CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4146|Reply: 30

CARA TANGANI AHLI KELUARGA YANG DAH "HANYUT"

[Copy link]
sirim This user has been deleted
Post time 5-8-2007 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Aku tak tau samada topik ni sesuai dekat bod ini atau tidak. Harap mod tak kisah.

Begini ceritanya. Aku ada seorang abang, seorang kakak dan tiga orang adik lelaki. Mama dan papa aku orang biasa2 saja. Susah sangat pun tidak, senang sangat pun tidak. Alhamdullilah. Keluarga aku boleh dikatakan keluarga baik2. Aku bukan nak memuji keluarga aku, tapi itu pandangan peribadi aku. Sejak kami kecil, sampai dah dewasa, mama & papa titik berakkan soal agama. Solat diutamakan. Setiap kali ada kesempatan, kami berjemaah sama. Kalau tidak, papa akan ke surau. Adik beradik yang lelaki, papa selalu beratkan untuk sembahyang di surau. Ok. Itu serba sikit pasal keluarga aku.

Yang jadi masalah, adik lelaki aku. Umur 23 tahun. Dia ni, dari kecil sampai besar, memang lain sikit peel nya. Sembahyang memang liat. Kalau tak dipaksa, memang tak sembahyang. Sekolah pun tak pandai. Tapi alhamdullilah, sempat tamat belajar. SPM pangkat 2. Tapi di sekolah, dia memang hero. Hero maksud aku = samseng sekolah. Aku rasa dari sejak dia tingkatan 1 - tingkatan 5, mama & papa aku terpaksa mengadap guru displin & guru besar sekolah dia. Merokok, buli pelajar, ponteng kelas, lawan cikgu. Semua ada. Mama & papa sampai dah putus asa. Masa dia kecil2 dulu, mama & papa puas bagi nasihat, kena rotan pun pernah, kena jerkah pun pernah. Sampai bawa jumpa ustaz. Minta tolong. Tapi tetap tak berubah. Lagi samseng ada.

-sambung-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sirim This user has been deleted
 Author| Post time 5-8-2007 01:10 PM | Show all posts
Sekarang dia dah kerja. Bertambah degil. Solat? Subuh aje agaknya. Itupun sebab papa aku jerkah dia hari2. Pastikan dia solat. Solat2 lain? Aku rasa memang tak buat. Duit gaji tak pernah bagi pada mama & papa. Memang mama & papa tak pernah mintak. Tapi aku rasa dia ni tak kenang budi.

Sejak kerja, perangai makin teruk. Join mat motor. Bawak pompuan kehulu kehilir. Mama & papa aku malu. Aku & adik beradik lain pun malu. Abang aku pernah hentak dia 3/4 kali. Tapi tak berubah. Orang keliling dah pandang serong. Papa nak pergi surau pun, dah tak seronok. Jiran2 mengata papa aku macam2. Kata mereka, papa aku tak reti ajar anak. Kata mereka, papa aku pergi surau pun, anak macam setan. Mama aku dah puas menangis. Papa aku dah makin kasar dengan adik aku ni. Papa aku pernah suruh dia kawin cepat2. Papa kata, dia sanggup tanggung segala kos kenduri kawin. Dia takut adik aku sampai berzina. Adik aku tak mau kawin. Dia kata dia muda lagi.

Pendek cerita, satu hari dia tak balik rumah. Dah selalu dia tak balik rumah. Papa aku selalu risau kalau dia tak balik rumah. Dia pergi cari adik aku di rumah kawan adik aku. Dia tahu adik aku selalu lepak rumah bujang. Masa dia sampai rumah bujang tu, dia tengok ramai budak2 kat rumah tu. Masing2 dengan partner masing2. Papa aku jadi takut. Dia tanya samada adik aku ada dalam rumah. Mula2 mereka tak nak bagitau. Mereka hanya beritahu lepas papa aku gertak mereka. Katanya dia akan buat report di jabatan agama & balai polis pasal kelakuan mereka. Lepas papa aku desak, baru mereka bagitau adik aku ada dalam bilik.

