View: 10090|Reply: 57
|
Q & A : Bab Puasa Ramadan
[Copy link]
|
|
Jakim analisis kriteria rukyah lihat anak bulan
Oleh Ziauddin Sharuddin
Jawatankuasa khas kaji kesesuaian kaedah digunakan sekarang
KUALA LUMPUR: Kesukaran melihat anak bulan atau hilal di negara ini, terutama menjelang Ramadan minggu depan mungkin berubah berikutan langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganalisis rekod kenampakan hilal di Malaysia sejak awal tahun ini.
Jawatankuasa kecil yang ditubuhkan Jakim dan dipengerusikan pakar astronomi dari Jabatan Fizik Universiti Malaya, Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin, dipertanggungjawabkan untuk mengkaji kriteria imkanur rukyah yang disifatkan sebagai agak rendah untuk tujuan melihat anak bulan.
Dr Mohd Zambri berkata, antara usaha yang dilakukan ialah mengemaskinikan maklumat kenampakan anak bulan di negara ini sejak 1970-an.
"Rekod kenampakan anak bulan sudah lama ada, tetapi tidak tersusun. Kita sedang mengumpul data itu dan menentukan kesahihan kenampakan anak bulan ketika itu dengan menyemaknya semula menggunakan perisian mengenai kedudukan bulan," katanya.
Katanya, walaupun jawatankuasa itu ditubuhkan tahun ini, Universiti Malaya sejak 2000 menjalankan Kajian Kebolehnampakan Hilal bersama Jakim, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Pencerapan dilakukan setiap bulan untuk melihat anak bulan di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Beliau berkata, kajian itu dan pemeriksaan semula rekod kenampakan anak bulan sejak puluhan tahun lalu bertujuan mengenal pasti sama ada kriteria imkanur rukyah yang digunakan sekarang bersesuaian atau perlu diberi penambahbaikan.
"Kajian yang sama turut dilakukan di Indonesia dan mungkin juga di Brunei. Kita sedang mengumpul maklumat berkenaan.
"Kita berharap dapat menyelesaikan kajian itu akhir tahun ini. Ini diikuti dengan rancangan penganjuran satu seminar oleh Jakim mengenai perkara ini tahun depan yang turut disertai negara anggota Mabims yang terdiri daripada Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura," katanya.
Memperjelaskan kriteria imkanur rukyah yang digunakan negara anggota Mabims untuk melihat anak bulan, katanya, syarat saintifik yang ditetapkan ialah ketinggian hilal, berada sekurang-kurangnya sama dengan atau lebih dua darjah di ufuk (h ? 20 ) dan jarak elongasi , aL (sudut antara kedudukan bulan, matahari dan bumi) mesti sekurang-kurangnya sama dengan atau lebih tiga darjah (aL ? 30 ), atau umur bulan melebihi lapan jam.
Dr Mohd Zambri berkata, faktor penting kebolehnampakan anak bulan bergantung kepada waktu itjimak berlaku atau bulan baru terbentuk.
Katanya, melihat anak bulan biasanya dilakukan pada hari ke-29 yang kadang-kadang dilakukan ketika itjimak belum berlaku.
"Jika itjimak berlaku jam 8 malam, memang tidak boleh nampak anak bulan kerana bulan terbenam dulu dan diikuti oleh matahari. Kadang-kadang itjimak berlaku jam 3 petang dan apabila jam 7.30 malam, iaitu waktu melihat anak bulan, anak bulan baru berusia empat jam sedangkan syarat umur bulan mesti melebihi lapan jam.
"Jika itjimak berlaku pada jam 10 pagi, kira-kira jam 7 malam, kita berkemungkinan boleh nampak anak bulan jika cuaca mengizinkan. Bagaimanapun, syarat umur anak bulan lapan jam itu juga amat sukar untuk dilihat. Rekod dunia yang ada untuk anak bulan paling muda dilihat ialah selepas berumur 11 jam 45 minit di Iran," katanya.
Selain itu, katanya, faktor geometri sangat penting, iaitu ketinggian hilal dari ufuk dan jarak elongasinya perlui diambil kira.
