kristian banyak tajaan...RM takdek masalah
so mang selesa
penagih2 Melayu kita expect kitapun akan beri derang macam mana pihak Kristian bagi....mana boleh
so pd aku kegagalan bukan hanya di pihak Inst. kita
tapi sikap org2 kita dan penagihtu sendiri
nak dibela macam org tak bersalah...forget it
don't expect too much, disciplin dan berdikari!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 09:39 AM | Show all posts

Dilema harta pusaka

Dilema harta pusaka perlu penyelesaian segeraOleh WAN RAHIMAH DRAMAN


KEKELIRUAN dan kejahilan terhadap fungsi penama dalam kebanyakan urusan harta benda, terutama wang ringgit dan saham-saham yang tersimpan serta dilabur di mana-mana agensi kewangan mahupun syarikat perdagangan kini menimbulkan masalah serius di kalangan Muslim.

Akibatnya, banyak harta benda pemilik yang mati atau harta pusaka tidak sampai dan tidak dapat dituntut atau disalurkan kepada mereka yang berhak.

Sejumlah tidak kurang RM1.8 bilion wang kini terpendam di Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut dan tidak diselesaikan oleh para pewaris di negara ini.

Kesannya harta-harta berkenaan tidak berkembang dan tidak dapat dibangunkan untuk faedah serta manfaat ahli waris mahupun ummah dan negara.

Tidak kurang pula kes-kes harta pusaka dibolot dan dikuasai oleh penama yang dibuat oleh pemilik semasa hayat, termasuk mereka (penama) yang langsung tidak ada pertalian kekeluargaan dengannya.

Malah, harta pusaka yang 憈ergantung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2007 02:15 PM | Show all posts

Khat bentuk manusia, binatang dilarang

Khat bentuk manusia, binatang dilarang
31-07-2007 08:48:20 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS
PUTRAJAYA:  Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran hari ini mengeluarkan arahan kepada orang ramai melarang mereka daripada membuat atau memiliki tulisan khat yang dibuat dalam bentuk manusia atau binatang.

Timbalan pengerusi lembaga itu Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan itu dilarang dari segi hukum kerana ia menghina ayat-ayat al-Quran.

"Larangan ini akan kita masukkan dalam pindaan Akta Percetakan Teks al-Quran 1986 tidak lama lagi bagi menjadikannya satu peraturan khusus untuk membendung penulisan khat dalam bentuk-bentuk yang terlarang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga itu hari ini.

Beliau juga mengingatkan orang Islam agar memastikan al-Quran dan surah Yassin yang mereka baca adalah yang dicetak oleh syarikat yang berlesen kerana naskhah yang lain daripada itu, terutama yang diimport dari beberapa negara jiran, tidak dijamin ketepatannya.

Nooh yang juga Mufti Johor berkata, baru-baru ini beliau menghadiri satu majlis bacaan Yassin, dan mendapati surah yang disediakan untuk orang ramai mengandungi beberapa kesilapan yang boleh mengubah makna ayat-ayat yang terkandung di dalamnya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai memastikan al-Quran yang mereka miliki mempunyai cap kelulusan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, kerana hanya naskhah yang berkenaan sahaja disahkan bebas daripada kesilapan.

Sebagai menjelaskan betapa seriusnya masalah itu, Nooh berkata terdapat teks-teks yang dihantar kepada lembaga itu untuk kelulusan mempunyai sehingga 6,000 kesilapan besar, termasuklah ayat-ayat yang terlalu jauh jaraknya antara satu dengan lain sehingga mengubah maksud ayat berkenaan.

Mulai tahun depan, katanya, cap kelulusan KKDN itu akan digantikan dengan cap keselamatan hologram yang disertakan nombor siri bagi memudahkan pihak berkuasa memantau jumlah naskhah dan al-Quran digital yang dikeluarkan di negara ini.

Mesyuarat itu juga, menurut Nooh, mengeluarkan garis panduan khusus bagi rehal -- iaitu ia mestilah lebih tinggi daripada lutut -- supaya kedudukan naskhah al-Quran yang diletakkan di atasnya tidak terlalu rendah sehingga mencemar kesuciannya.