Papa aku naik angin. Dia masuk rumah tu, bukak bilik2 yang ada. Last sekali papa aku jumpa dia dalam satu bilik. Tengah lena. Sebelah adik aku ada sorang perempuan. Dua2 tak berbaju. Bapak aku naik hantu dekat situ jugak. Dia hempok adik aku yang tengah tidur, dia sepak adik aku. Lepas tu dia keluar rumah.

Papa aku balik rumah kami. Kami yang tak tau apa2, terkejut tengok papa. Kami nampak papa menangis. Kami tanya kenapa. Bila papa aku beritahu apa yang berlaku, kami semua mengucap. Mama dah teresak2. Abang aku dah capai kunci motor. Katanya nak ajar adik aku. Papa halang. Papa kata, benda dah jadi. Kalau dibunuh sekalipun, benda tu tetap dah berlaku.

Sejak hari tu, papa dah tak macam dulu. Cerita ni pun dah tersebar. Jiran2 semua dah tau. Sedara mara pun ramai dah tau.Aku tau, papa malu pergi surau. Tapi dia gagahkan diri untuk terus ke surau. Dia pekakkan telinga.  Kami sekeluarga memang malu. Adik aku pun tak berani balik rumah. Telefon pun tidak. Insaf atau tidak, aku pun tak tahu. Papa larang kami jumpa atau telefon adik aku.

Aku tau mama & papa aku terluka dengan tindakan adik aku. Aku tahu mereka malu. Tapi, lebih dari malu, aku tau papa aku sebenarnya susah hati mengenangkan adik aku. Walaupun adik aku macam dah wujud dalam keluarga aku, walaupun papa & mama aku marah sangat2 dengan adik aku. Aku tau dalam hati mereka, mereka tersiksa. Mereka risaukan adik aku yang dah hanyut jauh. Cuma mereka tak luahkan saja. Mama & papa aku dah semakin kurus. Aku susah hati. Takut mereka jatuh sakit.

Tolongla kawan2. Bagaimana caranya untuk kami tangani dugaan seberat ini? Bagaimana caranya untuk kami sekadarkan adik aku ni? Kalau dia kecil, dah lama aku hentak dia. Dia dah besar. Bagaimana islam tangani maalah ni? Puas dah kami berdoa, sembahyang hajat. Tapi nampaknya, masih belum berhasil. Tolongla.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 05:35 PM | Show all posts
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [2:286]

Adakalanya suatu musibah yang menimpa adalah dugaan. Mahu tak mahu kita kena terima, dan mungkin juga setiap perkara yang berlaku adalah peringatan bahawa zaman kini sudah tak menjamin sesuatu kebaikan

Begini ceritanya. Aku ada seorang abang, seorang kakak dan tiga orang adik lelaki. Mama dan papa aku orang biasa2 saja. Susah sangat pun tidak, senang sangat pun tidak. Alhamdullilah. Keluarga aku boleh dikatakan keluarga baik2. Aku bukan nak memuji keluarga aku, tapi itu pandangan peribadi aku. Sejak kami kecil, sampai dah dewasa, mama & papa titik berakkan soal agama. Solat diutamakan. Setiap kali ada kesempatan, kami berjemaah sama. Kalau tidak, papa akan ke surau. Adik beradik yang lelaki, papa selalu beratkan untuk sembahyang di surau. Ok


Penyataan diatas;
Ingatlah! Sesungguhnya manusia tetap melampaui batas [96;6]
Dengan sebab ia melihat dirinya serba cukup[96;7]


Keadaan sekarang ada banyaknya proksi-proksi yang boleh menyesatkan individu-individu yang jiwa/akalnya lemah. Kembali kepada prinsip/ asas Islam iaitu akidah. Perbaiki akidah kita, kemudian keluarga kita. Pertahanan diri adalah penting, perkara begini takkan berlaku sekiranya akidah sudah diajar dengan sempurna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 05:52 PM | Show all posts

astaagfirullah hal'azim...

harap anda bersabar. saya doakan adik anda kembali ke pangkal jalan, aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 07:15 PM | Show all posts

Reply #2 sirim's post

sedihnya....  betapa bebanan perasaan yg tpaksa parents awak tanggung....