[ Last edited by Syd at 13-9-2007 09:13 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak bulan Ramadan
BAB PUASA
SOALAN:
KENAPA kena tengok anak bulan untuk memulakan Ramadan?
JAWAPAN:
Sistem kalendar Hijrah berasaskan perjalanan bulan, tidak sebagaimana kalendar Masihi yang berasaskan pergerakan matahari. Oleh itu, penentuan awal Ramadan berdasarkan nampaknya anak bulan Ramadan.
Pada zaman Nabi s.a.w., dengan adanya persaksian seseorang Muslim yang adil bahawa dia sudah melihat anak bulan Ramadan, maka baginda akan menerimanya dan mengarahkan umat Islam berpuasa.
Contohnya; Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahu bahawa dia melihat anak bulan. Baginda Rasulullah s.a.w. bertanya tentang imannya sama ada dia bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad Rasul Allah? Selepas dia mengakuinya, Nabi mengarahkan Bilal memberitahu agar esok berpuasa. (Riwayat Abu Daud)
Tetapi zaman sekarang, dengan kecanggihan yang ada, alhamdulillah umat Islam dalam skala yang lebih besar dapat berpuasa. Suatu masa dulu mungkin sekitar tahun 60-an, umat Islam masih berbeza tentang tarikh mula puasa. Kalau Kedah sudah mula puasa pada hari Khamis, Perak mungkin puasa pada hari Jumaat. Adakalanya orang di Kedah tidak puasa lagi pada hari Khamis dengan alasan mengikut negeri Perak.
Kejadian ini pun masih berlaku di negara lain. Ada satu negara yang mempunyai tiga tarikh mula berpuasa.
Kumpulan A: Puasa pada hari Isnin
Kumpulan B: Puasa pada hari Selasa
Kumpulan C: Puasa pada hari Rabu
Natijahnya, mereka akan saling berkelahi. Apabila kumpulan A berkata bahawa puasa pada hari Isnin, akan ada yang tidak berpuasa kerana mereka mengikut kumpulan B yang berpuasa pada hari Selasa. Akhirnya kumpulan A akan menangkap orang yang tidak berpuasa pada hari Isnin. Begitu juga kumpulan B akan menegah orang daripada berpuasa pada hari Isnin kerana hari Isnin itu adalah hari syak iaitu salah satu hari yang tidak dibenarkan berpuasa. Alhamdulillah, dengan keseragaman, masalah ini dapat diatasi.
Semua ini menjadi kajian ulama silam lagi. Asas kepada masalah ini ialah perbezaan terbit anak bulan. Seelok-eloknya umat Islam dapat disatukan dalam permulaan ibadat dan sebagainya.
- Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu
Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya,
apa bacaan doa utk buka puasa beramai-ramai.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanye..ader hadith or nas x yang mengatakan mandi selepas waktu zohor tu makhruh..terima kaseh |
|
|
|
|
|
|
|
Ramadan mengatasi bulan lain
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN
Saya bercadang bermusafir dari Kuala Lumpur ke Thailand pada bulan Ramadan ini atas urusan kerja. Saya terbaca bahawa kalau bermusafir kita dibolehkan tidak berpuasa.
Adakah puasa yang diganti pada bulan selain Ramadan itu pahalanya sama dengan puasa Ramadan?
JAWAPAN
Menggantikan puasa yang diwajibkan di bulan Ramadan pada bulan yang lain dengan keuzuran adalah sah. Menggantikan puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib apabila selesai Ramadan dan satu Syawal.
Meninggalkan puasa dengan keuzuran syarie dibolehkan dalam Islam, hukumnya harus bagi mereka ingin berbuka atau tidak berpuasa. Keizinan ini diberikan oleh Tuhan yang mewajibkan puasa itu sendiri.
Perkara ini telah dinyatakan melalui firman-Nya yang bermaksud: Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. ( al-Baqarah: 184 )
Dengan syarat jarak perjalanan mestilah lebih dari dua marhalah iaitu 89 kilometer. Namun, mazhab al-Syafieyyah tidak mengharuskan berbuka puasa kepada mereka yang kerap bermusafir, melainkan dengan alasan kesihatan. Contohnya pemandu kenderaan yang memang tugas hariannya memandu biarpun jarak yang dipandu melebihi dua marhalah.
