View: 3545|Reply: 6
|
Feqah berinteraksi dengan orang yang fasiq
[Copy link]
|
|
Ada cerita tentang feqah berinteraksi dengan orang bukan Islam.
Biar kita bincang pulak tentang feqah berinteraksi dengan orang-orang yang fasiq.
Orang yang fasiq ni biarlah saya definisikan dengan mudah iaitu orang-orang Islam atau pun yang bukan Islam yang menderhakai perintah Allah ie buat maksiat dengan terang-terang dan dia pula bangga dengannya.
Contoh orang Islam tak solat secara terang2an, tak puasa, berzina, minum arak, berpeluk2an antara bukan muhrim, merogol, mendedah aurat, bangga makan riba, rasuah, menghina tuhan dan nabi, menyembah berhala, dsbgnya. Orang bukan Islam yang berbuat perkara2 begini juga di anggap kelakuan fasiq juga, yang mana kita sebagai orang Islam kalau terlihat, perlu melihat kelakuan tersebut dengan perasaan benci dan menjauhkan dari meniru dan menyokong mereka.
Dari definasi di atas, jelas banyak sungguh orang yang fasiq sekarang ni, malah mungkin terdiri dari sahabat, rakan kongsi, rakan berforum, keluarga
kita ataupun diri kita sendiri!
Dua perkara, mungkin yang lain boleh tambah:
1. Kalau kita sedar diri kita ni orang fasiq, perlulah kita berusaha bersungguh2 mengeluarkan diri dari kefasiqan tersebut. Kena taubat banyak-banyak dan usaha sungguh-sungguh. Semoga Allah beri kekuatan! Baca doa di bawah sekurang2 setiap kali lepas solat, inshaallah membantu.
Allaahumma habbib ilaynaa al-imaana wa zayyinhu fii quloobinaa wa karrih ilaynaa al-kufra wa al-fusuqa wa al-`isyaan. Waja'al hu lana
minar raasyidiin.
Terjemah : Ya Allah. Cintakanlah kami kepada keimanan dan kukuhkan ia di hatikami. Bencikan kami kepada kekufuran dan kefasiqan dan perkara sia-sia. Masukkan kami di kalangan golongan yang diberi petunjuk.
2. Dari kitab Kifayatul Muhtadi, kalau kita berinteraksi/berjumpa/terlihat dengan orang fasiq melakukan kefasiqannya, disunatkan sujud syukur, mensyukuri rahmat Allah yang menjadikan kita tidak fasiq atau tidak sefasiq seperti orang itu. Semoga dielakkan Allah kita melakukan sebegitu di masa akan datang.
Juga disunatkan kalau boleh sujud syukur tu di tempat di mana orang fasiq itu boleh melihat kita sujud. Kalau dia bertanya kenapa kita sujud, kalau tiada ancaman, disunatkan kita memberitahunya kita sujud tu kerana syukur tidak menjadi fasiq sepertinya. Semoga menjadi peringatan kepadanya untuk mengeluarkan diri dari kefasiqannya.
Kalau tak mampu, cukuplah dengan sujud syukur bila ada peluang.
Semoga Bermanafaat! |
|
|
|
|
|
|
|
Orang fasiq ialah orang Islam yang melakukan dosa besar dan dosa kecil serta berterusan melakukan maksiat kepada Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar bertanya....membunuh sesama islam consider sbg fasiq atau kafir? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 tobby's post
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
揥ahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu |
|
|
|
|
|
|
|
Di dunia mungkin kita tengok tak ada beza orang fasiq dengan orang beriman ni, mcm kita jugak, cuma dia tak solat contohnya.
Tapi di akhirat amatlah berbeza.
Firman Allah dalam surah As Sajdah yang diterjemahkan di bawah:
[18] Maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama.
[19] Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
[20] Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 tobby's post
Encik tobby,
Tentang berbunuh-bunuhan sesama islam tu, ianya sedang berlaku di satu tempat yang jauh dari tempat kita, kita tak berada dalam situasi mereka, kita tak tahu sebab musabab dan cerita disebaliknya, hanya bergantung kepada cerita-cerita yang dibawa orang kafir, susah nak buat penghakiman yang adil. Boleh juga bersujud syukur kerna Allah tidak letakkan kita dalam situasi mereka yang memerlukan mereka membuat keputusan yang amat payah iaitu membunuh saudara seislam.
Pada saya, yang utamanya, kita patut fokus kepada kefasikan yang berlaku di keliling kita ni dan membencinya dan berusaha mencegahnya kerana masyarakat Islam kita ni sudah gawat dengan kefasikan yang pelbagai. Takut sungguh kefasikan itu boleh melarat hingga menjadi kebiasaan sehingga kita pun melakukannya nauuzubillah.
Encik zerozone,
memang definisi anda benar, tapi dalam konteks sujud syukur, kelakuan fasiq yang disunatkan kita bersujud syukur kerana melihatnya termasuklah kelakuan fasiq yang dilakukan oleh orang-orang kafir, seperti contoh menyembah berhala dsbgnya. Syukurlah kita tak termasuk dalam golongan sebegitu. Begitulah yang digarispanduankan oleh Syeikh Daud Abdullah Al Fathani. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 24-8-2007 09:44 AM
Encik tobby,
Tentang berbunuh-bunuhan sesama islam tu, ianya sedang berlaku di satu tempat yang jauh dari tempat kita, kita tak berada dalam situasi mereka, kita tak tahu sebab musabab dan cerit ...
kita perlu kaji & tahu sebab musababnya mrk berbunuhan sesama sendiri utk kita jadikan pengajaran & jgn mengulangi kesilapan mrk. di Msia ni pun kalau tak dibendung any time sesama muslim akan berbunuhan especially puak2 dlm Umno dgn PAS. |
|
|
|
|
|
|
| |
|