Moga ada keajaiban yang berlaku ke atas adik awak dgn bantuan doa/solat hajat yang berterusan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 08:10 PM | Show all posts
camna nak buaty haa?

panggil dia balik...buat satu forum keluarga...

dan syarat paling ketat ialah perbincangan dilakukan dengan keadaan terbaik....

semua ahli keluarga perlu berbincang dengan sehabis baik...elakkan kemungkaran ketika berbincang...

dan cuba cari kaedah dan nasihat terbaikk...
nasihat habis-habisan, pujuk habis-habisan...guna semua hujah terbaik...
demi kebaikan dia dan semua...

cuba dulu...dan last  tanya dia habis-habisan, adakah nak berubah ke tak?

selepas itu,
jikalau dia tidak mahu dengar juga maka tidak mengapalah...
sabar sahajalah...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, sy hanya mampu memberi cadangan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
zexelforum This user has been deleted
Post time 5-8-2007 09:58 PM | Show all posts
Sabarler..ini dugaan yang berat buat keluarga anda..biasala orang kata lam setandan kelapa tu xsemua nyer elokkan..so sabarler menerima ujian Allah ni,
Reply

Use magic Report

sirim This user has been deleted
 Author| Post time 5-8-2007 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by Syarul at 5-8-2007 05:35 PM
Perbaiki akidah kita, kemudian keluarga kita. Pertahanan diri adalah penting, perkara begini takkan berlaku sekiranya akidah sudah diajar dengan sempurna.


Terima kasih. Aku tahu ini semua dugaan dari Allah. Aku berharap kami sekeluarga diberi ketabahan untuk mengharungi dugaan yang berat ini.

Apa yang engkau maksudkan dengan perbaiki akidah? Mungkin boleh dijelaskan sedikit. Aku tak dapat tangkap maksud yang ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sirim This user has been deleted
 Author| Post time 5-8-2007 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by sinalegna at 5-8-2007 05:52 PM
harap anda bersabar. saya doakan adik anda kembali ke pangkal jalan, aminn.


Terima kasih. Memang aku tengah belajar untuk meningkatkan kesabaran aku. Aku pun berharap adik aku kembali ke jalan yang betul. Air mata aku dah hampir kering memikrkan perihal adik aku ini.
Reply

Use magic Report

sirim This user has been deleted
 Author| Post time 5-8-2007 11:11 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 5-8-2007 07:15 PM
sedihnya....  betapa bebanan perasaan yg tpaksa parents awak tanggung....

Moga ada keajaiban yang berlaku ke atas adik awak dgn bantuan doa/solat hajat yang berterusan..


Itu yang saya sedihkan. Beban perasaan di hati mama & papa. Kasihan mereka. Sepatutnya di usia2 ini, mereka tak perlu lagi runsing memikirkan anak2. Tapi yang berlaku,adalah sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by sirim at 5-8-2007 11:11 PM


Itu yang saya sedihkan. Beban perasaan di hati mama & papa. Kasihan mereka. Sepatutnya di usia2 ini, mereka tak perlu lagi runsing memikirkan anak2. Tapi yang berlaku,adalah sebaliknya.


Assalamualaikum sirim,l

Benar seperti yg di perkatakan olih forumis yg lain.
"Sesungguhnya Allah swt TIDAK MEMBERATI hamba nya melebehi dari keupayaan nya."

Bermakna......Allah swt TIDAK ZALIM.

Komer sekeluarga kena lah MUHASABAH diri.
Kena fikir...........di mana salah n silap diri.
Dan meningkatkan amalan diri dan juga masyarakat.

Ini semuer adalah DUGAAN bagi komer sekeluarga.
Perhatikan lah SIRAH RASULULLAH saw.

Nabi Ibrahim a.s. dgn bapak nya yg pembuat patung berhala.
Nabi Lut a.s. dgn isteri nya yg engkar.
Nabi Nuh a.s. dgn anak nya Sam yg engkar dan mati kafir....
Rasulullah saw dgn atuknya, pak sedaranya.......yg menentang Islam.

