CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3653|Reply: 14

Daging korban......

[Copy link]
Post time 2-10-2007 06:52 PM | Show all posts |Read mode
bolehkah beri daging korban (belum dimasak atau sesudah dimasak) kpd bukan muslim?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2007 08:02 AM | Show all posts
Banyak pendapat mengatakan haram memberi daging qurban kepada orang kafir walaupun dia tu fakir miskin.Dan haram juga orang Islam yang menerima daging qurban tu mensedekahkannya kepada orang kafir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 09:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2007 03:27 PM | Show all posts
ada surah kat quran blh buat panduan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 07:45 PM | Show all posts
memandangkan tak lama pas ramadhan, adalah raya haji... aku up balik thread nie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 07:53 PM | Show all posts
minta yg pakar bab agama tolong komen tentang info nie..........

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=5301&forum=22&#f66401
Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Alhamdulillah... Setelah bermuzakarah secara panjang lebar denganbeberapa orang lecturer fiqh, ditambah pula dengan sedikit rujukan yangana buat, inilah dia yang dapat ana kongsikan bersama sahabat sahabiahberkenaan dengan permasalahan udhiyyah ataupun korban ini.

[size=-1]Quote:
[size=-1]

Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunatitu dalam keadaan mentah lagi basah kepada orang-orang fakir ataumiskin yang Islam.


Perkataan "wajib" yang ana faham adalah bermaksud tidak boleh tidak, ianya mesti dilakukan. Jika tidak, ia dikira berdosa.

Sepanjang pengetahuan ana, daging korban sama seperti dagingaqiqah, iaitu boleh sama ada dimasak atau diberi mentah. Ini bermaknaianya adalah optional dimana kita diberi pilihan untuk memilih. Cuma,telah menjadi "uruf" di Malaysia ini untuk memberi daging korban secaramentah. Walhal, di negara2 Islam yang lain seperti Tanzania (negarakelahiran Ustaz Fiqh ana), adalah menjadi "uruf" atau kebiasaan bagimereka untuk memasak dahulu daging korban tersebut sebelum diagihkan.

[size=-1]Quote:
[size=-1]
Afdhalnyadisedekahkan semuanya melainkan dimakannya sedikit kadar beberapa suapuntuk mengambil berkat daripadanya. kerana yang demikian itu lebihmendekatkan diri kepada taqwa dan jauh daripada mementingkan dirisendiri.


Dalam bab pembahagian daging korban pula, adalah lebih afdhal sekiranya daging tersebut dibahagikan mengikut bahagian yakni :

1* 1/3 bahagian untuk dimakan oleh pembuat korban
2* 2/3 bahagian untuk diberi sebagai hadiah atau untuk disedekahkan kepada saudara mara, jiran, kawan2 dan faqir miskin.

Ini adalah pendapat Ibn Mas'ud dan Ibn Umar mengenai hal pembahagian daging korban ini.

[size=-1]Quote:
[size=-1]
Jikadimakan kesemua daging sunat itu dan tiada sedikitpun disedekahkankepada orang fakir atau miskin adalah dikira sah korbannya, tetapiwajib didapatkan atau dibeli daging-daging yang lain kadar yang wajibdisedekahkan sebagai ganti.


Dalam hal ini, ulama' bersepakat bahawa melakukan kurban danmenyedekahkan daging korban tersebut adalah lebih afdhal daripadamemberi barang/daging yang lain, yang sama nilainya dengan dagingkorban itu sebagai sedekah. Pendapat ii dipersetujui oleh Imam AbuHanifah, Imam Asy-Syafi'ie dan Imam Ahmad

[size=-1]Quote:
[size=-1]
Haram menyedekahkan dan menghadiahkan daging korban kepada orang kafir, walaupun sedikit sama ada ia korban wajib atau sunat.


Berkenaan dengan hal ini, ana ingin mengajak antum semua untukmerujuk kembali penyataan ana sebelum ini, bahawa dalam bab pengagihandaging korban boleh diperuntukkan 2/3 daripada jumlah daging tersebutuntuk diberi dan disedekahkan kepada saudara mara, jiran, kawan2 danfaqir miskin.

Dalam hal ini, adalah dibolehkan untuk memberi/menyedekahkan dagingtersebut kepada orang kafir jika orang kafir itu termasuk dalamkategori/golongan diatas, yakni saudara, jiran dan kawan2 si pembuatkorban ataupun orang kafir tersebut adalah dari golongan faqir miskin.

Supaya lebih jelas, ana bawakan satu contoh. Seorang muallaf inginmelakukan ibadah korban. Ibadah tersebut dilakukan di rumah keluarganyayang bukan Islam. Si muallaf tersebut juga mempunyai beberapa orangjiran terdekat yang agak miskin tetapi mereka bukan beragama Islam.

