CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8907|Reply: 58

Bahan Beracun Dalam Lampin Pakai Buang!!!

[Copy link]
Post time 3-8-2007 11:24 AM | Show all posts |Read mode
..memula skali nak ckp..klau artikel ni dah ade...minta MOD tlg merged ye??
tq..


*******************************************************************************

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.


SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2007 11:25 AM | Show all posts
habis tu ... cam ner nih ...????
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:32 AM | Show all posts
contoh brand lampin pakai buang tuh..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 11:34 AM | Show all posts

Reply #3 luv_ma's post

tkde cth la ma...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #4 sha_n's post

tak bgtau contoh eh..
kalau bahaya..dah lama dah x de pampers ni..pakai lampin kain je lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 11:59 AM | Show all posts

Reply #5 luv_ma's post

tu la...
ni pon dpt dr email ni..fwen bg..
dr Persatuan Pengguna Pulau Pinang lak tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2007 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by luv_ma at 3-8-2007 11:55 AM
tak bgtau contoh eh..
kalau bahaya..dah lama dah x de pampers ni..pakai lampin kain je lah.


pakai lampin kain je la...penuh la ampaian..
emm..tp tk tau la sejauh mane kebenaran fakta ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 12:14 PM | Show all posts

Reply #6 sha_n's post

persatuan pengguna penang ni mmg..
bnyk kajian..
susu lglah bnyk x boleh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2007 12:19 PM | Show all posts

Reply #7 sha_n's post

kat sini,ramai tegur tanya..'ank pakai napkin ke..?benornya..yg penuh kat ampaian tu..kain bucuk aqeel..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 12:28 PM | Show all posts
Patutlah, dari lahir sampai sekarang bersambung-sambung ruam si Iskandar.
Dulu Shin guna daploline (sp?) cream zink oxide, tapi nurse dari HUKM kata cream tu panas. Dia cadang guna Franch Oil. So far so good.

Mereka yang duduk rumah apartment tak berampaian ni macam manalah nak pakai lampin. Baju biasa nak sidai pun tak cukup tempat. Lainlah ada budget lebih boleh beli dryer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 01:24 PM | Show all posts
pers. pengguna penang mmg suka buat research. mcm2 x leh guna. ikutkan hampir semua benda bahaya.. camana la anak2 diorg yer? pakai napkin ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 01:51 PM | Show all posts

Reply #11 wra's post

tul tu wra..memacam buar kajian..pening..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 01:51 PM | Show all posts

Reply #11 wra's post

tul tu wra..memacam buat kajian..pening..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 02:06 PM | Show all posts
sebaik2nya guna cloth diaper
tapi modal pemulaan byk
me, baru beli sehelai
mmg bagus..anak takde ruam pun
tapi kena membasuh ler...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 02:50 PM | Show all posts
dane pun baru gak order cloth diaper tu.  murah sket kalo beli package.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 03:00 PM | Show all posts
sib baik anak sha ok je gune diapers biase..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2007 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 03:08 PM | Show all posts
masalah utk ibu2 yg bekerja.. anak akn dihantar ke bb sitter or nursery.. larat ke bb sitter n pihak nursery asik tukar lampin aje.. yg pkai lampin pkai buang ni pon kekadang aku tgk dibiarkn penuh melondeh2 berat.. hancing... klu pkai lampin biasa x tau la plak cane..serba salah dibuatnye ibu2 yg bekerja nih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 03:21 PM | Show all posts
aduss... susah nie..... kalo pakai napkin kena stanby jer lah mop kat tepi...
tp kalo kite keje?? mau ms amik kat umah bbsitter hancing  budak2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 03:43 PM | Show all posts
my boy in drybees cloth diaper
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.054350 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list