View: 4847|Reply: 14
|
Raja Haji Pahlawan Teragung Nusantara
[Copy link]
|
|
Latar belakang
Masyarakat Melayu masih ramai belurn mengetahui bahawa di Melaka ada beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu. Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda.
Antara sekian ramai pahlawan Melayu yang gugur sebagai syuhada pada zaman itu, adalah termasuk seorang ulama dan sufi dunia Melayu yang paling terkenal dan deliau dimakamkan di Melaka. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Syarnsuddin as Surnatra-i yang terkorban sebagai syuhada kerana berperang dengan Portugis. Sejarah yang penting tentang tokoh besar yang syahid fisabilillah di Melaka juga ialah Raja Haji bin Upu Oaeng Celak yang terkorban kerana melawan penjajah dan pendudukan Belanda di alam Nusantara.
Sesetengah tokoh ilmuan berpendapat bahawa Raja Haji ialah pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat semacam Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan maritim yang amat luas. Jika dipandang dari sudut sebelah ayahnya, beliau berasal daripada keturunan raja-raja di tanah Bugis, negeri Luwuk, manakala sebelah ibunya pula, berketurunan raja-raja Melayu. Raja Haji lahir di Kota Lama, di Hulu Sungai Riau, pada tahun 1139 H/1725 M dan wafat pada hari rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198 H/18 Jun 1784 M.
Hubungan dengan ulama
Walaupun bukan berlatar belakangkan sebagai seorang ulama |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian aneh
Tuhfat an-Nafis meriwayatkan kejadian aneh terhadap jenazah Raja Haji setelah mangkat dalam keadaan syahid fisabili11ah seperti berikut, "Sah dan adalah aku dapat khabar daripada itu daripada orang tua-tua yang mutawatir, adalah sebelum lagi ditanamnya mayat Yang Dipertuan Muda Raja Haji, al-Marhum itu maka ditaruhnya di dalam peti hendak dibawanya ke Betawi, sudah sedia kapal akan membawa jenazah al-Marhum itu.
Maka menantikan keesokan harinya sahaja, maka pada malam itu keluar memancar ke atas seperti api daripada peti jenazah al-Marhum Raja Haji itu. Maka gaduhlah orang Melaka itu melihatkan hal yang demikian itu. Di dalam tengah bergaduh itu kapal yang akan membawa jenazah al-Marhum itu pun meletup, terbakar, terbang ke udara segala isinya serta orang-orangnya. Seorang pun tiada yang lepas.
" Syahdan kata qaul yang mutawatir, tiadalah jadi dibawa jenazah al-Marhum itu pindah ke negeri yang lain. Maka ditanamkan jua di Melaka itu, hingga datang diambil dari negeri Riau adanya. Dan kata setengah qaul yang mutawatir sebab itulah digelar oleh Holanda yang dahulu-dahulu dengan nama Raja Api adanya "
Riwayat di atas mencerminkan kemuliaan seseorang yang wafat dalam syahid fisabilillah kerana berjuang untuk kepentingan agama Islam atau memperjuangkan bangsanya iaitu bangsa Melayu yang dicintainya serta patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.
Abdullah Munsyi dalam buku hasil tulisannya 揌ikayat Abdullah |
|
|
|
|
|
|
|
Salah seorang raja yang paling aku respect dan juga hero aku.. Raja Haji Fisabilillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni raja haji yang asal dari pulau penyengat tu ke ni? kalau yang tu hmm..aku ada ke pegi ke Pulau tu...melawat kuburnya..Kalau Raja Haji yang pandai menulis gurindam tu laa..aku berpeluang gak mengenali waris-warisnya...dan kalau tak silap haku antara keturunannya yang terdekat ada dikalangan forumer ni..Dua kali aku jumpa..sekali di Pulau Penyengat .Sekali tu waktu tu haku jumpa dia kat HKong...(sbb kalau dah tak ada orang di luar negeri ni ,ikengkadang tak kenal pun jadi sahabat baik..) Tapi haku respek la keluarga Pak Ungku ni..dia anak beranak low profail betul.Banyak dia tolong haku masa di HK.Kalau raja haji yang tu sorry lah..tapi haku yakin rasanya yang tu.Sebab masa haku ke Pulau Penyengat tu ada wali kota dan Gabnor Propinsi Riau datang melawat pulau tu..lepastu Pak Ungku ini dijemput menepung tawar dan diperkenalkan sebagai apa tah..kaum kerabat dia orang la..siap pakai pakaian tradisional lagi ..yang isterinya pakai tudung kelinkan ke apa nama nya yang macam orang dulu-dulu tu..masa majlis tu lah...aku ikuti majlis sambutan tu ..lepas tu masa balik dari tanjung pinang kami sempat berbual..tu la haku kenal. Kalau raja haji tu bukan raja haji pulau penyengat sori la ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 sciencefiction's post
Betullah tu. Raja Haji makamnya di Pulau Penyengat dekat dengan Mesjid Kulit Telur Aku rasa gurindam yang kau baca tu mungkin karya Raja Ali Haji kut?. Dia ni memang keturunan Raja Haji jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau raja haji tu dari pulau penyengat ....aku dengar sendiri ucapan semasa lawatan Gabnor (Tuan Ismet kalau tak silap namanya) ke pulau penyengat...Pak Ungku yang haku jumpa di penyengat dan di Hong Kong tu di sebut dan diperkenalkan sebagai sebagai Cicit ke keturunan Pemerintah Riau terakhir ...lupalak haku..kena main semula VCam haku..Pak Ungku ni orang Johor..suka haku sembang dengan dia ni... baik giler |
|
|
|
|
|
|
|
almarhum raja haji mmg pahlawan hebat..pihak indonesia mengikhtiraf baginda sebagai pahalawan nasional indonesia.sepatutnya pihak kerajaan malaysia pun kena ikhtiraf almarhum ni..keturunan bugis mmg hebat! |
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak dinafikan tapi nak title teragung tu mungkin kena bandingkan dengan Sultan Iskandar Muda Acheh. |
|
|
|
|
|
|
|
takde pulak producer filem nak buat cerita pasal raja haji nih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WakDaeng at 14-8-2007 03:46 AM
Betullah tu. Raja Haji makamnya di Pulau Penyengat dekat dengan Mesjid Kulit Telur Aku rasa gurindam yang kau baca tu mungkin karya Raja Ali Haji kut?. Dia ni memang keturunan Raja Haji jugak.
raja ali haji yang tulis gurindam tu cucu pada raja haji...
gurimdam dua belas. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tok_wann at 31-12-2008 01:56 AM
raja ali haji yang tulis gurindam tu cucu pada raja haji...
gurimdam dua belas.
ramai orang keliru ngan raja ali haji dan raja haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang Resistance Fighter melawan Portugis & Belanda |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..sja nk up blk thread ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
la...ingatkan sama ngan raja ali haji |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 super_nova\ catat
tak sama la..nma pun lain,cmna nk smanya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|