Selain itu, katanya, rehal tidak digalak dihiasi ayat-ayat al-Quran, kerana ia akan diletak di hujung kaki di samping kemungkinan ia tidak disimpan di tempat sesuai.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak meletakkan pelekat kereta atau perhiasan bergantung yang mengandungi ayat-ayat al-Quran di kenderaan mereka.

"Apabila kita letak ayat al-Quran di kenderaan, kita mesti pastikan kenderaan kita tidak di bawa ke tempat tidak sesuai, seperti kelab malam, misalnya. Sekiranya mahu juga, memadailah jika kita gunakan terjemahan ayat-ayat al-Quran itu sahaja.

"Selain itu, orang ramai juga jangan mudah membeli barangan yang dihiasi ayat-ayat al-Quran. Pemantauan kita mendapati, ada perhiasan gantung seramik untuk kenderaan yang sepatutnya merupakan doa keselamatan sebenarnya terbalik," jelasnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2007 05:19 PM | Show all posts

Lokasi gua Ashabul Kahfi jadi teka teki

Misteri: Lokasi gua Ashabul Kahfi jadi teka tekiOleh Nasron Sira Rahim

Pentafsir, pengkaji sejarah yang semak surah al-Kahfi masih gagal dapat jawapan tepat

SEHINGGA kini, misteri kedudukan gua yang menjadi lokasi persembunyian pemuda Ashabul Kahfi seperti diceritakan al-Quran menerusi surah al-Kahfi, masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab.

Sebaik membaca baris ayat pada surah berkenaan, penyelidik dan kalangan pentafsir al-Quran cuba menyemak silang petikan nas kitab suci itu dengan catatan sejarah serta kedudukan geografi dunia silam.

Usaha menjejaki gua berkenaan adalah usaha besar yang mana penemuan lokasi itu bakal dicatat sebagai antara penemuan terpenting dalam sejarah dunia Islam amnya dan peradaban manusia khasnya.

Ini disebabkan dalam gua itu berlakunya satu daripada keajaiban Allah SWT - sekumpulan tujuh pemuda bersama seekor anjing yang bersembunyi mengasingkan diri daripada pemerintah zalim serta kufur, ditidurkan Allah SWT selama 300 tahun sebelum kembali dibangkitkan-Nya.

Firman Allah SWT: 揂dakah engkau (Muhammad) menyangka bahawa kisah Ashabul Kahfi dan ar-Raqiim itu saja yang menakjubkan antara tanda kekuasaan Kami? (Ingatlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda berlindung di gua, lalu mereka berdoa: 慦ahai Tuhan kami! Kurniakan kami rahmat pada sisi-Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2007 12:12 AM | Show all posts
aiyo, baca al-Quran; Allah perintah kita untuk cari lokasinya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 08:28 AM | Show all posts

Reply #2 Syarul's post

Apabila kita telah mengetahui kebenaran nya...semakin mendalam iman kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2007 09:28 AM | Show all posts

Reply #3 zerozone's post

setuju.

semakin mendalam iman

dan mungkin ada banyak lagi benda boleh dipelajari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 09:42 AM | Show all posts

Perkembangan Islam (negara luar - pelbagai)

Mengimbau kembali perkembangan Islam di JepunOleh MAZLAN NORDIN


DALAM simpanan tukang catat ini sejak beberapa tahun lalu ialah sebuah al-Quran yang dicetak di negara Jepun. Pada sebelah kanan setiap muka ialah ayat-ayat suci dan pada sebelah kiri terjemahan dan penjelasan dalam bahasa Jepun.

Kitab suci itu dicari semula dari rak buku setelah membaca berita berulang mengenai orang-orang Islam di Korea Selatan berdoa supaya kira-kira 20 orang awam Korea yang ditawan oleh askar Taliban di Afghanistan tidak diapa-apakan.

Kerana, orang-orang Islam bangsa Jepun dan Korea berupa golongan minoriti di negeri masing-masing. Keterangan mengenai mereka yang diperoleh dari Wikipedia, ensiklopedia bebas mungkin berguna bagi kita.

Pertama mengenai Islam di negara Jepun. Hubungan pertama dengan orang Islam ialah dengan orang-orang Melayu yang bekerja sebagai kelasi kapal-kapal British dan Belanda lewat abad-19. Sebelum itu, lewat 1870, buku riwayat hidup Nabi Muhammad telah diterjemah ke bahasa Jepun. Dengan itu, agama Islam dianggap mengambil tempat dalam imaginasi intelek bangsa Jepun.

