CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4601|Reply: 49

Anugerah Skrin 2007

[Copy link]
Post time 4-9-2007 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Pemenang Anugerah Skrin 2007 ke Las Vegas!
04-09-2007 09:30:30 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Anugerah Skrin 2007, pertandingan yang mencalonkan penggiat-penggiat seni lakonan dan penerbitan kembali lagi!

Pencalonan kali ini bukan sahaja melibatkan wajah-wajah yang sudah lama bertapak dalam dunia seni ini malah turut menghimpunkan bakat-bakat baru yang bersaing secara sihat dalam pertandingan yang bakal diadakan pada bulan Disember nanti.

"Kami merasa bangga kerana pada tahun ini Anugerah Skrin 2007 menerima bnayak pencalonan daripada penerbit-penerbit baru yang masih muda di dalam bidang ini.

"Kami harap dengan adanya pertandingan Anugerah Skrin ini, akan menyemarakkan lagi usaha penggiat seni tanah air untuk menerbitkan lagi produk-produk yang lebih bermutu di masa akan datang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Farid Ridzuan semasa sidang media Anugerah Skrin 2007 di Hotel One World, Bandar Utama.

Menurutnya, sebanyak 50 peratus calon penerbit yang bertanding adalah terdiri daripada mereka yang masih baru berjinak-jinak dalam bidang penerbitan.

Manakala Pengurus Besar Pasaran Massa TV3, Nurul Aini Abu Bakar berkata pihak TV3 menggalakkan bakat-bakat baru untuk bertanding bagi setiap Anugerah Skrin yang diadakan.

"Setiap tahun, kita galakkan bakat baru untuk melibatkan diri dalam pertandingan dan dalam lima tahun memang ada perubahan dalam operasi.

"Kebanyakan dari mereka memang berbakat, sentiasa cuba untuk berdaya saing dengan menerapkan nilai moral dalam setiap drama yang dipertandingkan..," kata Aini.

Anugerah berprestij yang masih dalam perancangan itu direncanakan dalam satu objektif memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar filem dan drama tempatan yang tidak putus-putus memberi produk yang terbaik dan berkualiti khusus untuk kepuasan semua penonton.

Dalam pada itu, Farid berpendapat filem dan drama sekarang banyak kepada ulasan dan olahan isu sejagat berdasarkan tema kemasyarakatan.

"Semoga usaha penerbit (telemovie, filem dan drama) tidak terhenti selepas Anugerah Skrin kerana mereka mampu mencapai tahap antarabangsa bagi mempromosi dan menyokong industri ini," kata Farid mengenai Anugerah Skrin yang melangkah ke usia sembilan tahun itu.

Menyentuh tentang ganjaran yang bakal menanti para peserta yang memenangi anugerah yang dicalonkan, Farid dengan gembiranya mengumumkan hadiah percutian yang pastinya bukan lagi ke Hollywood, Los Angeles seperti yang dimenangi oleh pemenang Anugerah Skrin 2006 lepas.

"Hadiah atau ganjaran pada tahun ini bukan sahaja ke Disneyland tetapi mereka juga akan ke Las Vegas,"jelas Farid.

Anugerah Skrin 2007 meliputi telefilem dan filem terbaik terbitan tempatan yang telah ditayangkan di kaca televisyen dan pawagam dari 1 Julai 2006 hingga 30 Jun 2007.

Pencalonan telefilem berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih setiap minggu mengikut carta AC Nielsen (firma penyelidikan pasaran antarabangsa) dengan mengikut 'genre' masing-masing.

Seperti tahun lepas, pencalonan bukan sahaja melibatkan semua rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad tetapi juga terbuka kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro.

TV3 memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar filem dan drama tempatan.

Drama-drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.

Dengan jalinan skrip terbaik, jalan cerita, lakonan dan mutu penerbitan, drama mereka telah terpilih untuk tayangan di kaca televisyen.
"Ini adalah pertandingan yang sihat yang dinilai dari segi skrip, bakat pelakon dan sebagainya," kata Aini.

