View: 12547|Reply: 21
|
Mazhab Kristian Orthodox
[Copy link]
|
|
Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itubergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangankeliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajibansholat Mahgrib.
Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok , sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan sajaasalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka solat.Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:
sa'atul awwal(fajar/subuh),
sa'atuts tsalis(dhuha),
sa'atus sadis (zuhur),
sa'atut tis'ah (asar),
sa'atul ghurub (maghrib),
sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan.Sedangkan pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40 hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat,dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.
Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2 lah kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan lah pada kawan2kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran..... Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli....dan digantung di rumahkita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita harap maklum.
Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.............Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject.
Berhati-hatilah..... Jangan terpedaya
pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...
tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat
untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran...... tapi sebenar ayat Bible
[ Last edited by rdzaccess at 4-8-2007 03:12 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah Kristian Orthodox. |
|
|
|
|
|
|
|
btul ke ni?
mn dpt sumber ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Mazhab Kristian terbahagi pada 3; Katolik, Ortodoks & Protestan.
Mazhab aliran Ortodoks banyak dianuti di kepulauan Greece serta negara-negara Balkan, malah majoritinya di Rusia & negara2 bekas blok Soviet.
Namun begitu, satu aliran Ortodoks yang merupakan anutan puak Arab Kristian dari Syria, Lubnan, Iraq & Mesir adalah Ortodoks Koptik (Copts). Mereka ini dianggap sbg Ahlul-Kitab oleh kebanyakan ulama Islam Arab sebagaimana masyarakat Yahudi berfahaman Yahudi Ortodoks (bukan Kristian Ortodoks).
Jelas sekali gambaran yg diberikan rdzaccess merupakan mazhab Kristian Ortodoks Koptik sebagaimana yang diamalkan masyarakat Arab Kristian di Timur Tengah.
Wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Robotech's post
adakah aliran Ortodoks Koptik ini mengikut ajaran Nabi Isa yang asal?
dan jika mereka ini adalah ahli kitab,maka mereka bukanlah golongan kafir? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya kalau mengikut ajaran Nabi Isa (Kristian), mereka takakan mempunyai jadual sembahyang macam tu. Lainlah kalau pengamal Talmud (Yahudi) yang memang seakan-akan mempunyai cara seperti ISlam, baik dari segi sembahyang dan berpuasa. Golongan ini jenis yang mana, tak tahu gak nak cakap..
Ada sapa-sapa ada info tentang kumpulan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Perkataan ahli kitab dalam Al-Quran merujuk kepada ahli-ahli yang mewarisi atau memahami kitab-kitab yang terdahulu, iaitu Taurat dan juga Injil. Pda masa ini, kedua-dua kitab itu telah tercemar, jadi kita tak dapat lagi menggunakan perkataan ahli kitab utk merujuk kepada mereka yang berlainan aliran agama.
Sebab itulah di katakan ahli kitab kerana mereka ini, sebagai contoh di atas pendeta nasrani mungkin seorang yang beragama mengikut Nabi Isa, beribadat sepertimana nabi ISA, dan menyembah Tuhan yang Esa. Sebab itulah di turunkan ayat dalam Al-Quran yang banyak menyebut ahli-ahli kitab atau orang alim, dan juga celaan kepada ahli-ahli kitab yang mengubah ayat-ayat dari Allah demi kepentingan peribadi.
Mengucap kedua kalimah syahadah ialah satu baiat atau satu tanda kesetian kepada nabi. Mungkin pendeta tu meninggal dalam keadaan beriman, manalah tahu, sebab secara khususnya tidak ada ucapan sebegitu sebelum zaman nabi Muhammad. Nabi Ibrahim, Musa dan ISa sendiri hanya menyuruh menyeru kepada Tuhan Yang Satu iaitu ALLAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 shirayuki's post
ooo...macam itu.....
tetapi bukankah dia percaya kepada Allah tuhan yang sebenar dan nabi Muhammad?