Satu lagi yang dianggap pertemuan penting ialah pada tahun 1890 manakala Turki pemerintahan Uthmaniah mengirim sebuah kapal ke Jepun sebagai membalas secara hormat lawatan seorang putera diraja Jepun ke Istanbul beberapa tahun sebelum itu.

Orang Islam Jepun yang pertama menunaikan fardu haji ialah Kotaro Yamaoka yang memeluk agama Islam pada tahun 1909 dan mengambil nama Omar Yamaoka manakala pergi ke Mekah.

Seorang lagi bernama Bunpaciro Ariga yang berniaga ke India dan memeluk agama Islam setelah berkenalan dengan orang-orang India Islam. Beliau kemudian mengambil nama Ahmad Ariga.

Pelarian Islam

Masyarakat Islam muncul di negara Jepun dengan ketibaan ratusan orang Turkoman, Uzbek, Tajik, Kirghiz, Kazakh dan lain-lain pelarian Islam dari Asia Tengah dan Rusia, iaitu akibat revolusi komunis. Mereka diberi perlindungan oleh Jepun dan selanjutnya bermastautin di beberapa buah bandar.

Dengan lahirnya masyarakat kecil Islam itu, beberapa buah masjid dibina. Yang utama sekali ialah Masjid Kobe pada tahun 1935 dan Masjid Tokyo pada tahun 1938 (diperbaharui pada tahun 1990-an).

Dalam masa Perang Dunia Kedua pula, makluman mengenai agama Islam tersebar luas di negara Jepun dan di kalangan pusat-pusat penyelidikan mengenai Islam dan dunia Islam. Lebih 100 buah buku dan majalah mengenai Islam terbit di negara Jepun.

Sebenarnya terbitan-terbitan itu bukan untuk memperkenalkan Islam, tetapi untuk membolehkan pihak tentera lebih mengetahui mengenai Islam dan orang Islam. Ini kerana wujudnya masyarakat Islam yang ramai di China dan Asia Tenggara yang ditakluki oleh tentera Jepun.

Pada tahun 1970-an, pelbagai maklumat mengenai Islam tersebar, iaitu selepas 搆risis minyak tahun 1973.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 11:20 AM | Show all posts
ada orang tak pernah cari dan tak pernah kisah pun kat mana gua berkenaan.
tapi mendalam jugak iman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 10:22 AM | Show all posts

Reply #5 ibnur's post

ya, amat beruntung orang mcm tuh punyai keimanan mcm tuh.

tapi saya tak lah beruntung mcm tuh. sbb dari diri saya sendiri gak. hehe malas carik ilmu.

hm..tingat tu hari ada tgk al-kuliyah, perihal krew al-kuliyah beserta dgn sorang ustazah p mendaki Gunung Hira'..

ya ampun...tinggi tul gunung tuh, dan sukar perjalanan tuh. dan bayangkan mcm mana Nabi Muhammad naik ke atas tuh. laluannya bukan mudah mcm skrgk ( ada seseorang di upah - dia berasal dari India, untuk membina laluan (tapak-tapak) bagi memudahkan orang naik ke gunung hira' skrg.

Mcm mana isteri nabi, Khadijah naik hantar makanan susah payahnya.

waktu krew tuh menerangkan mcm mana gua hira; tu, dan ustazah plak menceritakan kisah nabi muhammad ketika wahyu turun, krew yang ikut sama turut menangis. dorang beruntung..dapat jugak pegi sana, panjat dan merasai wpun tak sesusah dulu...

hehehehe saya plak hanya tumpang tgk jerk dan tumpang nangis..

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 11:19 AM | Show all posts
teringat In kt Dr Maurice Bucaille yang menulis buku The Bible, the Qur'an and Science...

beliau menganut Islam setelah mengkaji mumia firaun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2007 04:03 PM | Show all posts

Fatwa: Halal dakwat SPR di jari pengundi

Fatwa: Halal dakwat SPR di jari pengundi
08-08-2007 03:34:03 PM
PUTRAJAYA:  Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk membenarkan penggunaan dakwat khas yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menanda jari pengundi pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak melanggar hukum syarak.