Sebanyak 16 buah drama, 7 buah drama bersiri dan 5 drama komedi dicalonkan untuk tahun ini manakala untuk filem pula sebanyak 21 filem terbitan Malaysia yang layak dicalonkan untuk Anugerah Skrin ke-9 ini.

Selain itu, sebanyak 21 kategori iaitu 9 kategori untuk drama, drama komedi dan drama bersiri, 6 kategori untuk filem dan 6 kategori untuk penerbitan televisyen dipertandingkan dan dinilai oleh panel juri profesional yang masih dirahsiakan.

Menurut Farid, terdapat juga beberapa anugerah yang dijangka akan disampaikan dalam majlis yang gilang-gemilang itu.

"Kami mungkin akan tambah anugerah yang akan diumumkan kemudian,"kata Farid dalam majlis yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar dan ramai lagi pelopor-pelopor media tempatan.

Antara pelakon-pelakon yang hadir memberi sokongan adalah Eja, Vanida Imran, Rashidi Ishak, Azean Irdawaty, Riezman Khuzaimi, Sharifah Amani dan pelakon yang semakin mendapat perhatian menerusi drama berepisod, Raksasa iaitu Puteri Fateen Nasuha Shamsuddin.

Selain pengumuman calon-calon yang bertanding, para tetamu dihiburkan oleh dua orang penyanyi jemputan iaitu Noryn Aziz dan Jaclyn Victor yang menyampaikan lagu Satu Harapan, lagu tema drama berepisod Manjalara.

Bagi penonton yang terlepas menyaksikan telefilem yang pernah disiarkan sebelum ini, ikuti siaran ulangan drama-drama tersebut mulai 8 September ini di TV3.

Calon-calon telefilem:

1.Sedut Duit (Pujangga Kreatif)-RTM1
2.Hujan Sudah Teduh (Unit Drama TV RTM)-RTM1
3.Nek Kiah (Suhan Movies Productions)-RTM1
4.Khianat (Syarikat Berjaya Filem)-RTM2
5.Engkau Laksana Bulan (NHF Productions-RTM2
6.Sebuah Ijtihad (JS Pictures Sdn Bhd)-TV3
7.Selimut Putih (Rashbir Media)-TV3
8.Ilham Suci (Grand Brilliance Sdn Bhd)-TV3
9.Sirah (SRS Production)-TV3
10.Rendang Untuk Mertua (Zeel Production)-TV3
11.DNA Jasmin (Gemilang Network)-TV3
12.Tanah Kubur (Opera Klasik)-Astro Ria
13.Takbir Suci (Opera Klasik)-Astro Ria
14.Cinta Tahun Baru (Asia Media Content)-NTV7
15.Madu Oh Madu (Grand Brilliance Sdn Bhd)-TV9
16.Fitrah Di Ufuk Ramadhan (Suhan Movies Productions)-TV9


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 01:31 PM | Show all posts
pegi las vegas?
behnyee
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 04:53 PM | Show all posts
"6.Sebuah Ijtihad (JS Pictures Sdn Bhd)-TV3" ni citer sofea jean berlakon kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 11:32 AM | Show all posts
'Hollywood Glamour', tema Anugerah Skrin 2007
21-11-2007 10:08:02 AM
oleh WAHIDA ASRANI  

BERTEMAKAN 'Hollywood Glamour', Anugerah Skrin 2007 yang dianjurkan bagi memberi pengiktirafan kepada pelakon, karyawan drama dan filem tanah air bakal diadakan pada 14 Disember ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Acara berprestij itu bakal menyaksikan sebanyak 21 kategori yang dipertandingkan termasuk sembilan bagi kategori drama, komedi dan bersiri, enam kategori untuk filem dan enam lagi bagi kategori penerbitan televisyen.

Sebuah anugerah khas juga turut diadakan iaitu Anugerah Pelakon Wanita Harapan yang ditaja oleh Pantene, di mana pemenang bagi anugerah tersebut dibuat berdasarkan undian SMS penonton.

