CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1571|Reply: 1

TALKIN

[Copy link]
Post time 7-9-2007 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Terjemahan Bacaan Talkin.....
> Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu
> dibaca utk orang ygmeninggal dunia.
> Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri
> yer...., kalau tak terasa meremang,
> sama2lah kita lebihkan amal ibadat.
> Bukanlah perkara yang mudah setelah
> mambaca atau menghafalnya begitu
> sahaja sesungguhnya hanya amalan baik
> yg
> kita lakukan selama hidup di dunia yg
> akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..
> WALLAHU A'LAAMM.
> Bismillah hir rah man nir rahim.
> Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat
> dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
> berkuasa mematikan sekalian yang
> bernyawa,
> Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati
> dan hidup untuk menguji siapa yang
> baik
> dan siapa yang kecewa.
> Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang
> kubur sebesar-besar pengajaran untuk
> menjadi iktibar kepada orang yang
> lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
> orang yang masih hidup.
> Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah
> akan jahanam dan binasa,melainkan
> zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang
> Mahabesar kuasa
> menghukum, manakala kita sekalian akan
> kembali menghadap hadirat Allah
> Taala.
> Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA
> Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
> hendaklah kamu ingat akan janji-janji
> Allah yang mana kamu ada bawa
> bersama-sama dari dunia ini.
> Sekarang kamu telah menuju masuk ke
> negeri Akhirat.
> Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan
> yang disembah dengan sebenar-benarnya
> melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi
> Muhammad itu Pesuruh Allah.
> Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
> apabila datang kepada kamu 2 orang
> malaikat yang serupa dengan kamu iaitu
> Mungkar dan Nakir, maka janganlah
> berasa gentar dan takut, janganlah
> kamu berdukacita dan risau serta
> janganlah kamu susah-hati dan
> terkejut.
> Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
> bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
> hamba
> Allah Taala, sebagaimana kamu juga
> hamba Allah Taala.
> Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
> mereka juga akan menyoal kamu.
> Mereka berkata:
> Siapakah Tuhan kamu?
> Siapakah Nabi kamu?
> Apakah agama kamu?
> Apakah kiblat kamu?
> Siapakah saudara kamu?
> Apakah pegangan iktikad kamu?
> Dan apakah kalimah yang kamu bawa
> bersama-sama kamu?
> Di masa itu hendaklah kamu menjawab
> soalan-soalan mereka dengan cermat dan
> sehabis-habis terang, tepat dan betul.
> Janganlah berasa gementar, janganlah
> cuak dan janganlah bergopoh-gapah,
> biarlah tenang dan berhati-hati.
> Hendaklah kamu jawab begini:
> Allah Taala Tuhanku,
> Muhammad nabiku,
> Islam agamaku,
> kitab suci Al-Quran ikutanku,
> Baitullah itu qiblatku, malahan solah
> lima waktu, puasa di bulan
> Ramadhan,mengeluarkan zakat dan
> mengerjakan haji diwajibkan ke atas
> aku.Semua orang Islam dan orang yang
> beriman adalah saudara aku, bahkan
> dari masa hidup hingga aku mati aku
> mengucap: "La ila ha illallah
> Muhammaddur rasulullah".
> Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah
> hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
> paling besar. Ingatlah bahawa kamu
> sekarang sedang tinggal didalam alam
> Barzakh, sehingga sampai satu masa
> kelak, kamu akan dibangunkan semula
> untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
> Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
> bahawa senya mati ini adalah benar,
> soalan malaikat Mungkar dan Nakir di
> dalam kubur ini adalah benar,bangun
> dari kubur kemudian kita dihidupkan
> semula adalah benar,berkumpul dan
> berhimpun di Padang Mahsyar adalah
> benar, dihisab dan dikira segala
> amalan
> kamu adalah benar, minum di kolam air
> nabi adalah benar, ada syurga dan
> neraka adalah benar.
> Bahawa senya hari Kiamat tetap akan
> adanya, begitu juga Tuhan yang maha
> berkuasa akan membangkitkan semula
> orang-orang yang di dalam kubur.
> Di akhirnya kami ucapkan selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 03:46 PM | Show all posts
aku baru kelihangan bapa mertua dlm 17 hari...
sepanjang menguruskan jenazah aku masih boleh kawal diri aku dr mengalirkan air mata walaupun jauh disudut hati aku.. aku pun macam org lain jugak...
kontrol la konon...

tapi masa bacaan talkin selepas upacara pengkebumian...
aku dah x dapat bendung air mata aku dari mengalir....
sebak sungguh aku mendengar bacaan tersebut...
semoga dapat menginsafkan kita semua yg masih hidup...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.564720 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list