dan bukankah pendeta itu meninggal sebelum nabi muhammad dilantik menjadi nabi dan juga sebelum kalimah shahadah diwujudkan?Maka pendeta itu hidup pada zaman sebelum Islam diiktiraf....maka sepatutnya ajaran nabi Isa masih valid lagi sehingga Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul dan agama samawi telah diupdatekan
dari nasrani ke Islam...
aku berpendapat pendeta itu mati beriman kerana mengikut ajaran nabi Isa yg sebenar..Allah saja yg tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 zalliza1717's post
sebut pasal taurat dan injil...bagaimana pula dgn kitab zabur?jarang disebut mengenai agama mereka yg beriman dgn kitab zabur ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
kitab zabur ada dalam kitab perjanjian lama dgn nama Psalm. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by prototaip at 6-8-2007 01:13 AM
ooo...macam itu.....
tetapi bukankah dia percaya kepada Allah tuhan yang sebenar dan nabi Muhammad?
dan bukankah pendeta itu meninggal sebelum nabi muhammad dilantik menjadi nabi dan juga seb ...
Wallahualam... hanya Allah yang Maha Mengetahui.... pada pendapat saya, mungkin pendeta tersebut ingin termasuk dalam golongan umat Muhammad SAW yang mendapat keberkatan dari Allah SWT.... Sedangkan dalam ramai-ramai para rasul dan nabi yang berdoa untuk dijadikan sebahagian drpd umat Muhammad, hanya doa Nabi Isa A.S shj yang dimakbulkan, yakni merujuk kepada peristiwa akhir zaman.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya musykil ni Kristian Orthodox... sebab ada solat 5 waktu + Duha & Solat tengah malam (macam tahajjud)
Nampak macam lebih kepada Islam yang diseleweng menggunakan nama kristian orthodox
Sedangkan solat 5 waktu mula dipraktikkan oleh umat Islam setelah Israk dan Mijra' bukannya masa zaman sebelum tu lagi...
Memang amalan solat telah ada sebelum zaman Nabi Muhammad, cuma yang 5 waktu tu musykil.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 mnm77's post
Kalau difikirkan baik-baik, memang betul. Macam mana mereka dapat tuntutan solat 5 waktu itu? Takkan mereka ni saja-saja ikut cara Islam. Kalau begitu, bukankah lebih baik masuk Islam saja? |
|
|
|
|
|
|
|
Kristian Ortodoks Koptik mmg lain dari mazhab Ortodoks lain.
Malah dlm kitab Bible mrk (org Arab-Kristian panggil Injil), mmg dlm bahser Arab, & nama Tuhan (God) yg digunakan adalah Allah, utusan Tuhan sbg Nabiyullah serta terma2 lain yg mirip kpd Islam. Jesus the Messiah dipanggil Isa Al-Masih.
Sbb tuh, byk kitab Injil Melayu (atau Indo-Bible) byk directly translated dari Kitab Bible versi Arab. Sy berkesempatan membaca Bible versi Melayu, mmg tak salah lg, terma Allah, Rasul, Al-Masih, Isa dsb digunakan dgn meluas. Wahyu pun ada.
Inilah penangan Kristian Ortodoks Koptik.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
pelik jugak eh..
selalunya depa p gereja sambil bernyanyi..
la ni depa pon ada sembahyang jugak eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah dpt email ni last year dari group agama yang saya join dari indonesia...tapi menurut email tu ajaran sesat baru muncul ...so berhati2 kerana amalam mereka hampir sama dgn islam...its not ajaran orthodox or anything
masa saya di US saya penah tgk satu documentary tentang kaum orthodox christian dia kawasan luar bandar di sana.tak ada pun cara solat begini..cuma nya mereka masih berpegang pada ajaran2 asas seperti wanita mesti berpakaian labuh...no jeans..no music..kecuali music church..tak blh sentuh lelaki yang sah dinikah..etc etc..paderi nya juga boleh berkahwin dan punya anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua kaedah untuk menyesatkan umat Islam.. tak pernah pula ada cerita dalam bible tentang sembahyang yg macam ni. Atau ahli kitab yg sembahyang macam ni.. Ini ciptaan baru dan bukan orthodox.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan kristian..
tapi ajaran sesat daa..
mana ada kristian sembahyang cmtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat aku pulak,memang benar ada salah satu fahaman ajaran Kristian yang bermazhab Ortodoks.Ortodoks dalam konteks fahaman yang lain pula membawa maksud kuno ataupun kekampungan.Justeru itu, fahaman ini tidak di senangi oleh fahaman-fahaman lain kerana kebanyakan dari merekamempunyai berkepentingan tertentu untuk menolak fahaman ini.