Bagi anugerah itu, lima pelakon wanita yang dicalonkan ialah Fauziah Ghous, Dynaz, Thalya, Chelsia Ng dan Baizura Kahar.

Bakal dihoskan oleh Raja Azura dan Aidil Abu Ghafar, Anugerah Skrin kali ini dijangka dapat mencipta kelainan tersendiri berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.

Malah, jika tahun sebelumnya ganjaran yang diterima oleh pemenang-pemenang adalah merupakan percutian ke Los Angeles (LA), tetapi kali ini bakal pemenang akan turut menikmati percutian ke dua destinasi sekaligus iaitu LA dan Las Vegas.

Mengulas lanjut tentang proses penjurian bagi semua kategori tersebut, Pengurus Besar Pasaran Massa TV3, Nurul Aini Abu Bakar berkata, sebanyak dua kumpulan juri terbabit bagi penilaian-penilaian tersebut.

"Semua juri yang terlibat adalah di kalangan wakil-wakil media, penggiat industri dan ahli-ahli akademik. Bagi drama dan filem, kita mempunyai juri-juri yang berbeza. Sebab itu kita mempunyai dua set juri.

"Semua pencalonan drama dan filem telah bermula Julai tahun lalu hingga bulan yang lepas. Cuma untuk drama, kita pilih berdasarkan rating terbaik drama bagi setiap saluran televisyen.

"Drama-drama itu kemudiannya kita gabungkan untuk dinilai oleh pihak juri. Walaupun drama-drama tersebut pada awalnya dipilih berdasarkan rating, tapi itu tidak bermaksud kita mengabaikan kualitinya.

"Kita percaya, kualiti juga mempengaruhi rating sesebuah drama itu kerana jika penonton tidak suka menonton drama itu mungkin kerana bosan dengan ceritanya, dia pasti akan tukar kepada saluran lain.  

"Apapun, di peringkat akhirnya, juri tetap bertanggungjawab bagi membuat pemilihan pemenang," kata Nurul yang ditemui pada sidang media kedua Anugerah Skrin 2007, semalam.




Katanya lagi, pihak mereka telah mengambil masa yang lama untuk memilih juri yang benar-benar berkemampuan untuk menghakimi setiap pencalonan itu bagi mengelakkan sebarang kontroversi kelak.   

"Tentang pemilihan juri pula, saya rasa tiada apa yang perlu dipertikaikan. Kita menetapkan kriteria juri dengan cukup ketat kerana kita pun tidak mahu dilanda kontroversi.

"Pihak TV3 tidak ada campur tangan langsung di dalam hal ini, kita tidak ambil untung apa-apa pun dalam Anugerah Skrin ini kerana tujuan kita hanyalah untuk menghargai karya tempatan.

"Kalau tiada ketelusan, pastinya stesen televisyen lain seperti RTM dan Astro tidak akan turut serta dalam anugerah ini," ujar Nurul.

Antara kategori-kategori yang dipertandingkan untuk drama dan filem adalah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Filem, Pengarah Terbaik, Pengarah Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki/Wanita Terbaik, Drama Terbaik, Drama Bersiri Terbaik dan Filem Terbaik.

Manakala antara filem yang menerima pencalonan adalah Jangan Pandang Belakang, Mukhsin, Cicak-Man, Red Kebaya, Sumolah, Waris Jari Hantu, Cinta, Remp-It, Chermin, Qabil Kushi Qabil Igam, Bilut dan Puaka Tebing Biru.

Antara calon bagi drama, drama bersiri dan komedi bersiri pula adalah Janji Diana (RTM2), Susuk (TV3), Cinta Medik (TV9), Fara (TV3), Takbir Suci (Astro), Rendang Untuk Mertua (TV3), Nek Kiah (RTM1) dan Seputih Qaseh Ramadan (TV3).

Dalam pada itu, mengulas mengenai 'Hollywood Glamour' yang merupakan tema bagi tahun ini, kata Nurul, ia dipilih untuk memberi kelainan kepada acara berprestij itu.