Walaupun puasa di bulan Ramadan boleh ditinggalkan dengan alasan syarie dan diganti pada bulan lain, namun fadilat dan kelebihan bulan Ramadan tidak akan sama dengan bulan-bulan yang lain. Ini kerana pada bulan yang penuh barakah ini Nabi s.a.w. telah berjanji bahawa Allah s.w.t. akan mengangkat amalan yang sunat itu menjadi wajib dan yang wajib itu dilipatgandakan pahalanya.
Fadilat ini tidak akan ditemui selain pada bulan Ramadan. Yang lepas hanyalah kewajipan tidak kelebihan. Falsafah keizinan berbuka bagi mereka yang bermusafir lebih dari dua marhalah adalah kerana wujudnya kepayahan dan kesukaran dalam perjalanan.
Ada perjalanan yang memenatkan dan meletihkan dan ada juga perjalanan yang tidak memenatkan. Contohnya Ahmad bermusafir atas urusan tugas dari Johor Bahru ke Kota Bahru, mungkin sepanjang perjalanan itu Ahmad tidak merasakan penat atau letih, jadi adalah lebih baik kalau dia berpuasa.
Itulah yang dinyatakan dalam penghujung firman Allah di atas yang bermaksud: dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. Sekiranya seseorang itu mampu mengharungi kepenatan dan keletihan dan teruskan berpuasa itu adalah lebih baik.
- Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke [email protected] atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Faks: 03-9222 4967 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 kawasakininja's post
kena jama'kan perkataan saya kepada kami. |
|
|
|
|
|
|
|
Puasa mengikut lokasi
Soalan : Ada sedikit kemusykilan: Kita maklum bahawa Arab Saudi memulakan puasa sehari lebih awal dari negara kita. Bagi sesiapa yang mengerjakan umrah ketika itu bermakna telah memulakan puasa sehari lebih awal. Jika mereka kembali ke tanahair, dan menyambut Syawal (berdasarkan hisab) mengikut ketetapan negara kita, bermakna mereka telah berpuasa 31 hari sedangkan tidak pernah rasulullah berpuasa selama itu dan dalam kalender Islam pun sebulan hanya antara 29 dan 30 hari. Persoalannya perlukah mereka berpuasa 31 hari kerana mengikut pemerintah disesuatu tempat itu atau berhari raya mengikut Arab Saudi supaya berpuasa selam 30 hari sahaja
Jawapan: Jumhur fuqaha' tidak membolehkan kita berpuasa melebihi 30 hari. Dalam kes saudara, apabila saudara berpindah dari tempat asal bermula puasa, maka hendaklah menghormati tempat anda bermastautin (Malaysia).
Saudara hendaklah berbuka pada hari ke 31 secara sirri dan mengikuti upacara solat idilfitri untuk mengelak fitnah. Inilah pandangan jumhur fuqaha'.
Ruj: Abu Bakar Jabi al Jazairy (minhaj al muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 watachiwa's post
Memberus gigi selepas waktu subuh
Soalan: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Jawapan: Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut. |
|
|
|
|
|
|
|
SOALAN: Adakah wajib Imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin/bermukim).
JAWAPAN: Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berImsak (menahan diri ketika bersahur).
SOALAN: Adakah perempuan yang haid wajib berImsak?
JAWAPAN: Perempuan yang haid haram berImsak sebagaimana dia haram bersembahyang.
SOALAN: Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh pada siang hari, adakah wajib berImsak dan qada puasanya?
JAWAPAN: Tidak wajib berImsak dan tidak wajib qada.
SOALAN: Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?
JAWAPAN: Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.
SOALAN: Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
JAWAPAN: Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.
SOALAN: Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu Maghrib?
JAWAPAN: Tidak sah puasanya.
SOALAN: Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh
JAWAPAN: Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada.
SOALAN: Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?
JAWAPAN: Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja, maka tidak batal puasanya.
SOALAN: Apakah hukum menggosok gigi pada bulan puasa?
JAWAPAN: Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.
SOALAN: Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?
JAWAPAN: Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila menggosok gigi dan sengaja dia menggosoknya.
SOALAN: Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik ketika berpuasa?
JAWAPAN: Hukumnya makruh.
