CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14663|Reply: 67

Aku diapproach & dioffer peluang jadi jutawan (Merchantile Point (MPSB))

[Copy link]
Post time 20-9-2007 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Semalam aku diapproach oleh kawan lama yg dah lama sgt tak contact. beliau memperkenalkan peluang perniagaan yg sangat menarik. invest minimum RM2000 utk beli company share & dapat pulangan 10% per month. meaning 120% per annum. kalau invest 50k dah rm5000 sebulan. sapa nak kasi. perhhhh!!! lumayan tu. kawan lama aku ni dah pun dpt brand new car Honda Stream sebab berjaya fullfill target yg company beri (utk cari downline). Nama company investment tersebut ialah Merchantile Point Sdn Bhd (MPSB) http://www.mpsbholding.com/. Company ni memerlukan modal RM50 juta tetapi mrk tak mahu buat loan bank kerana nak beri peluang kpd masyarakat melabur terus ke dlm syarikat. Konsep syarikat ialah 'We grow together'. Oleh yg demikian syarikat ini telah meminta kebenaran bank negara utk mengumpul dana dari orang ramai & mendapat kebenaran itu setakat December ini sahaja. Selepas December dana akan ditutup kpd orang ramai. so katanya kena bertindak lekas.

My friend ni graduate MBA in business. dia telah memberikan penerangan panjang lebar why this company is a true company yg buat investment mostly di luar negara. dia dah pergi sendiri HQ di KL yg lengkap dgn staf mrk & dah jumpa sendiri big boss mrk. Pemegang saham terbesar ialah bekas orang kuat RHB bank & penasihat company ialah somebody yg sangat berpengalaman yg pernah pegang post tinggi di Bank Negara. Sahabat lama aku ni menggunakan presentation material power point yg begitu dasat sekali animationnya. presentationnya sangat meyakinkan. surat perjanjian utk menjadi ahli memang sebijik mcm surat2 lawyer yg aku biasa sign.

Walaupun aku degree cikai, tak mcm dia ada MBA, tapi dia failed to answer my basic question. antara soklan yg aku tanya ialah:
1. mana dia surat kebenaran from Bank Negara utk mengutip deposit dari orang ramai?
2. kalau legal kenapa company tak buat iklan in newspaper encourage ppl to invest? mana dia prospectus company?
3. kenapa company encourage cari downline? and for every upline akan dpt 3% out of new member's investment every month. something fishy here.
4. kenapa bila aku search nama Merchantile Point Sdn Bhd yg aku jumpa hanyalah perkataan2 bombastic spt 'peluang besar menjana wang segera', 'perniagaan terhebat pd abad ini' etc etc?
5. kenapa budak umur 5 tahun pun dibenarkan beli saham syarikat nih?

contoh link yg aku jumpa berkenaan dgn Merchantile Point Sdn Bhd kebanyakannya ialah sarang skim2 cepat kaya:

http://businesstalk.jutawan.org/ ... =asc&highlight=
http://nogold.com/forum/medium-r ... int-d-exchange.html
http://72.14.235.104/search?q=cache:G3-msmeD5GUJ:[url]www.iklanpercuma.com/viewad.asp%3Fid%3D2206465277110518+Mercantile+Point+Sdn+Bhd&hl=en&ct=clnk&cd=4&gl=my[/url]

So, nasihat aku kpd sesiapa yg sudah kena approach oleh cheerleader skim cepat kaya seumpana ini, jgn cepat teruja dgn nafsu nak cepat kaya. Pls ask the above questions & use the magic of google as your acid test.

[ Last edited by  tobby at 25-2-2008 05:57 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2007 08:46 AM | Show all posts
dah banyak dah skim camnih yg berbeza cuma pada nama saja.........
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 09:05 AM | Show all posts
aku ingatkan ko nak approach org join mende ni tobby..ropenyer reminder..aku dah teruja dah baca memula citer ko nieh..hehhee..tapi mmg pun..mende ni kalo org yg nafsu besau..cepat je g invest..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 09:08 AM | Show all posts
aku plak pelik.... but 1stnya aku nak ucapkan setingi2 terima kasih kpd tuan rumah kerana share artikel ini... ok, berbalik kpd perkara yg aku pelik ialah, sblm ni kita semua di kejutkan dgn berita hangat melalui skim pelaburan intenet yg akhirnya mendapat perhatian oleh pihak kerajaan yang akhirnya telah diharamkan dan juga telah dikawal oleh suruhanjaya securiti. bermula dari itu, hampir semua skim2 intenet itu aku lihat tutup pintu dan pihak suruhanjaya securiti sentiasa memantau kewujudan2 skim pelaburan intenet tersebut.... tapi aku rasa tak sampai setengah tahun pon, skim2 yersebut muncul kembali dgn taktik dan cover yg berbeza... so timbul pertanyaan kat otak aku... apa puak goment n seruhanjaya securiti ni buat?........ mereka buat kerja ker tak?........ mana p puak2 yg nak memantau benda2 spt itu?.....  nmpaknya mcm tu la mentaliti org2 kita kat sini... selalu keluar kat news atau pon paper dimana kerajaan mengatakan bahawa rakyat malaysia ni suka buat kerja di waktu terakhir, maksudnya nak buat apa pun akan tunggu sampai masa2 terakhir dahulu barulah nak nak buat... tapi tgkkan keadaan mcm nie, aku rasa puak goment sendiri pon 2 x 5 ajer.,...... da tunggu benda mcm nie jadik kes besar dulu baru la nak wat kerja.......:@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2007 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 20-9-2007 09:08 AM
tapi aku rasa tak sampai setengah tahun pon, skim2 yersebut muncul kembali dgn taktik dan cover yg berbeza... so timbul pertanyaan kat otak aku... apa puak goment n seruhanjaya securiti ni buat?........ mereka buat kerja ker tak?........ mana p puak2 yg nak memantau benda2 spt itu?.....