"Setiap tahun tema kita akan bertukar. Jika tahun lepas kita pilih songket, tahun ini kita tukar kepada 'Hollywood Glamour' pula. Walaubagaimana pun, kita masih tekankan konsep tersebut di dalam konteks masyarakat Malaysia.

"Sebelum malam anugerah itu berlangsung nanti, kita akan beri peringatan kepada artis-artis tentang fesyen yang digalakkan. 'Hollywood Glamour' hanya sekadar tema, tetapi mereka boleh selitkan elemen-elemen Melayu di dalamnya.

"Dulu pun ketika kita buat tema songket, ada juga artis yang tampil seksi. Jadi, kita akan terus remind mereka tentang fesyen-fesyen yang mereka boleh gayakan walaupun ia bertemakan 'Hollywood Glamour'," kata Nurul.

Menurutnya lagi, pihaknya juga yakin dengan pemilihan pengacara pada tahun ini yang dirasanya mampu menghidupkan malam anugerah tersebut.

"Tahun ini, saya rasa pemilihan Kak Engku dan Aidil memang cukup tepat. Kita mengambil masa juga untuk memilih hos yang sesuai. Malah, kami turut uji mereka terlebih dahulu untuk lihat chemistry antara kedua-dua hos ini," ujar Nurul.

Pada tahun lepas, pelakon terkenal Fazura dipilih sebagai hos bergandingan bersama pengacara The Breakfast Show, Naz.

Anugerah Skrin kali ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan oleh barisan penyanyi terkenal seperti Faizal Tahir, Ning Baizura, Adibah Noor, Dayang Nurfaizah, Noryn Aziz, Nikki, Yanie, The Lima, Mendua dan Ferhad.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 11:47 AM | Show all posts

Balas #4 Syd\ catat

apsl stok penyanyi kbykn ade kaitan ngan media prima.......
artis residen....... boring........
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 01:08 PM | Show all posts

Reply #5 dino's post

sama ler klu astro pun.. artis AF/residen jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2007 08:15 PM | Show all posts
6.Sebuah Ijtihad (JS Pictures Sdn Bhd)-TV3

cerekarama ni plg best ..... in case x menang,mmg juri .........
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 03:29 PM | Show all posts
aku ada tiket untuk 14hb ni 4 keping.
sapa nak? tapi tak pree lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 07:10 PM | Show all posts
semoga yg terbaik menang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:47 PM | Show all posts
takde award khas untuk nomi (pelakon kerana saerah ke? )   dia mmg beshhh gilos
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 07:57 PM | Show all posts
aku voted Degawan
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 07:51 AM | Show all posts
weh naper dunia baru musim 2 x masuk calon weh????

ni aku bengang ni..yg masuk calon sumer drama leleh leleh tangkap jiwang..
dunia baru bleh masuk kategori drama rangkaian...or drama komedi bersiri...

juri-juri ni mmg buta..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 11:31 AM | Show all posts
tak mo ke tiket? aku jual murah jer... bagi isi tabung anak aku yang susah2 dptkan tiket ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 05:43 PM | Show all posts
Filem Terbaik - CINTA
Pengarah Terbaik - BADARUDDIN HJ AZMI (SYAITAN)
Pelakon Lelaki Terbaik - RAHIM RAZALI (CINTA)
Pelakon Wanita Terbaik - VANIDA IMRAN (THE RED KEBAYA)

amacam ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 05:54 PM | Show all posts
tak ada calon2 ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 05:54 PM | Show all posts
ops
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 06:25 PM | Show all posts
sebuah ijtihad kena menang! sheila rusly and sofea jane mesti dapat best actress / supporting! hehehe..
tak sabar nak tgk dayang, noryn aziz and adibah noor nyanyi lagu one night only, lagu dreamgirls!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 09:16 PM | Show all posts
Lakon Layar Terbaik : Cinta
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 09:18 PM | Show all posts
Lakon TV Terbaik : Sebuah Ijtihad

Persembahan dari Ning & Nikki - Asmara

[ Last edited by  fahmein at 14-12-2007 09:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 09:25 PM | Show all posts
Laporan Khas Terbaik : Buletin Utama (Babi Cemar)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.067051 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list