Dan apakah yg deme buat?? Sirim

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by sirim at 5-8-2007 01:10 PM
Sekarang dia dah kerja. Bertambah degil. Solat? Subuh aje agaknya. Itupun sebab papa aku jerkah dia hari2. Pastikan dia solat. Solat2 lain? Aku rasa memang tak buat. Duit gaji tak pernah bagi pad ...



Salam,

Sirim,ibubapa kamu sedang menghadapai dugaan daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah memang Bijaksana dalam memberi dugaan kepada hamba-hambanya.

Allah Mengetahui, dugaan anaklah yang paling mujarab buat kedua ibubapamu. Perkara yang disayangi oleh kedua ibubapa kamu,itulah Dia duga. Kalau setekad lain-lain perkara tu,kurang memberi kesan terhadap mereka.Sememangnya Allah menduga pada perkara yang kita sayang.

Sekarang ini dugaan terhadap kedua ibubapa kamu masih lagi berlangsung,Amir harap ibubapa kamu sentiasa membuat persediaan dan tabah bagi menghadapi dugaan yang seterusnya sekiranya dugaan itu mendatangi mereka.

Amir tahu bertapa perit dan pedihnya hati kedua orang tuamu menghadapi dugaan seperti itu.Bersabarlah kerana dugaan anak ini sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh mereka. Masakan mereka boleh kawal kerna dia tidak lagi duduk dirumah kedua ibubapanya. Sememangnya tidak dapat dikawal. Kalau nak difikirkan,kenapa dia tidak dapat berfikir walhal dia dah besar, umur pun dah 23 tahun.Sepatutnya dia harus sedar bahawa menghormati kedua ibubapanya itu dengan tidak memberi masalah kepada mereka,tidak memberi kerisauan kepada mereka,tidak membuat sesuatu yang boleh mengaibkan mereka,itulah yang dinamakan menghormati ibubapa. Tetapi ini tidak berlaku,mengapa? Itu sebabnya, Amir katakan sesuatu dugaan yang menimpa tanpa dapat dikawal.

Ibubapa kamu adalah ibubapa yang terbaik yang telah dipilih oleh Allah untuk mendapat dugaan ini. Beberapa yang tersirat dan tersurat dapat diambil ikhtibar daripada dugaan ini:-

1. Menghapuskan doa kedua ibubapa kamu yang lampau.
2. Menduga keimanan kedua ibubapa kamu.
3. Mempertingkatkan mertabat mereka disisi Allah.

Serba sedikit cara untuk menghilangkan kesakitan,keperitan hati kedua ibubapa kamu kerna mereka itu sayang terhadap anaknya,rasa tanggungjawab untuk melihat anaknya jadi orang yang berguna,rasa belas kasihan terhadap anaknya itu yang mempunyai masalah,selalu teringatkan anaknya perihal keadaannya;sudah makan ke belum,bagaimana tidurnya,bagaimana dia mencari keperluannya dan sebagainya. Keriauan ini akan diganggu dengan rasa takut akan apa yang akan berlaku terhadap anaknya;seperti mencuri,merompak,menghisap dadah,mengedar dadah,penyakit Aids dan sebagainya.

1. Teruskan berdoa kepada Allah agar Dia mengampunkan dosa-dosa kedua ibubapa kamu yang lampau.
2. Istiharkan dosa-dosa lampau seterusnya bertaubat kepadaNya.
3. Ampunkan dosa-dosa anaknya itu terhadap kedua ibubapanya.
4. Terus-terusan bermohon kepada Allah agar mengampuni dan melindungi anaknya itu.
5. Mencari perbandingan dengan masalah yang serupa, seperti anak Nabi Noh dengan bapanya. Didikan didalam hati bandingan seperti itu apabila masalah itu datang menyelubungi mereka. Contohnya: " Anak Nabi Noh jugak derhaka kepada bapanya.Seorang Nabi pulak itu yang menghadapi masalah yang sama seperti aku(ibubapa kamu). Kenapa Allah tidak menyelamatkan anak seorang Nabi dan jugak RasulNya? Apalah sangat dugaan yang aku(bapa) terima sedangkan Rasul pun menerima dugaan seperti ini? Tahukah dia(bapa kamu) bertapa sayangnya Nabi Noh terhadap anaknya sehinggakan berpuluh tahun bersedih mengenangkan anaknya?

