View: 2655|Reply: 1
|
Taufan Fitow Landa Tokyo -
[Copy link]
|
|
Taufan Fitow landa Tokyo
TOKYO: Sekurang-kurangnya seorang maut dan lebih 40 lain cedera dalam hujan lebat serta ribut yang melanda Jepun berikutan kehadiran taufan Fitow, semalam.
Tiga orang masih hilang. Ramai penduduk turut terputus hubungan darat dan pengangkutan air akibat Fitow yang bermaksud bunga dalam bahasa Mikronesia, kini lemah dan menjadi ribut tropika.
Pihak berkuasa menggantung beberapa perkhidmatan kereta api di Tokyo dan memberi amaran kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir di beberapa kawasan berhampiran, dan menasihati penduduk berpindah.
Menjelang tengah hari semalam, kebanyakan sistem pengangkutan dapat dipulihkan di kawasan metropolitan.
Fitow melanda wilayah Kanagawa, lewat kelmarin di barat daya Tokyo sebelum menjadi lemah.
Setakat tengah hari semalam, ia berada kira-kira 300 kilometer ke timur laut Tokyo dengan kelajuan angin kira-kira 108 kilometer sejam, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.
Hujan lebat turun di sebahagian besar kepulauan utama, Honshu sejak kelmarin dan mencecah 600 milimeter di beberapa tempat.
Seorang lelaki berusia 76 tahun mati dihempap pokok di Karuizawa, bandar tumpuan pelancong di tengah Jepun, kelmarin.
Seorang lelaki 52 tahun pula dilaporkan hilang di pinggir Tokyo selepas ke sungai berhampiran, kata polis. |
|
|
|
|
|
|
|
takutnya ....thankss dexa for good info |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|