apa nak pelik. tengok penjual DVD haram sudahlah. krjn buatlah mcmn sekali pun.

nak elak kena tipu ialah tuan punya badan, iaitu diri kita sendiri. bank negara ke, polis ke, apa ke, buatlah mcm2 langkah sekali pun tapi penipu2 ni takkan berehat. mcm penjual DVD pirate, penjual mercun musim raya, penyeludup pendatang asing, pengedar dadah...............polis tembak kepala mrk sekali pun pasti muncul barisan pelapis mrk dari merata ceruk. sebab apa? sebab semua nak cepat kaya.

yg nak jaga diri kita ialah akal yg waras yg Allah kurniakan kpd kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2008 06:07 PM | Show all posts
kasi up.....................................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2008 06:34 PM | Show all posts
dah ada masuk paper tak company ni, atau tunggu derang kutip berjuta2 deposit pastu bawak lari baru nak amik tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 09:39 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-9-2007 08:33 AM
Semalam aku diapproach oleh kawan lama yg dah lama sgt tak contact. beliau memperkenalkan peluang perniagaan yg sangat menarik. invest minimum RM2000 utk beli company share & dapat pulangan 10% p ...


fantastic sharing tobby! :handshake:
first half of your posting haku ingat ko dah terkena....tp u posted very intelligent questions. :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2008 11:21 PM | Show all posts
tq.
tobby.

aku pernah kena approach dengan benda ni. nasib baik tak masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 12:01 AM | Show all posts
nasib baek aku tak pernah masok mende investment internet mengarot mcm ni..
dulu hampir2 aku terepngaroh dgn kawan2 satu uni, sumer masa tu pakat kata untung la apa la..
nasib baek aku ikot cakap hubby aku
last2 website down kene tutop gomen, pasti diorang meroyan kerana rugi besar
tulah tamak sangat
kah kah kah

hubby aku kata nak masok investment pon by bank je
terjamin, bank ada insurans, ada lesen
pape terjadi duit kita pasti selamat

ini pelaboran internet, base pon takde
yg heran tu, ada anak tan sri pon invest, rugi rm7k..
org kanan pegawai tinggi badan berkanun pon rugi rm100k
hmm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2008 10:39 AM | Show all posts
nak tipu pun logik2 lah. takkan semudah itu nak pencen awal.  company Merchantile ni menguar-uarkan kalau invest 50k dah rm5000 sebulan. so tak payah kerja dah. what on earth company boleh offer kpd semua orang peluang sebegini? Bank Rakyat yg sekadar pulangan 20% tu pun dah dibekukan.

selalunya kelemahan orang melayu ialah tengok kawan yg pendapatan biasa2 tiba-tiba tukar brand new Merc.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 20-9-2007 08:33 AM
Semalam aku diapproach oleh kawan lama yg dah lama sgt tak contact. beliau memperkenalkan peluang perniagaan yg sangat menarik. invest minimum RM2000 utk beli company share & dapat pulangan 10% p ...


sentiasa ingat satu perkara, kalau pelaburan2 yg menjanjikan pulangan tetap setiap bulan, hukumnya haram dari segi islam....kalau ingat benda ni, insyaAllah takkan terjebak dgn pelaburan "yg memakan diri" ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 08:37 PM | Show all posts
nice sharing dude...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 03:21 AM | Show all posts
wow..10%per month..huhuhu
masih hidup ke lai skim ni?
tengok website die masih on lai..takde tindakan dr gomen ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2008 05:49 AM | Show all posts
Originally posted by ridd at 25-2-2008 03:21 AM
wow..10%per month..huhuhu
masih hidup ke lai skim ni?
tengok website die masih on lai..takde tindakan dr gomen ke?



aku jumpa komen ni dari sebuah website....