SOALAN: Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada Ramadan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?
JAWAPAN: Tiada hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.
SOALAN: Seseorang yang meninggal dunia, puasanya sudah diqada, tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?
JAWAPAN: Fidyahnya tidak bertambah.
SOALAN: Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika bersahur, adakah sah puasanya?
JAWAPAN: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada dalam mulutnya.
SOALAN: Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya?
JAWAPAN: Batal puasanya.
SOALAN: Air liur yang terkumpul dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
JAWAPAN: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.
SOALAN: Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa?
JAWAPAN: Batal puasanya.
SOALAN: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa
JAWAPAN: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: 揝esiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah kepadanya."
SOALAN: Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan kanta lekap?
JAWAPAN: Boleh.
SOALAN: Orang yang berpuasa yang melakukan dua kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan dua kifarat?
JAWAPAN: Dikenakan satu kifarat saja.
SOALAN: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
JAWAPAN: Harus membatalkan puasa tersebut itu dua sebab:-
Kerana keuzuran dirinya sendiri.
Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan:
Jika berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada saja.
Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada dan fidyah sekadar satu cupak beras sehari.
Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada saja.
SOALAN: Adakah wajib qada puasa yang ditinggalkan ketika dia gila?
JAWAPAN: Tidak wajib qada puasa itu.
SOALAN: Seseorang yang mati dan meninggalkan puasa, tetapi walinya tidak membayarkan fidyah hingga Ramadan yang kedua. Adakah digandakan fidyahnya?
JAWAPAN: Tidak digandakan fidyahnya. Ada pendapat mengatakan dikenakan dua cupak bagi setiap hari, satu cupak kerana tidak berpuasa dan satu cupak lagi kerana menangguhkan fidyah.
SOALAN: Adakah harus qada puasa kepada si mati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqadakan puasanya oleh 30 orang selama satu hari.
JAWAPAN: Harus dan sah.
SOALAN: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadakan puasa untuknya?
JAWAPAN: Tidak boleh diqadakan puasa kepada orang yang masih hidup.
SOALAN: Bolehkah dibayar fidyah 10 cupak kepada seorang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang?
JAWAPAN: Boleh diberi kepada satu orang atau 10 orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara yang membatalkan puasa
Soal: Semasa saya kecil, saya pernah mendengar pendapat yang mengatakan antara perkara perkara yang membatalkan puasa termasuklah memasukkan sesuatu kedalam rongga, contohnya seperti berikut
mengorek lubang hidung dengan jari
mengorek telinga dengan pengorek telinga
menuang ubat mata (eyemore) kedalam mata
boleh kah saudara dapat membetulkan was was ini dengan mengemukkan dalil dalil yang sahih.
Jwb:
1. Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung atau mengorek telinga dengan pengorek telinga. Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu' Fatawa. menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek hidung atau telinga bertujuan membuat kotoran di dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan waktu malam.
2. menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata. Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah dalam Majmu' Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat tadi bukan berniat utk menghilangkan haus dahaga. (lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta Qardhawi dalam Fatwa Mu'asirat) |
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan inhaler untuk pesakit asma
Soal : Sahkah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan alat bantuan (saya kurang pasti namanya) yang perlu dimasukkan ke dalam mulut?
Jawab: Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Athma Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979)
Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan
Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk..
Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemakaian kanta lekap semasa berpuasa
Soalan: Bagaiman pula bagi orang yg memakai contact lense yg memasukkan cecair ke dalam matanya utk membasahkan mata. Adakah itu juga boleh
membatalkan puasa?
Jawab:
Tidak batal kerana tiga alasan (illat):
tujuan utk perubatan atau suatu keperluan harian yg dharuri
niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus (dahaga)
ia bukanlah jalan yg tabi'iy (normal) bagi kemasukan cecair itu.
(Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Jld 3) |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika bersahur, terdengar azan
Soalan : Ada hamba Allah yang bertanyakan Jika kita sedang bersahur, tiba-tiba kedengaran azan
Jawapan: Terdapat dua hadis: HR Bukhari yang menyuruh kita mengeluarkan makanan dalam mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis
versi Abu Daud yang meriwayatkan, apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan sahaja.