Pengerusinya Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penjelasan dan hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kimia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Katanya kajian mendapati bahan dakwat yang tidak dapat dipadamkan itu tidak mengandungi unsur najis, tidak menyekat air atau telap air sampai ke kulit dan tidak mengandungi kemudaratan yang jelas untuk dipakai di jari atau kuku.

"Oleh sebab itu, jawatankuasa yang bersidang hari ini meluluskan atau membenarkan penggunaan dakwat tersebut.

"Tidak ada halangan dari segi hukum dan tidak ada keraguan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Dr Abdul Shukor berkata keputusan itu tidak membabitkan hukum atau fatwa baru tetapi untuk melihat dari aspek umat Islam dalam soal beribadat.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memaklumkan secara rasmi dan serta-merta kepada SPR berhubung keputusan tersebut.

SPR sebelum ini mencadangkan untuk menggunakan dakwat khas itu untuk menanda jari pengundi bagi mengelakkan penipuan dalam pilihan raya.

Berikutan itu, Jakim menghantar sampel dakwat khas itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi memastikan dakwat yang kekal pada jari selama dua hingga tiga hari itu tidak mengandungi bahan najis yang boleh merosakkan ibadat umat Islam.

Semalam, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan itu perlu bagi mengelakkan keraguan dan syak di kalangan umat Islam bahawa dakwat khas itu boleh menjejaskan ibadat. BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 10:34 AM | Show all posts

Anak tak sah taraf berhak terima pusaka ibu

Hak Muslim: Anak zina berhak terima pusaka ibu

JIKA seorang lelaki dan wanita berzina, kemudian wanita itu mengandung dan mereka berkahwin, adakah sah nikah mereka ketika wanita itu mengandung anak zina? Adakah bayi itu menjadi anak susuan jika ibu menyusukannya dengan cukup syarat? Kemudian pasangan itu mendapat beberapa orang anak lagi, apakah mereka anak sah? Bagaimana hukum penamaan anak, pewarisan harta kepada semua anak itu.

Insan Prihatin

Sebelum menjawab persoalan, wajar jika dijelaskan terlebih dulu maksud anak tak sah taraf. Menurut Islam, anak tak sah taraf adalah anak yang lahir daripada hasil persetubuhan sebelum pernikahan dan bukan anak daripada persetubuhan salah sangka (wati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 11:47 AM | Show all posts

Biar hakim putuskan nafkah bekas isteri Muslim

Biar hakim putuskan nafkah bekas isteri Muslim
11-08-2007 09:26:04 PM
KUALA LUMPUR:  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang berusaha mendapatkan kelulusan kabinet bagi membolehkan hakim menentukan keputusan pemberian nafkah sebaik sahaja pengesahan penceraian pasangan Islam diperakui.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata berdasarkan Akta 1976 Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian, setiap pasangan yang bercerai terpaksa melalui beberapa proses sebelum keputusan mengenai pemberian nafkah diperolehi.

"Ketika ini isteri-isteri yang diceraikan terpaksa ke sana-sini untuk membuat permohonan tuntutan nafkah selain perlu berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi. Perkara ini akan membebankan mereka lebih-lebih lagi jika tidak bekerja.

"Kita berhasrat mengurangkan kerumitan kepada isteri-isteri. Dengan itu kita ingin memohon supaya diberikan sedikit perubahan kepada akta tersebut dengan memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menentukan kaedah pemberian nafkah tanpa perlu menunggu sebarang proses yang merumitkan," katanya selepas merasmikan Seminar Wanita Cemerlang Malaysia Gemilang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pemberian nafkah yang melibatkan pasangan Islam yang bercerai di negara ini.
Shahrizat berkata jika permohonan itu berjaya, kementeriannya akan membawa usul itu ke parlimen secepat mungkin.

Diminta mengulas mengenai kejadian kebakaran di Kluang yang mengorbankan lima sekeluarga, Shahrizat berkata kementeriannya telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata kementerian juga bersedia untuk mengambil alih tugas menjaga empat beradik yang terselamat itu sekiranya tiada saudara-mara mangsa yang sudi menjaga mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi dua hari lepas, pasangan Kasmuri Jasman, 44, dan Supiah Abdul Karim, 41, bersama tiga anak mereka Hishammuddin, 13, Nurul Macella, 10, Izamuddin, 9 maut selepas rumah mereka di Kampung Tengah musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api lilin atau ubat nyamuk.