By umar_lahmi
22-02-2008, 04:30 PM  

Salam n selamat petang semua. Saya dh lama nk invest dlm d-xchange ni, dr thn lepas lg cuma x bkesempatan krn jadual keje yg padat..spt biasa, sblm saya buat investment, saya akan mbuat kaji selidik sedalam2nya dan berhubung dgn org2 yg terlibat dgn skim tsebut atau bdn kerajaan yg mpunyai kuasa utk memantaunya. So, disini tiada alasan utk mbuat onar, dengki atau khianat, krn yg ingin dilaburkn adalah duit sendiri hasil penat lelah muntah belahak semasa keje di offshore dulu, hasilnya.. dlm 30min yg lepas, saya mbuat panggilan ke Unit Penyiasatan Khas Bank Negara Malaysia utk bertanya ttg legal or illegalnya aktiviti yg dilakukan oleh company ini dan saya di hubungkn ke pegawainya iaitu En. Ahmad. Pegawai tsebut mberitahu bhwsanya program under Mercantile Point Sdn Bhd (762861-H) - mpsbholding.com @ d-xchange (Smartpartnership program) adalah illegal krn menyalahai Akta 372 BAFIA 1989 (Akta Bank & Institusi Kewangan - Mengambil Deposit Secara Haram). BNM sdg memantau syarikat ini dan berkemungkinan besar akan mengambil tindakan spt yg dikenakan kpd Jai Network. So, kepada sesiapa yg masih ragu2 sblm mmbuat investment, elok tnyekn balik pd unit tersebut.. kita ingin melabur, duit adalah duit kita (samada titik peluh kita sendiri atau loan dr bank @ along).. saya terpaksa mmbuat kaji selidik sendiri stlh saya tgk bbrp kwn saya yg beria2 benor nk invest sampai mbuat loan bank smpai 30 --> 50k. So drpd dgr rumors yg kata itu ini baik buruk ttg aktiviti company ni, elok saya sendiri tnyekn kt BNM. So itulah jaw yg diberikn... Maaf kalau ada yg tersinggung @ x puas ati, sy cuma perjuangkn hak saya saja (duit yg ingin di investkn)..

Saya tidak membuat aduan, saya ulang balik 'wording' ni...saya tdak mmbuat aduan apa2 pun terhadap company ni. Saya cuma ingin tahu apakah status perniagaan company ini sblm mmbuat ape2 investment aka money transfer aka share(tu wording saya la tp yg spt en daddy katakan td, saya kna msuk tuisyen dulu,hehe) sbb tu saya bertanya pada pegawai tersebut, dan sblm sempt saya bertanya lebih2, pegawai tersebut potong ckp saya dhulu dan terus blablablablabla spt yg saya taip pd awal thread td....

Ini no pegawai tersebut 03-2698 4163 (En Ahmad - unit Penyiasatan Khas - Bank Negara Malaysia).

[ Last edited by  tobby at 25-2-2008 05:55 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2008 06:19 AM | Show all posts
lagi komen tentang MPSB............


By topgun  
16-12-2007, 03:22 AM  

Mempunyai lesen kewangan daripada BANK NEGARA?  kau biar betul bro, baik kau betulkan balik ayat kau nie...

Hari Jumaat lepas sorang lagi member aku call BANK NEGARA tanya pasal MPSB nie, pegawai tue siap cakap, awak dengar betul-betul saya cakap ya, MPSB adalah illegal (deposit haram) dan syarikat buat plan lain daripada yang plan asal dihantar ke KPDN.

JANGAN JADI MACAM JAI NETWORK DAN HTO SUDAHLAH...KALAU DAH TAKDE KELULUSAN BANK NEGARA, JANGANLAH NAK PANDAI-PANDAI PROMOTE CAKAP ADA KELULUSAN, NANTI KALAU ADA MASALAH, TAK BOLEH TIDUR MALAM KAU NANTI KANG.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2008 06:30 AM | Show all posts
Lagi komen......................

By taqiyuddin  
10-31-2007, 03:27 PM

Aku dimaklumkan daripada kawan bisnes aku dari Bangi yang ada satu pelaburan, tengok cerita kat bawah:

Cerita 1.
Tadi kawan aku tel aku bagitau ada bisnes baru, dia cakap yang bisnes ini mendapat sijil kelulusan dari kerajaan Malaysia dan dikendalikan oleh seorang Jutawan diMalaysia, kita hanya keluarkan modal RM5000.00 dan melabur dalam syarikat dia dan bulan-bulan dapat 10% atau RM500.00 sebulan selama 5 tahun.
Aku pun tak tau benda ini betul atau tidak, tapi kalau tak betul masalahnya ada sijil kelulusan dari Kerajaan Malaysia.

