CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1722|Reply: 5

Suka Duka Dakwah Zaman Remaja

[Copy link]
Post time 7-9-2007 07:35 PM | Show all posts |Read mode
SUKA DUKA DAKWAH ZAMAN REMAJA

Karya sebelum ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 07:36 PM | Show all posts
Ada saja masa lapang, kami akan ke surau. Kami mengaji, qadha solat, solat sunat, berzikir dan lain-lain. Ketika itu bacaan al-Quranku belum berlagu, meleret saja macam bacaan anak-anak kecil tetapi sudah cukup untuk mendatangkan keasyikan kepada A hinggakan dia meminta aku meneruskan bacaanku. Sememangnya A sebelum itu jarang benar dapat mendengar bacaan al-Quran. Apabila mendengarnya, dia terasa suatu kelazatan yang luar biasa walaupun pembacanya (iaitu aku) setakat 慴oleh baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 07:37 PM | Show all posts
Alhamdulillah syukur, keagamaan yang meresap ke dalam jiwaku berjangkit pula kepada nenekku. Kami tinggal berdua, mudahlah sikit untuk aku mengubah minda nenekku yang berusia lebih 90 tahun itu. Seperti yang kusentuh di awal tulisan ini, keluarga kami memang jauh dari agama walaupun tidaklah menjadi penjahat. Setakat puasa, solat sunat Hari Raya dan solat Jumaat bolehlah lepas, yang lain-lain banyak yang sangkut- dari nenek sampailah ke cucu cicit kecuali aku dan adikku. Sekarang kulihat sudah ada beberapa individu yang mahu berubah, semoga bertambah lagi.

Nenekku mula menunaikan solat bahkan rajin pula mengqadha solat-solatnya yang lalu. Amalan-amalan sunat pun makin bertambah dari sehari ke sehari. Dilihatnya aku rajin berzikir, tasbih 慴ercahaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 07:37 PM | Show all posts
Satu ketika aku menjalani praktikal di sebuah kawasan pedalaman bernama Chegar Galah di Kuala Kangsar. Jaraknya dari jalan besar lebih kurang lima kilometer dan kampung itu jalan mati. Sempat sebulan lebih aku tinggal berseorangan di kampung tersebut, selebihnya aku berulang dari rumah kawanku di Karai.

Rumah yang kusewa memang menggerunkan. Tuannya telah lama meninggal menyebabkan ia terbiar kosong. Besar pula rumah papan itu. Di sebelah kirinya rumah anak tuan rumah. Di sebelah kanannya rumah kosong, tuannya baru meninggal. Sebelah belakang hutan. Di bahagian depan klinik desa. Di sebelah klinik desa kawasan perkuburan lama. Lampu jalan tak ada. Bayangkanlah aku tinggal berseorangan pada waktu malam.

Namun suasana sebegitu menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Ada masa kosong saja terus aku membaca al-Quran. Daripada bacaan meleret macam bacaan budak-budak hinggalah bacaanku jadi berlagu, sedangkan aku memang tidak tahu berlagu dan tidak pernah belajar tentangnya. Hingga sekarang bolehlah aku membawa dua tiga lagu berlainan. Terima kasih kepada kesunyian di sana kerana mellauinya Tuhan mengajarkan aku bacaan berlagu walaupun tidaklah sesedap lagu para qari.

Sejak aku berada di rumah itu, rumah sebelah pun telah terkena bahangku. Pada waktu malam kudengar anak-anak orang sebelah mula mengaji, begitu juga dengan ibunya.

Zaman muda semangat memang tinggi. Pernah tercetus semangat untuk pergi berjihad di medan perang. Kashmir menjadi pilihan memandangkan urusan ke sana kufikirkan lebih mudah dan jihadnya lebih jelas. Aku melihat dunia di sekelilingku penuh kemunafikan, maka mencari syahid dirasakan jalan terbaik buat orang awam sepertiku. Begitulah fikiran orang muda.

Namun rancanganku gagal apabila ditentang keras oleh nenek. Dia berat hati melepaskan aku memandangkan akulah yang paling dipercayai dalam kalangan anak cucunya dan menjadi tempat berharap. Padahal aku sudah berkira-kira untuk berhenti kerja dan bersiap-siap. Bahkan sebelum itu aku pernah menyatakan hasratku untuk mengambil seorang gadis sebagai isteri. Dia bersetuju tapi perancangan kami terpaksa kutamatkan kerana jiwa jihadku semakin meluap.

Setelah beberapa lama berada dalam dilema, aku mendapat petunjuk Tuhan dan akhirnya memilih untuk membatalkan hasrat ke Kashmir. Kuambil jalan penyelesaian dengan mendirikan rumahtangga bersama seorang gadis lain, yang juga salah seorang bekas anak buahku dalam dakwah. Dengan berumahtangga, aku lebih terikat. Tidak kupilih gadis terdahulu kerana dia nampaknya tidak merancang untuk berkahwin awal.


bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 07:38 PM | Show all posts
Aku berpendirian non-partisan. Namun begitu apa jua usaha untuk memajukan Islam dan umatnya pasti kusokong tanpa mengira siapa yang mengutarakannya. Cuma kuperhatikan parti pembangkang terutamanya Parti Islam betul dalam banyak perkara. Jadi apabila aku berbicara atas dasar kebenaran, kebanyakan orang menyangkakan aku seorang pejuang Parti Islam yang tegar. Tambahan pula aku jenis yang berani luar biasa ketika itu dan kurang berfikir tentang risiko. Helmetku berlogo Parti Islam, kupakai ke tempat kerja walaupun larangannya jelas dalam undang-undang yang mesti dipatuhi di tempat kerjaku. Akhbar pembangkang kubaca secara terang-terangan. Kopiah hijau putih sentiasa di kepala. Aku tidak pernah peduli apa kata warga tempat kerjaku.

Sebenarnya logo di helmetku adalah satu 憇ticker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 07:38 PM | Show all posts
Kucari batang-batang kayu bersama isteri. Kubeli dan cari bendera Parti Islam, tak cukup kami beli kain buat sendiri. Kubawa sebilah parang sebagai penguat semangat, kupacak puluhan bendera pelbagai saiz di tepi-tepi jalan. Ibu mertuaku berpesan, 揓aangaannn!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.224965 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list