Penjelasan: Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat jika kedengaran azan subuh, maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada dalam mulut berpandukan hadis Bukhari.
Madzhab Syafi'iy juga berpegang dengan hadis ini. Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah setengah ulama' menyarankan penggunaan jadual waktu imsak (10 minit buffer sebelum azan subuh). |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita hamil/menyusui yang meninggalkan puasa
Soalan : Ada yang mengatakan wanita hamil atau menyusui anak
yang meninggalkan puasa, tidak perlu qada puasa tapi cuma bayar fidyah. Tetapi ada yang mengatakan qada puasa & bayar fidyah. "Dari Ibnu Abbas : wanita yang hamil dan wanita yang menyusui apabila khawatir atas kesehatan anak-anak mereka, maka boleh tidak puasa dan cukup membayar fidyah memberi makan orang miskin " ( Riwayat Abu Dawud ). Shahih "Diriwayatkan dari Nafi' dari Ibnu Umar: Bahwa sesungguhnya istrinya bertanya kepadanya ( tentang puasa Ramadhan ), sedang ia dalam keadaan hamil. Maka ia menjawab : Berbukalah dan berilah makan sehari seorang miskin dan tidak usah mengqadha puasa ." ( Riwayat Baihaqi) Shahih.
Jwb:
Dr Qardhawi telah membuat kajian dalam nas yang bersimpang siur ini dan dalam kitab feqahnya (fatawa mu'asirat), Qardhawi berpendapat fidyah sahaja.
Madzhab Syafi'iy antaranya yang menetapkan qadha dan fidyah. Ini adalah khilafiah dan keduanya harus utk diamalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Meminta izin dari suami untuk melakukan ibadat
Soalan : Bolehkah isteri meminta izin dari suami secara blanket approval' sahaja iaitu, meminta izin secara keseluruhan baginya melaksanakan ibadat khusus yang sunat ini atau adakah setiap kali si isteri hendak melaksanakan ibadah-ibadah sunat seperti ini, maka setiap kali pula ia dikehendakki meminta izin suaminya? bagaimana kalau pada ketika ia berhajat untuk laksanakan ibadat sunat itu suaminya tiada atau susah dihubungi, adakah si isteri perlu menunggu hingga suaminya pulang untuk meminta izin tersebut?
Jawab:
Hukum berpuasa sunat bagi para isteri.
Dua hadis sahih sebagai nas:
1. HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud: Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya ada di rumah, kecuali atas keizinannya.
2. HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah: Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu haripun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya,
kecuali puasa Ramadhan.
Di sini ada khilaf ulamak.
Pertama: Kebanyakan ulamak berpendapat keizinan suami hanya terbatas kepada puasa sunat, manakala puasa nazar, puasa qadha' dan puasa Ramadhan tidak perlu izin suami. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim Jld 7 pg 115.
Kedua: Sebahagian ulamak berpendapat wanita perlu meminta izin utk berpuasa selain puasa ramadhan. Ini bermakna jika puasa itu selain puasa Ramadhan, dia perlu mendapat izin suami. Sayyid Sabiq berpendapat demikian.
Ketiga: Isteri tidak perlu mendapat keizinan suaminya utk berpuasa apabila suaminya musafir, atau sakit atau uzur yang mana dia tidak mampu mengadakan hubungan seks. Ini adalah pandangan majoriti ulamak berdasarkan hadis dalil di atas. Ini juga pandangan Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah)
Rasional kenapa perlu mendapat keizinan suami sebelum berpuasa.
Imam Nawawi menjelaskan: suami berhak mengajak isterinya jima' bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
al Imam al Hafidz dalam kitab al Fath: hak suami ke atas isterinya lebih kuat daripada amalan sunat dan kebajikan yang lain. Kerana itu hak suami wajib dipenuhi, maka kewajipan harus didahulukan daripada hal-hal sunat.
Komentar Syaikh Muhammad Ali Qutb (Tuhfatul 'Aris wal 'Arus): Islam memberi perhatian yang serius terhadap hubungan seks antara suami-isteri, lantas Islam melarang isteri menentukan sendiri kegiatan yang dapat menghalang keinginan seksual suaminya sekalipun kegiatan itu berupa ibadah sunat. Maka Islam mewajibkan para isteri mendahului hubungan sek yang diminta suami daripada ibadat sunat.