Mengenai seminar itu, Shahrizat berkata lebih RM2 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk melaksanakan program-program sebegini melibatkan komuniti Melayu, Cina dan India.

BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2007 11:56 AM | Show all posts
Peningkatan umat islam di Korea
Oleh: MAZLAN NORDIN

BILANGAN orang Islam di Korea Selatan kira-kira 45,000 orang saja dan pelbagai kegiatan mereka jarang sekali didengar. Maka baru-baru ini, tersiar berita mengenai masyarakat Islam itu beramai-ramai berdoa agar laskar Taliban di Afghanistan yang menculik 20 orang Korea sebagai tebusan tidak lagi mengapa-apakan mereka.

Malangnya dua orang Korea telah dibunuh atas alasan kerajaan Afghanistan tidak membebaskan sebilangan laskar Taliban yang telah ditawan. Berikutan itu negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia mengkritik tindak-tanduk pihak Taliban itu kerana tidak berperikemanusiaan.

Berikutan itu juga pihak-pihak lain ingin mengetahui mengenai orang Islam di Korea Selatan. Antara yang memperoleh maklumat ialah Wikipedia, ensiklopedia bebas, iaitu dalam siri mengenai masyarakat Islam di serata dunia. Berikut antara maklumannya:

Bilangan 45,000 orang Islam di Korea Selatan tidak termasuk para pekerja yang mendapat izin bekerja di negara itu. 揑slam dianggap agama paling pantas berkembang di Korea Selatan. Antara yang memeluk agama Islam ialah pekerja-pekerja Korea yang pulang dari negara-negara Asia Barat seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

揃ilangan orang Islam beransur-ansur meningkat di Korea Selatan selepas Perang Korea (1951-1953). Majoriti masyarakat Islam, iaitu rakyat Korea dan pendatang asing, berada di sekitar Seoul. Masjid pertama dibina pada tahun 1976 dengan sumbangan derma dari Malaysia dan lain-lain negara Islam.

Selanjutnya ialah kedatangan para pekerja asing dari Iran, Iraq, Kuwait, Qatar, Pakistan dan Malaysia.

Menurut para penyelidik, kemunculan pertama Islam di Korea ialah pada abad ke-9, manakala kelasi-kelasi kapal dari negara-negara Arab dan Parsi tiba untuk berniaga. 揗enurut seorang penulis Arab, bernama Ibn Khurdadhbih, ramai kemudian menetap di Korea dan mengadakan perkampungan-perkampungan Islam. Ramai daripada mereka ialah dari Iraq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 10:34 AM | Show all posts

Keistimewaan solat berjemaah (dari sudut saintifik)

Solat berjamaah imbangi cas dalam badanOleh Ibrahim Abdullah

SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.


Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.



Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:10 AM | Show all posts
cerita pasal cas-cxas (ntah apa lagi cas kot ada positiv, negative, neutral).

orang kata kajian kata beryoga atau meditation macam orang bukan islam cipta tu pun sama macam cas mengecas atau buang cas.

ni semua orang kata laaa...  macam  Ibrahim Abdullah kata seorang Profesor Fizik di Amerika Syarikat ....   professor U mana tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2007 12:23 PM | Show all posts

Memahami prinsip darurat dalam muamalah

Memahami prinsip darurat dalam muamalahOleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI




DEWASA ini, wujud kecenderungan di kalangan umat Islam untuk memperlonggar dan mempermudahkan hukum agama khususnya dalam urusan muamalah yang sudah sememangnya bersifat mudah dan anjal. Atas alasan darurat umpamanya, ada yang menggunakannya sebagai bahan justifikasi untuk menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan secara jelas dalam nas-nas syarak seperti dalam isu riba.

Memang syariat Islam membenarkan prinsip darurat diguna pakai apabila berhadapan dengan keadaan terdesak hingga tidak memungkinkan individu melaksanakan tuntutan syarak secara sempurna. Dalam Islam prinsip darurat disebutkan sebagai salah satu kaedah fiqah yang masyhur iaitu 揳l-darurah tubih al-mahzurah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060250 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list