Adalah tidak wajar jika dia menyedekahkan kesemua daging korbantersebut kepada orang lain yang beragama Islam tanpa memberi sedikitpunkepada keluarga dan jiran terdekatnya yang masih kafir tetapi miskinitu, kerana ini akan menimbulkan tanggapan serong dan rasa kurangsenang mereka terhadap Islam.

Dalam hal ini, ulama' membenarkan daging korban tersebutdisedekahkan sedikit kepada ahli keluarga dan jiran yang bukan Islamitu dengan harapan agar hati2 mereka akan terbuka kepada Islam setelahmengetahui keindahan dan kesyumulan ajarannya. Tambahan pula, denganmenyedekahkan sedikit daging korban tersebut akan dapat meringankankesengsaraan jiran yang faqir itu.

[size=-1]Quote:
[size=-1]
Begitujuga haram atas orang yang berkorban atau warisnya menjual dagingkorban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada korban itu,sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam diriwayatkanoleh al-Hakim bermaksud : "Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah)itu maka tiada dikira baginya korban ".

Haram kulit atau daging binatang korban itu dijadikan upah kepadapenyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atauhadiah.


Mengenai 2 penyataan ini, ana tiada bantahan dan bersetuju sepenuhnya kerana ada dalil yang menyokong penyataan2 tersebut.

Wallahu Ta'ala A'lam...

P/S : Ini adalah ijtihad peribadi ana. Jika ada sebarang pendapat,bantahan, tambahan, sanggahan atau sebagainya, ana pohon dikongsikanbersama.

Jika ijtihad ini terpesong dari jalanNya, (Na'uzubillahi min zalik) perbetulkanlah ana yang jahil ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2009 07:49 PM | Show all posts
nak tanya, memandangkan x lama lagi nk masuk hari raya qurban,boleh tak kalau daging korban  disedekahkan kepada orang diluar qariah kita? sbb ada trdenganr x boleh bawa daging korban keluar dari qariah tetapi kalau org dari luar qariah datang qariah kita, kita boleh sedekahkan daging tersebut..betulka pendapat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 11:26 PM | Show all posts
Raya haji dah dekat..eloklah kita berkorban..hari2 dok dgr radio ikim iklan dari ezy korban tu..tak mahal mana pun rm250 satu bahagian tak perlu susah2 nak lapah daging nak bahagi2kan semua mereka buat...utk rm250..

kata kawan saya sebenarnya harga lembu kat area kemboja tu murah ya amat sb tu 250 tu boleh cover utk buat kenduri semua

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t.  , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:

                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)

                        "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)

                        Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

                        Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."    (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2009 11:26 PM | Show all posts
HIKMAH DAN FADHILAT

    *

      Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
    *

      Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
    *

      Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
    *

      Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
    *

      Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
    *

      Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2009 01:43 AM | Show all posts
aku muskyil sket.......... sedangkan kat negara kita sendiri masih byk lagi yg miskin, bukankah lebih wajar sedekah pada yg dekat terlebih dahulu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 09:16 AM | Show all posts
10# Acong

miskin di malaysia ni tak seperti miskin melarat di negara lain tu..di kemboja tu org merasa makan daging setahun sekali aja..di darfur tu usah kan daging telur ayam pun tak merasa...

dah beberapa tahun gak berkorban kat negara lain..bulan puasa pun kami anjurkan aqiqah utk anak yatim di sana dan diberi makan utk orang berbuka puasa..satu ekor kambing tu kata mereka blh bg makan satu kg buka puasa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 02:55 PM | Show all posts
Dini tahun ni pestime nak buat akikah untuk 2 org anak .....Dini wakilkan kepada akak untuk buat kat kg.....

So...Dini nak tanya org2 yang arif kat sini...mcmana nak lafaz niat korban akikah yang kita wakilkan pada org lain tu....bererti...mcmana nanti Dini nak lafaz pada akak Dini .....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 03:21 AM | Show all posts
kalo simplenya gini je..

dini : KAK, AKU WAKILKAN KAU UNTUK MENIATKAN SEEKOR LEMBU UNTUK AQIQAH SUNAT ANAK AKU/ (SEBUT NAMA ANAK) DAN AKU WAKILKAN KEPADA -------- UNTUK MENYEMBELIHNYA

kakak : YA \ MENGANGUK \ DIAM
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:16 AM | Show all posts
kalo simplenya gini je..

dini : KAK, AKU WAKILKAN KAU UNTUK MENIATKAN SEEKOR LEMBU UNTUK AQIQAH SUNAT ANAK AKU/ (SEBUT NAMA ANAK) DAN AKU WAKILKAN KEPADA -------- UNTUK MENYEMBELIHNYA

kakak : YA ...
suzrie Post at 13-11-2009 03:21


Oic mcm tu jer lah yer....kalau mcm tu kena sebut 2 kali lah sebab nak buat untuk 2 anak...

kiranya kena sebut nama si penyembelih ker.....

TQ yer....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:35 AM | Show all posts
artikel tentang korban utk dikongsi:

http://www.scribd.com/doc/21954728/IBADAH-KORBAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077450 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list