Sebagai balasan atas hak yang diberikan kepada suami, Islam memberi hak kepada isteri yang wajib dipenuhi oleh suaminya, iaitu suami tidak boleh melakukan kegiatan yang sangat meletihkan atau menyebabkan kelemahan pada jasmaninya kerana dengan keletihan itu siisteri telah kehilangan hak untuk menikmati hubungan seks dengan suaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
Air termasuk hidung semasa wuduk
Soalan : Batalkah puasa air masuk ke dalam hidung semasa berwudhu'. Seseorang yang berpuasa, apabila ia mengambil wuduk dengan membasuh muka, air wuduk tadi termasuk dalam hidung terus ke tekaknya. Adakah batal puasanya?
Jawapan: Ibn Qudamah al Hambali (al Mughni bab wudhu): jika ia berkomor atau istinsyaq dan air termasuk ke dalam rongga hidung terus ketekaknya--tidak batal puasa. Ini juga pandangan Syafi'iy, Awza'iy dan Ibn Abbas. Syaikh Qardhawi (Fatawa Mu'asirat, vol 1 bab Siyyam): yang membatalkan puasa ialah bila kita memasukkan sesuatu melalui jalan yang tabi'iy untuk makan dan minum dengan ssengaja; maka jika air itu masuk melalui cara yang tidak tabi'iy dan niat kita bukan bertujuan membatalkan puasa, maka puasa itu tidak akan batal. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara mengira jumlah hari yang tertinggal puasa
Soalan : Bagaimanakah caranya untuk kita mengira beberapa hari yang tertinggal untuk menggantikan (kada') ibadah puasa atau solah yang tertinggal pada zaman remaja, yang tidak dapat dikira kerana terlalu banyak (kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggal).
Jawapan:
Amalan fiqh Syafi'iy di Malaysia dan Hanbali di Saudi, wajib diganti puasa yang terdahulu dan dikenakan kafarat satu mud makanan asasi sehari kepada seorang miskin (di Malaysia: 1 cupak=0.6 kg beras) mengikut jumlah hari yang di yakini telah ditinggalkan.
Fatwa Qardhawi: amalan tersebut tidak ada sandaran dalil yang kuat, yang lebih kuat ialah hanya mengkadha' puasa sahaja tak perlu membayar kafarat; namun jika membayar kafarat atau mengeluarkan fidyah adalah lebih baik.
Jika berlaku syak tentang jumlah hari yang ditinggalkan; gunakan kaedah feqah: dzan ghalib (apa yang diyakini); jika kita berpuasa terlebih dari apa yang disyakki itu adalah lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tatacara membayar kafarat bulan Ramadhan
Soalan :Seseorang yang ingin membuat sesuatu ibadat kada' sebagai denda (kifarah) kerana melanggar larangan ketika mengerjakan ibadah puasa. Dia tidak mampu hendak berpuasa berturut-turut, tiada hamba sahaya untuk dimerdekakan dan hanya mungkin mampu padanya untuk memberi makan pada 60 fakir miskin. Masalahnya sekarang susah untuk mendapatkan fakir miskin. Jika dia hanya dapat seorang sahaja fakir miskin. Bolehkah dia memberi makan pada seorang fakir miskin itu sebanyak 60 kali/hari?
Jawapan:
Tatacara membayar kafarat bulan Ramadhan.
Kafarat ialah sesuatu yang mesti ditutup atau dibayar kerana melanggar syariat; cth di atas ialah bersetubuh disiang hari di bulan Ramadhan; di mana kafaratnya ialah samada membebaskan seorang hamba abdi, puasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan org miskin seramai 60 orang satu mud beras atau bijirin. Hikmah kafarat: untuk menjaga syari'at supaya tidak dipermainkan.
Beberapa perbahasan dalam bab kafarat jima' di bulan puasa.
Tidak wajib kafarat bagi muslim yang lupa, terpaksa atau yang jahil akan hukumnya (jumhur ulama)
Jika isteri dipaksa oleh suami, kafarat itu hanya untuk suami (bagi madzhab Syafi'iy, kafarat itu hanya untuk suami baik terpaksa atau sengaja; ini diperkuat oleh Imam Nawawi); bagi isteri hanya dikehendaki mengkadha puasa hari itu sahaja.