Cerita 2.
Tadi kawan aku tel dari Shah Alam ada bisnes baru yang ini sama jugak macam bisnes diatas, dia nak tanya pengesahan je dari kawan-kawan WangCyber, bisnes ini macam ini,
Kita hanya melaburkan modal RM3500.00 dan bisnes ini menjalan kan bisnes tentang kereta untuk kerajaan, taktau la apakebenda ini, lepas 40hari join kita akan dapat RM250.00 setiap bulan selama 7tahun dan tidak ada limit untuk ambil berapa lot.

Aku harap kawan-kawan WangCyber boleh membantu aku dengan memberi jawapan contohnya korang nak bagi jawapan untuk cerita 1 ko boleh taip

cerita 1:
jawapan korang

cerita 2:
jawapan korang

(senang nak nilai mana betul dan mana salah)



By zinedine  
10-31-2007, 06:47 PM

Saya beri jawaban dari sudut hukum pulak berdasarkan apa yg diajar oleh ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Cerita 1:
Hukumnya haram sebab syarikat itu telah menetapkan keuntungan 10% atau RM500.00 tiap2 bulan selama 5 tahun. Kadar keuntungan yg dijanjikan adalah tetap dan tidak berubah samada naik atau turun.

Cerita 2:
Hukumnya haram sebab syarikat itu telah menetapkan keuntungan RM250.00 tiap2 bulan selama 7 tahun. Kadar keuntungan yg dijanjikan adalah tetap dan tidak berubah samada naik atau turun.

Dalam sistem pelaburan sistem Mudharabah yg berlandaskan syarak, setiap pelabur yg memberikan duit sebagai modal pelaburan kepada sesebuah syarikat, tidak akan dijamin bahawa dia (pelabur) akan mendapat keuntungan yg tetap dan mesti mendapat nilai keuntungan yg berubah-ubah. Ini bermakna, pelabur akan menghadapai kemungkinan rugi atau untung dalam pelaburannya. Penetapan untung/rugi syarikat adalah berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan prestasi syarikat.

Jika syarikat pelaburan itu telah menetapkan bahawa pelabur akan mendapat jumlah yg tetap (dan tidak berubah samada naik atau turun) maka hukumnya haram kerana kontrak pelaburan mudharabah itu telah bertukar menjadi kontrak pinjaman. Maka, keuntungan yg dijanjikan secara tetap itu telah bertukar menjadi "faedah" atau "interest" pinjaman yg dihukumkan sebagai riba seperti, syarikat pinjam duit sebanyak RM3000 atau RM3500 dan syarikat berjanji bayar balik RM500 atau RM250 tiap2 bulan selama 5 atau 7 tahun. RM500 dan RM250 tu adalah interest/faedah pinjaman yg dibayar oleh syarikat kepada peminjam (Pelabur) secara tetap. Maka ia haram. Macam Fixed Deposit lerr..

Secara kesimpulannya, pelabur dan syarikat mesti bersama-sama menanggung untung & rugi. Bukannya syarikat menjanjikan kadar keuntungan, kerana jika syarikat rugi, dia mesti terpaksa membayar untung/dividen kepada pelabur jumlah yg dah ditetapkan. Maka di sini syarikat adalah pihak yg dianiaya. Pembahagian keuntungan yg dibenarkan dlm sistem Mudharabah adalah berdasarkan nisbah iaitu keuntungan keseluruhan syarikat dibahagikan secara peratusan seperti syarikat ambik 70%-pelabur 30%, 60%-40% dan sebagainya.

En. Aku boleh terangkan lagi pasal bab2 pelaburan ni sebab dia pakar bab ni.


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 05:51 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 25-2-2008 05:49 AM



aku jumpa komen ni dari sebuah website....



yg aku faham dr fakta diatas
skim ini memang sah illegal tapi
if tiada aduan dr org ramai,bank negara akan pantau/monitor sahaja?
tidak silap aku ia wujud sejak jun2007.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2008 07:02 AM | Show all posts
Originally posted by ridd at 26-2-2008 05:51 AM


yg aku faham dr fakta diatas
skim ini memang sah illegal tapi
if tiada aduan dr org ramai,bank negara akan pantau/monitor sahaja?
tidak silap aku ia wujud sejak jun2007.


mcm swisscash, mcm pak man telo, mcm studio trafic...........bank negara akan biar sampai beribu2 melayu kena kapur baru ada tindakan tegas. itulah bank negara yg kita kenal. dulu kini dan selamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 26-2-2008 07:02 AM


...........bank negara akan biar sampai beribu2 melayu kena kapur baru ada tindakan tegas. itulah bank negara yg kita kenal. dulu kini dan se ...


yg kelakar tu, org melayu sesenang je nak masok skim2 mcm ni.. tu yg ramai beribu raban kene tipu
walhal bukan tak pernah ada sejarah kes2 tipu mcm ni.. we need to learn from history
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061192 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list