Menyentuh mengenai sembahyangnya sama dengan sembahyang umat islam, besar kemungkinan juga mungkinlah.
Boleh baca balik asal usul solat umat islam di dalam thread yang saya pernah buka dulu
http://mforum6.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D4
Benda-benda sebegini memang tidak boleh lari sama sekali.dan saya ingin memetik kata-kata yang saya tulis di dalam thread itu;
"Wahai paderi, harap anda ketahui adalah tidak rasional nabi kami datang sebagai nabi terakhir, untuk mengoreksi syariat-syariat mereka yang telah di selewengkan, menyempurnakan yang masih kurang, dan membawa syariat baru yang sempurna, duna mengakhiri syarit syariat sebelumnya, kemudian di dalamnya tidak terdaapat beberapa persamaan dengan syariat-syariat lain dalam pokok-pokok yang sama, seperti tauhid, solat puasa dan lain sebagainya.Kerana pokok-pokok semacam ini tidaklah mungkin dapat terjadi pengatian atau perubahan.Sepertimana Allah berfirman di dalam Asy-Syura ayat 13.
Dan juga ayat Baqarah ayat 183.
maka tidak aneh solat yang ada di dalam islam waktunya sama dengan beberapa waktu solat yang terdapat pada agama-agama langit sebelumnya.Tidak aneh bilamana puasa di dalam islam dalam beberapa hal serupa pada agama-agama tersebut.dengan ini beerti lebih membuktikan bahawa benar-benar ibadat tersebut diwahyukan kepada beliau.Sebab kalau beliau hanya berpura-pura mengaku mendapat wahyu, nescayalah hal-hal semacam ini berusaha disembunyikan.Kerana seorang pendusta berusaha sedapat mungkin menyembunyikan kebohongannya dan tidak mahu mengetegahkan sesuatu yang dapat dijadikan alat celaan kepada tindakannya.
Sesudah Nabi Musa banyak sekali nabi yang muncul tak terhitung banyaknya.Namun mereka tidak mempunyai syariat baru yang mereka bawa bersama kebangkitan mereka sebagai nabi.Mereka hanya menguatkan syariat Taurat yang telah diturunkna kepada Musa.Bahkan Isa sekalipun datangnya untuk memperkuat Taurat juga.Tidak ada perbezaan dengan syariat Taurat, kecuali dalam beberapa hal kecil.Hal yang terjadi pada nabi-nabi anda ini ternyataanda dapat menerimanya, wahai Paderi.Padahal syariat kami menemukan adanya syarat-syarat agama sebelumnya telah dirubah dan diselewengkan.Kerana itu lalu luruskan mana yang perlu di luruskandi tambah mana yang perlu di tambah, sehingga tampil sebagai syariat yang sempurna berbeza dari syariat-syariat yang lain, kecuali hanya terdapat di dalam pokok-pokok yang memang tidak dapat berubah kerana perubahan zaman.Adakah suatu hal yang patut kalau anda dapat menerima apa yang telah berlaku pada nabi-nabi anda, tetapi anda mengingkari hal yang sama terjadi pada syariat Islam?Padahal syariat Islam merupakan penutup yang tidak mungkin terlepas dari adanya kesamaan dengan agama-agama langit sebelumnya."
Justeru itu tidak perlu timbul persoalan solat umat islam di tiru dari sembahyang orang lain atau apa.Kerana benda2 asas dalam agama samawi tidak boleh lari dari kesamaan tersebut.Tapi yang menjadi pelik tu kenapa ya nak sembahyang perlu ada piano?aneh sungguh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|