Ini lah serba sedikit cara untuk mengurangkan rasa sakit,perit didalam hati ibubapa kamu agar mereka terus dapat hidup membela nasib anak-anaknya yang lain,yang inginkan pembelaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sirim This user has been deleted
 Author| Post time 6-8-2007 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 6-8-2007 07:57 AM


Assalamualaikum sirim,l

Benar seperti yg di perkatakan olih forumis yg lain.
"Sesungguhnya Allah swt TIDAK MEMBERATI hamba nya melebehi dari keupayaan nya."

Bermakna......Allah swt T ...


Terima kasih. Aku ada bukaktopik yang sama di bod family. Melalui penelitian aku daipada reply2 yang aku terima, slapnya mungkin berpunca dari keluarga aku sendiri. Terlalu keras agaknya. Keluarga aku takut adik aku ni semakin jauh, jadi masa dia mula2 start berkawan dengan mat2 motor, papa akterutamanya menjadi semakin strict. Niat aku dan keluarga aku baik. Untuk mengelakkan dia dari bergaul dengan orang yang bukan2. Tpai mungkin pendekatan kami silap. Dia rasakan kami ini terlalu mengongkong agaknya.

Aku juga tahu pasal nabi2 yang diberi dugaan sebegini. Apala sangat dugaan keluarga aku dibandingak dugaan nabi2. Alhamdullilah, aku tak pernah lagi kata Allah zalim. Cuma aku hanya minta kekuatan dari Allah, agar aku dan keluarga aku sentiasa tabah dan tenang. Semoga Allah sentiasa memelihara adik aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sirim This user has been deleted
 Author| Post time 6-8-2007 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 6-8-2007 11:59 AM



Salam,

Sirim,ibubapa kamu sedang menghadapai dugaan daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah memang Bijaksana dalam memberi dugaan kepada hamba-hambanya.

Allah Mengetahui, dugaan an ...


Waalaikumussalam....

Terima kasih. Aku tahu kami sedang diduga. Dan dugaan2 yang lebih besar senang menanti aku dan keluarga. :cry: :cry: Seperti yang kau katakan, masalah ini tak habis disini. Tambah2 adik aku sudah tidak duduk bersama. Entah apa yang dibuat diluar. Kami tak tau.

Terima kasih atas cadangan2 kau. Akan aku usahakan dan ingat sentiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 01:40 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

saya bersimpati dgn keluarga awak..

mcm ni lah... hidup kita ni mmg byk dugaan.. setiap family boleh dikatakan ada masalah.. cuma masalahnya lain2 je.. ada yg anak bermasalah.. ada pulak mak yg bermasalah. ada pulak bapak yg bermasalah.. ada pulak family tu takde masalah langsung, tapi sedara-mara diorang plak yg carik masalah dgn diorang..

so skrg ni, adik awak dah jadi mcm tu.. dah byk sgt masalah yg terjadi kat dia.. family semua dah susah hati.. mak ayah pun sedih..

bila seorang ibu menitiskan air mata disebabkan perbuatan anak dia, maka anak itu dah jadi anak derhaka..
jadi, anak derhaka ni teruk balasan yg akan diterima oleh Allah.. itu baru balasan di dunia, belum di akhirat lagi..

so saya cadangkan, cuba awak discuss dgn mak awak.. mintak mak awak ampunkan semua dosa adik awak.. kalau tidak, selagi tu adik awak susah nak dpt hidayah.. so, jadi sorang ibu ni besar tanggungjawabnya.. kadang2 kita tak sedar pun kita menangis sbb perbuatan anak kita terhadap kita.. mungkin anak kita tinggikan suara dgn kita, kita dah tersentuh hati, kita menangis.. tapi kita tak marah sgt anak kita.. tapi bila seorang ibu dah menangis sbb perbuatan anak dia, maka anak itu akan mendapat bala drp Allah SWT..