Kafarat itu hanya untuk kesalahan bersetubuh sahaja, jika mereka makan atau minum dulu sebelum jima' tidak dikenakan kafarat (ini pandangan Imam Syafi'iy)
Jika seorang itu jima' (setubuh) berulang kali di bulan Ramadhan, menurut Syafi'iy, Maliki dan Hanbali kafarat itu mengikut jumlah persetubuhan;manakala madzhab Hanafi cukup satu kafarat sahaja.
Tambahan kepada kafarat, pelakunya hendaklah dikenakan hukum takzir oleh pemerintah dan dikehendakki menghabiskan puasanya pada hari itu (ini pandangan Syafi'iy)
Persetubuhan itu hendaklah sempurna bukan separuh jalan.
Cara melakukan kafarat:
Jumhur ulama menggariskan tatacara melaksanakan kafarat adalah sebagaimana maksud hadis Muslim HR Abu Hurairah yakni mengikut kemampuan: pertama memerdekakan hamba abdi; jika tidak kuasa, berpuasa dua bulan berturut-turut, dan jika tidak mampu memberi makan 60 fakir miskin.
Menurut saudara penanya masalah di sini ialah susah hendak berjumpa dengan orang miskin. Ini kena berhubung dengan projek PPRT (projek pembasmian rakyat termiskin) yang telah menakrifkan pendapatan bulanan bagi rakyat termiskin dan terdapat senarai lengkap mengikut daerah atau berhubung dengan pejabat kadhi untuk mengetahui kadar sukatan beras bagi kafarat (satu mud beras berbeza mengikut negeri-negeri persekutuan) juga senarai rakyat termiskin, juga boleh menghubungi jabatan kebajikan masyarakat untuk mendapat senarai rakyat miskin;
Rujukan: Fiqhu sunnah: Sayyid Sabiq vol bab siyyam, Syaikh Jabir al Jazairy Minhaj al Muslim; al Umm asSyafi'iy. |
|
|
|
|
|
|
|
Ganti puasa bagi orang yang telah meninggal dunia
Soalan : Assalammualaikum.. disini saya ada kemusykilan berkenaan dengan org yg telah menninggal dunia. contohnya jikalau seorg bapa telah meninggal dunia bolehlah anaknya menggantikan puasanya, haji dan umrah bagi pihaknya.
Jawab:
Menurut Qaul Jadid Asy-Syafi'ie, tidak dibolehkan menggantikan (qadha) puasa orang mati secara mutlaq (baik ia mempunyai kesempatan masa hidup atau tidak) tetapi memadai dikeluarkan (fidyah) dari harta peninggalannya satu cupak sehari mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkan.
An-Nawawi menyatakan dibolehkan warisnya mengggantikan puasa si mati. Tetapi jika dia meninggalkan harta wajib salah satunya (qadha atau fidyah)
Sah menghajikan orang yang sudah mukhallaf apabila dia tidak mampu menunaikan haji kerana tua, sakit (yang tidak ada harapan sembuh) atau meninggal dunia. Hadis di bawah dijadikan qias.
" Dari Ibnu Abbas r.a: Pernah Al Fadlu bin Abbas duduk di belakang Rasulullah saw. Lalu datang seorang wanita dari "Khats'ama". Mulailah Al Fadhlu memandang kepadanya dan wanita itu memandang kepadanya. Lalu Nabi saw memalingkan muka Al Fadhlu ke arah lain. Lalu wanita itu berkata: Ya Rasulullah sesungguhnya kewajiban Ibadah haji dari Allah itu, atas semua hambaNya. Sedangkan aku mendapatkan masa hidup ayahku dalam keadaan terlalu bangka, tidak kuat lagi naik kenderaan. Apakah saya boleh hajikan dia. Baginda menjawab: Ya. Dan peristiwa itu pada waktu Haji Wada' (Muttafaqun Alaihi) |
|
|
|
|
|
|
|
Berjimak sewaktu azan subuh
Soalan:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin. |
|
|
|
|
|
|
| |
|