jadi, cuba lah berdoa byk2 sambil memaafkan dia.. dan minta dia diberi petunjuk drp Allah.. lagi kita marah, lagi dia jauh drp kita & lagi dia akan hanyut...
doa yg makbul ialah doa seorang ibu terhadap anaknya.. jadi, mintalah ibu maafkan semua dosa anak dan minta la kepada ALlah supaya dia diberi petunjuk & hidayah..

setakat itu je yg mampu saya tolong..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by sirim at 6-8-2007 12:40 PM


Terima kasih. Aku ada bukaktopik yang sama di bod family. Melalui penelitian aku daipada reply2 yang aku terima, slapnya mungkin berpunca dari keluarga aku sendiri. Terlalu keras agaknya. Kel ...


Alhamdullilah.......Sirim

Itu lah sebaik baik nya.
Di dalam hal ini............ada bbrp perkara/pendekatan yg bley miker ambil.

1. banyakkan solat tahajjud (menangis malam serta berdoa n sebut nama adik miker tersebut bersama2 dgn sesiapa sahaja yg nama nya miker ingat. Jgn luper utk ayah, bonda sedara mara n diri sendiri)
2. banyakkan istiqfar (zikir 300 pagi dan 300 petang)
3. banyakkan bersedeqah

Dugaan ini ada 2 jenis.
1 utk oghang yg berdoser
1 lagi utk oghang yg beriman.

Dugaan utk oghang yg lemah..........adalah bertujuan utk menghapuskan doser nyer
Dugaan utk oghang yg beriman.........adalah utk meningkatkan iman nya.

Itu yg terjadi kepada ayah miker, Sirim.
Yakni Allah swt utk meningkatkan lagi iman nya.
SErta mendekatkan lagi diri nya pd Allah swt.

Oghang2 yg di sayangi Allah swt...........akan di beri pelbagai jenis dugaan.

Waallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 02:35 PM | Show all posts
mungkin saya bleh membantu dari segi ini

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102 (maksud sihir tu byk maknanya. Lebih kpd yg buruk)

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Reply

Use magic Report

sirim This user has been deleted
 Author| Post time 7-8-2007 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by sugarush7 at 6-8-2007 01:40 PM
Assalamualaikum...

saya bersimpati dgn keluarga awak..

mcm ni lah... hidup kita ni mmg byk dugaan.. setiap family boleh dikatakan ada masalah.. cuma masalahnya lain2 je.. ada yg anak bermas ...


Waalaikumussalam....

Terima kasih atas nasihat kau. Sungguh mengesankan. Berkenan mama aku, aku rasa mama dah maafkan dia. Setiap hari mama telefon dia. Bertanya khabar & mengejutkan dia untuk solat subuh. Aku tak pernah tanya mama secara terang, samada dia dah ampunkan dosa adik aku atau tidak. Aku anggap dia ampunkan, sebab mama bersusah payah telefon dia setiap pagi. Aku tak berani tanya mama secara terang. Takut mama terluka lagi.
Reply

Use magic Report

sirim This user has been deleted
 Author| Post time 7-8-2007 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 6-8-2007 04:53 PM


Alhamdullilah.......Sirim

Itu lah sebaik baik nya.
Di dalam hal ini............ada bbrp perkara/pendekatan yg bley miker ambil.

1. banyakkan solat tahajjud (menangis malam serta berdoa ...


Insya-Allah. Aku berharap agar kelaurga aku termasuk dalam orang2 yang sabar & beriman. Tapi bila diduga begini, baru aku sedar yang sabar itu amatlah susah. Kalau tak kuat semangat, dah lama keluargakami berpecah.
Reply

Use magic Report

sirim This user has been deleted
 Author| Post time 7-8-2007 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 7-8-2007 02:35 PM
mungkin saya bleh membantu dari segi ini

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102 (maksud sihir tu byk maknanya. Lebih kpd yg buruk)

Bg anak2 yg suka keluar ...


Terima kasih atas ayat yang diberi. Insya-Allah, akan aku praktikkan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.133571 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list